Professional Documents
Culture Documents
Kehadiran :
1.1 En. Mohd Shahidin Bin Abu Nazri mengucapkan salam dan mengalu-alukan
kehadiran ahli jawatankuasa pada mesyuarat panitia bagi kali ketiga ini.
1.2 Beliau berharap agar peratus murid Tahun 6 lulus dalam peperiksaan UPSR
akan mencapai sasaran yang ditetapkan setelah segala program dalam
perancangan strategik panitia dijalankan sepanjang lapan bulan ini.
Tindakan : Makluman
2. Ucapan Penasihat
2.1 En. Fadzir B. Shaharuddin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang
kepada beliau untuk turut serta dalam mesyuarat panitia ini.
2.2 Beliau mengingatkan guru panitia Sains supaya sentiasa mengemaskini fail
panitia untuk tujuan pemantauan dan sebagainya.
2.3 Beliau turut mengingatkan para guru agar mengemaskini ‘headcount’ masing-
masing.
Tindakan : Semua guru panitia Sains
1
4. Perkara-perkara Berbangkit
4.1 Merujuk perkara 6.2, En. Mohd Shahidin memaklumkan bahawa Teknik
Menjawab Kertas Sains bagi UPSR telah pun diadakan pada 12/5/2017 dengan
jayanya.
4.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan
program tersebut.
Tindakan : Makluman
6. Hal-hal Lain
6.1 En. Mohd Shahidin meminta agar PBS yang dijalankan untuk mata pelajaran
Sains perlu disiapkan untuk penilaian sehingga bulan Jun dan disimpan di
dalam fail PBS guru masing-masing.
Disediakan oleh,
……………………
(Pn. Nurul Ainaamira Bt Mohd Nor Rashidi)
Setiausaha Panitia Sains,
SK Pos Raya.
……………………… …………………….
(En. Mohd Shahidin B. Abu Nazri (En. Azmi B. Mat Adam)
Ketua Panitia Sains, Guru Besar,
SK Pos Raya. SK Pos Raya.