You are on page 1of 13

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim, bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat saya


menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan. Dalam kerja kursus Morfologi
Bahasa Melayu kali ini, saya telah ditugaskan untuk menghasilkan satu tugasan mengenai
golongan kata yang terdapat dalam artikel yang telah dipilih dan membincangkan isu
penggunaan kata.

Saya menyiapkan hasil tugasan ini daripada segi pembacaan dan pengumpulan
maklumat serta ke perpustakaan untuk mencari maklumat yang berkaitan. Setinggi-tinggi
penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah saya Puan Sarimah Binti Awang, yang
banyak membantu dan menjadi membimbing sepanjang melaksanakan tugasan ini.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah
membantu saya mencari bahan dan memberi informasi untuk menyiapkan tugasan ini.
Terima kasih kepada semua yang telah membantu sama ada secara langsung atau tidak
langsung khususnya kepada ibu bapa yang telah banyak memberi sokongan moral kepada
saya.

Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari banyak perkara baru dan dapat mengetahui
dengan lebih mendalam tentang pembentukan kata yang betul dan nyata. Segala tunjuk ajar
tidak akan saya lupakan.

Sekian terima kasih.

1
1.0 PENDAHULUAN

Tujuan tugasan ini adalah untuk membincangkan pembentukan golongan kata dan isu
penggunaan kata. Kerja kursus ini merangkumi dua bahagian iaitu bahagian pertama
menganalisis golongan kata yang terdapat dalam artikel sekaligus membuat rumusan
mengenai peta penganalisaan tersebut dan bahagian kedua pula membincangkan isu
penggunaan kata dalam pelbagai sumber media cetak dan elektronik. Tugasan ini juga
bersandarkan kepada teori dan pendapat tokoh - tokoh yang berkaitan dengan topik
perbincangan. Kesimpulan akhir tugasan ini akan disimpulkan dalam kesimpulan.

2.0 ANALISIS GOLONGAN KATA


Tajuk artikel: Dewan Masyarakat - Fahami Islam Untuk Mengelakkan
Kecelaruan

2.0.1. KATA NAMA


Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama dan
lazimnya perkataan demikian menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep. Kata
nama terbahagi kepada empat bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama
dan nama terbitan. Sebagai contoh:

Bi
Kata Nama Golongan Kata Nama
l
1 Rusia Kata Nama Khas (Tak Hidup)
2 Andrey G.Karlov Kata Nama Khas (Manusia)
3 Polis Kata Nama Am (Konkrit)
4 Pembunuhan Kata Nama Am (Abstrak)
5 Aku Kata Ganti Nama (Pertama)
6 Kamu Kata Ganti Nama (Kedua)
7 Dia Kata Ganti Nama (Ketiga)
8 Al-Quran Kata Nama Khas (Bukan Manusia)
9 Mereka Kata Ganti Nama (Ketiga)

Kata nama am digunakan untuk menyebut nama benda, haiwan, manusia dan
tempat secara umum. Seterusnya, kata nama khas digunakan untuk menyatakan nama
benda, haiwan, manusia dan tempat yang tertentu. Huruf pertama kata nama khas mesti
dieja dengan huruf besar.

Selain itu juga, kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk mengantikan kata
nama. Kata ganti nama terbahagi kepada beberapa golongan, iaitu:-

2
 Kata Ganti Nama Diri Pertama
 Kata Ganti Nama Diri Kedua
 Kata Ganti Nama Diri Ketiga

2.0.2. KATA KERJA


Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau
dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja
terbahagi kepada, kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

Kata Kerja Contoh dalam artikel


Kata Kerja Transitif Aktif menyalahi
menyentuh
melihat
memandang
membayar
Kata Kerja Tak Transitif dilakukan
berkumpul
diutus
berdamai

2.0.3 KATA ADJEKTIF


Adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama
sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya). Kata-kata
dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa
nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti
amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.

Jenis Kata Adjektif: Kata Adjektif


1. Sifat/keadaan Haram, terang, simpati, halal, adil
2.0.4. KATA TUGAS
Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat penting kerana
tugas-tugas sintaksis.Kata tugas hadir dalam ayat, sama ada di bahagian hadapan ayat, di
bahagian hadapan frasa, atau di belakang perkataan-perkataan tertentu untuk memberikan
makna khusus atau memainkan peranan sintaksis tertentu dalam ayat berkenaan.

2.0.4.1 Kata penyambung ayat

3
Kata Hubung
Kata hubung ialah kata penyambung ayat,iaitu sejumlah perkataan yang bertugas
menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang
berlapis.

Bi Kata Hubung Jenis Kata Hubung


l
1 dengan Kata Hubung Pancangan
2 jika Kata Hubung Pancangan
3 maka Kata Hubung Pancangan
4 atau Kata Hubung Gabungan
5 apabila Kata Hubung Gabungan
6 dan Kata Hubung Gabungan

2.0.4.2 Kata Praklausa

Bi Kata Praklausa Jenis Kata Praklausa Keterangan


l
1 wahai Kata Seru Kata seru ialah kata yang
digunakan untuk menggambarkan
perasaan seseorang seperti
marah, sedih, gembira dan
sebagainya. Cara penggunaannya
disesuaikan dengan intonasi
pengucapan iaitu dengan nada
meninggi atau menurun. Sebagai
contoh didalam artikel perkataan
“wahai“
2 maka Kata Pangkal Ayat Kata pangkal ayat ialah perkataan
yang hadir di bahagian hadapan
ayat yang menjadi penanda
kesinambungan ayat dalam
wacana. Namun, kata pangkal
ayat ini tidak begitu banyak
diamalkan sekarang. Perkataan ini
umumnya digunakan dalam
bahasa Melayu klasik, misalnya
hatta, maka, arakian, syahadan,
dan sebagainya.
3 jangan Kata Perintah Kata perintah ialah perkataan yang

4
bertujuan menimbulkan sesuatu
tindak balas terhadap perintah,
arahan, larangan, silaan atau
permintaan. Sebagai contoh
perkataan “jangan”.

2.0.4.3 Kata Prafrasa dan Kata Pascafrasa

Kata Jenis Kata


Bil Keterangan
Prafrasa/Pascafrasa Prafrasa/Pascafrasa
1 empat puluh Kata Bilangan Kata bilangan ialah perkataan
yang menerangkan bilangan atau
jumlah orang, benda, atau
perkara. Seperti dalam artikel,
kata bilangan ‘empat puluh’
digunakan oleh penulis artikel.
2 yang Kata Bantu Kata bantu ialah sejenis
perkataan yang bertugas
membantu frasa kerja, frasa
adjektif, dan frasa sendi nama
iaitu dengan menimbulkan
makan-makna tambahan dari
aspek waktu atau ragam.
Sebagai contoh dalam artikel,
kata bantu yang digunakan
dalam ayat.
3 dari Kata Sendi Nama Kata Sendi adalah kata yang
oleh
digunakan untuk menyambung
ke
akan frasa nama dengan kata atau
frasa-frasa dalam ayat. Kata
sendi memerlukan frasa nama
yang membentuk predikat ayat.
Sebagai contoh, contoh sendi
dari, oleh, ked an akan
digunakan dalam artikel.
4 bukan Kata Nafi Kata nafi ialah perkataan yang
menjadi unsur nafi frasa-frasa
predikat, iaitu Frasa Nama, Frasa

5
Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa
Sendi Nama. Misalnya, seprti
dalam artikel, kata nafi ‘bukan’
digunakan.
5 samalah Kata Penegas Kata penegas yang disebut juga
sekalipun
partikel atau kata penyerta ialah
sejumlah perkataan yang
meberikan penekanan pada
bahagian-bahagian tertentu
dalam ayat. Sebagai contoh, kata
penegas smalah dan sekalipun
digunakan oleh penulis dalam
artikel
6 demikian Kata Adverba Kata adverba ialah perkataan
yang menerangkan kata kerja,
kata adjektif, kata nama, dan
frasa sendi nama dari segi cara,
masa, dan tempat. Tamsilnya,
perkataan ‘demikian’ telah
digunakan oleh penulis yang
mewakili kata adverba dalam
ayat.

3.0 ISU PENGGUNAAN KATA

Kita sedia maklum slogan 'Bahasa Jiwa Bangsa' kini semakin terpinggir dalam diri setiap
masyarakat khususnya bangsa Melayu. Masalah kecelaruan bahasa dalam pertuturan
mahupun penulisan kini sering menjadi isu polemik dalam kalangan penggiat bahasa.
Senario ini parah apabila kita dapat melihat kerosakkan penggunaan bahasa Melayu di
merata-rata tempat khususnya pada papan tanda dan kain rentang yang menjadi tatapan
orang awam. Hal ini jika dibiarkan akan mengundang kekeliruan masyarakat terhadap
penggunaan bahasa Melayu yang betul.

3.1 ISU: PENGGUNAAN KATA MAJMUK

6
Kata majmuk ialah bentuk kata yang terhasil melalui proses merangkaikan dua atau lebih
kata dasar dan dieja secara terpisah serta bertindak sebagai satu unit yang tidak boleh
menerima sebarang penyisipan. Namun, bagi bentuk- bentuk yang telah mantap, ejaannya
dieja secara bercantum seperti matahari, setiausaha, antarabangsa dan lain-lain lagi.

Kata majmuk terbahagi kepada tiga bentuk iaitu kata majmuk rangkai kata bebas
termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran, kata majmuk istilah khusus dan kata
majmuk bermaksud kiasan iaitu simpulan bahasa. Di samping itu, kata majmuk ini boleh
menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Kata majmuk juga mestilah ditulis
jarak atau terpisah.

Namun, apa yang berlaku sekarang ramai yang masih tidak mengetahui dan keliru
terhadap penggunaan kata majmuk. Sebagai contoh:

3.1.1 Artikel Harian Metro: Tiada Nilai Nutrisi Oleh Aitie Satibi

1. - Perenggan pertama, baris pertama


- Gula sama ada semulajadi atau diproses adalah karbohidrat ringkas yang
membekalkan kalori kepada tubuh kita untuk digunakan sebagai tenaga
dan tiada nilai nutrisi lain.

Terdapat kesalahan pada perkataan ‘semulajadi’ yang digunakan. Kata majmuk itu
sepatutnya dijarakkan ‘semula jadi‘.

2. - Perenggan ke-7, baris pertama


- Indra berkata, ibubapa perlu berhati-hati dengan kebanyakan produk
makanan dan minuman yang mengandungi gula tambahan dan cara
paling mudah yang mana dengan membaca senarai kandungan pada
bungkusan atau label pemakanan.

Terdapat kesalahan pada perkataan ‘ibubapa’ yang digunakan. Kata majmuk itu sepatutnya
terpisah ‘ibu bapa‘.

3. - Perenggan ke-9, baris ke-2


- Jadi, ibu perlu menitik beratkan amalan pemakanan anak dengan
sentiasa menyedari kesan buruk yang akan berlaku kepada anak mereka
jika pengambilan gula melebihi kadar yang disarankan,” katanya.

7
Terdapat kesalahan pada perkataan ‘menitik beratkan’ yang digunakan. Kata majmuk itu
sepatutnya dirapatkan ‘menitikberatkan‘. Kata majmuk ini menerima imbuhan apitan iaitu
me-…-kan. Apabila kata majmuk menerima imbuhan apitan, maka ejaannya menjadi
bercantum.

4. - Perenggan ke-6, baris ke-2


- Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 mendapati
lebih tujuh peratus kanak-kanak di bawah umur 5 tahun di negara ini
dikenalpasti mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti.

Terdapat kesalahan pada perkataan ‘dikenalpasti’ yang digunakan. Kata majmuk itu
sepatutnya dipisahkan ‘dikenal pasti‘. Kata majmuk ini menerima imbuhan awalan iaitu
imbuhan di-…. Apabila kata majmuk menerima imbuhan awalan atau akhiran, maka
ejaannya tetap terpisah.

3.1.2 Papan Tanda Arah di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh, Johor.

Rajah 1

Terdapat kesalahan pada perkataan ‘kurangupaya’ yang digunakan. Kata majmuk itu
sepatutnya dipisahkan ‘kurang upaya‘.

3.1.3 Papan Tanda Pasar Raya Megaherbs Taman Megah, Petaling Jaya

8
Rajah 2

Terdapat kesalahan pada perkataan ‘pasaraya’ yang digunakan. Kata majmuk itu sepatutnya
dipisahkan ‘pasar raya‘. Kata majmuk ini belum mantap jadi haruslah dieja secara terpisah.

3.1.4 Papan Tanda Kedai Pembuat Papan Tanda di Jalan Arab, Muar.

Rajah 3

Terdapat kesalahan pada perkataan ‘papantanda’ yang digunakan. Kata majmuk itu
sepatutnya dipisahkan ‘papan tanda‘.

3.1.5 Papan Tanda di Kawasan Larangan Universiti Putra Malaysia

9
Rajah 4

Terdapat kesalahan pada perkataan ‘hakmilik’ yang digunakan. Kata majmuk itu sepatutnya
dipisahkan ‘hak milik‘. Kata majmuk ini terdiri daripada rangkaian kata majmuk bebas.

3.1.6 Memo yang ditampal di Kolej Kediaman UiTM Seremban 3, Negeri Sembilan.

Rajah 5

Terdapat kesalahan pada perkataan ‘maklumbalas’ dan ‘jangkamasa’ yang digunakan.


Kedua-dua perkataan tersebut bukan kata majmuk mantap yang perlu dieja rapat.
Penggunaan yang tepat ialah ‘maklum balas’ dan ‘jangka masa’. Kata majmuk ini terdiri
daripada rangkaian kata majmuk bebas.

3.2 LANGKAH ALTERNATIF UNTUK MEMPERBETULKAN ISU PENGGUNAAN KATA MAJMUK

Berikutan dengan isu kesalahan penggunaan kata majmuk oleh masyarakat, beberapa
langkah perlu dilaksanakan untuk memperbetulkan isu ini agar segala kekeliruan dapat

10
dielakkan. Antaranya ialah, pihak kerajaan perlu mewajibkan penggunaan bahasa yang
betul bagi papan-papan tanda. Hal ini perlu dipandang serius kerana bahasa menunjukkan
bangsa. Oleh itu, papan-papan tanda yang ingin dibuat perlulah mendapat kelulusan bahasa
daripada pakar-pakar bahasa Melayu terlebih dahulu. Dengan ini, isu pencemaran bahasa
dalam kalangan masyarakat akan dapat dibendung.

Selain itu, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran untuk


memartabatkan bahasa Melayu. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan
bahasa Melayu khususnya penggunaan kata majmuk yang tepat dan betul di samping
mengembalikan martabat bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
Dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan badan bukan kerajaan (NGO),
kempen ini dapat dijalankan dengan lancar. Kempen ini boleh dilancarkan melalui media
massa kerana media massa merupakan satu komponen yang paling mudah untuk
menyebarkan informasi kepada masyarakat.

Di peringkat sekolah pula, para pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai kesalahan
bahasa oleh guru-guru Bahasa Melayu. Apabila para pelajar melakukan kesalahan dalam
penggunaan kata majmuk, guru hendaklah menegur dan membetulkan kesalahan mereka.
Biarkan mereka belajar daripada kesalahan mereka sendiri agar kesalahan tersebut tidak
akan diulang lagi.

Dapatlah disimpulkan bahawa, semua pihak yang berkenaan perlu bekerjasama


untuk menjalankan langkah yang pragmatik bagi menangani masalah pencemaran bahasa.

4.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, golongan kata merupakan aspek yang sangat signifikan dalam
tatabahasa bahasa Melayu. Tatabahasa merupakan perkara asas bagi sesuatu bahasa.

11
Perkataan dalam bahasa Melayu yang telah mengalami perkembangan yang meluas dan
pesat, terutamanya dalam bidang kosa kata atau pembendaharaan kata yang melibatkan
perubahan bentuk-bentuk kata.
Melalui proses pembinaan dan pembentukan golongan kata dan bahasa yang
dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, proses pembentukan golongan kata
menjadi lebih tersusun dan dijadikan panduan oleh penuntut bahasa melayu.

RUJUKAN

12
Abdullah Hassan (2006). Morfologi: Siri Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Kuala Lumpur: Pts Professional. Publishing Sdn. Bhd.

Ahmad Khair Mohd Nor. (2011). Persoalan Tatabahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan

Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Asmah Haji Omar. (2015). Nahu Melayu mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Faridah Nazir (2015). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Sasbadi Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et al. (2015). Tatabahasa dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Rahiman Hj Sabran dan Rahim Syam (1987). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab

Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Sulaiman Masri Dan Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna

Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn.Bhd.

13

You might also like