You are on page 1of 4

SPSK/SMK(P)METHODIST/PK07-4

SMK (P) METHODIST KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI BIL 4 /TAHUN 2017

Tarikh : 31 Oktober 2017

Masa : 2.10 petang

Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Pengerusi : Encik A Radzi bin Jalil

Kehadiran : Encik A Radzi bin Jalil ( Ketua Panitia )


Puan Azlina binti Abdullah ( SU PT 3 )
Cik Siti Nor Asmamira Binti Mhd Ghazani

Hadir Bersama (Jika ada) : Puan Hanizah binti Salji@Hamzah ( Ketua Bidang Kemanusiaan).

Tidak Hadir :-

Urus Setia/Setiausaha : Cik Siti Nor Asmamira Binti Mhd Ghazani

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dalam
mesyuarat panitia kali keempat.

Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1. Minit Mesyuarat Bil 4 / 2017 pengesahannya oleh
oleh Puan Azlina binti Abdullah dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Makluman

3 PERKARA BERBANGKIT:
3.1. Perkara 4.2 PAK 21 : penyediaan bagi PAK 21 mengambil masa dari segi penyediaan
bahan yang berasaskan PAK21.

Tindakan:
Encik A Radzi bin Jalil
Puan Azlina binti Abdullah
Cik Siti Nor Asmamira Binti Mhd Ghazani

1
4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN
4.1 Perancangan Strategik Panitia
4.1.1 Program peningkatan panitia
Pengerusi memaklumkan program-program panitia yang akan dilaksanakan
bagi memastikan peningkatan dalam pencapaian PT 3
- Program Perkampungan Ilmu
- Program Kelas Tambahan
- Minggu Kecemerlangan Akademik
- Program Juara
- Bengkel Kemahiran Geografi PT3

Tindakan: Semua guru Geografi

4.2. Kbat, iThink dan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Abad ke 21

4.2.1 Kbat dan iThink


Semua guru Geografi perlu mengemukakan soalan-soalan Kbat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas supaya murid dapat
menguasainya. Soalan Kbat perlu didedahkan kepada pelajar dan guru perlu pandu
pelajar untuk membiasakan diri dengan soalan Kbat. Semua guru Geografi perlu
mengemukakan sekurang-kurangnya dua soalan-soalan Kbat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas supaya murid dapat menguasainya.
Namun begitu,soalan Kbat bukan boleh dilaksanakan untuk kesemua bab.

Penggunaan peta i-think di dalam pembelajaran seperti peta buih , peta bulatan ,
peta pokok dan peta bulat serta peta-peta i-think yang lain. Selain itu, pertandingan peta
i-think 3D supaya peta i-thin lebih menonjol dan menarik.

Tindakan: Semua guru Geografi


4.2.2 Pdpc Abad ke 21
Pengerusi memaklumkan berkenaan pelaksanaan pdp abad ke-21 akan
dijalankan. Pembelajaran adalah dalam bentuk kumpulan, kolaboratif dan
kooperatif. Murid digalakkan memberi idea kreatif dan kritis dalam
menyelesaikan tugasan yang diberikan.Mengikut perancangan yang telah dipersetujui,
guru telah melaksanakan pdpc abad ke 21 seperti penggunaan traffic light bagi
mengukur aras kefahaman murid dan juga melaksanakan aktiviti secara berkumpulan.

Tindakan: Semua guru Geografi

Makluman

4.3 Pencerapan dan Penyemakan Buku Latihan


4.3.1 Pengerusi memaklumkan pencerapan dan penyemakan buku latihan berjalan dengan
lancar. Bagi pencerapan guru mencapai markah yang memberangsangkan. Bagi
penyemakan buku latihan murid, pengerusi memaklumkan perlu membuat sedikit
penambahbaikan. Sekiranya guru tidak menggunakan buku latihan, guru noleh
menggunakan modul, kertas mahjong yang juga boleh dikira dalam 25 latihan murid.

2
4.4. penggunaan ICT/ FROG VLE

Penggunaan LCD perlu dijalankan kerana setiap kelas telah dipasang dengan
LCD. Dalam penggunaan LCD guru perlu menitik beratkan tentang keselamatan dan
kebersihan. Semua guru perlu menggunakan ICT dalam pengajaran. Guru boleh
menayangkan video kepada para pelajar sebagai set induksi. Selain itu, penggunaan
Frog VLE dalam pembelajaran perlu dipergiatkan. Penggunaan VLE FROG untuk bulan
Oktober ade sedikit penurunan berbanding dengan bulan September mungkin
disebakan murid menduduki peperiksaan.

PLC Panitia
PLC dibawah panitia telah dilaksanakan seperti perancangan bagi guru
matapelajaran bagi penambahbaikan.
Makluman

LDP Panitia
LDP telah dilaksanakan dibawah panitia bagi memantapkan lagi pembelajaran
geografi dan bagi tujuan penambahbaikan.

Penilaian Pelan Operasi 2018

Aktiviti dalam pelan operasi bagi tahun 2018 telah dirancang. Antaranya:-
1- membuat bengkel penyediaan jadual kerja untuk tugasan PT3
2- bergabung dengan kelab Alam sekitar.
3- Buku skrap berasaskan peta ( my map book)
4- Minggu akademik- lebihkan kepada penggunaan ict

4.5 RPT 2018


Pembahagian tugas kepada guru dalam membuat perancangan pengajaran tahunan untuk
2018.
Tingkatan 1 – En. A. Radzi bin Jalil
Tingkatan 2 - Puan Azlina Binti Abdullah
Tingakatan 3 – Cik Siti Nor Asmamira Binti Mhd Ghazani

Makluman
ABM (Anggaran Belanjawan Mengurus Panitia)

Anggran belanjawan bagi 2018 ialah membuat pembelian bagi bahan bantu mengar geografi.
Selain itu, membeli hadiah kepada pelajar bagi “reward” kepada pelajar yang telah mencapai
tahap seperti yang disasarkan oleh guru. Contohnya guru boleh membeli hilighter, shopee
pen dan juga makanan. Pembelajaan bagi pembelian BBM adalah sebanyak 60% dan 40%
lagi adalah untuk aktiviti berdasarkan jumlah yang telah diperuntukan bagi panitia geografi.

Modul 2018

Penyediaan modul bagi setiap tingkatan bagi memudahkan guru ganti sekiranya guru
matapelajaran terlibat dengan sebarang aktiviti luar mahupun cuti sakit.

Jenis Buku kerja/Latihan Murid

Hasil daripada perbincangan bersama dengan guru matapelajaran geografi bagi jenis buku
kerja yang akan digunakan oleh pelajar bagi tahun 2018. Antaranya ialah:-
1- i-Visual Galaksi Tingkatan bagi 1, 2 dan 3
2- Galaksi 1201 Bank soalan Tingkatan 3

3
5 HAL-HAL LAIN

Bagi guru penggubal kertas peperiksaan, guru perlu menghantar kepada Ketua Panitia dan
juga Ketua Bidang bagi pemeriksaan sebelum kertas dicetak perlu dihantar seperti tarikh
yang telah ditetapkan berdasarkan jadual penggubalan soalan peperiksaan yang telah
ditetapkan.selain itu, pengerusi memaklumkan markah bagi peperiksaan adalah 50% adalah
daripada soalan peperiksaan dan 50% lagi adalah dari kerja kursus yang akan dilaksanakan
oleh murid.
Makluman
6 PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3,30 petang

Disediakan oleh,

…………………..........................................
(SITI NOR ASMAMIRA BINTI MHD GHAZANI)
Setiausaha Panitia Geografi

Tarikh: 6 November 2017

You might also like