You are on page 1of 5

MATLAMAT DAN HALA TUJU SEKOLAH

PEMBINAAN SAHSIAH YANG BERKUALITI – FOKUS MURID


 Satu konsep bagi merealisasikan amalan dan nilai-
nilai murni seperti yang digariskan melalui Falsafah
Pendidikan Negara dan Kebangsaan.
 Menggalakkan murid untuk mengikuti kelas agama
mengikut agama masing-masing
 Melatih murid-murid mengamalkan budaya
memberi salam dan lain-lain nilai murni.

BERKAT – FOKUS GURU-GURU DAN STAF SOKONGAN


 Pendekatan kerja secara kolaboratif
 Bekerja dengan ikhlas, amanah dan ceria
 Mewujudkan suasana permuafakatan bekerja,
bertukar-tukar fikiran atau pendapat berkonsepkan
“Berat sama DIpikul dan Ringan Sama Dijinjing”.
 Menghormati rakan sekerja dan menjaga nama baik
organisasi
 Bersatu hati dan tenaga dalam menjayakan
program-program sekolah
 Mewujudkan suasana kerja yang kreatif dan inovatif
SEPAKAT – FOKUS PIBG DAN IBU BAPA BERKAT
 Menanam sikap bantu membantu di antara ibu
bapa, guru-guru dan masyarakat setempat
 Mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan
ibu bapa bertujuan meningkatkan prestasi akademik
dan mengatasi laini-lain masalah
 Merealisasikan konsep ‘Anak-anak Adalah
Tanggungjawab Kita Bersama’
 Mengadakan program motivasi kepada ibu bapa
 Mengadakan program mendekatkan ibu bapa dan
masyarakat setempat dengan sekolah
 Mengadakan program ‘Kunjungan Mesra’ di antara
guru dengan ibu bapa.
 Mewujudkan hubungan baik di antara sekolah
dengan agensi-agensi luar.

KECEMERLANGAN AKADEMIK (KURIKULUM)


 Memastikan pencapaian PPSR akan terus meningkat
dari tahun ke tahun.
 Mempertingkatkan bilangan murid yang berkualiti
dalam PPSR
 Memberi pendedahan dan pendekatan awal kepada
murid-murid tentang pentingnya menguasai
kemahiran untuk kecemerlangan
 Memupuk semangat dan budaya suka membaca
dikalangan murid-murid
 Memastikan semua murid dapat menguasai
kemahiran 3M.
 Mengamalkan konsep pengayaan dan pemulihan
bagi memastikan setiap murid dapat
mengembangkan potensi diri.

KECEMERLANGAN INSAN (HEM)


 Memastikan murid-murid melaksana dan
menyempurnakan semua kewajipan dan
tanggungjawab sebagai seorang murid
 Tanggungjawab kepada keluarga
 Tanggungjawab kepada sekolah
 Tanggungjawab kepada guru
 Tanggungjawab kepada pelajaran
 Tanggungjawab kepada aktiviti kokurikulum
 Tanggungjawab kepada rakan-rakan
 Tanggungjawab kepada masyarakat dan Negara
 Memastikan murid-murid mengamalkan ciri-ciri
disiplin yang baik
 Membentuk sahsiah diri murid-murid supaya
menjadi anak yang berkhemah tinggi
 Mewujudkan suasana mesra, ceria, berilmu dan
beramal
 Menanamkan sikap suka bekerjasama dan
bergotong-royong sesame mereka

KECEMERLANGAN MENTAL DAN FIZIKAL


(KOKURIKULUM)
 Membentuk kecergasan mental dan fizikal murid
melalui aktiviti kokurikulum
 Mewujudkan semangat kesukanan yang sihat
 Memupuk cara berfikir dan cara bersosial yang betul
melalui aktiviti persatuan
 Mempertingkatkan daya ketahanan diri murid dalam
menghadapi pelbagai situasi
 Memahamkan murid-murid supaya dapat
menghargai nilai-nilai kebudayaan dan bakat yang
ada pada diri sendiri
KECERIAAN SEKOLAH
 Memastikan sekolah sentiasa berada dalam keadaan
bersih
 Mewujudkan keadaaan persekitaran yang ceria

You might also like