You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT KO-KURIKULUM

BIL 1/2018
SK LB JOHNSON
71760, BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TARIKH : 28 Disember 2017


HARI : Khamis
MASA : 10.30 pagi
TEMPAT : Bilik Mesyuarat, SK LB Johnson

KEHADIRAN :

1
1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI ( Zalija bt Marsham )
1.1 Memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan mengalukan kehadiran semua ahli
mesyuarat.
1.2 Mengucapkan tahniah kepada semua warga sekolah atas pencapaian kokurikulum sekolah
pada tahun 2017.
1.3 Mengingatkan dan memperbetulkan kesalahan susunan carta organisasi dalam buku
pengurusan sekolah.
1.4 Pengerusi mengingatkan bahawa segala aktiviti lawatan sekolah pada tahun 2018 adalah
di bawah unit kokurikulum.
1.5 Lawatan penanda aras untuk semua guru ke negeri Johor adalah pada 30, 31 Mac dan 1
April 2018.
Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 2/2017


Pencadang: Hjh. Natapah binti Haron
Penyokong: Azizi bin Ludin

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit

4. PERKARA BAHARU
4.1 Taklimat GPK Kokurikulum ( Nazuhaakmal binti Ariffin )
4.1.1 Semua data PAJSK telah diisi dengan lengkap mengikut tarikh yang telah
ditetapkan.
Makluma
n

4.1.2 GPK Kokurikulum memohon guru tahun 4 dan 5 (2017) untuk mencetak laporan
PAJSK dan laporan segak yang perlu ditandatangani oleh Guru Besar atau GPK
Kokurikulum sebelum menampal di dalam buku rekod PAJSK murid-murid.
Tindakan : Guru tahun 4 dan 5
(2017)

4.1.3 GPK Kokurikulum meminta supaya guru kelas tahap 2 mengenal pasti murid yang
tidak menghantar buku rekod PAJSK mereka dan guru perlu meminta murid untuk
membeli buku baharu jika hilang.
Tindakan : Guru kelas tahun 4
dan 5

4.1.4 GPK Kokurikulum berkongsi mengenai peringatan Pejabat Pendidikan Daerah


bahagian kokurikulum supaya semua guru tahu dan faham maksud sebenar
kokurikulum.
4.1.4.1 GPK Kokurikulum menekankan tentang matlamat gerak kerja kokurikulum
iaitu penyertaan oleh setiap murid, penyertaan semua guru dan kehadiran
murid wajib direkodkan.

2
4.1.4.2 Sekolah yang kurang kemudahan prasarana hendaklah menggalakkan
murid membuat kerja-kerja amal.
4.1.4.3 Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan
penyertaan secara beramai-ramai.
Maklu
man
4.1.5 GPK Kokurikulum memaklumkan mengenai perubahan pelaksanaan kokurikulum
2018.
4.1.5.1 Perubahan dari aspek hari dan masa iaitu aktiviti 1M1S akan
dilaksanakan setiap hari Selasa pada pukul 7.40 hingga 8.40 pagi bagi
semua murid manakala aktiviti Kelab/Persatuan dan unit beruniform tahun
4, 5 dan 6 akan dilaksanakan setiap hari Rabu pada pukul 7.40 hingga
8.40 pagi.Murid-murid tahun 1, 2 dan 3 akan mengikuti kelas tasmik pada
hari rabu.
4.1.5.2 Perubahan dari aspek kelab dan persatuan yang mana lima kelab
dikekalkan, enam kelab dibubarkan, manakala empat kelab baharu
dibentuk.
4.1.5.3 Penglibatan murid tahun 1 dan 2 untuk 1m 1s sebagai galakan dan
pelapis kepada aktiviti-aktiviti sekolah.
Maklu
man

4.1.6 GPK kokurikulum juga memaklumkan bahawa sistem PPSR bersifat holistik dan
menyeluruh.
Maklu
man
4.1.7 GPK kokurikulum memfokuskan tentang PAJSK yang mana perlu dimaklumkan
kepada murid maksud PAJSK dan kepentingan PAJSK kepada mereka. Guru juga
perlu merekod tahap kecergasan murid.
Maklum
an
4.2 KPI kokurikulum 2018.
4.2.1 GPK kokurikulum menjelaskan bahawa ko-akademik pada tahun 2017 tidak
menonjol dan berharap penyertaan pada tahun ini meningkat.
4.2.2 Sasaran penglibatan aktiviti kokurikulum peringkat daerah sebanyak 31
penyertaan pada tahun 2018.
4.2.3 Setiausaha sukan mencadangkan supaya guru kelas membuat pemerhatian bagi
mengenal pasti murid yang mempunyai bakat dalam sukan.
4.2.4 Pengerusi mensasarkan penyertaan di peringkat antarabangsa sebanyak 2
penyertaan. Penyertaan di peringkat antarabangsa juga boleh dijalankan melalui
penyertaan secara online.

Makluman

4.3 Ahli jawatankuasa Kokurikulum 2018

3
4.3.1 GPK kokurikulum memaklumkan bahawa terdapat beberapa perubahan dan
pengekalan ahli jawatankuasa kokurikulum tahun 2018.
4.3.2 GPK kokurikulum berharap guru-guru menggalas tanggungjawab dengan baik
tanpa perasaan marah atau kecil hati.
4.3.3 Objektif perubahan ahli jawatankuasa adalah supaya guru-guru lebih bermotivasi
dan dapat bekerja dalam suasana yang kondusif dan mempunyai semangat yang
baru.
4.3.4 Perubahan pada jawatankuasa induk iaitu setiausaha kokurikulum, penyelaras
1murid 1sukan dan naib setiausaha sukan.
4.3.5 Pengurus baharu pasukan bola sekolah iaitu Encik Hamizon bin Mohd Aris.

Makluman

4.4 Takwim kokurikulum 2018.


4.4.1 SK LB Johnson tidak akan mengelola mana-mana aktiviti peringkat daerah pada
tahun 2018.
4.4.2 GPK kokurikulum berharap supaya semua guru bersedia dengan aktiviti tahun
2018 tanpa sebarang masalah.
4.4.3 Aktiviti merentas desa peringkat sekolah akan dijalankan mengikut takwim 2018
walaupun terdapat perubahan tarikh pada peringkat daerah.
4.4.4 GPK kokurikulum memohon semua pengurus pasukan sekolah duduk dan
berbincang Bersama-sama bagi persediaan untuk mengelak aktiviti bertindih.

Makluman

4.5 Pengurusan penyertaan dan pertandingan.


4.5.1 Peruntukan makanan bagi murid-murid yang akan keluar bertanding akan di
selaraskan peruntukkan sebanyak rm5.00 seorang.
4.5.2 Pengerusi memaklumkan supaya jawatankuasa kantin mengadakan mesyuarat
dengan segera bagi membincangkan hal peruntukkan kewangan bersama pihak
kantin.

Makluman
4.5.3 GPK kokurikulum menekankan supaya apabila sekolah menerima surat dari
Pejabat Pendidikan Daerah, wakil guru yang akan pergi ke taklimat perlu catat
segala maklumat dalam minit curai dan menyampaikan taklimat mengenai
maklumat yang diperolehi kepada GPK dan guru-guru yang terlibat.
Maklu
man
4.5.4 GPK kokurikulum meminta kepada mana-mana guru yang menghantar murid ke
pertandingan perlu membuat laporan dengan segera dalam masa satu minggu
dengan memuat naik ke dalam google drive unit kokurikulum dan mencetak
laporan tersebut untuk simpanan fail pengurusan laporan.

4
Makluman
4.5.5 Guru-guru yang mengelola murid dalam pertandingan perlu menguruskan sijil
murid sendiri supaya masalah murid tulis sendiri nama di sijil dapat dielakkan.

Makluman

4.5.6 Sijil-sijil murid perlulah disampaikan pada murid semasa majlis perhimpunan
rasmi sekolah.
Maklum
an

4.6 Pengurusan laporan kokurikulum 2018


4.6.1 Catatan hendaklah ditulis oleh murid sendiri setiap kali perjumpaan.

Makluman
4.6.2 Guru wajib tandatangan pengesahan setiap kali perjumpaan.

Makluman
4.6.3 Buku laporan aktiviti hendaklah dihantar kepada penyelaras terlebih dahulu
sebelum diserahkan kepada GPK kokurikulum.
Makluman

4.6.4 Guru harus melatih murid untuk menghantar buku laporan aktiviti.
Makluman
4.6.5 Guru perlu mengambil gambar semasa aktiviti kokurikulum berjalan dan tampal di
belakang buku pelaporan.

Makluman
4.6.6 GPK kokurikulum tidak lagi menyediakan sasaran dan carta gantt bagi setiap
aktiviti. Ketua setiap unit perlu mengadakan sasaran dan carta gant dengan
membuat perbincangan bersama guru dengan merancang aktiviti yang mampu
menyeronokkan murid.
Tindakan : Ketua setiap
unit

4.7 Laporan penyertaan pertandingan/program


4.7.1 Tiada lagi laporan pelbagai bentuk dan warna.
4.7.2 Semua bentuk laporan diselaras dan dihantar dalam bentuk Salinan lembut dan
dihantar kepada GPK kokurikulum.
Tindakan : Setiausaha unit/pengurus
sukan

5
4.8 Pengurusan program utama
4.8.1 GPK kokurikulum berharap tiada masalah dalam pengurusan program utama, jika
terdapat apa-apa masalah guru perlu berbincang bersama GPK kokurikulum.

Makluman
4.8.2 GPK kokurikulum memaklumkan bahawa MTAQ bukan di bawah unit
kokurikulum, tetapi adalah di bawah panitia namun boleh dibuat dan dibantu oleh
unit kokurikulum. Maklumat tersebut diperolehi daripada penjelasan oleh En.
Zulkarna’in Mohamed iaitu Penyelia kokurikulum pejabat pendidikan daerah
Seremban.
Tindakan : Ketua Panitia Pendidikan
Islam
4.8.3 Bagi buku PAJSK murid, guru kelas perlu beli dengan membuat pembelian pada
GPK kokurikulum. Guru kelas juga perlu mengutip wang sebanyak RM6.00 bagi
seorang murid terutamanya murid tahun 4.
Tindakan : Guru Kelas Tahun 4, 5
dan 6
4.8.4 Bengkel pengurusan PAJSK untuk guru akan diadakan pada 16 Januari 2018
(Selasa), manakala bagi murid pula adalah pada hari kedua persekolahan.

Makluman

5. HAL-HAL LAIN
5.1 GPK kokurikulum mengingatkan mengenai pemakaian baju t shirt sewaktu aktiviti
kokurikulum berlangsung yang akan dicetak baharu mengikut warna rumah sukan.

Makluman
5.2 GPK kokurikulum memaklumkan sewaktu perjumpaan unit beruniform murid haruslah
memakai uniform lengkap, jika tiada, murid boleh memakai baju t unit uniform dan jika
tiada, murid bolehlah memakai baju sukan sekolah. Hal ini juga ditujukan juga kepada
semua guru.
Makluma
n
5.3 Pengerusi mengingatkan guru-guru supaya tidak melibatkan kutipan wang kerana bimbang
jika ada aduan daripada ibu-bapa. sekolah tidak mempunyai punca kuasa khas untuk
diadakan kutipan bagi urusan pembelian tersebut.
Makluma
n
5.4 Pengerusi juga mengingatkan guru-guru bahawa tiada lagi pembelian baju-baju bagi
sesebuah program untuk tahun 2018 kecuali aktiviti/program yang dianjur oleh KGKT.
Makluma
n

6
5.5 Pengerusi memaklumkan bahawa semasa program tasmik, terdapat beberapa orang murid
moral akan mengikuti program nilam yang akan dilaksanakan oleh guru nilam sendiri.
Tindakan : Guru
Nilam

6. UCAPAN PENANGGUHAN
Setiausaha Kokurikulum
SK LB Johnson Pengerusi mengakhiri mesyuarat pada hari ini dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Mesyuarat ditangguhkan jam 1.05 petang.

Disediakan Oleh,
Disemak Oleh,

7
Diluluskan Oleh:

Guru Besar
SK LB Johnson

You might also like