You are on page 1of 15

Tajuk Amali : Pengukuran dan Penganggaran Ralat.

Tujuan : Untuk mengambil pengukuran menggunakan pelbagai jenis alat


pengukuran dan membandingkan ukuran-ukuran tersebut.

Teori : Kajian dalam fizik amat memerlukan pengukuran. Pengukuran ialah


proses menentukan nilai sesuatu kuantiti fizik dengan menggunakan peralatan
sains. Pengukuran penting untuk mengenalpasti berat dan saiz sesuatu objek
dengan lebih tepat berbanding dengan anggaran.Kuantiti fizik merupakan kuantiti
yang boleh diukur .Kuantiti fizik dibahagi kepada kuantiti asas dan kuantiti
terbitan. Kuantiti asas ialah kuantiti yang tidak boleh ditakrifkan dalam sebutan
kuantiti-kuantiti yang lain.Contoh kuantiti asas ialah panjang, jisim, masa, arus
elektrik dan suhu.Kuantiti terbitan ialah gabungan kuantiti–kuantiti asas secara
pendaraban atau pembahagian atau kedua-duanya.

Alat pengukuran merupakan alat yang digunakan untuk mengukur sesuatu


benda.Contoh alat-alat pengukuran panjang sesuatu objek ialah pembaris
meter,angkup vernier dan tolok skrew mikrometer manakala jisim sesuatu objek
boleh diukur dengan neraca palang dan neraca elektronik.Walau bagaimanapun,
ukuran yang tepat 100% tidak pernah diperolehi. Ukuran merupakan nilai
perbandingan di antara suatu objek yang hendak diukur dengan skala piawai
atau dikatakan teori.Semua ukuran merupakan nilai anggaran sahaja.Oleh itu
apabila membuat ukuran kita mestilah mengetahui kepersisan ,kepekaan dan
kejituan .

Kepersisan ialah kebolehan suatu alat memberi bacaan yang konsisten pada
setiap kali ukuran dibuat. Ketepatan suatu ukuran pula bermaksud sejauh mana
sesuatu nilai pengukuran sama atau menghampiri nilai sebenar atau nilai
piawai.Kepekaan satu alat pengukur ialah kebolehannya mengesan perubahan
yang kecil dalam kuantiti fizik yang diukur. Satu alat pengukur adalah lebih peka
jika nilai bahagian skala yang terkecilnya adalah lebih kecil .
Pernyataan masalah : Bagaimanakah diameter pensil dan wayar kuprum serta
jisim satu sudu teh pasir dan pensil diukur ?

Radas dan bahan : Pembaris meter ,angkup vernier ,tolok skrew mikrometer
,neraca palang ,neraca elektronik ,seutas wayar kuprum ,pensil dan satu sudu
teh pasir.

Aktiviti 1 : Mengukur panjang


Prosedur :
1.Pembaris meter ,angkup vernier dan tolok skrew mikrometer telah digunakan
untuk mengukur diameter sebatang pensil.
2.Pengukuran diameter pensil telah diulangi sebanyak 4 kali.
3.Keputusan diameter pensil telah dicatatkan dalam jadual.
4.Langkah 1 hingga 3 telah diulangi ,pensil telah digantikan dengan seutas
wayar kuprum.

Aktiviti 2 : Mengukur jisim


Prosedur :
1.Neraca palang dan neraca elektronik telah digunakan untuk mengukur jisim
sebatang pensil.
2.Pengukuran jisim pensil telah diulangi sebanyak 4 kali.
3.Keputusan jisim pensil telah dicatatkan dalam jadual.
4.Langkah 1 hingga 3 telah diulangi ,pensil telah digantikan dengan satu sudu
teh pasir .
Keputusan :
Ketidakpastian relatif : Aktiviti 1
a.Diamater pensil
i. Pembaris meter

Jumlah diameter = 0.7 + 0.7 + 0.7 + 0.7 + 0.7 = 3.5


3.5
Min,m =  0.7
5
0. 7 2  0. 7 2  0. 7 2  0. 7 2  0. 7 2
σ2 =  0.49
5
σ = 0.49  0.7

σ 0.7
 1
m 0.7

ii. Angkup vernier

Jumlah diameter =0.69 + 0.68 + 0.67 + 0.68 + 0.68 = 3.4


3.4
Min,m =  0.68
5
0.69 2  0.682  0.67 2  0.68 2  0.68 2
σ2 =  0.46
5
σ = 0.46  0.68

σ 0.68
 1
m 0.68

iii . Tolok Skrew Mikrometer

Jumlah diameter =0.674+ 0.674 + 0.673 + 0.674 + 0.675 = 3.37


3.37
Min,m =  0.674
5
0.6742  0.6742  0.6732  0.6742  0.6752
σ2 =  0.454
5
σ = 0.454  0.674

σ 0.674
 1
m 0.674

b.Diamater wayar kuprum


i. Pembaris meter

Jumlah diameter = 0.1 + 0.1 + 0.1 + 0.1 + 0.1 = 0.5


0.5
Min,m =  0.1
5
0.12  0.12  0.12  0.12  0.12
σ2 =  0.01
5
σ = 0.01  0.1

σ 0.1
 1
m 0.1

ii. Angkup vernier

Jumlah diameter =0.05 + 0.05 + 0.05 + 0.05 + 0.05 = 0.25


0.25
Min,m =  0.05
5
0.052  0.052  0.052  0.052  0.05 2
σ2 =  0.0025
5
σ = 0.0025  0.05

σ 0.05
 1
m 0.05

iii . Tolok Skrew Mikrometer

Jumlah diameter =0.050+ 0.049 + 0.051 + 0.050 + 0.050 = 0.25


0.25
Min,m =  0.05
5
0.050 2  0.049 2  0.0512  0.050 2  0.050 2
σ2 =  0.0025
5
σ = 0.0025  0.050

σ 0.674
 1
m 0.674

Ketidakpastian relatif : Aktiviti 2


a.Jisim pensil
i. Neraca palang

Jumlah jisim = 0.7 + 0.7 + 0.7 + 0.7 + 0.7 = 3.5


3.5
Min,m =  0.7
5
0. 7 2  0. 7 2  0. 7 2  0. 7 2  0. 7 2
σ2 =  0.49
5
σ = 0.49  0.7

σ 0.7
 1
m 0.7

ii. Neraca elektronik

Jumlah jisim = 0.7 + 0.7 + 0.7 + 0.7 + 0.7 = 3.5


3.5
Min,m =  0.7
5
0. 7 2  0. 7 2  0. 7 2  0. 7 2  0. 7 2
σ2 =  0.49
5
σ = 0.49  0.7

σ 0.7
 1
m 0.7

b.Jisim satu sudu teh pasir


i. Neraca palang

Jumlah jisim = 2.9 + 2.9 + 3.0+ 2.9 + 3.0 = 14.7


14.7
Min,m =  2.9
5
2.9 2  2.9 2  3.0 2  2.9 2  3.02
σ2 =  8.646
5
σ = 8.646  2.9

σ 2.9
 1
m 2.9

ii. Neraca elektronik

Jumlah jisim = 2.90 + 2.89 + 2.88+ 2.90 + 2.88 = 14.45


14.45
Min,m =  2.89
5
2.90 2  2.89 2  2.882  2.90 2  2.882
σ2 =  8.352
5
σ = 8.352  2.89

σ 2.89
 1
m 2.89

Aktiviti 1 : Mengukur panjang


i. Diameter pensil
Alatan Diameter pensil/cm Purata/cm
1 2 3 4 5
Pembaris meter 0.7 0.7 0.7 0.7 0.7 0.7
Angkup vernier 0.69 0.68 0.67 0.68 0.68 0.68
Tolok skrew mikrometer 0.674 0.674 0.673 0.674 0.675 0.674

ii. Diameter wayar kuprum


Alatan Diameter wayar kuprum/cm Purata/cm
1 2 3 4 5
Pembaris meter 0.1 0.1 0.1 0.1 0.1 0.1
Angkup vernier 0.05 0.05 0.05 0.05 0.05 0.05
Tolok skrew mikrometer 0.050 0.049 0.051 0.050 0.050 0.050

Aktiviti 2 : Mengukur jisim


i. Jisim pensil
Alatan Jisim pensil/g Purata/g
1 2 3 4 5
Neraca palang 2.9 2.9 3.0 2.9 3.0 2.9
Neraca elektronik 2.90 2.89 2.88 2.90 2.88 2.89

ii. Jisim satu sudu teh pasir


Alatan Jisim satu sudu teh pasir/g Purata/g
1 2 3 4 5
Neraca palang 1.7 1.7 1.7 1.7 1.7 1.7
Neraca elektronik 1.80 1.79 1.80 1.79 1.80 1.80

Perbincangan :
Dengan melakukan analisis berdasarkan data yang diperolehi daripada
eksperimen, beberapa kelemahan telah menghalang hasil eksperimen ini
daripada mendapat nilai yang tepat .

Antaranya ialah ralat paralaks .Ralat paralaks merupakan kesilapan


pengukuran yang berlaku apabila seseorang membaca tanda skala dari
kedudukan yang salah .Untuk menangani kelemahan ini, kedudukan mata harus
betul-betul tegak di depan tanda skala semasa mengambil bacaan .Kanta
pembesar juga boleh digunakan semasa membaca pembaris meter, angkup
vernier, tolok skrew mikrometer dan neraca palang. Satu lagi cara mengurangkan
ralat ialah mengulang pengukuran beberapa kali dan mencari purata.Pengukuran
diameter dan jisim telah diukur berulang empat kali supaya mendapat data yang
persis.Ini dapat mengurangkan ralat eksperimen yang disebabkan oleh
pelarasan yang tidak tepat antara objek dan alat pengukuran ,bacaan yang salah
dan objek yang tidak seragam.

Selain itu, ketidaksempurnaan benda yang diukur juga merupakan salah


satu kelemahan .Permukaan pensil dan wayar kuprum yang tidak rata
menyebabkan diameternya pada bahagian berlainan adalah tidak sama. Oleh
itu,lima bacaan telah diambil semasa menggunakan satu alat pengukur untuk
mendapatkan suatu anggaran yang munasabah iaitu purata ukuran.

Antara langkah berjaga-jaga yang harus diamalkan dalam eksperimen


adalah mengelakkan ralat sifar sebelum memulakan pengukuran.Sekiranya alat
pengukur tersebut mempunyai ralat sifar,maka pada peringkat menganalisis
data, ralat sifar perlu ditolak untuk mendapat ukuran yang jitu.Di samping itu,
Kipas perlulah dimatikan kerana tiupan angin boleh mempengaruhi bacaan
neraca.Semasa mengukur menggunakan tolok skrew mikrimeter, pastikan suara
“klik ” berbunyi selepas bidal dirapatkan untuk mengelakkan tekanan berlebihan
terhadap objek yang diukur.
Soalan penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran:
Aktiviti 1 : Mengukur panjang
1. Alat pengukuran manakah yang paling persis untuk mengukur panjang?
Alat pengukuran manakah yang paling jitu untuk mengukur panjang?
Kepersisan sesuatu ukuran ditentukan melalui nilai bacaan yang lebih rapat . Alat
pengukuran pembaris meter mempunyai nilai bacaan yang lebih rapat
berbanding dengan tolok skru mikrometer dan angkup vernier. Maka, pembaris
meter merupakan alat pengukuran yang paling persis.Satu ukuran lebih jitu
sekiranya nilai ukuran adalah lebih dekat dengan nilai sebenar. Alat pengukur
tolok skru mikrometer mempunyai nilai ukuran yang lebih dekat dengan nilai
sebenar. Maka, tolok skru mikrometer adalah alat pengukuran yang paling jitu.

2. Apakah alat pengukuran yang anda akan gunakan untuk mengukur


ketebalan sehelai kertas? Terangkan.
Alat yang saya akan gunakan untuk mengukur ketebalan sekeping kertas ialah
tolok skrew mikrometer kerana kepekaan tolok skrew mikrometer ialah 0.01mm
atau 0.001cm. Ketebalan sekeping kertas boleh ditentukan dengan mengukur
ketebalan 10 keping kertas yang sama terlebih dahulu. Kemudian, ukuran
tersebut akan dibahagikan dengan 10 untuk mendapatkan ukuran bagi sekeping
kertas.

Aktiviti 2 : Mengukur jisim


1. Berdasarkan dua jenis alat yang digunakan untuk mengukur jisim, alat
yang manakah lebih persis? Alat yang manakah lebih jitu? Terangkan.
Nilai bacaan yang lebih rapat menentukan kepersisan sesuatu ukuran. Alat
pepengukur jisim neraca palang mempunyai bacaan yang lebih rapat berbanding
dengan neraca elektronik.Maka ,neraca palang merupakan alat pengukur jisim
yang paling persis.Satu ukuran lebih jitu sekiranya nilai ukuran adalah lebih
dekat dengan nilai sebenar. Alat pengukur neraca elektronik mempunyai nilai
ukuran yang lebih dekat dengan nilai sebenar. Maka, neraca elektronik adalah
alat pengukuran yang paling jitu berbanding dengan neraca palang.

2. Namakan satu alat pengukur lain yang boleh digunakan untuk mengukur
jisim dalam kehidupan seharian.
Satu alat pengukur lain yang boleh digunakan untuk mengukur jisim dalam
kehidupan seharian ialah neraca jarum berskala.

3. Apakah yang anda telah pelajari daripada dua aktiviti di atas?


Dalam mengambil ukuran dan sukatan sesuatu objek, terdapat tiga ciri yang
perlu diperhatikan. Antaranya ialah kepersisan, kejituan dan kepekaan alat
pengukur. Kepersisan ialah kebolehan suatu alat memberi bacaan yang
konsisten pada setiap kali ukuran dibuat. Kejituan suatu ukuran pula bermaksud
sejauh mana sesuatu nilai pengukuran sama atau menghampiri nilai sebenar
atau nilai piawai. Kepekaan satu alat pengukur ialah kebolehannya mengesan
perubahan yang kecil dalam kuantiti fizik yang diukur. Satu alat pengukur adalah
lebih peka jika nilai bahagian skala yang terkecilnya adalah lebih kecil.Sebelum
mengukur atau menyukat sesuatu objek, ralat paralaks harus dielakkan serta
memastikan terdapat atau tidak ralat sifar bagi alat pengukur tersebut.

Beberapa bacaan akan diambil semasa menggunakan satu alat pengukur untuk
mendapatkan suatu anggaran yang munasabah. Bacaan perlu diambil beberapa
kali untuk mengelakkan kesilapan semasa membaca skala alat pengukur dan
juga ketidaksempurnaan benda yang diukur, Sebagai contohnya,
ketidaksempurnaan diameter sebatang pensil, iaitu diameternya pada bahagian
berlainan adalah tidak sama.

Kesimpulan :
Tolok skrew mikrometer merupakan alatan yang paling sesuai untuk mengukur
diameter objek kerana mempunyai kepekaan dan kejituan yang paling tinggi.
Neraca elektronik merupakan alatan yang paling sesuai untuk mengukur jisim
objek kerana mempunyai kepekaan dan kejituan yang paling tinggi.

Lampiran :
Cara mengukur diameter pensil menggunakan pembaris meter.

Cara mengukur diameter wayar kuprum menggunakan pembaris meter.


Cara mengukur diameter pensil menggunakan angkup vernier.

Cara mengukur diameter wayar kuprum menggunakan angkup vernier.


Cara mengukur diameter pensil menggunakan tolok skrew mikrometer.

Cara mengukur diameter wayar kuprum menggunakan tolok skrew


mikrometer.
Cara mengukur jisim satu sudu teh pasir dan pensil menggunakan neraca
elektronik.

Neraca palang digunakan untuk mengukur jisim satu sudu teh pasir dan
pensil .
Rujukan:

1. Linda Khairol Anuar .(n.d). asg fizik dimuat turun daripada


http://www.academia.edu/4483207/asg_fizik
2. Khiza Super User .(5 Februari 2012). 1.1 Pengenalan Kepada Fizik dimuat
turun daripada http://cikgukhiza.mkbs74.com/index.php/en/panduan/84-
smk/belajarfizik/75-pengenalan-kepada-fizik
3. Margaret Rouse .(May 2006).DEFINITION square root symbol dimuat turun
daripada
http://whatis.techtarget.com/definition/square-root-symbol
4. Devannobalidi.( n.d ) Macam Macam Alat Ukur dalam fisika dan fungsinya
muat turun daripada https://devannobali.wordpress.com/2012/03/24/macam-
macam-alat-ukur-dalam-fisika-dan-fungsinya/
5.Baharudun.(n.d). Apa itu Sains? dimuat turun daripada
http://cikgubaharudin.blogspot.com/p/n.html
6. V. Ryan . (2004 - 2010).THE VERNIER CALIPER - MANUAL VERSION
dimuat turun daripada http://www.technologystudent.com/equip1/vernier3.htm

You might also like