You are on page 1of 4

SPSK PK07/3

MINIT MESYUARAT UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SK TAMAN KERAMAT (1)

BIL 1 / 2018

Hari/ Tarikh : Isnin (22 Januari 2018)

Masa : 12.45pm – 2.00pm

Tempat : Bilik Gerakan SK Taman Keramat 1

Kehadiran :

1. Pn Khong Lee Peng (Guru Besar)


2. En Pakhrurrazi bin Ramelin (PK HEM)
3. En Fahizan bin Md Isa
4. Cik Siti Hawa bt Zainoddin
5. Pn Ratnawati bt Hassan
6. En Mohamad Afdhal Ariff bin Mohammad Idrus
7. En Suhaimi bin Rahim
8. Pn Hilyatun Nufus bt A. Yazid
9. Pn Asmaliza bt Torin
10. Pn Romlah bt Yusof
11. Pn Wan Nur Haila bt Wan Hussin
12. Pn Fatimah bt Abdul Majid
13. Pn Nortifah bt Manan
14. Pn Azimah bt Sudin
15. Pn Hasmini bt Che Dah
16. Pn Norhayati bt Embong
17. Pn Rohaidah bt Rokhmad
18. En Khairul Afif bin Ma’dee
19. En Ahmad Zulhusni bin Ismail
20. En Khari bin Isa
21. Pn Nur Ezzaty bt Shamsuddin
22. Pn Nur Hannim bt Idris
SPSK PK07/3
Agenda Mesyuarat:

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah.

1.2 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan terima kasih kepada


semua yang hadir pada mesyuarat kali pertama bagi tahun 2018.

1.3 Mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana telah berusaha dengan baik
sepanjang tahun 2017.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu

2.1 En Fahizan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu dan disokong oleh semua guru.

Makluman

3.0 Perkara berbangkit.

3.1 Tiada perkara berbangkit.

4.0 Perkara Baru

4.1 Ucapan Pn Ratnawati (Pengerusi Badan Disiplin dan Pengawas)

4.1.1 Pn Ratnawati membentangkan perancangan program di bawah Pengawas


dan Disiplin bagi tahun 2018.

4.1.2 Antara program yang paling hampir ialah Watikah Pelantikan Pengawas yang
akan diadakan pada 7 Februari 2018 melibatkan kesemua 168 pengawas yang terdiri
daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas musolla, pengawas
SPBT, pengawas PPDA dan banyak lagi

4.1.3 Program lain seperti Kursus Motivasi, Lawatan, Spotcheck dan Jamuan Akhir
Tahun akan dibincangkan dari semasa ke semasa.

Makluman
SPSK PK07/3
4.2 Ucapan En Pakhrurrazi (PK HEM)

4.2.1 Amalan membaca buku/sifir bagi murid yang sampai awal ke sekolah atau
pada waktu rehat. Guru perlu menyediakan bahan bacaan/sifir.

4.2.2 Bacaan ikrar semasa perhimpunan perlu diperbaiki supaya tiada lagi murid
yang membaca dengan nada yang meleret atau tidak bersemangat.

4.2.3 Pengawas bertugas dibenarkan rehat 5 minit lebih awal daripada murid lain.

4.2.4 Fail setiap unit mesti lengkap

4.2.5 Guru kelas hendaklah mengambil surat di pejabat bagi murid yang ponteng 3
hari berturut-turut

4.2.6 Surat tunjuk sebab tidak hadir ke sekolah atau MC hendaklah diserahkan
kepada guru kelas 3 hari selepas tarikh murid tidak hadir.

Makluman dan Tindakan : Semua Guru

4.3 Ucapan En Fahizan ( Pengerusi Unit Bimbingan dan Kaunseling)

4.3.1 Membentangkan program yang dirancang di bawah Unit Bimbingan dan


Kaunseling.

4.3.2 Antara program yang dirancang ialah Program Transisi, Program


Transformasi, Kem Kepimpinan Pengawas, Mentor-Mentee, Champion, Zero Ponteng
dan Kursus Pemimpin Muda.

4.3.3 Program tersebut akan dibincangkan dan dirancang dari semasa ke semasa.

Makluman

4.4 Ucapan Pn Khong Lee Peng (Guru Besar)

4.4.1 Menggabungkan unit-unit di bawah disiplin dan pengawas seperti unit


bimbingan dan kaunseling dan unit murid ponteng dan cicir menjadi 1 unit untuk
memudahkan kerja guru.

4.4.2 Guru bertugas terutamanya perlu memantau murid-murid pada waktu rehat
terutamanya sesi petang yang bermain di pondok PPDA.
SPSK PK07/3
4.4.3 Menguatkuasakan penggunaan 1 pagar sahaja iaitu pagar hadapan untuk
murid, manakala guru pula menggunakan pagar belakang untuk tujuan keluar masuk
bagi menjaga keselamatan murid

4.4.4 Guru perlu memenuhkan parkir di bawah bumbung terlebih dahulu dan
elakkan parkir di hadapan pentas bagi memudahkan murid melakukan aktiviti semasa
PJ.

4.4.5 Memastikan laluan murid untuk masuk ke kelas sistematik dan tidak
berlanggar antara satu sama lain.

4.4.6 Bagi bilik-bilik khas yang perlu buka kasut, pastikan kasut murid disusun
dengan teratur dan kemas di atas rak yang disediakan.

4.4.7 Sebarang salah laku murid hendaklah dicatatkan di dalam buku rekod
kawalan kelas sebagai evident jika berlaku sebarang perkara di luar kawalan.

4.4.8 Kem Kepimpinan Pengawas mestilah diurus oleh guru sendiri tanpa
menjemput consultant dari luar.

Makluman dan Tindakan : Semua Guru

5.0 Hal-hal lain

5.1 Tiada hal-hal lain

6.0 Penangguhan Mesyuarat

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap aktiviti yang
dirancang dapat dijalankan dengan lancar.

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00pm.

Disediakan oleh,

Setiausaha

Unit Bimbingan dan Kaunseling

25 Januari 2018

You might also like