You are on page 1of 19

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 1
SEMESTER SEMESTER 4 SVM SESI 2017/2018

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRONIK / SVM

KOD/KURSUS ETN 4023 ELECTRONIC EQUIPMENT CORRECTIVE MAINTENANCE

KOMPETENSI 01. IDENTIFY THE ELECTRONIC TOOLS, EQUIPMENT AND MATERIALS

1.Identify the electronic tools, equipment and materials


2. Check service manual and content
KOMPETENSI 3. Perform troubleshooting
UNIT 4. Report electronic equipment corrective maintenance activities
5. Repair electronic equipment corrective maintenance report

Trainee must be able to:


 Identify the electronic tools, equipment and materials
 Check service manual and content
KOMPETENSI
 Perform troubleshooting
PEMBELAJARAN
 Functionality test
 Prepare electronic equipment corrective maintenance report

ETN 4023/K 01/NK 01-05


NO KOD
MUKA : 01 DARIPADA 19
EE-021-3-C04
NO KOD JPK
NO. KOD ETN 4023/K 01/NK 01-05 Muka : 2 drp : 19

TAJUK : MENGENAL PASTI PERALATAN DAN BAHAN ELEKTRONIK

PENERANGAN :

1.1 KEPERLUAN OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTH ACT 514 (OSHA) 1994

Suatu Akta bagi membuat peruntukan lanjut untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan
kebajikan orang di tempat kerja, bagi melindungi orang lain terhadap risiko kepada
keselamatan atau kesihatan berkaitan dengan aktiviti orang-orang di tempat kerja, untuk
menubuhkan Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, dan bagi perkara-
perkara yang berkaitan dengannya.

1.2 OBJEKTIF
1. Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja
2. Melindungi orang di tempat kerja selain daripada pekerja
3. Menggalakkan persekitaran yang sesuai untuk orang yang sedang bekerja
4. Membolehkan perundangan sebelumnya akan digantikan dengan peraturan-
peraturan dan kod industri yang diluluskan amalan yang beroperasi di kombinasi
dengan perbuatan OSHA 1994

1.3 STRUKTUR

1. 15 Bahagian
2. 67 Seksyen
3. 3 Jadual

1.4 SKOP
 S.1 (2): Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia bagi industri yang dinyatakan
dalam Jadual Pertama

 S.1 (3): Akta tidak akan diterima pakai untuk

 Bekerja di atas kapal


 Ordinan Perkapalan Saudagar 1952(Merchant Shipping Ordinance 1952)
 Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 Sabah atau Sarawak (Merchant
Shipping Ordinance 1960 of Sabah or Sarawak)
 Angkatan Tentera
NO. KOD ETN 4023/K 01/NK 01-05 Muka : 3 drp : 19

Jadual Pertama

 Pembuatan
 Perlombongan dan Kuari
 Pembinaan
 Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
 Utiliti (Elektrik, Gas, Air, Sanitari Perkhidmatan)
 Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi
 Borong dan Runcit
 Hotel dan Restoran
 Kewangan, Insurans, Harta Tanah dan Perkhidmatan Perniagaan
 Perkhidmatan awam dan Pihak Berkuasa Berkanun

2. JENIS PERALATAN ELEKTRONIK

Peralatan yang terlibat akan mengawal konduktor electron (terutamanya dalam gas atau
vakum atau separa-konduktor). Produk seperti sistem, perkakas atau komponen dimana
terdiri daripada bahagian mekanikal, elektrikal dan elektronik atau gabungan kesemuanya.

Peralatan Produk

Peralatan pejabat & komputer

Computer & Office Equipment

Mikropemproses

Microprocessor

Peralatan Pandang-Dengar

Audio-Visual Equipment
NO. KOD ETN 4023/K 01/NK 01-05 Muka : 4 drp : 19

Peralatan Telekomunikasi

Telecommunication Equipment

Pemasangan elektro-perubatan

Electro-Medical Installation

Ujian bahan dan peralatan penyelidikan

Material Testing And Research


Equipments

3. KEADAAN PERALATAN ELEKTRONIK

 Baik – Bentuk fizikal dalam keadaan baik


 Rosak - Tidak berfungsi dengan betul atau tidak dibuat dengan betul
 Putus-putus – terjadi kadang-kadang tetapi tidak kerap dan sering
NO. KOD ETN 4023/K 01/NK 01-05 Muka : 5 drp : 19

4. JENIS KEROSAKAN

Kerosakan pada litar elektronik sering terjadi ini adalah disebabkan kecuaian manusia
sendiri, alam semulajadi atau berpunca dari haiwan. Dengan adanya kertas penerangan ini
pelajar-pelajar akan dapat;

1. Mengetahui sebab-sebab kerosakan serta masalah yang sering berlaku pada litar
Elektronik.

2. Cara membaiki dan juga kaedah untuk mencegah dari berlakunya kerosakan
tersebut.

Jenis kerosakan pada perkakas elektronik seperti berikut :

 Komponen

 Motor

1. Sebab-sebab berlakunya kerosakan pada litar


Elektronik

a. Kelemahan semasa pemasangan.


b. Pengerakan tidak normal.
c. Defect dari kilang.
d. Haba, kelembapan, kekotoran dan pencemaran
e. Binatang atau serangan

a. kelemahan semasa pemasangan.


- Kerosakan ini berpunca daripada pekerja-pekerja kilang yang tidak berpengalaman
Untuk membuat litar tersebut.

- Contohnya pekerja-pekerja asing yang datang bekerja disektor perkilangan yang


tidak
mempunyai pengalaman dalam menjalankan kerja membuat litar elektronik dan ini
menyebabkan litar elektronik tidak tahan lama atau sering berlakunya kerosakan
dalam jangkamasa yang singkat.

b. Pengerakan tidak normal.


- Kerosakan ini adalah disebabkan daripada litar yang terjatuh dan berlakunya
goncangan yang kuat.

- Contohnya pekerja-pekerja yang mengangkat sesuatu barang elektronik untuk


dihantar
Ke kedai atau syarikat dan barang tersebut terjatuh semasa kerja-kerja pemungahan.
Pekerja-pekerja tidak akan memeriksa barang tersebut jika berlaku kerosakan
NO. KOD ETN 4023/K 01/NK 01-05 Muka : 6 drp : 19

ataupun tidak.

c. Defect dari kilang


- kerosakan ini disebabkan berlakunya Dry selepas 1 minggu solder tersebut akan
lekang, ini adalah kerana timah pemateri yang digunakan tidak sesuai atau
kekurangan timah pemateri semasa kerja pematerian

d. Haba, Kelembapan dan Kekotoran


i. Haba
- Sebagai contoh, peti sejuk tidak boleh berdekatan atau terlalu rapat pada dinding, ini
adalah kerana haba yang keluar daripada peti sejuk tersebut akan tersekat dan
menyebabkan peti sejuk tersebut cepat rosak atau tidak tahan lama.

ii. Kelembapan
- sebagai contoh rice cooker yang mengeluarkan terlalu banyak wap air.

iii. Kekotoran
- Contoh television, habuk-habuk yang terdapat didalam television tersebut boleh
menyebabkan berlakunya kerosakan kerana habuk-habuk ini boleh mempengaruhi
kesan udara atau kepanasan pada television tersebut.

e. Binatang
- Binatang adalah punca utama yang sering berlakunya kerosakan pada komponen
atau litar atau alat elektronik.

- Ini adalah kerana badan binatang mempunyai cecair jika binatang tersebut terkena
arus elektrik cecair tersebut menyebabkan berlakunya litar pintas pada alat
elektronik.

2. Masalah yang biasa berlaku pada litar elektronik

a. Litar pintas (Short Circuit)

- Arus mengalir secara terus dan tiada sekatan voltan akan turun.

- Haba akan meningkat.


NO. KOD ETN 4023/K 01/NK 01-05 Muka : 7 drp : 19

- Berlaku letupan apabila menghidupkan alat elektronik.

b. Litar Buka (Open Circuit)

- Salah satu kaki komponen terbuka atau terputus

- Arus menunjukan ‘0’

- Litar tidak beroperasi

- Berlakunya dry solder.

c. Bumi (Ground)
- Berlaku pintasan kebumi iaitu salah satu kaki komponen bersentuh ke ground.

- Berlaku arus luar biasa iaitu arus tidak normal seperti keadaan biasa.

- Operasinya tidak dalam keadaan biasa sebagai contoh mesin basuh apabila di

‘ON’ tidak bergerak

d. Kerosakan Mekanikal
- Kerosakan fizikal seperti patah, jem, tidak bergerak, bergegar akibat daripada
perjalanan

dan sebagainya

e. Dry Solder
- bermaksud pematerian yang dibuat tidak sempurna atau timah terlalu sedikit. Bila

diukur dengan multimeter tiada voltan atau arus melaluinya.

3. Kaedah Mengesan Kerosakan

a. Mengukur Voltan
- Peralatan yang digunakan adalah Multi meter, osiloskop
- Pengukuran voltan mestilah selari dengan litar.
- Jika voltan yang diukur adalah tinggi ini menunjukan berlakunya litar pintas.
- Jika voltan tiada voltan pada masukan ini menunjukan litar buka.

b. Pengukuran Arus
NO. KOD ETN 4023/K 01/NK 01-05 Muka : 8 drp : 19

- Pengukuran arus hendaklah diukur secara sesiri


- Jika arus tinggi ini menunjukan Open Circuit atau litar buka.
- Jika arus atau meter menunjukan arus tinggi ini bermaksud Short Circuit atau litar
pintas.

c. Ujian keterusan

- Perkara utama yang perlu dilakukan semasa menjalankan ujian keterusan adalah
OFF kan bekalan kuasa
- Tujuan ujian ini adalah untuk mengetahui samada penyambungan berada dalam
keadaan baik atau tidak.

d. Pengukuran Rintangan

- Mengukur rintangan pada satu-satu bahagian, keseluruhan bahagian atau


kumpulan

litar yang didapati rosak.

- Nilai perintang mesti diukur walaupun mempunyai kod warrna kerana, mungkin

dikhuatiri terdapat kerosakan pada perintang tersebut.

- Litar yang menggunakan IC, langkah-langkah yang perlu dipatuhi ialah memeriksa

bekalan kuasa pada pinpin IC.

e. Kaedah Gantian

- Kaedah ini adalah dengan mengantikan litar yang rosak kepada litar yang baik.

- Ini bermaksud dengan mengantikan terus semua litar tersebut.

f. Bridging (Penyatuan)

- Ini bermaksud mengantikan komponen yang sudah lama atau mengambil


komponen pada litar lain yang tidak digunakan lagi.

- Selalunya juruteknik hanya mengantikan kapasitor sahaja

g. Kaedah pemasangan

- Kaedah ini bermaksud koper pada litar apabila panas ia akan bercamtum dan

apabila sejuk ia akan putus atau mengecut. (Open Circuit)

h. Kaedah Pembekuan

- Ini bermaksud menggunakan alat penejuk sebagai contoh gunakan kipas untuk

bahagian yang panas apabila beroperasi.


NO. KOD ETN 4023/K 01/NK 01-05 Muka : 9 drp : 19

i. Solder Semula

- Ini adalah untuk litar yang berlakunya litar buka atau Open Circuit.

j. Half-split

- Kaedah ini bermaksud mencari atau memeriksa kerosakan dari blok ke blok.

k. Input ke Output

- Memeriksa atau mencari kerosakan dari Input litar hingga ke output litar

l. Output ke Input

- Kaedah ini pula mencari kerosakan dari Output atau keluaran litar ke input atau

masukan litar.

m. Random

- Kaedah ini pula dengan memeriksa litar tersebut secara rawak dan kebanyakan

juruteknik menggunakan cara ini lebih berkesan atau mudah.

4. Langkah-Langkah Mengesan Kerosakan di Dalam Litar

Untuk memudahkan kita melakukan trouble shoot terhadap sesuatu litar atau peralatan, kita
semestinya mengesan sebarang kerosakan yang terdapat pada peralatan tersebut.
Kerosakan-kerosakan dapat dikesan berdasarkan bacaan yang telah kita perolehi daripada
litar yang sebelum kita mula mencari sebarang kerosakan.

a) Analisa Keadaan ( visual inspection )

– Mengenalpasti punca berlakunya

kerosakan dimana kita perlu menganalisa sesuatu kaedah pada peralatan samada

ianya rosak atau tidak. Terdapat 4 perkara yamg perlu diambil kira dalam trouble

shoot iaitu:-

- Dengar – kemungkinan apabila litar di’ON’kan terdengar bunyi atau meletup.


- LIhat - melihat secara kasar samada komponen berada dalam keadaan baik, hitam
atau kelunturan warna pada badan component, putus atau terbakar.
NO. KOD ETN 4023/K 01/NK 01-05 Muka : 10 drp : 19

- Hidu – kemungkinan terdapat bau yang hangit yang mungkin disebabkan oleh
komponen yang terbakar.

- Sentuhan – menyentuh komponen jika didapati panas ini menunjukan komponen


tersebut adalah rosak atau berlakunya litar pintas ( short circuit).

b) Dapat Litar

– Setelah memastikan punca atau masalah kerosakan dapatkan litar

yang sesuai untuk membaiki litar tersebut.

c) Mengesan Kerosakan sebenar

– Setelah mempunyai litar, kaedah untuk mengesan

kerosakan dimulakan.

d) Tentukan Simptom

– Simpton bermaksud tanda-tanda kerosakan yang berlaku

pada sesuatu litar secara jelas atau tidak jelas.

- Secara jelas – tanda-tanda kerosakan yang dapat dilihat dengan mata kasar.
- Secara tidak jelas – tanda-tanda kerosakan yang tidak nampak atau tidak nyata
Kerosakannya

e) Tentukan peralatan yang sesuai

– untuk uji talian litar bagi mengesan kerosakan.

f) Menyelesaikan masalah

- dengan teknik-teknik trouble shoot berpandukan skematik diagram.

- Kebocoran berlebihan
Pemuat disifat sebagai bocor berlebihan apabila ia tidak dapat menyimpan cas. Ia

boleh diuji dengan menggunakan multimeter dalam julat ohm dimana jarum penunjuk

akan naik dan turun dengan cepat. Apabila satu pemuat yang baik diuji dengan

multimeter dalam julat ohm, jarum penunjuk meter akan turun ke bacaan rendah dan

perlahan-lahan bergerak ke bacaan yang tinggi ( pemuat jenis elektronik )

a) Diod
- Terbuka
NO. KOD ETN 4023/K 01/NK 01-05 Muka : 11 drp : 19

Apabila diuji dengan meter ohm, jarum penunjuk meter akan memberi bacaan

Infiniti ( ∞) atau jarum langsung tidak bergerak walaupun diterbalikkan kekutuban talian

meter.

- Bocor

Jarum penunjuk meter yang tidak tepat di mana ketika diuji pada keadaan pincang
songsang jarum penunjuk meter akan naik sedikit. Keadaan ini menunjukkan diode itu
telah berlaku kebocaran.

- Pintas

Jarum Penunjuk meter akan menunjukkan bacaan sifar di mana keadaan ini

memastikan telah berlaku litar pintas pada diode tersebut.

b) LED
- gunakan julat multimeter x 1 ohm.
- LED tidak menyala.

c) IC
Bagi kerosakan litar yang menggunakan IC terdapat langkah-langkah yang perlu
dipatuhi bagi

proses baik pulih:

- Memeriksa bekalan kuasa pada pin-pin IC


- Pastikan masukan pada pin IC adalah sama seperti dalam diagram
- Periksa output yang sesuai.
- Periksa secara mata kasar atau menggunakan meter bagi setiap litar buka atau
pintas pada track IC.

5. Cara pengujian komponen yang rosak :

d) Kapasitor
- Litar buka
Litar buka biasanya disebabkan oleh bahagia dalam terminal yang tertanggal dari plat
pemuat. Kerosakan ini boleh dikesan dengan menggunakan multimeter dimana jarum
penunjuk multimeter bacaan yang paling rendah.

- Litar pintas
Litar pintas mungkin berlaku disebabkan oleh kerosakan pada penebat dielektrik kerana
NO. KOD ETN 4023/K 01/NK 01-05 Muka : 12 drp : 19

voltan yang berlebihan atau terlampau panas. Kerosakan ini boleh dikesan dengan
melakukan ujian penerusan melalui multimeter dalam julat ohm. Jarum penunjuk multimeter
bacaan yang paling rendah.

5. MENGENALPASTI ALAT

 Alat Tangan / Alat yang biasa digunakan

Gambar Alat Penerangan

Shear cutters

Wire Cutters/Strippers

ESD-safe tweezers
NO. KOD ETN 4023/K 01/NK 01-05 Muka : 13 drp : 19

High quality precision


screwdriver set

Kaliper

Universal Crimp tool

IC chip extractor
NO. KOD ETN 4023/K 01/NK 01-05 Muka : 14 drp : 19

Nibbler / Nibbling tool

 Meter

Multimeter and Logic Probe

 Soldering iron
NO. KOD ETN 4023/K 01/NK 01-05 Muka : 15 drp : 19

"25W adjustable"
soldering iron (marginal
quality)

Adjustable 50W
soldering iron (Good
quality)

Inductive heating, quick-


change tips. (Highest
quality)

Inductive heating, quick-


change tips. (Highest
quality)

60/40 Lead Solder, rosin


core .031” 1/2-1 lb
NO. KOD ETN 4023/K 01/NK 01-05 Muka : 16 drp : 19

60/40 Lead Solder, rosin


core .062" 1lb

and/or

63/37 Lead Solder, rosin


core, .025" 1/2 lb

Solder sucker / Desolder


pump

Desoldering Braid, thick

Desoldering Braid, thin

Tip tinner

Solder roll holder


NO. KOD ETN 4023/K 01/NK 01-05 Muka : 17 drp : 19

6. MENGENALPASTI BAHAN
 Komponen Elektronik
- Dalam komponen elektronik terdapat dua katogeri iaitu komponen aktif dan
komponen pasif.Komponen aktif diperbuat dari semi-konduktor ( bahan separa
pengalir) seperti silikon atau germanium. Komponen ini boleh membentuk, mengawal
dan memproses isyarat elektrik. Contoh komponen aktif ialah transistor dan
diod.Komponen pasif ialah peranti sokongan yang dapat membantu operasi
komponen aktif. Contoh komponen pasif ialah perintang dan kapasitor.

 Motor
- Terdiri daripada motor arus terus dan motor arus ulang alik

 Kad Elektronik
NO. KOD ETN 4023/K 01/NK 01-05 Muka : 18 drp : 19

- Terdiri daripada kad-kad elektronik contohnya kad ATM, kad memori pada telefon
bimbit

7. MENGENALPASTI TEMPAT
 Rumah
 Pejabat
 Kilang
SOALAN/QUESTION :

1.Kenapa Occupational Safety & Health Act 514 (OSHA) 1994 itu penting?

2. Apakah perbezaan antara komponen dan peralatan?

3. Beri dua contoh kerosakan peralatan elektronik.

RUJUKAN/REFERENCE :

1. http://jeffmann.com/Site/electronics-tools.html, Essential utensils, 05 July 2013,


10:00
NO. KOD ETN 4023/K 01/NK 01-05 Muka : 19 drp : 19

2. http://electrical.about.com/od/electricaltools/tp/top16electricaltools.htm, Top 16
Electrical Tools, 05 July 2013, 10:30
3. http://www.ladyada.net/library/equipt/, How to equip your EE lab, 05 July 2013,
11:00

You might also like