You are on page 1of 5

MANUAL PENGGUNA PELAPORAN PENILAIAN KOKURIKULUM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Aplikasi Pelaporan Penilaian Kokurikulum ini dibina adalah untuk kemudahan Unit
Kokurikulum. Pengiraan markah adalah sesuatu yang merumitkan. Justeru itu, saya agak
terpanggil untuk membina aplikasi ini. Diharap agar pengguna dapat memanfaatkan aplikasi ini
untuk tujuan pentadbiran. Jadi, mari kita mulakan manual pengguna aplikasi ini.

Sebelum memulakan aplikasi ini, pastikan “Enable Macro” telah dilakukan. Ini disebabkan oleh
arahan-arahan macro yang terdapat di dalam aplikasi ini boleh berfungsi. Bagaimana caranya
untuk membolehkan macro anda berfungsi?
Satu soalan…….
1. Apakah jenis Office yang anda gunakan. Maksud saya Excel jenis apa? Adakah..
Excel 2003?
Excel 2007?
Excel 2010 / 2013?

Jika jawapan anda Excel 2003, ikut cara di bawah.

1. Buka Excel ( Book 1 ).


2. Pada menu Tools, klik Options.
3. Apabila menu Options muncul, klik tab Security, dan kemudian klik Macro Security.
4. Menu Security akan muncul. Pilih Low. Walaupun ia kelihatan seperti agak bahaya, tapi anda

ada anti viruskan? 


5. Klik OK untuk menutup menu Security. Kemudaian, klik OK sekali lagi untuk menutup menu

Option.
Jika jawapan anda Excel 2007, ikut cara di bawah.
1. Buka fail Excel 2007 ( Book 1 )
2. Klik butang Office. Butang ni terdapat di sudut atas kiri.
3. Satu menu akan terbuka. Klik pada Excel Option. Di mana Excel Option? Arahan menu
paling bawah. Lihat ke kanan sikit. Haaaa……. Jumpa pun. Bila dah jumpa, klik.
Kalau nengok je, tak jadi apa-apa pun.
4. Dah keluar menu Excel Options, klik Trust Center.
5. Menu Trust Center akan keluar. Klik Trust Center Settings.
6. Bila menu Trust Center keluar, pilih dan klik Macro Settings.
7. Bila menu Macro Settings keluar, buat pilihan pada Macro Settings. Pilih “Enable All
Macros”. Pilihan ini akan menjalankan arahan macros secara automatik.
8. Pada Developer Macro Settings, klik pada kotak kecil untuk tanda [ _/ ]
9. Klik OK untuk tutup Trust Center.
10. Klik OK untuk tutup Excel Options.
Siap untuk Excel 2007.

Untuk 2010 dan 2013.


1. Buka fail Excel 2010 / 2013 ( Book 1 )
2. Pilih Developer.
3. Pilih Macro Settings.
4. Ikut arahan No 7 dan seterusnya di Excel 2007.
OK, untuk macro settings rasanya dah selesai. Jadi, mari kita explore aplikasi ini.
Explore Aplikasi
1. Setelah Enable Macro dilakukan. Tutup Fail Excel ( Book 1 ) untuk aktifkan Macro.
2. Buka fail Koku anda.
3. Anda akan diminta Login dan Password apabila kotak dialog Login muncil.
4. Masukkan Login dan Password anda.
5. Menu atau Paparan Utama akan muncul.

6. Terdapat 3 butan berwarna hijau. 4 butang berwarna biru dan 1 butang berwarna merah.
Keterangan:
Butang Hijau:
1. MENU PELAPORAN PENILAIAN
- Klik butang ini akan membawa anda ke borang penilaian pemarkahan kokurikulum. Oppsssss..
nanti dulu. Jangan klik butang ini jika, arahan
“SILA MASUKKAN DATA DI BAWAH JIKA BELUM DIISI”
belum dilaksanakan. Bila mengisi, kotak kuning yang paling bawah tu jangan diedit. Jumlah
murid tu akan dijana secara auto.
- Selesai mengisi maklumat, klik butang hijau tadi? No…… belum lagi.
- Klik butang edit SUMBER DATA untuk tambah, edit atau maklumat berkaitan dengan
kokurikulum. Nak cerita di sini, panjang sangat. Klik butang EDIT SUMBER DATA dan
explore sendiri.
OK…siap. Yang lain rasanya mudah jika anda seorang guru …hehehehe
Yang ini “””PENTING”””

Makna istilah.

TAMBAH:
Butang ini hanya diklik untuk memasukkan data baru. Maksud di sini ialah data yang belum di
isi. Kosongkan medan dahulu untuk tambah data baru. Ingat… data baru. Arahan Kosongkan
Medan ada. Tak perlu risau. Klik saja butang Kosongkan Medan sebelum menambah data baru…
sekali lagi.. Data Baru.

EDIT:
Maksud EDIT ialah ubahsaui. Kalau nak ubahsuai data. Contoh nak betulkan nama murid. Klik
pada nama murid yang nak dibubahsuai, then, ubah le apa saja mengikut kesesuaian anda. Lepas
tu, klik butang EDIT. Anda akan ditanya beberapa soalan kuiz….. bukan kuiz…soalan yang
berkaitan.Klik “yes”.
****** JANGAN**** sesekali klik butang tambah. Sebab, jika anda klik butang TAMBAH,
murid yang anda hendak edit tu akan menjadi dua. Aplikasi ini ingat anda ingin menambah data.
Itulah salah satu kepengoran komputer.

HAPUS DATA:
Yang ni, kalau nak lenyapkan murid yang tertentu. Klik pada nama murid dan klik butang
HAPUS DATA. Jadi, hati-hati. Sekali terklik, maka jawapannya adalah, assalamualaikum. Data
tidak boleh dikembalikan. So, hati-hati.

Bila kita TAMBAH data, pada list box nama murid yang ditambah tiada. Jangan takut. Tutup
Menu Pelaporan Penilaian. Buka kembali……haaaaaa…. Ada pun.
OK lah, tak reti nak tulis banyak-banyak macam novel. Janji faham. Kalau masih tak faham juga,
call 019-6464371. Cakap terus dengan pengaturcara aplikasi ni. Hehehehe….. saya lah tu

SALAM DARI SAYA, SAM

You might also like