You are on page 1of 11

Catherine Ngui You Ling ELM 3013E PISMP SN JUN 2014

Wong Ying Ying


1.0 Pengenalan

Menurut Kamus Bahasa Melayu Pelajar edisi 4, etika membawa maksud


prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu
atau sekumpulan. Seseorang yang bermoral akan mempunyai etika kehidupan
dan secara langsung akan bertindak berasaskan peraturan dan undang-undang
yang ditetapkan. Hal ini demikian kerana etika merupakan ilmu pengetahuan
tentang asas-asas akhlak (W.J.S Poerwadarminto, n.d). Ringkasnya, seseorang
moral yang beretika akan mengamalkan nilai-nilai moral dalam kehidupan dan
menjadi seorang yang bermoral dan berakhlak.

Menurut Habibah dan Noran Fauzuziah (1997), konsep kendiri boleh


ditakrifkan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya atau bagaimana ia
menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau
negatif .Konsep kendiri adalah keupayaan seseorang individu untuk
membezakan sama ada sesebuah perkara tersebut adalah positif atau negatif.
(Mohd. Najib bin Abd. Ghaffar dan Hj Salehudin bin Hj Sabar, 2007).

Secara tidak langsung, teori etika seperti Teori Kemoralan Sosial dan Teori
Keperibadian Mulia memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian
kita. Hal ini demikian kerana kedua-dua teori ini menjadi panduan kepada
manusia untuk membuat keputusan atau tindakan yang bermoral dalam
kehidupan seharian. Dengan ini, konsep kendiri positif dapat dibentuk dan
seterusnya membina sahsiah yang baik dalam kalangan masyarakat.

Di samping itu, nilai-nilai Teori Kemoralan Sosial dan Teori Keperibadian


Mulia dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.
Dengan ini, guru boleh membentuk sahsiah mulia dalam kalangan murid.

Kesimpulannya, teori Kemoralan Sosial dan Teori Keperibadian Mulia


perlulah diamalkan dalam masyarakat kita. Guru memainkan peranan dalam
memenuhi aspirasi negara dan menyediakan pendidikan yang terbaik untuk
semua murid. Dengan ini, guru-guru harus mempelajari dan seterusnya
mempraktikkan teori-teori etika bagi melahirkan genarasi murid yang terdidik dan

1
Catherine Ngui You Ling ELM 3013E PISMP SN JUN 2014
Wong Ying Ying
tersohor dengan kesantunan bahasa dan budi pekerti yang luhur, selaras
dengan seruan Falsafah Pendidikan Negara.

2.0 Teori Keperibadian Mulia

Menurut Institusi Integriti Malaysia (2007), etika membawa maksud himpunan


nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan
profesion. Teori Keperibadian Mulia menekankan keperibadian tingkah laku yang
dimainkan oleh seseorang individu untuk mencapai kehidupan yang lebih baik.
Tingkah laku yang mulia adalah bertanggungjawab, rasional, keadilan, kasih
sayang dan sebagainya. Teori Keperibadian Mulia mendefinisikan “moral”
sebagai sifat peribadi mulia sama erti dengan tingkah laku baik.

Menurut Teori Keperibadian Mulia, individu tidak dilahirkan dengan kebolehan


memahami dan mengaplikasi kepiawaian moral. Keperibadian yang ada pada
manusia adalah bergantung kepada pengajaran, pembelajaran dan pengalaman
yang dialami oleh seseorang dalam kehidupan seharian. Seseorang murid tidak
menyiapkan kerja yang disampaikan pada mula-mulanya dan secara langsung
menerima peneguhan daripada gurunya. Dengan adanya pengajaran atau
peneguhan, murid tersebut akan belajar daripada pengalaman dan menyiapkan
kerja yang disampai agar tidak ditegur oleh guru. Apabila latihan dan
pengamalan menjadi satu kebiasaan kepada murid, maka tingkah laku dan sifat
mulia dapat dibentuk. Dengan ini, kebolehan seseorang menangani isu-isu moral
dapat dibina mengikut pengalaman dan pengajaran dalam kehidupan mereka.

Kehidupan yang mulia dapat dicapai melalui cara “jalan tengah”. Menurut
Teori Keperibadian Mulia, “jalan tengah” membawa maksud tingkah laku yang
sederhana, iaitu tidak berlebihan dan keterlaluan serta juga tidak terlalu kurang.
Dalam kes menjumpai serpihan MH370 di Maldives, pihak kerajaan Malaysia
tidak terlalu gelisah untuk mengumumkan berita ini dan juga tidak mengetepikan
berita ini sahaja. Sebaliknya, pihak kerajaan Malaysia bersabar untuk mendapat
pengesahan serta bukti yang tepat dan kukuh sebelum mengumumkan berita ini
kepada masyarakat. Nilai rasional dan bertanggungjawab telah diamalkan oleh
pihak kerajaan Malaysia dalam mengatasi kes ini.( Berita Harian,12.08.2015)

2
Catherine Ngui You Ling ELM 3013E PISMP SN JUN 2014
Wong Ying Ying
Guru tidak patut menjatuhkan hukuman yang berat seperti menyuruh murid
makan rumput terhadap murid yang tidak melengkapkan kerja rumah mereka.
Guru juga tidak boleh mengamalkan sikap kasih sayang terhadap murid
sehingga murid mengambil kesempatan untuk mengabaikan kerja rumah yang
disampaikan (Utusan Harian,26.01.2014). Sebagai seorang guru yang
berperibadi mulia, amaran dan hukuman seperti menjalankan kerja amal boleh
diberi kepada murid yang tidak menyiapkan kerja rumah. Ringkasnya, tindakan
atau keputusan yang dilaksanakan perlu berdasarkan pengalaman yang didapati
dan bersifat adil kepada mana-mana pihak.

Namun begitu, konsep “jalan tengah” yang dikemukakan oleh Aristotle tidak
dapat dipraktikkan dalam semua perkara yang dihadapi dalam kehidupan.
Seseorang individu sepatutnya bersungguh-sungguh untuk melaksanakan
sesuatu perkara yang beribadat dan menjauhi diri daripada tingkah laku yang
tidak bermoral atau tidak beretika. Contohnya, kita boleh menderma wang
kepada mangsa bencana alam tetapi bukan menggunakan wang tersebut untuk
melakukan perkara demi keseronokkan diri. Jadi, doktrin “jalan tengah” tidak
dapat digunakan sebagai panduan untuk menentukan segala-gala perkara. Kita
patutlah membuat keputusan dengan rasional.

Sebagai guru penasihat bagi suatu kelab, guru haruslah melatih ahli-ahli
jawatankuasa supaya bersikap sederhana dan rasional dalam melaksanakan
setiap keputusan. Contohnya, kebanyakan aktiviti kelab boleh dijalankan
sebelum peperiksaan dan sebaliknya aktiviti kelab perlu dikurangkan semasa
masa peperiksaan. Dengan ini, ahli kelab tidak akan berasa tertekan tetapi
mengambil kewajiban diri untuk menyertai aktiviti yang berlangsung. Nilai
rasional dan kesederhanaan secara langsung boleh diamalkan demi
pertimbangan yang wajar dan tidak mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

Sebagai guru kaunseling di sekolah, guru sepatutnya sabar dan mengawal


diri semasa berdepan dengan murid yang bermasalah. Sesetengah murid
memerlukan peneguhan positif untuk membetulkan sikap negatif manakala
sesetengah murid memerlukan peneguhan negatif untuk mengubah sikap tidak

3
Catherine Ngui You Ling ELM 3013E PISMP SN JUN 2014
Wong Ying Ying
mulia mereka. Jadi, guru perlulah mengawal emosi diri sendiri dan bersikap
rasional dalam melaksanakan setiap tindakan.

Apabila murid menghadapi masalah seperti banyak kerja rumah dan aktiviti
kokurikulum, guru boleh menasihati murid tersebut untuk mengamalkan “jalan
tengah” yang dinyatakan dalam Teori Keperibadian Mulia. Guru menasihati
murid agar tidak menyertai aktiviti kokurikulum dengan alasan ingin menyiapkan
kerja rumah yang disediakan. Sebenarnya, guru perlu menasihati murid agar
mengatur masa seharian dengan baik supaya dapat menyertai aktiviti
kokurikulum yang diadakan di samping menyiapkan kerja rumah yang
disampaikan oleh guru.

Seseorang individu sepatutnya bersungguh-sungguh untuk melaksanakan


sesuatu perkara yang bermoral dan menjauhi diri daripada tingkah laku yang
tidak bermoral atau tidak beretika. Guru menasihati murid agar mengatur masa
membuat ulang kaji dan kerja rumah serta masa rehat dengan baiknya. Murid
tidak patut menghabiskan semua masa dalam menyiapkan kerja sekolah dan
membuat ulang kaji tanpa berehat. Ini akan menyebabkan murid berasa tertekan
dan secara langsung akan menghilangkan minat mereka terhadap kerja sekolah.
Sebaliknya, murid perlulah bersikap sederhana dalam mengatur masa untuk
mengulang kaji dan merelakskan diri sendiri. Dengan ini, pencapaian murid dari
segi JERIS dapat dicapai dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang ditetapkan.

Ringkasnya,keperibadian mulia membenarkan kita bertindak dalam cara yang


terbaik sehingga menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan. Setiap tindakan
yang diambil perlulah berdasarkan kerasionalannya dan bukanlah berpandukan
“jalan tengah” demi melahirkan kehidupan masyarakat yang sejahtera.

4
Catherine Ngui You Ling ELM 3013E PISMP SN JUN 2014
Wong Ying Ying
3.0 Teori Kemoralan Sosial

Teori kemoralan sosial bermaksud seseorang manusia perlu mempunyai


tingkah laku tertentu supaya terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
Weber (1966) berpendapat selain autoriti yang sah, satu unsur yang penting
ialah organisasi birokrasi iaitu mempunyai peraturan khusus yang sebagai
struktur untuk mengawal ahli organisasi tersebut (Norzihani Saharuddin, Nur
Surayyah Madhubala Abdullah dan Samsilah Roslan, t.t). Teori ini sangat berkait
rapat dengan amalan masyarakat, undang-undang negara dan amalan sejagat
dengan konsep etika.

Teori Kemoralan Sosial ini membantu dalam melaksanakan hidup


bermasyarakat. Ibnu Khaldun pernah menyatakan bahawa manusia secara
semula jadinya suka hidup bermasyarakat. Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri
Adenan Satem berkata ungkapan ini menjelaskan manusia perlu hidup saling
bergantung antara satu sama lain (Agnes Tugong dan Rusnan Mustafa, 2015).
Kemantapan dan keutuhan hubungan pada setiap lapisan masyarakat akan
menyumbang kepada kemakmuran sesebuah negara. Menteri Pelancongan
Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg pernah berkata “Kita di Sarawak
mempunyai kira-kira 28 suku kaum yang mempunyai pelbagai bahasa, budaya
dan pegangan agama tetapi walaupun berbeza kita masih dapat hidup bersama
di sini.” (Rusnan Mustafa, 2015). Hal ini kerana masyarakat Sarawak ialah
masyarakat unik dan bertoleransi tinggi yang mengutamakan kerjasama, saling
hormat-menghormati serta cinta akan negeri dan tanah air.

Selain itu, teori ini juga lebih mementingkan masyarakat tetapi bukan individu
(Abdullah Zhidi bin Omar, Mahdi bin Shuid, Dr. Mazlan bin Aris, Mohd Fu’ad bin
Sam dan Dr. Roslina binti Suratnu, 2014). Seseorang yang mempunyai teori
kemoralan sosial akan menyekat perbuatan-perbuatan negatif seperti rasuah,
mencuri dan kezaliman yang hanya mementingkan keuntungan sendiri. Mereka
akan menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dan adil, bersikap jujur,
menyimpan rahsia serta menunuikan janji demi kepentingan masyarakat.
Rasulullah SAW pernah mengingatkan kita supaya tidak mementingkan diri

5
Catherine Ngui You Ling ELM 3013E PISMP SN JUN 2014
Wong Ying Ying
sendiri dan sentiasa bersedia membantu orang lain mengikut kadar yang kita
mampu (Wan Mohd Ruzlan Wan Omar, 2012). Masyarakat yang selalu
mementingkan orang lain mampu melahirkan kehidupan yang aman tanpa
peperangan, penindasan dan kekejaman. Keamanan tidak akan datang jika
manusia bersikap khianat, mementingkan diri sendiri dan menzalimi orang lain.

Teori Kemoralan sosial ini juga mempunyai kelemahan dan dikritik oleh ahli
sosiologi moral. Bull (1969) berpendapat bahawa sekatan atau isbat yang
digunakan oleh jenis kemoralan ini, yang berasaskan apa yang diizinkan dan
ditegah oleh autoriti dalam masyarakat, boleh hilang kuasanya jika seseorang itu
dapat menyembunyikan perbuatannya yang melanggar peraturan masyarakat
(Abdul Rahman Md. Aroff, 1999). Kadang-kadang, terdapat sesetengah orang
melanggar peraturan untuk keuntungan dan kepentingan sendiri sehingga
akhirnya merugikan masyarakat dan negaranya. Misalnya, Bekas Menteri Kereta
Api China, Liu Zhijun yang terlibat dalam kes rasuah telah mejejaskan nama diri
sendiri dan negara (Rasuah, pegawai tertinggi China dihukum mati, 2013).

Teori ini menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada


peraturan yang dibuat oleh masyarakat. Milgram (1974) berpendapat bahawa
manusia sanggup melakukan apa-apa sahaja kerana diperintahkan oleh autoriti
dan terus melakukannya walaupun mereka tahu tindakan itu bertentangan
dengan suara batin mereka. Jadi, jelaslah bahawa teori ini mementingkan
kepatuhan individu kepada autoriti walaupun bertentangan dengan kehendak
hati mereka. Mereka tidak berhak untuk menyuarakan pendapat mereka.
Sekiranya mereka melakukan perbuatan yang tidak bermoral, mereka akan
menyerahkan tanggungjawab mereka kepada autoriti yang sah. Contohnya di
Libya, tenteranya terpaksa melakukan segala yang diarahkan oleh presidennya
iaitu Muammar Abu Minyar al-Qaddafi kerana pemerintahannya yang diktator.

Teori Kemoralan Sosial amat mementingkan nilai berdikari. Contohnya, dua


tahun yang lalu, terdapat seorang pelajar yang cacat penglihatan berjaya
merentas Selat Pulau Pinang tanpa bantuan orang lain (Siti Fatimah Mohamed
Anwar, 2013). Pelajar ini mampu menjadi model kepada murid sekolah untuk

6
Catherine Ngui You Ling ELM 3013E PISMP SN JUN 2014
Wong Ying Ying
menggalakkan mereka berdikari. Murid yang berdikari ini mampu melaksanakan
tanggungjawabnya dengan sempurna tanpa bergantung kepada orang lain. Jadi,
amat pentinglah untuk melahirkan murid yang berdikari supaya mereka dapat
memimpin dan menguruskan negara kita untuk menjadi negara maju. Seperti
apa yang dikatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi
Peri: “Kepimpinan dan pengurusan organisasi yang cekap adalah faktor utama
dan kritikal untuk meningkatkan pembangunan kampung secara lebih progresif
dan tersusun.” (Penubuhan JKKK salah satu strategi wujud masyarakat berdikari,
proaktif, 2014).

Nilai kasih sayang yang dititikberatkan dalam Teori Kemoralan Sosial juga
penting dalam pembinaan diri sahsiah murid sekolah. Sebagai contoh, pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Klang yang menduduki
peperiksaan SPM dibekalkan dengan sarapan minuman koko berkhasiat yang
dinamakan Milo Kasih Sayang sebelum memasuki dewan peperiksaan (Fazrina
Ayu Raduian, 2014). Pembekalan sarapan kepada pelajar ini akan
menenangkan emosi mereka sebelum mereka menduduki peperiksaan. Mereka
akan berasa dirinya diambilberat dan secara langsung nilai kasih sayang telah
ditanam dalam kalangan mereka. Murid yang penyayang akan menjauhi dirinya
daripada terjebak dalam pengaruh negatif. Mereka akan menyayangi
keluarganya dan orang di sekelilingnya. Dengan ini, segala percakaran dan
perbalahan dalam masyarakat Malaysia tidak akan berlaku. Murid yang kasih
sayang mampu mewujudkan masyarakat penyayang yang dapat mengubati
hubungan perkauman di negara kita.

Sejak kebelakangan ini, negara kita telah berlaku satu tragedi yang amat
serius iaitu kehilangan kapal terbang MH370. Dalam proses pencarian MH370,
beberapa negara telah memberi kerjasama kepada Malaysia. Misalnya, China
dan Australia telah memberi kerjasama rapat dengan Malaysia dalam pencarian
MH370 (China teruskan kerjasama rapat dengan Malaysia, Australia dalam
pencarian MH370, 2015). Teori ini amat menghayati nilai kerjasama sesama
negara atau dalam masyarakat. Nilai kerjasama memainkan peranan dalam

7
Catherine Ngui You Ling ELM 3013E PISMP SN JUN 2014
Wong Ying Ying
pembentukan sahsiah murid. Murid yang bekerjasama akan menjadi lebih mesra
dan selalu memberikan pertolongan kepada orang lain tanpa membezakan
warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Semangat bekerjasama dalam kalangan
murid dapat membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh selain melahirkan
masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara
(Azrina Bt Jonit, t.t).

4.0 Kesimpulan

Teori etika memang memainkan peranan yang amat penting dalam


pembentukan diri sahsiah murid. Murid yang berjaya melengkapkan sahsiah
dirinya mampu memberi sumbangan kepada negara, bangsa dan masyarakat
pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, pembentukan diri sahsiah murid
mengikut Teori Keperibadian Mulia dan Teori Kemoralan Sosial tidak akan
lengkap dan tidak juga boleh menjadikan murid bermoral dalam erti kata yang
sebenar, jika tidak disertakan dengan etika yang lain dan kemoralan agama.

8
Catherine Ngui You Ling ELM 3013E PISMP SN JUN 2014
Wong Ying Ying
5.0 Rujukan

Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan
Moral. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Abdullah Zhidi bin Omar, Mahdi bin Shuid, Dr. Mazlan bin Aris, Mohd Fu’ad bin
Sam & Dr. Roslina binti Suratnu (2014). Pengantar Pendidikan Moral.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Agnes Tugong & Rusnan Mustafa (2015, Januari 4). Rakyat perlu hargai
keamanan, kestabilan Sarawak. Borneo Post, Diakses daripada
http://www.theborneopost.com/2015/01/04/rakyat-perlu-hargai-keamanan-
kestabilan-sarawak/#ixzz3ig4NjDqC.

Ali (2015). Pengertian akhlak menurut para pakar. Diakses daripada Laman Web
Pengertian Pakar http://www.pengertianpakar.com/2015/04/pengertian-
etika-menurut-pakar.html.

Azrina Bt Jonit (t.t). Keperluan Dalam Pendidikan Moral Untuk Menghadapi


Cabaran Era Pasca Modenisme. (Tesis Sarjana Muda yang tidak
diterbitkan). Inti College Malaysia.

China teruskan kerjasama rapat dengan Malaysia, Australia dalam pencarian


MH370 (2015, Januari 29). Berita Harian, Diakses daripada
http://www.bharian.com.my/node/32313.

Fazrina Ayu Raduian (2014, November 4). Milo Kasih Sayang tenangkan calon
SPM. Utusan Malaysia, Diakses daripada http://www.utusan.com.
my/berita/nasional/milo-kasih-sayang-tenangkan-calon-spm-1.20538.

Guru paksa murid makan rumput (2014, Januari 26). Utusan Malaysia. Diakses
daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140126/
dn05/Guru-paksa-murid-makan-rumput.

Habibah Elias & Noran Fauziah Yaakub (1997). “Psikologi Personaliti.” Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

9
Catherine Ngui You Ling ELM 3013E PISMP SN JUN 2014
Wong Ying Ying
Institut Integriti Malaysia (2007). Maksud etika. Diakses daripada Laman Web
Institut Integriti Malaysia http://www.iim.org.my/FAQ

Kebocoran kertas UPSR Dua guru akan dituduh di Seremban (2014, November
4). Berita Harian, Diakses daripada http://www.
bharian.com.my/node/15652

Mas Suraya Binti Hji. Yusop, Siti Hasmah Binti Abd. Sani, Bavithira A/P
Chelvakuma (2014). Pengaruh Kepercayaan Diri Terhadap Moraliti dalam
kalangan murid tahun lima. Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga 2014.
Universiti Malaysia Sabah.

Mohd. Najib bin Abd. Ghaffar & Hj Salehudin bin Hj Sabar (2007). Konsep
Kendiri Pelajar: Kajian di Sekolah Menengah Sekitar Bandaraya Kuching,
Sarawak. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu
Lintang Tahun 2007. IPG Kampus Batu Lintang.

Norzihani Saharuddin, Nur Surayyah Madhubala Abdullah & Samsilah Roslan


(t.t). Penaakulan Moral: Kepentingan Terhadap Calon Guru Pendidikan
Moral. (Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan). Universiti Putra
Malaysia.

Penubuhan JKKK salah satu strategi wujud masyarakat berdikari, proaktif (2014,
Januari 7). Borneo Post, Diakses daripada
http://www.theborneopost.com/2014/01/07/penubuhan-jkkk-salah-satu-
strategi-wujud-masyarakat-berdikari-proaktif/#ixzz3ifDMnVHN

Pusat Rujukan Persuratan Melayu (2015). Etika. Diakses daripada Laman Web
Carian PRPM@DBP Malaysia http://prpm.dbp.gov.my/
Search.aspx?k=etika.

Rasuah, pegawai tertinggi China dihukum mati (2013, Julai 9). Utusan Malaysia,
Diakses daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/
20130709/lu_05/Rasuah-pegawai-tertinggi-China-dihukum-mati

10
Catherine Ngui You Ling ELM 3013E PISMP SN JUN 2014
Wong Ying Ying
Richard Rowland. (2013). Moral Error Theory and the Argument from Epistemic
Reasons. Journal of Ethics & Social Philosphy, 7(11): 109-123.

Rusnan Mustafa (2015, April 28). Persefahaman rakyat harus dijaga dan
dipelihara. Borneo Post, Diakses daripada http://www.theborneopost.com/
2015/04/28/persefahaman-rakyat-harus-dijaga-dan-dipelihara/

Serpihan ditemui di Maldives jalani proses sewajarnya (2015, Ogos 12). Berita
Harian, Diakses daripada http://www.bharian.com.my/node/74377

Siti Fatimah Mohamed Anwar (2013, Mei 20). Pelajar cacat penglihatan rentas
Selat Pulau Pinang. Berita Harian, Diakses daripada
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Pelajarcacatpenglihatanrenta
sSelatPulauPinang/Article

Wan Mohd Ruzlan Wan Omar (2012, April 3). Masyarakat patut hidupkan semula
sikap saling membantu. Berita Harian, Diakses daripada
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Masyarakatpatuthidupkanse
mulasikapsalingmembantu/Article

11