You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GEMAS

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH KALI PERTAMA 2015

Tarikh : 31/12/2014
Masa : 2.15 petang
Tempat : Bilik Guru
Pengerusi : Pn. Tan Cheng Hoi

Kehadiran :
1. Pn. Tan Cheng Hoi (Ketua Panita)
2. En. Goh Keng Yu (Setiausaha)
3. Pn. Syuhaila binti Yahya
4. Cik Siti Noor Kamariah binti Kamarudin
5. En. Muslim bin **

Tidak Hadir :
1. En. Alias bin Abdul Samad (Mesyuarat Pengurusan)

AGENDA:
1.0 Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis – Pn. Tan Cheng Hoi (Ketua Panitia Sejarah)
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru sejarah ke mesyuarat
panitia kali pertama.
1.2 Pengerusi mengalu-alukan En. Muslim sebagai ahli panitia Sejarah yang baru

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas


2.1 Dicadang oleh Cik Siti Noor Kamariah dan disokong oleh Pn. Syuhaila.

3.0 Perkara-perkara Berbangkit


Tiada perkara berbangkit

4.0 Isu dan Perbincangan


4.1 Agenda Kementerian Pendidikan Malaysia
4.1.1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015
4.1.2 Lima Aspirasi Sistem
4.1.3 Enam Aspirasi Murid
4.1.4 Sebelas (11) Anjakan PPPM
4.1.5 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pn. Tan menyarankan semua ahli panitia Sejarah untuk mengambil tahu
tentang agenda-agenda Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah
dibincangkan pada mesyuarat-mesyuarat yang lepas.
(Tindakan: Makluman)

4.2 Amalan PDCA dalam Organisasi / Langkah-langkah Penyelesaian Masalah Model


GICE (2012)
Pn. Tan memberitahu ahli-ahli panitia tentang PDCA (Planning, Do, Check,
Action/Adjust) dan menyarankan supaya semua ahli panitia melaksanakan
amalan tersebut.
(Tindakan: Semua)

1
4.3 Analisis Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2014 Tingkatan 1, 2 dan 4
4.3.1 Kekuatan
4.3.1.1 Secara keseluruhannya pelajar-pelajar tingkatan 1,2 dan boleh
cemerlang jikalau penguasaan bahasa mereka baik. Ada juga di
kalangan pelajar yang berminat dalam matapelajaran Sejarah.
4.3.1.2 Ada di kalangan pelajar kelas 4 Intan 2014 yang boleh dimotivasikan
lebih lagi untuk cemerlang pada tahun 2015
4.3.2 Kelemahan
4.3.2.1 En. Goh mengatakan bahawa pelajar tingkatan 1 yang diajarnya tidak
diberi latihan dan nota yang cukup. Latihan dan nota akan
diperbanyakkan untuk tahun seterusnya.
4.3.2.2 Secara keseluruhannya, latihan yang diberi untuk pelajar-pelajar
tingkatan 1, 2 dan 4 perlu diambil daripada sumber-sumber berlainan
yang lebih menjurus kepada format peperiksaan SPM. Kekurangan
buku teks Sejarah dan kelemahan penguasaan bahasa juga
menyumbang kepada ketidakcemerlangan dalam kalangan pelajar.
(Tindakan: Makluman)
4.4 Analisis Peperiksaan PT3 2014
4.4.1 Kekuatan
Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar tingkatan 3 diberi panduan untuk
folio PT3. Pelajar-pelajar 2014 juga berkebolehan untuk mencari maklumat
melalui kaedah ICT. Selain itu, taklimat-taklimat pelaksanaan PT3 juga
diberikan untuk menyediakan pelajar untuk PT3 lebih awal.
4.4.2 Kelemahan
Secara keseluruhannya, kelemahan pelajar adalah dari segi sikap malas
mencari maklumat, kelemahan penguasaan bahasa untuk laporan akhir,
ketidakhadiran ke sekolah, ketidakhadiran untuk kelas bimbingan pada
waktu petang dan anggapan bahawa PT3 tidak penting.
(Tindakan: Makluman)
4.5 Perancangan Strategik/Pelan Taktikal dan OPPM 2015
[Pn. Tan sila rujuk ke bahagian ini]
4.6 Perancangan Program-program Kecermerlangan PT3 dan SPM 2015
PT3: Pendedahan awal kepada format PT3 akan diberi kepada pelajar-
pelajar tingkatan 1 dan 2 bermula daripada penggal kedua 2015.
SPM: Program-program tersebut akan dilaksanakan
 Perkampungan kecemerlangan
 Bengkel teknik menjawab soalan SPM
 Program Last Lap Speeding (LLS)
 Sukatan Pelajaran akan dihabiskan awal untuk tujuan penambahan
ulangkaji dan latihtubi SPM
 Kelas tambahan
(Tindakan: Semua)
4.7 Pembangunan Sumber Manusia
4.7.1 Professional Learning Community (PLC)
Program Learning Walk akan diadakan pada tahun 2015. En. Muslim akan
menyediakan borang pencerapan Learning Walk. Tarikh Learning Walk akan
ditentukan pada masa akan datang.
(Tindakan: En. Muslim)
4.7.2 KBAT dan iThink dalam pengajaran dan pembelajaran
Semua guru disyorkan agar mengaplikasikan KBAT dan iThink dalam
pengajaran dan pembelajaran

2
(Tindakan: Semua)

4.7.3 ICT dalam pengajaran dan pembelajaran


Semua guru digalakkan agar mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran.
(Tindakan: Semua)
4.7.4 Satu Panitia Satu Projek
Sebuah galeri sejarah akan ditubuhkan. Lokasi galeri ini masih dalam
perbincangan. Pn. Tan akan bertanya kepada pihak pentadbiran sekolah
untuk kesesuaian lokasi tersebut.
(Tindakan: Pn. Tan)
4.7.5 Minggu Panitia Matapelajaran
Minggu panitia sejarah akan diadakan sempena bulan kemerdekaan.
(Tindakan: Makluman)
4.8 Penyeliaan dan Pemantauan Mata Pelajaran
4.8.1 Pencerapan Guru – Standard 4 SKPM 2010
Pn. Tan mengingatkan ahli panita sejarah bahawa pencerapan guru
berdasarkan Standard 4 SKPM 2010 sudah dimaklumkan semasa dalam
mesyuarat guru yang lepas.
4.8.2 Semakan Buku Latihan Pelajar
4.8.2.1 Pn. Tan mengingatkan supaya buku latihan pelajar lebih kerap
ditanda dan pembetulan wajib dibuat oleh pelajar.
4.8.2.2 Pelajar menengah rendah: 1 buku nota, 2 buku latihan
Pelajar menengah atas: 1 buku nota, 1 buku latihan
4.8.2.3 Pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 digalakkan membeli buku kerja
sejarah. Kebaikan tindakan ini adalah:
 Ulangkaji lebih mudah dibuat
 Pengajaran lebih dikukuhkan melalui buku kerja ini
 Dapat menarik minat pelajar
 Memudahkan penguasaan kandungan sukatan pelajaran
4.8.3 Buku Rekod Mengajar
BRM harus dihantar pada akhir setiap minggu. Maklumat-maklumat BRM
harus dilengkapkan sepenuhnya sebelum 31/01/2015.
(Tindakan: Makluman)
4.9 Penilaian dan Pentaksiran
4.9.1 PT3/SPM
PT3 dan SPM harus diajar mengikut format yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
4.9.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
PBS harus dilaksanakan pada akhir setiap sesi PDP untuk tingkatan 1, 2 dan
3.
4.9.3 Peperiksaan Dalaman
Peperiksaan dalaman akan dilaksanakan mengikut jadual dalam takwim
sekolah.
(Tindakan: Semua)
5.0 Hal Hal Lain
5.1 Untuk menengah atas, Ketua Panitia akan melantik 1 orang untuk menggubal soalan
kertas 1 dan 3, dan 2 orang untuk menggubal soalan kertas 2.
5.2 Laluan ASEAN diletakkan di bawah pengurusan panitia Sejarah. Oleh yang demikan,
panitia Sejarah harus memurnikan Laluan ASEAN pada tahun 2015.

3
5.3 Pn. Tan mengingatkan semua ahli panitia untuk menyediakan Sukatan Pelajaran,
HSP dan RPT untuk tahun ini.
5.4 Aktiviti-aktiviti yang membawa pelajar ke luar sekolah untuk tujuan pembelajaran
digalakkan diadakan pada tahun 2015.
(Tindakan: Makluman)

6.0 Ucapan Penangguhan


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… ……………………………………
(GOH KENG YU) (PN. TAN CHENG HOI)
Setiausaha Panitia Sejarah Ketua Panitia Sejarah
SMK Gemas SMK Gemas

You might also like