You are on page 1of 7

2.

0 ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu kajian kes yang bertujuan untuk melihat jarak diantara
rumah pelajar ke kolej. Kajian ini dijalankan di Kolej Vokasional Kuching, Sarawak.
Secara ringkasnya, kajian ini melibatkan 50 orang pelajar dimana kami dibahagikan
kepada 4 ahli dalam 1 kumpulan telah memberi boring soal selidik kepada 50 orang
pelajar di sekitar kolej untuk membantu kami membuat kajian kes ini. Terdapat
beberapa perkara yang kami soalkan kepada pelajar tersebut iaitu umur, jantina,
kursus, jenis kenderaan yang digunakan untuk sampai ke kolej dan jarak rumah
pelajar ke kolej. Hasil yang kami telah dapati daripada 50 orang pelajar yang telah
kami berikan borang soal selidik itu tadi, hampir setengah pelajar dihantar oleh ibu
bapa mereka iaitu turun dan balik dari kolej. Kedua tertinggi ialah pelajar
menggunakan motosikal turun ke kolej. Selain daripada pelajar dihantar oleh ibu bapa
mereka dan menggunakan motosikal, penggunaan kereta, bus, jalan kaki dan basikal
juga ada terdapat pada boring soal selidik tersebut. Jarak yang telah diletakkan pada
borang soal selidik kepada pelajar tersebut ialah dari 1-5 km, 5-10 km,10-15 km, 15-
20 km dan 20 km ke atas. Kajian ini bertujuan untuk melihat berapa ramai pelajar yang
tinggal berdekatan dengan kolej dan yang tinggal berjauhan dari kolej.
1.0 TAJUK KAJIAN :
JARAK RUMAH PELAJAR KE KOLEJ VOKASIONAL KUCHING

3.0 PENGENALAN
Dalam tajuk kajian ini, kami telah membuat satu kajian kes tentang jarak dari rumah
pelajar ke kolej. Ahli-ahli kumpulan kami yang terlibat dalam kajian kes ini ialah saya,
Adrian Melan, Alexander Cassidy, Sebastian Gundau dan Duncan ak Ngalang. Dalam
kajian kes ini kami telah menyediakan 50 helai borang soal selidik untuk diisi oleh para
pelajar di Kolej Vokasional Kuching. Setelah borang yang diisi sudah dikembalika,
kami membuat satu laporan tentang kajian kes jarak rumah pelajar ke kolej. Dari data
yang telah dikumpul melalui borang tersebut, kami membuat analisis data.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN


Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk :
1. Bertujuan untuk mengenalpasti jarak tempat tinggal pelajar ke Kolej
Vokasional Kuching.

2. Untuk mengkaji jenis kenderaan yang digunakan oleh pelajar di Kolej


Vokasional Kuching.

3. Untuk mengenalpasti perbezaan kenderaan yang digunakan dan jarak tempat


tinggal pelajar ke Kolej Vokasional Kuching.

5.0 PERNYATAAN MASALAH


Masalah yang sering dialami oleh pelajar ialah turun lewat ke kolej. Oleh itu, jarak
yang dikaji ada berkaitan dengan kenderaan yang digunakan oleh pelajar. Pelajar
yang tinggal di tempat yang jauh selalunya lewat sampai ke kolej kerana jarak yang
jauh diantara rumah pelajar ke kolej. Kadang-kadang pelajar akan mengalami
kesesakan lalu lintas bagi yang menggunakan kereta untuk pergi ke kolej. Selain itu,
pelajar juga mempunyai masalah untuk turun ke kolej seperti tiada kenderaan atau
tiada orang yang menghantar mereka kerana jarak yang jauh dari rumah pelajar ke
kolej.

7.0 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA


1. KUMPULAN SASARAN
 Pelajar di Kolej Vokasional Kuching

2. KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMAT


Kaedah pengumpulan data atau maklumat dilakukan melalui :
 Soal selidik
 Temu bual
 Pengalaman sendiri

 Soal selidik
Kaedah kajian yang menggunakan set soalan untuk mendapatkan data atau
maklumat yang diperlukan bagi tujuan untuk dianalisis secara statistik.

 Temu bual
Bertemu secara langsung dengan pelajar dan mengemukakan soalan.

 Pengalaman sendiri
Melalui pengalaman menggunakan kereta ke kolej.

3. BILANGAN BORANG SOAL SELIDIK


 Bilangan borang yang disediakan ialah 50 helai dan diedarkan kepada 50
orang pelajar untuk diisi.

9.0 RUMUSAN
Apa yang kami telah dapat sepanjang membuat laporan ini ialah, kami dapati bahawa
pelajar kebanyakkan menggunakan kenderaan ke kolej memandangkan jarak dari
rumah mereka ke kolej agak jauh iaitu mengikut kajian yang telah kami kaji melalui
borang selidik tersebut. Selain itu, kami juga mengumpul analisis data dan mengira
berapa kekerapan jarak pelajar dari rumah mereka ke kolej. Kami telah membuat graf
ogif dan memplot box - and – whisker bagi data yang dikumpul. Melalui ini juga, kami
belajar bagaimana untuk membuat kajian kes dengan menyoal selidik pelajar di Kolej
Vokasional Kuching. Disamping itu, saya juga dapat belajar membuat analisis dan
walaupun pada mulanya agak sukar tapi saya telah membuat yang terbaik untuk
kajian kes ini. Maklumat-maklumat yang saya dapati telah diproses dalam bentuk graf
dan jadual seperti dikehendaki soalan.

You might also like