You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL DAN PSK BIL.

4 /2017

TARIKH : 21.11. 2017


MASA : 11.45 PAGI
TEMPAT : BILIK MORAL

KEHADIRAN:
1. Datin Hjh. Joharah Abdullah (Pengetua)
2. En. Basri Musa
3. En. Peter Anderson Nianti
4. Pn. Clare Ulom
5. Pn. Farne Kinsung
6. Pn. Rohaya Mat Nawi
7. Pn. Mariam Samidi
8. Pn. Rosnazarizah A. Rahman
9. Pn. Katina Matanluk
10. En. Ramlee Idris
11. En. Muhammad Sariman Alias
12. En. Edward Apin
13. En. George Lease
14. Pn. Salmie Busu
15. En. Edgar Christianus

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang dapat
hadir pada mesyuarat kali ini.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Semua guru yang hadir dalam mesyuarat ini sebulat suara mengesahkan minit
mesyuarat yang lalu.

3.0 MAKLUMBALAS PERKARA-PERKARA BERBANGKIT DALAM MINIT MESYUARAT


PEND. MORAL DAN PSK BIL. 3/2017.

3.1 Perkara 4.1


Puan Clare memaklumkan kursus dalaman KSSM Ting. 2 akan dilaksanakan oleh
En. Edgar dalam bulan Januari 2018

Makluman & Tindakan: En. Edgar dan semua guru Pend. Moral

1
4.0 PELAN TAKTIKAL

4.1 Salinan pelan taktikal telah di hantar kepada En. George untuk semakan dan akan
dibincangkan lebih lanjut pada tahun 2018.

5.0 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) & Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)

5.1 e-RPH akan mula dilaksanakan pada sesi persekolahan 2018. Semua guru diminta
bersedia untuk perlaksanaan e-rph.

Makluman & Tindakan: Semua guru

5.3 ‘Soft copy’ format rph boleh dapatkan dari Puan Clare. Bagi Tingkatan 1 dan 2,
format rph mestilah mengikut kehendak KSSM.

Makluman & Tindakan: Semua guru

5.4 Pengetua mencadangkan agar guru mencari contoh e-RPH dari sekolah lain untuk
dijadikan rujukan.

Makluman & Tindakan: Semua guru

5.5 En. Basri meminta Ketua Panitia memastikan Rancangan Pengajaran Tahunan
(RPT) yang disediakan oleh guru diselaraskan.

Makluman & Tindakan: Ketua Panitia & Guru penyedia RPT

5.6 Pengetua memaklumkan RPT yang disediakan hendaklah selaras dengan aktiviti
tahunan sekolah. Aktiviti yang dirancang juga perlulah mengikut aras perbezaan
setiap pelajar.

Makluman & Tindakan: Guru penyedia RPT

5.6 En. Basri turut menjelaskan bahawa semua mata pelajaran termasuk Pend. Moral
dan PSK perlu dijalankan Pentaksiran (PBS). Oleh itu semua guru wajib
melaksanakan PBS bagi semua pelajar.

Makluman & Tindakan: Semua guru

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 En. Peter Anderson mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir
atas perlantikan beliau sebagai Ketua Panitia baru menggantikan Pn. Clare.

2
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………….. …………………………..
(PN. SUTIAH SALIH) (EN. PETER ANDERSON)
Setiausaha Pengerusi

You might also like