You are on page 1of 10

PENGENALAN

Servisitis adalah penyakit yang berlaku pada serviks iaitu leher rahim yang
menyebabkan peradangan dan mudah mendapat infeksi kerana epitel selaput lendir cervicalis
mempunyai satu lapisan sel silindris dibandingkan dengan selaput lendir vagina. Bahagian
serviks merupakan paling bawah dari rahim dan bertindak sebagai pintu masuk menuju rahim
dari vagina. Peradangan pada serviks menyebabkan berlakunya kemerahan, kebengkakan,
berlendir, serta bernanah. Infeksi ini juga akan mudah berdarah jika tersentuh. Servisitis
sering terjadi akibat berlakunya robekan pada serviks dan bahagian posterior serviks. Wanita
yang telah melahirkan anak mempunyai risiko yang tinggi mengidap penyakit ini kerana
terdapat luka ringan pada mulut rahim. Perdarahan tersebut akan menjadi lebih teruk saat
melakukan hubungan seks. Lelaki juga berisiko mengidap penyakit ini jika melakukan
hubungan seks bebas, sering berganti – ganti dalam melakukan hubungan seks dan
mempunyai pasangan mengidap penyakit seksual yang menular.

Salpingitis adalah penyakit yang berlaku pada tiub falopio wanita yang dijangkiti
inflamasi bakteria dan peradangan di saluran tuba. Ekstra cairan sekresi atau nanah akan
terkumpul ketika peradangan berlaku dan Infeksi berlaku pada sistem reproduktif wanita
yang lain seperti rahim dan ovari menyebabkan terjadinya bakteria bermigrasi melalui
pembuluh getah bening pada saluran tuba.Penyakit ini juga dikenali sebagai radang panggul
(PID). Infeksi ini juga berlaku pada sistem reproduktif wanita yang lain seperti rahim dan
ovari. Salpingitis juga mengakibatkan ketidaksuburan sistem reproduktif kepada wanita dan
menyebabkan penyakit menular seksual seperti gonorea dan klamidia. Kerosakan akan
berlaku pada tiub falopio jika tidak dirawat dengan segera dan mengakibatkan telur
dilepaskan setiap siklus mensturasi tidak bertemu dengan sperma.

1
KLASIFIKASI

Servisitis akut Servisitis kronik

Permulaan inflamasi servisitis akut sering Servisitis kronik boleh terdapat pada
sebahagian wanita yang pernah melahirkan
berlaku pada endoserviks dan dijumpai
anak dan mengalami luka-luka kecil atau
apabila pesakit menghidapi gonorrhoea. besar pada serviks. Oleh itu, kuman - kuman
Streptoccocus dan Stafilococcus merupakan berjangkit disebabkan partus atau abortus
mikroorganisma yang menyebabkan infeksi memudahkannya memasuki ke dalam
endoserviks serta kelenjar-kelenjar yang
pada post-abortum atau post-partum dan
mengakibatkan infeksi bertahun.
Jangkitan pada epithelium kolumnar yang
melapisi endoservikal oleh agen gonococcus Beberapa gambaran patologis dapat
(Chlamydia tracomatis) atau virus herpes ditemukan :
atau papilloma. Penyakit ini sering berlaku
1 Jika diperiksa menggunakan mikroskopik,
pada wanita yang telah melahirkan anak terdapat penemuan infiltrasi leukosit dalam
atau selepas melakukan pembedahan. stroma endoserviks namun serviks masih
Cairan mukopurulent akan dikeluarkan kelihatan dalam keadaan normal.
serviks dan menjadi memerah serta
bengkak. Cervicitis akut berlaku akibat 2. Robekan pada serviks uteri di servisitis
jangkitan merebak secara seksual seperti lebih luas dan mukosa endoserviks lebih
oleh Gonoccocus, Chlamydia trachomatis, kelihatan dari luar (ekstropion). Oleh itu,
mukosa dalam keadaan berikut mudah
Candida albicans, Trichomonas vaginalis,
terkena infeksi dari vagina. Peradangan
dan Herpes simpleks. Jika tidak dirawat yang dibiarkan terlalu lama menyebabkan
dengan segera penyakit ini akan menjadi serviks boleh menjadi hipertopis dan
penyakit kronik. mengeras serta sekresi mukopurulent
bertambah banyak.

2
Salpingitis akut Salpingitis kronik
Oophoritis terjadi apabila Biasanya Salpingitis kronis
salpingitis menjalar ke ovarium. berlaku dari salpingitis akut.
Salpingitis dan oophoritis diberi Infeksi pada penyakit tersebut
nama adnexitis. Kebengkakan berlaku kerana sudah
dan kemerahan akan berlaku merebak, dan dibiarkan terlalu
pada salpingitis akut, tuba lama. Pesakit dapat dirawat
hingga dinding dalam tuba setelah menjalani proses
dapat menempel jadi satu. kesembuhan pasca bedah yang
Mikroorganisma yang kerap sangat rumit. Walaupun
dikaitkan dengan penyakit ini infeksi mengakibatkan
ialah gonococcus, disamping itu berlakunya perlekatan yang
oleh staphylococus, luas, pesakit biasanya tidak
streptococus dan bakteri mengalami kesan efektif
TBC.Antara infeksi berlaku sepanjang kehamilannya.
dalam penyakit ini ialah infeksi
naik dari cavum uteri
,infeksi menjalar dari alat yang
berdekatan seperti dari
appendiks yang meradang
infeksi haematogen terutama
salpingitis tuberculosa,

3
MANIFESTASI KLINIKAL

Klamidia atau gonorea merupakan infeksi penyakit menular seksual yang menyebabkan
servisitis.
Terdapat beberapa faktor servisitis yang dapat dihuraikan di bawah seperti :

Kebanyakan infeksi bakteria dan virus yang terjadinya servisitis penyakit menular seksual
melalui hubungan seksual seperti trikomoniasis, klamidia, gonorea, kutil kelamin, dan herpes
genital.
 Bakteria akan merebak luas di dalam vagina atau disebut juga vaaginosis bakterialis.
 Wanita menggunakan alat merangsang serviks atau alat kawalan untuk hamil menyebabkan
Iritasi atau cedera yang teruk.
 Ketidakseimbangan hormon.

Penyakit salpingitis yang tidak kronik mungkin tidak menyebabkan gejala yang teruk.
Penyakit ini wujud setelah period menstruasi wanita berakhir. Faktor yang kerap berlaku
adalah:
– Suhu badan pesakit akan menjadi tinggi
– Pesakit akan merasa pedih atau sakit di bahagian kiri dan kanan peru terutamanya apabila
ditekan.
– Pesakit akan berasa mual dan muntah kerana terjadi perangsangan peritoneum

– Pesakit akan sakit apabila menstruasi berlaku.

– Sekresi purulen di ostium serviks akan berlaku pada pesakit semasa pemeriksaan inspekulo.

4
PATOFISIOLOGI

Majoritinya penyakit Servisitis wujud pada kaum wanita yang telah melahirkan bayi
dan mempunyai luka-luka kecil atau besar pada serviks menyebabkan partus atau abortus
mudah dimasuki mikroorganisma ke dalam endocerviks dan kelenjar-kelenjarnya, sekali gus
mengakibatkan inflamasi bertahun. Beberapa gambaran patologis dapat ditemukan :
a. Walaupuun serviks kelihatan normal semasa pemeriksaan mikroskopik, infiltrasi endokopik
dalam stroma endocerviks masih berada di kawasan serviks.Pada awalnya, penyakit tidak
dapat dikesan faktor inflamasinya, kecuali pengeluaran sekresi yang agak putih kekuningan
dapat ditemukan.
b. Portio uteri sekitar ostium uteri eksternum akan kelihatan kemerah-merahan yang tidak
terpisah secara jelas dengan epitel portio disekitarnya, sekresi dikeluarkan terdiri daripada
mukus bercampur nanah.
c. Robekan pada cerviks uteri lebih besar dan mukosa endocerviks lebih tampak dari luar
(eksotropion). Mukosa dalam situasi tersebut mudah mendapat inflamasi dari vagina, kerana
mempunyai peradangan bertahun. Serviks boleh menjadi hipertropis dan mengeras jika sekresi
kekuningan bertambah banyak.

Salpingitis dapat menyebarkan infeksinya ke bahagian lain seperti di kelenjar limfa.


Inflamasi ini menyebabkan rebakan organisma sehingga ke tuba falopii dan ovarium yang
telah cedera sebelumnya. Pada salah satu dari dua kasus tubo-ovarium yang menjadi
komplikasi dalam pertengahan kehamilan dan dirawat secara histerektomi di samping
salpingo-ooforektomi bilateral. Pesakit akan menderita salpingitis periodik akibat wujudnya
kerosakan tuba sehingga menyebabkan hidrosalping, piosalping atau abses tubo ovarium.
Waktu yang paling sesuai untuk menjalankan pembedahan semasa proses inflamasi
menghilang secara maksimal di antara rekurensi. Pesakit dapat dirawat setelah menjalani
proses kesembuhan pasca bedah yang sangat rumit. Walaupun terjadi perlekatan yang luas
dalam rongga panggul akibat infeksi pelvis sebelumnya, pesakit biasanya tidak mengalami
efektif yang berterusan sepanjang kehamilannya.

5
DIAGNOSA DAN PERBEZAAN

SERVISITIS

1. Pengambilan kultur spesimen endoserviks – Pengambilan tersebut dapat mengesan


agen penyebab penyakit ini seperti gonococcus, chlamydia trachomatis, candida
albicans, trichomonas vaginalis dan herpes simpleks.

2. Ujian pap smear – Ujian untuk mengesan secara meluas dalam mengesan awal
jangkitan awal kanser serviks. Sedikit sel pada serviks diambil untuk tujuan
pengesanan di makmal.

3. Full Blood Count (FBC) Leukositosis – Mengesan peningkatan sel darah putih
(leukosit) dari paras normal. Jika berlakunya jangkitan, paras sel darah putih akan
meningkat dengan mendadak untuk melawan jangkitan.

4. Biopsy – Sel Biopsi dilakukan di kawasan yang menunjukkan iritasi apabila tiada
tanda gejala akibat infeksi ditunjukkan.

SALPINGITIS

1. Pemeriksaan mikroskopik cecair vagina – Dapat mendedahkan


Peningkaatan neutrophil.

2. Laparoskopi – Dapat mengenalpasti masalah sebenar tiub fallopio.

5. Full Blood Count (FBC) - Dapat menentukan status kesihatan dan


menyaring pelbagai gangguan, seperti
leukositosis dan jangkitan infeksi.

6
PERAWATAN

SERVISITIS

1. Antibiotik digunakan terutamanya Cefriaxone 250mg (IM) single dose dan diikuti
dengan Doxycycline 100mg bd selama 1/52
2. Jika tidak spesifik servisitis boleh dirawat dengan rendaman dalam AgNO3 10% dan
irigasi.
3. Servisitis yang tidak mahu sembuh boleh dilakukan melalui operatif dengan
melakukan konisasi, disebabkan ekstropion dapat dilakukan lastik atau amputasi.
4. Servisitis kronik lebih baik dirawat dengan cara ‘cautery-roadradial’ dengan
termakauter atau dengan ‘cryotherapy’
5. Kejururawatan – rawatan konservatif untuk keselesaan pesakit.

SALPINGITIS

1. Pemeriksaan dan perawatan pasangan seks.


2. Pembedahan seperti salpingostomy, salpingectomy atau hysterectomy.
3. Broad spectrum antibiotic – cefuroxime 1.5gm I/M, Tetracycline 500mg QID atau
Doxycycline 100mg BD dan Metronidazole 100mg DLY selama 14 hari.
4. Kes mengandung – Erythromycin 500mg QID dan Metronidazole 100mg DLY
selama 14 hari.

7
PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

Penolong pegawai perubatan berperanan menjalakan tugas dalam kes ini dengan memberi
nasihat seperti :

1. Memberikan nasihat dengan menfokuskan kepada masyarakat tentang penyakit servisitis


dan salpingitis dari jenis - jenis penyakitnya , cara penularan hingga cara rawatannya dan
menjadi pelaksana kepada pesakit.

2. Memberikan rawatan kepada pesakit dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang


baik mahupun sokongan moral kepada pesakit.

3. Menerangkan penjelasan tentang bahayanya penyakit servisitis dan salpingitis secara


bertulis mahupun lisan kepada pesakit supaya pesakit lebih prihatin dalam rawatan
susulannya.

4. Pendidikan kesihatan haruslah diberikan kepada masyarakat oleh penolong pegawai


perubatan tentang penyakit servisitis dan salpingitis supaya dapat mencegah penyakit
tersebut.

5. Penolong pegawai perubatan haruslah membuat saringan awal kepada masyarakat dan
merawat pesakit supaya penyakit itu tidak melarat dan menjadi lebih teruk terutamanya pada
wanita.

8
RUMUSAN

Servisitis dan salpingitis adalah jangkitan yang sering kali berlaku pada wanita.
Penerangan dan maklumat yang telah diberikan di atas amat prnting untuk wanita supaya
dijauhi penyakit servisitis dan salpingitis. Oleh itu, wanita haruslah tidak melakukan seks
bebas supaya penyakit ini tidak berlaku dan tidak merebak dengan lebih teruk.

Selain itu, rawatan susulan juga digalakan kepada semua masyarakat khususnya
kepada wanita supaya dapat mengelak daripada dijangkiti daripada penyakit ini. Di samping
itu, amalan cara hidup sihat perlu dilakukan supaya badan kita kekal sihat dan tidak terdedah
kepada perkara seperti bertukar – tukar pasangan seks dan melakukan seks dengan wanita
yang menghidapi penyakit ini.

Akhir sekali, maklumat di atas amat penting bagi kita untuk terus hidup dengan
sihat. Masyarakat haruslah berpandangan jauh dengan mangambil perkara positif ini untuk
menjamin kesihatan hidup yang berpanjangan.

9
RUJUKAN

 Sarwono. 2005. Ilmu Kebidanan. Jakarta: Yayasan Bina Pustaka Sarwono


Prawirohadjo.

· Sarwono. 2005. Ilmu Kandungan. Jakarta: Yayasan Bina Pustaka Sarwono Prawirohadjo.

· Universitas Padjadjaran Bandung. 1981. Ginekologi. Bandung: Elstar Offset.

 www.wawasandigital.com
 http://healthycaus.blogspot.com/2009/09/servisitis-dan-adnexitis.html
 http://www.alodokter.com/servisitis
 http://kompilasiartikelakbidakper.blogspot.my/2013/01/salpingitis.html

10

You might also like