You are on page 1of 3

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Berbahasa

[ 30 markah ]
Jawab semua soalan

LATIHAN SET 1

a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.

i) eksperimen
ii) eksport
iii) ekstra
iv) ekstrem
v) eksekutif
vi) ekspres

(6 markah)

b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.

i) Gajah liar itu telah merosakkan tanaman penduduk Kampung Sedili.

ii) Kita mestilah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

iii) Saya melukis gambar pemandangan matahari terbenam petang semalam.

(6 markah)

c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu.semula.

i) Golongan belia haruslah mempunyai penahanan diri yang kental demi mengikis
gejala negatif yang boleh mengkucar-kacirkan masa depan mereka.

ii) Pihak polis telah berjaya menemui kereta yang ditinggalkan oleh perompak-
perompak itu ditepi sebuah estet kelapa sawit.

iii) Pasaran saham setempat mencatat kejatuhan besar apabila Indek Komposit
Kuala Lumpur menyusut sebanyak 123.11 mata semalam.

(6 markah)

1
d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan
kata atau istilah dan satu kesalahan penggunaan tatbahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

i) Encik Zainal telah membuat temu janji dengan pegawai bank untuk menyelesaikan
masalah rumahnya yang hendak dijual oleh pihak bank kerana dia gagal
menyelesaikan bayaran balik pinjaman bank.

ii) Badrul Bahktiar telah diserahkan kad kuning oleh pengadil dalam perlawanan bola
sepak persahabatan antara Malaysia dan Laos.

iii) Sikap tidak bertanggungjawab penternak lembu yang sering membiarkan ternakan
mereka berlegar-legar di lebuh raya boleh mengundang bahaya pada orang ramai
yang menggunakan lebuh raya tersebut.

(6 markah)

e) Beri peribahasa yang mempunyai maksud yang sama untuk setiap peribahasa
tersebut.

i) Seperti cincin dengan permata

ii) Bagaimana acuan begitulah kuihnya

iii) Bumi mana yang tidak ditimpa hujan

(6 markah)

2
SKEMA JAWAPAN SET 1

a) Bina ayat

i) eksperimen - ujian atau penyelidikan, terutamanya yang dirancang untuk


membuktikan sesuatu hipotesis / percubaan pada sesuatu yang baru dan berbeza
ii) eksport - penghantaran barang-barang atau perkhidmatan ke luar negara untuk
tujuan perdagangan
iii) ekstra - tambahan
iv) ekstrem - keterlaluan / melampau
v) eksekutif - orang yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab berkaitan dengan
pentadbiran atau pengurusan sesuatu organisasi.
vi) ekspres - segera , cepat, pantas/ yang tidak singgah-menyinggah ( bas/kereta api)

b) Ayat aktif kepada ayat pasif

i) Tanaman penduduk Kampung Sedili telah dirosakkan oleh gajah liar itu.

ii) Peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah mestilah kita patuhi.

iii) Gambar pemandangan matahari terbenam saya lukis petang semalam.

c) Baiki kesalahan ejaan dan imbuhan

Bil Kesalahan ejaan Kesalahan imbuhan


1 mengkucar-kacirkan - mengucar-ngacirkan penahanan - ketahanan
2 ditepi - di tepi menemui - menemukan
3 indek - indeks setempat - tempatan

d) Baiki kesalahan kata/istilah dan tatabahasa

Bil Kesalahan kata/istilah Kesalahan tatabahasa


1 dijual - dilelong temu janji - janji temu
2 diserahkan - dilayangkan dan - dengan
3 berlegar-legar - berkeliaran pada - kepada

e) Peribahasa

i) Bagai pinang dibelah dua/ Seperti raja dengan menteri

ii) Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi / bapa borek anak rintik/ di hulu keruh
di hilir pun keruh

iii) lautan mana yang tidak bergelora/ gading mana yang tidak retak

You might also like