You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PASIR PUTIH

PASIR GUDANG, JOHOR.


MESYUARAT HARI SUKAN SEKOLAH
KALI 17/2017

Minit Mesyuarat Hari Sukan Sekolah


Tarikh :
Tempat : Bilik Gemilang, SK Taman Pasir Putih

Agenda:
1. Ucapan Pengerusi
2. Membaca dan mengesah minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara berbangkit
4. Laporan ahli jawatankuasa
5. Hal-Hal Lain

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi.

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Haji Omar bin Alivi, selaku Timbalan Pengerusi mewakili guru besar mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Sukan kerana dapat hadir ke mesyuarat kali
ini.
Makluman Semua AJK Sukan

2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu


2.1 Encik Afham selaku Setiausaha Sukan membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
2.2 Encik Mohd Yusri mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan.
2.3 Minit mesyuarat yang lalu disokong oleh Encik Mohd Zainal.
Makluman semua

3. Perkara Berbangkit
3.1 Puan Hazlina mencadangkan sekali lagi bahawa latihan perbarisan perlu dijalankan dalam
satu sesi iaitu melibatkan murid tahap 2 sahaja. Ini bagi memudahkan dan melicinkan
perjalanan latihan perbarisan sukan.
Makluman semua

4. Laporan Ahli Jawatankuasa


4.1 Perbarisan, Lintas Hormat Dan Penutup
4.1.1 Encik Shuhail mencadangkan setiap rumah sukan akan membuat disiplin kawad kaki
iaitu kawad kaki yang mana kawad ini dijalankan ketika lintas masuk dalam perbarisan
kontingen. Seramai 11 orang ahli setiap rumah sukan yang berada pada barisan hadapan
sahaja akan dinilai oleh juri yang telah dilantik. Juri-juri ini terdiri daripada Guru Besar,
Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan KoKurikulum dan Penyelia Petang.
Selain itu, setiap rumah sukan yang membuat lintas hormat perlu berhenti selama kurang
2 minit di hadapan khemah tetamu untuk membuat sorakan slogan rumah masing-masing.
Setelah selesai, kontingen rumah sukan akan bergerak semula menuju rumah sukan
masing-masing. Setiap slogan yang disorakkan akan dinilai oleh juri-juri tersebut.

4.2 Siaraya
4.2.1 Encik Sairuzi membentangkan bahawa segala persiapan berkenaan siaraya termasuk
kelengkapan bilangan mikrofon, pembesar suara dan sebagainya telah diuji.
4.2.2 Cik Norliana mencadangkan agar semasa hari sukan berlangsung dapat diceriakan
dengan muzik-muzik atau pun lagu-lagu. Ini dapat memeriahkan lagi suasana hari sukan
tersebut.

4.3 Disiplin, Keselamatan Dan Kebersihan


4.3.1 Encik Husaini menerangkan bahawa semua kenderaan guru pada hari sukan diletakkan
di luar kawasan sekolah. Ini bagi memudahkan para ibu bapa meletakkan kenderaan mereka
di sekitar hadapan sekolah. Setiap tempat letak kenderaan akan diselia oleh kakitangan
sekolah yang bertugas.

4.4 Pengurus Acara Kelas Khas


4.4.1 Puan Sazila menerangkan bahawa hanya ada empat acara sahaja untuk murid-murid
pendidikan khas ini. Tiga acara akan dipertandingkan sebelum hari sukan bermula.
Manakala satu acara lagi akan dipertandingkan pada hari sukan. Ini kerana segelintir
murid-murid khas ini tidak boleh terdedah kepada sinaran cahaya matahari.

4.5 Pengurus Rumah Sukan


4.5.1 Semua ketua rumah sukan dikehendaki berbincang dengan Encik Shuhail berkenaan
dengan disiplin kawad kaki dan pengucapan slogan rumah sukan semasa lintas hormat.

4.6 Pelepas
4.6.1 Encik Zainal memerlukan alat pelepas yang sesuai sebelum sesuatu acara dimulakan.
4.6.2 Encik Nazrin akan menyediakan alat pelepas tersebut.

4.7 Hakim Penamat


4.7.1 Puan Rapiah selaku ketua hakim memerlukan dua orang murid untuk membantu
memegang tali penamat dan bendera merah putih, empat orang hakim, empat unit jam
randik, 4 orang pemegang nombor untuk diberikan kepada para pemenang dan beberapa
orang untuk membantu mencatat pemenang.

4.8 Pencatat Keputusan


4.8.1 Puan Siti Hajar memerlukan system pencatat keputusan seperti yang sedia maklum.
Sistem ini memudahkan keputusan dicatat dengan segera.
4.8.2 Beliau juga memerlukan beberapa unit meja, pencetak (printer) dan beberapa helaian
kertas.

4.9 Pengurus Hadiah Dan Pengurus Peserta Menerima Hadiah


4.9.1 Puan Mardziah menerangkan bahawa hadiah peserta seperti medal telah selesai.
4.9.2 Beliau menerangkan tiga unit piala untuk persiapan khemah terbaik, perbarisan lintas
hormat terbaik, johan rumah sukan keseluruhan, cenderahati perasmi, hadiah
olahragawan dan olahragawati telah disediakan.

4.10 Pertolongan Cemas


4.10.1 Encik Ismail memerlukan peti pertolongan cemas yang lengkap.

4.11 Jamuan Perasmi, Pegawai Dan Peserta


4.11.1 Puan Farida menerangkan bahawa jamuan untuk perasmi, pegawai sukan dan para
peserta telah disediakan. Antara menu makan tengahari ialah nasi ayam dan air sirap.
Nasi ayam (RM3.60) ditaja oleh pihak sekolah manakala air sirap ditaja oleh pihak kantin
sekolah. Untuk makluman, makanan akan dihidangkan dalam bentuk ‘buffet.
Makluman semua

5. Hal-Hal Lain
5.1 Encik Afham memberitahu kepada ketua rumah sukan bahawa hanya tiga kali sahaja
nama peserta akan dipanggil dalam satu-satu acara. Jika peserta gagal hadir selepas tiga kali
pengumuman panggilan peserta dibuat maka penyertaan peserta tersebut akan terbatal
dengan sendirinya.
5.2 Encik Afham mengumumkan bahawa setiap bantahan ketua rumah sukan dalam
mana-mana acara akan dikenakan RM200 sahaja. Beliau menegaskan keputusan pengadil
adalah muktamad.
5.3 Encik Afham memberitahu bahawa baju t-shirt sukan akan diterima selewat-lewatnya hari
Khamis 30 Jun 2011 bersama topi berwarna hijau yang ditaja khas.
5.4 Guru Besar selaku pengerusi mencadangkan bahawa semua murid bagi setiap
ahli rumah sukan WAJIB terlibat dalam Sukantara.

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama daripada semua jawatankuasa
yang telah membentangkan laporan masing-masing dan berharap semua ahli jawatankuasa
akanmemberikan kerjasama penuh bagi menjayakan Temasya Olahraga Tahunan kali ini
seperti yangdirancang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.45 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………… …………………………
Encik Muhammad Nazrin bin Sulaiman Haji Omar bin Alivi
Pen. Setiausaha Sukan Penolong Kanan Kokurikulum
SK Taman Pasir Putih, Johor SK Taman Pasir Putih, Johor

You might also like