You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PEMBERIAN SUSU 1 MALAYSIA (PS1M) KALI KE-1

BIL.1/2018

Tarikh : 16 Januari 2018


Hari : Selasa
Masa : 1.40 Petang
Tempat : Kelas Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran)
Kehadiran : 1. En. Ahmad Redwan bin Darus (GPK 1)
2. Pn. Rosmazura binti (Penyelaras PS1M)
3. Pn. Nurshahira Hazlina binti Abdul Halim (S/U PS1M)

AGENDA

1. GPK 1 : EN. AHMAD REDWAN BIN DARUS

1.1. Pemberitahuan bahawa borang permohonan PS1M telah diedarkan melalui email ke setiap
sekolah. Borang penerimaan PS1M juga telah diedarkan kepada setiap guru kelas bagi memilih
murid-murid yang layak mengikut kelas

1.2. Kelayakan murid yang menerima PS1M ialah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai
keluarga berpendapatan sebanyak RM 930 dan ke bawah, atau berpendapatan perkapita
sebanyak RM230 dan ke bawah.

1.3. Memberi peringatan kepada penyelaras PS1M untuk sentiasa mengemaskini fail-fail PS1M
untuk rujukan pemantau. Setiap maklumat mengenai PS1M perlulah disimpan ke dalam fail
sebagai bukti.

1.4. Berharap agar proses permohonan susu berjalan lancar sehingga ke pengagihkan susu kepada
murid yang layak seperti tahun sebelum ini. Diharapkan agar murid-murid yang layak menerima
susu mendapat manfaat daripada program ini.

Tindakan : Penyelaras PS1M

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(NURSHAHIRA HAZLINA BINTI ABDUL HALIM) (AHMAD REDWAN BIN


DARUS)
Setiausaha PS1M Guru Penolong Kanan 1
SK Karak SK Karak

You might also like