You are on page 1of 21

SJH3063E KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

1.0 Pengenalan P&P

Pengajaran pengetahuan dan bidang ilmu pedagogi amat penting bagi memastikan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan lagi terdapat orang yang
menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ia
adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut
adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pengajaan dan pembelajaran
harian yang sempurna oleh seseorang guru. Selepas kita telah jelas mengenai ilmu pedagogi
dan perbahasannya maka kita akan meneliti sejauh manakah ilmu pedagogi memberi kesan
terhadap pengajaran dan pembelajaran
Oleh itu, ilmu pedagogi adalah amat penting untuk menjadi seorang guru yang dapat
menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan pelbagai cara dan teknik yang menarik. Melalui
pengetahuan pedagogi guru dapat mengetahui pelbagai cara yang mampu menarik minat
pelajar untuk belajar. Guru seharusnya perlu mempunyai cara tersendiri dalam mendekati para
pelajarnya agar mereka tidak bosan dengan kaedah pembelajaran satu hala iaitu hanya guru
yang menyampaikan maklumat dan pelajar hanya mendengar. Ia akan menjadikan pelajar
bosan dan tidak minat ketika didalam kelas. Justeru itu, guru memainkan peranan yang penting
dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik di
sekolah.
Kesimpulannya,guru merupakan tunjang utama menjayakan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Pengetahuan pedagogi merupakan aset penting kepada seorang
guru. Setiap guru perlu difahami dan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah.

1
SJH3063E KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

2.0 Pedagogi

Pedagogi merupakan suatu seni pengajaran yang melibatkan penggunaan kaedah dan
teknik mengajar.Pedagogi adalah ditakrifkan sebagai kemahiran mengajar yang digunakan oleh
guru untuk menyampaikan pengetahuan yang khusus dalam sesuatu bidang. Guru yang
berkesan menggunakan pelbagai kemahiran dan kebolehan untuk mewujudkan suatu
persekitaran pembelajaran yang kondusif supaya pelajar berasa selesa dan berjaya dalam
pelajaran, serta berupaya menangani masalah peribadi mereka.Oleh yang demikian, guru perlu
memiliki ilmu pedagogi.
Mengikut Concise Encyclopaedia Britannica, ditinjau daripada sudut tradisi Pedagogi
merupakan satu seni pengajaran yang melibatkan penggunaan kaedah dan teknik mengajar.
Kamus A New English Dictionary menerangkan, Pedagogi sebagai ilmu pendidikan atau
kaedah mengajar. Kamus Dewan edisi keempat menyatakan Pedagogi ialah kajian tentang
kaedah dan prinsip pengajaran.Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya
pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara
mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi
mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi
melibatkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah,
organisasi sekolah dan juga interaksi guru dan pelajar.Dari segi etimologinya, perkataan
Pedagogi berasal dari bahasa Yunani iaitu paidagogos yang bermaksud hamba yang
mengantar dan mengambil budak-budak pergi balik dari sekolah. Perkataan Paideia merujuk
kepada kanak-kanak .
Menurut Sharifah Alwiyah 1976 menyatakan pedagogi ialah ilmu yang menerangkan
tentang kaedah pengajaran yang meliputi prinsip pengajaran, pengurusan bilik darjah dan
teknik penyampaian yang membolehkan guru mencapai objektifnya. Page (1975) menyatakan
bahawa Pedagogi ialah seni dan sains pengajaran. Esah Sulaiman (2004) Pedagogi ialah seni
dan sains pengajaran yang merangkumi prinsip, kaedah pengajaran, pengurusan bilik darjah
dan pendidikan formal .Mok Soon Sang (2008) pengertian Pedagogi boleh dihuraikan sebagai
salah satu bidang ilmu pendidikan yang berkaitan dengan kajian secara saintifik atas prinsip-
prinsip dan kaedah mengajar, merangkumi proses pengajaran yang optimum. Glenn, 2003
berpendapat Pedagogi membawa proses P&P yang melibatkan pengetahuan dari segi teori
yang berkaitan dengan pendidikan dan kemahiran pedagogi.

2
SJH3063E KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

Ringkasnya, pada pendapat saya pengertian pedagogi boleh dihuraikan sebagai salah
satu bidang ilmu pendidikan yang berkaitan dengan kajian secara saintifik atas prinsip-prinsip
dan kaedah-kaedah mengajar, merangkumi proses pengajaran yang optimum.

3.0 Kecerdasan Pelbagai

Gardner (1983) bangkit dengan konsep KecerdasanPelbagai (Multiple intelligence)


mengetengahkan pelbagai cara untuk tahu, belajar dan melahirkan apa yang diketahui. Gardner
mengemukakan analisis pencapaian manusia dalam lapan domain yang berbeza untuk
mengukuhkan konsep kecerdasan pelbagai. Lapan Kecerdasan Pelbagai Gardner dapat
dijadikan panduan kepada guru dalam mendorong pembelajaran murid serta merangsang murid
untuk membina masa depan mereka berdasarkan kelebihan yang dimiliki oleh mereka.
Kecerdasan Pelbagai Gardner dapat dimanfaatkan oleh guru dengan menterjemahkan dalam
perlakuan pembelajaran yang mendorong kerjaya murid. Kecerdasan –kecerdasan yang
dikemukakan oleh Gardner adalah Kinestetik, Interpersonal, Intrapersonal, Logik-Matematik,
Muzik, Verbal-Linguistik, Visual-Ruang, Naturalis.

3.1.1Kinestetik

Kinestetik mengawal gerakan badan seseorang. Secara teori, orang-orang yang mempunyai
kecerdasan badan-kinestetik perlu belajar lebih baik dengan melibatkan pergerakan otot
(contohnya bangun dan bergerak ke dalam pengalaman pembelajaran), dan secara amnya baik
pada aktiviti-aktiviti fizikal seperti sukan atau tarian. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang
berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain.
Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara
pergerakan fizikal dengan mental.

3.1.2 Interpersonal

Kecerdasan ini merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara pelbagai


petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan. Kecerdasan
interpersonal membolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat

3
SJH3063E KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

orang lain. Seterusnya, mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama
dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Mereka yang
mempunyai kecerdasan interpersonal yang menonjol biasanya memiliki interaksi yang baik
dengan orang lain.Selain itu, mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami emosi,
perasaan, fikiran, tingkah laku dan harapan orang lain.Murid-murid yang mempunyai
kecerdasan ini akan belajar dengan berkesan melalui pembelajaran, bekerjasama dengan
rakan sebaya dan mudah terlibat dengan sebuah pergaulan.

3.1.3 Intraprsonal

Kecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran


metakognitif dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Dapat mengenali diri sendiri secara
mendalam dan mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan
ini memberi keyakinan diri yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan yang terdapat dalam
diri mereka sendiri. Selain itu, mereka pandai menentukan hala tuju kehidupan serta
mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari.

3.1.4 Logik-Matematik

Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan logik, abstrak, penaakulan, dan nombor.
Kebolehan dominan di bahagian kiri otak membolehkan individu menaakul secara deduktif dan
induktif serta berfikir secara konseptual.Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh
menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta
boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan
komputer dengan cekap.

3.1.5 Muzik

Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan


meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri
seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang

4
SJH3063E KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

terdapat di persekitarannya. Individu ini berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen
muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu, individu
yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah
mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik.

3.1.6 Verbal-Linguistik

Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis.Orang dengan
kecerdasan verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa.
Individu ini biasanya yang baik untuk membaca, menulis, bercerita dan menghafal.Individu ini
sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. Mereka cenderung
untuk belajar dengan lebih baik dengan membaca, mengambil nota, mendengar kuliah, dan
dengan berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka pelajari. Individu yang
mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana
mereka mempunyai ingatan yang tinggi lisan dan ingatan, dan kebolehan untuk memahami dan
memanipulasi sintaks dan keupayaan struktur.

3.1.7 Visual-Ruang

.Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk


menggambarkan dengan mata minda. Kerjaya yang sesuai dengan mereka dengan kepintaran
jenis ini termasuk artis, pereka dan arkitek. Individu yang mempunyai ciri-ciri ruang visual ini
juga baik dalam puzzle. Keupayaan spatial merupakan salah satu daripada tiga faktor di
bawahnya dalam model hierarki kepintaran. Individu ini berkebolehan menceritakan dan
menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkaitkan antara objek-
objek dalam ruang. Kecerdasan ruang visual membolehkan individu mempersembahkan idea-
idea visual dan ruang berkecenderungan dalam aspek imaginatif dan kreatif.

3.1.8 Naturalis

5
SJH3063E KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

Akhir sekali adalah, Naturalis. Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan memupuk
maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Individu yang mempunyai kecerdasan naturalistik
yang tinggi biasanya merupakan seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan
mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian dengan mudah. Mereka akan lebih banyak
menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat dalam alam
sekitar. Mereka mempunyai tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang.
Dengan itu, mereka merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat
menghubungkait antara kehidupan flora dan fauna

6
SJH3063E KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

4.0 Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Tahun 4

4.1 Verbal Lingustik


Kecerdasan ini mempunyai berkaitan dengan perkataan, lisan atau bertulis.Orang yang dengan
kecerdasan verbal lingustik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan
bahasa.Individu ini biasanya membaca,menulis,bercerita dan menghafal.Mereka cenderung
untuk belajar dengan lebih baik dengan membaca, mengambil nota, mendengar kuliah dan
dengan berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka dipelajari, mudah berbahasa bagi
melahirkan perasaan dan pendapat serta suka kepada makna yang kompleks.Mudah
mengingati maklumat dan boleh menyakini orang lain.

Contoh:
Dalam buku teks tahun 4 di muka surat 28 terdapat aktiviti melengkapkan jadual, mengisi
tempat kosong dan mencari jawapan dalam petak huruf.Aktiviti ini boleh dijalankan secara
individu atau berkumpulan.Melalui aktiviti ini guru boleh membimbing murid menjawap
soalan.Murid-murid dapat mempelajari perbendaharaan kata baru melalui aktiviti isi tempat
kosong.Contohnya perkataan salasilah,gelojoh dan sebagainya.

Kelebihan

Melalui aktiviti ini murid dapat menguasai bahasa dengan teliti dan tepat.Aktiviti ini juga dapat
meningkatkan kemahiran berfikir kepada murid-murid.Melalui aktiviti ini juga murid dapat
mengetahui perkataan –perkataan yang baharu bagi meningkatkan bahasa mereka.Murid-murid
juga mencuba mencari perkataan yang sukar difahami melalui menggunakan kamus.Apabila
murid dapat menguasai bahasa ,murid juga dapat mempertingkatkan pengetahuan dalam
verbal lingustik.

Kelemahan
Aktiviti ini tidak sesuai bagi semua tahap murid.Contohnya, di dalam kelas terdapat murid
pemulihan, sederhana dan sebagainya.Murid-murid ini sukar untuk menguasai bahasa
tersebut.Mereka juga kurang faham dan aktiviti yang diberikan oleh guru tidak sesuai bagi tahap
mereka.Murid-murid juga tidak dapat menumpuhkan sepenuh perhatian dalam p&p yang
disampaikan oleh guru.Bagi mengatasi masalah ini guru harus memberi latihan yang sesuai
mengikut tahap perkembangan kognitif murid.

7
SJH3063E KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

4.2 Logikal Matematik


Kecerdasan ini mempunyai berkaitan dengan logic, abstrak,penakulan dan nombor.Kebolehan
dominan di bahagian kiri otak membolehkan individu menaakul secara deduktif dan induktif
serta berfikir secara konseptual.Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh
menyelesaikan masalah kompleks berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh
membuat perkaitan, menyoal,menganalisis,mensintesis, mengira dan menggunakan komputer
dengan cekap.

Contoh
Dalam buku teks tahun 4 di muka surat 5 terdapat tajuknya konsep masa dalam sejarah.Guru
boleh mengaplikasikan kecerdasan logical matematik melalui topik ini.Dalam tajuk tersebut
terdapat kronologi masa dalam sejarah mengikut zaman seperti zaman sebelum masihi(SM)
dan masihi (M).Konsep masa dalam sejarah dibahagikan kepada tiga garis masa iaitu dekad,
abad dan alaf.Guru boleh memberi penerangan apa itu dekad,abad, alaf dan konsep zaman
kepada murid-murid.Contoh aktiviti yang boleh mengaplikasikan dalam kecerdasan logikal
seperti guru mengagihkan murid dalam beberapa kumpulan dan menyuruh murid menghasilkan
garis masa peristiwa penting dalam hidup mereka dan bentangkan garis masa tersebut di
hadapan kelas.

Kelebihan
Dalam aktiviti tersebut guru harus membimbing murid memahami kronologi masa.Melalui aktiviti
ini murid dapat menguasai pengiraan mengikut urutan masa. Mereka mudah mengenali
kronologi masa dengan jelas dan tepat apabila dibentangkan.Selain itu,apabila mereka
berhadapan di depan kelas murid-murid dapat menyelesaikan masalah yang diberi oleh guru
dengan berkeyakinan.Murid-murid juga menumpuhkan sepenuh perhatian apabila rakan lain
dibentangkan di hadapan kelas.

Kelemahan
Bagi pengiraan kronologi masa ada murid yang tidak dapat menguasai pengiraan tidak
betul.Masalah ini diwujud kerana tahap penguasaan murid tersebut kurang memahami bagi
menyelesaikan masalah pengiraan masa.Dari segi kognitif murid-murid tersebut tidak dapat
menumpuhkan sepenuh perhatian dan tidak minat terhadap topik yang diajar oleh guru.Bagi
mengatasi masalah ini guru perlumembimbing murid-murid dengan betul dan perlu mengetahui
tahap penguasaan murid dan mengajar mengikut tahap mereka.

8
SJH3063E KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

4.3 Kecerdasan Visual Ruang


Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk
menggambarkan dengan mata minda.Seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar
secara tepat, dapat mengenali objek,bentuk,warna dan corak dalam persekitaraan.Kecerdasan
visual ruang ini membolehkan seseorang mempersembahkan idea visual dan ruang secara
grafik.

Contoh:
Dalam buku teks tahun 4 di muka surat 38 terdapat tajuknya simbol kebangaan sekolah.Melalui
topik ini guru boleh mengembangkan idea visual dan grafik murid dalam beberpa
aktiviti.Contohnya apabila guru mengajar lencana dan bendera sekolah murid-murid dapat
mengenali identiti sekolah seperti simbol yang terdapat pada lencana maksud bendera sekolah
dan warna-warna yang terdapat pada lencana.Selain mengenali warna-warna yang terdapat
dalam lencana malah mereka dapat mengetahui maksud simbol yang terdapat pada
lencana.Guru boleh mengadakan pertandingan mencipta lencana atau bendera persatuan yang
terdapat di sekolahnya.Menyuruh murid mencipta lencana atau bendera sekolah.

Kelebihan
Murid dapat melibatkan dirinya secara menyeluruh melalui aktiviti ini.Murid-murid dapat
meluahkan ideanya bagi menghasilkan hasil kerja mereka.Guru boleh membimbing murid-murid
bagi melukis lencana dan bendera sekolah.Murid-murid lebih suka melukis dari membaca atau
menulis, jadi mereka minat terhadap hasil tangan mereka seperti melukis.Selain daripada itu,
mereka dapat meluhkan ideanya secara kreatifnya dalam kecerdasan visual ruang ini.

Kelemahan
Segelintir murid tidak mempunyai kemahiran melukis.Murid-murid seperti ini tidak mempunyai
minat terhadap melukisnya.Bagi pelajar yang mempunyai masalah dalam melukis, guru perlu
menyediakan bahan latihan melukis seperti melakar lencana sekolah atau bendera gambar di
atas titik penyambung dan dalam latihan tersebut menyediakan ruang bagi mewarna.

9
SJH3063E KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

4.4 Kecerdasan Kinestetik

Kinestetik mengawal gerakan badan seseorang. Secara teori, orang-orang yang mempunyai
kecerdasan badan-kinestetik perlu belajar lebih baik dengan melibatkan pergerakan otot dan
aktiviti-aktiviti fizikal seperti sukan atau tarian.Seseorang individu juga cekap memanipulasi
objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.

Contoh:
Dalam buku teks tahun 4 di muka surat 144 terdapat tajuk pertarungan dua sahabat.Cara guru
boleh mengaplikasikan kecerdasan kinestetik adalah guru boleh menceritakan bagaimana
suasana pertarungan itu terjadi dan bagaimana pertarungan itu berlaku antara dua orang
sahabat tersebut.Akhir sekali, guru memilih dua orang pelajar dari kumpulan tersebut dan
memberi arahan seperti melakonkan situasi tersebut dengan menggunakan dialog yang
terdapat dalam cerita.Apabila murid melakonkan cerita itu kita dapat melihat mimic muka ketika
berdialog.Melalui aktiviti ini murid dapat merasai dan menghayati perlakonan tersebut.Mereka
juga gemar membuat aktiviti ini di dalam kumpulanya.

Kelebihan
Kelebihan yang terdapat dalam aktiviti tersebut adalah apabila murid sendiri melakonkan watak
yang terdapat dalam cerita tersebut mereka dapat meluahkan perasaan dan menghayati
semasa berlakon.Selain daripada itu, murid-murid dapat memahami secara mendalam dan
memahami secara berkesan.

Kelemahan
Segelintir murid tidak dapat melakonkan cerita tersebut.Di dalam kelas mempunyai murid yang
berbeza dari segi kognitif.Murid-murid yang merendah diri tidak dapat melakukan perkara ini,
kerana mereka takut pada kawan mereka.Contohnya, kawan mereka akan peril atau mengejek
perbuatan mereka.Perkara ini membawakan murid tersebut kurang berkeyakinan pada diri
sendiri.

4.5 Kecerdasan Muzik Irama


Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan
meluahkan perasaan melalui muzik.Kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang

10
SJH3063E KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

individu membolehkanya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di
persekitarannya.

Contoh:
Syair yang bertajuk tokoh terbilang di buku teks tahun 4 di muka surat 97 terdapat kecerdasan
muzik irama.Aktiviti yang boleh mengaplikasikan dalam tajuk ini adalah, guru perlu
memperdengarkan rentak syair kepada murid.Guru dan murid menyanyikan syair tersebut
secara bersama-sama.Bagi penambahbaikan murid-murid boleh menyanyi syair mengiringi alat
muzik seperti kerincing,gitar dan sebagainya.Melalui aktiviti ini p&p dapat berjalan dengan
lancar dan berkesan.

Kelebihan
Kelebihan yang terdapat dalam aktivti ini adalah murid dapat melibatkan dirinya secara
menyeluruh.Dengan bantuan guru mereka boleh mengubah melodi lagu mengikut alat muzik
iringan.Dapat melahirkan idea secara kreatif dalam menyanyikan syair tersebut.Melalui ini p&p
dapat berjalan dengan berkesan dan murid-murid juga aktif.

Kelemahan
Sesetengah murid tidak suka menyanyikan syair mungkin syair tersebut panjang dan perkataan
yang terdapat dalam syair tersebut bersusah untuk sebut.Selain itu, mereka sukar untuk
menghafal lirik syair tersebut.Ia menyebabkan murid menghilangkan tumpuan dan minat.

4.6 Kecerdasan intrapersonal


Individu dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang
kekuatan dan kelemahan diri sendiri.Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi terhadap
kebolehan diri sendiri.

Contoh:
Dalam buku teks tahun 4 di muka surat 18 terdapat tajuknya kenali diri saya.Murid boleh
melibatkan dirinya dalam aktiviti seperti menceritakan tentang diri sendiri di hadapan kelas dan
membuat aktiviti mengisi borang sijil kelahiran murid tersebut.

11
SJH3063E KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

Kelebihan
Melalui aktiviti mengisi borang maklumat sijil kelahiran murid dapat mengenali diri sendiri secara
mendalam dan teliti.Contohnya,murid tersebut dapat mengetahui tempat lahir,tarikh lahir,kaum,
tempat tinggal dan sebagainya.Melalui ini murid dapat memahami dan menyatakan biodata
mereka dengan lengkap.

Kekurangan
Segelintir murid tidak dapat melengkapkan borang maklumat sijil kelahiran kerana mereka
kurang pendedahan tentang mengenali diri sendiri, ia menyebabkan berkurang keyakinan
terhadap diri sendiri.

4.7 Kecerdasan interpersonal


Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta
hasrat orang lain.Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan
orang lain secara praktikal.

Contoh:
Dalam buku teks tahun 4 di muka surat 22 terdapat tajuknya panggilan keluarga di
Malaysia.Dalam tajuk tersebut terdapat sikap hormat-menghormati amalan keluarga mengikut
kaum masing-masing.Apabila murid dapat mengenali perkataan baharu memangil ahli keluarga
mengikut kaum masing-masing.

Kelebihan
Melalui ini murid dapat berinteraksi antara satu sama lain dengan bersopan santun.Murid-murid
juga dapat mengenali pangilan ahli keluarga dengan tepatnya dan dapat menjalinkan hubungan
silaturahim antara murid-murid yang berbeza kaum.

Kekurangan
Sesetengah murid tidak melibatkan dirinya secara aktif dalam kerja kumpulan, mereka sentiasa
mengasingkan dirinya daripada kerja kumpulan.Lagipun murid-murid bersifat ini tidak
bekerjasama dalam kumpulan.

12
SJH3063E KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

4.8 Kecerdasan Naturalis


Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran
semulajadi. Individu yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi biasanya merupakan
seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian
dengan mudah. Mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar
bunyi-bunyian yang terdapat dalam alam sekitar.

Contoh:
Dalam buku teks tahun 4 di muka surat 64 dan 65 terdapat tajuknya pentingnya alam sekitar.Di
muka surat terdapat gambar-gambar kepupusan flora dan fauna dan pencemaran alam
sekitar.Aktiviti yang boleh melakukan di dalam kelas adalah guru boleh menerangkan
kepentingan alam sekitar kepada murid-murid dan melakukan aktiviti menjaga alam sekitar
seperti menanam pokok bunga di dalam pasu, membuang sampah di tong kitar semula,
mencari keratan akhbar yang menunjukkan cara menjaga alam sekitar.Kesemua aktiviti ini
melakukan di hadapan murid di dalam kelas.

Kelebihan
Melalui aktiviti ini murid dapat kepentingan menjaga alam sekitar.Contohnya, tidak membuang
sampah sarap di merata tempat ,menyiram pokok bunga, mewujudkan program lestari di
sokolah dan sebagainya.Murid akan menjaga alam sekitarnya dengan baik.

Kelemahan
Sesetengah murid tidak pedulikan menjaga alam sekitar kerana mereka tidak mencintai alam
sekitar dan tidak tahu mengenai penjagaan alam sekitar.Mereka juga tidak melibatkan dirinya
dalam kerja kumpulan mungkin berasa bosan ia juga menjadi puncanya bagi tidak mempunyai
perasaan cinta terhadap alam sekitar.

13
SJH3063E KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

5.0 Aplikasi Kecerdasan Pelbagai dalam Sejarah Tahun 5

5.1 Kecerdasan Kinestetik

Contoh:
Buku teks tahun 5 dimuka surat 92 dan 93 tajuk yang terdapat adalah alat kebesaran
raja.Kecerdasan kinestetik boleh dikaitkan melalui tajuk ini.Contohnya, melakukan aktiviti
secara kreatifnya, murid reka cipta alat kebesaran raja menggunakan akhbar lama.Aktiviti ini
dibimbing oleh guru bagi mendapatkan ideanya secara kreatif.

Kelebihan
Melalui aktiviti ini murid dapat bekerjasama dalam kumpulan.Mereka berusaha untuk mencari
bahan kitar semula bagi reka cipta alat kebesaran raja.Murid-murid mencari bahan daripada
pelbagai sumber seperti akhbar lama,botol kosong dan sebagainya.Murid-murid akan
melakukan aktiviti ini secara menyeluruh dari segi fizikalnya.Setelah siap reka cipta alat
kebesaran ini, murid dapat dipamerkan di sudut sejarah dan mereka dapat membentangkan
reka cipta mereka di hadapan kelas.

Kelemahan
Ada murid yang tidak suka kaedah mencari bahan, mereka lebih suka mewarna, melukis dan
sebagainya.Sesetengah pelajar malas bagi mencari bahan untuk membuat alat pameran.Jadi
mereka minat terhadap perkara ini.

5.2 Kecerdasan Logikal Matematik

Contoh:
Di muka surat 117 tajuk yang terdapatnya adalah melukis bendera kita.Bagi melukis bendera
Jalur Gemilang murid-murid harus mengetahui ukuran standard atau nisbah yang tepat nagi
melukis bendera Jalur Gemilang.Jadi guru boleh mengadakan aktiviti secara berkumpulan
seperti hasilkan bendera kebangsaan mengikut nisbah yang tepat.Dengan bantuan guru
mereka dapat melukis bendera kebangsaan dengan tepat.

14
SJH3063E KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

Kelebihan:
Melalui aktiviti ini murid-murid dapat mengetahui ukuran standard yang telah
ditetapkan.Contohnya, mereka dapat tahu lebar dan panjang yang tepat.Mereka dapat melukis
bintang, bulan sabit ,panjang dengan ukuran yang tepat dan mereka tidak membuat kesilapan
dalam melukis Jalur Gemilang.

Kelemahan:
Segelintir murid tidak dapat tahu pengiraan seperti tidak pandai menggunakan pembaris bagi
mengukur nisbahnya.Ada murid yang tidak suka melukis dengan menggunakan pengiraan, jadi
mereka melukis seperti sewenag-wenangnya.Bagi menyelesaikan masalah ini guru perlu
membimbing murid-murid yang lemah dalam aktiviti penggunaan kiraan.

5.3 Kecerdasan Visual Ruang


Contoh:
Muka surat 40 dan 41 tajuk yang terdapat adalah penjajahan dan campur tangan British.Aktiviti
yang boleh dikaitkan melalui kecerdasan visual ruang ini adalah sebelum aktiviti, murid perlu
mengenali peta Malaysia dan negeri-negeri yang campur tangan oleh British.Bagi
mengukuhkan latihan secara kreatifnya murid perlu melukis peta pemikiran berkaitan dengan
sistem pentadbiran British.

Kelebihan:
Apabila murid melukis peta dan mewarna, mereka dapat mengklasifikasikan negeri manakah
yang dijajah oleh campur tangan British.Selain daripada itu,apabila murid melukis peta
pemikiran mereka mudah mencatatkan nota berkaitan pengajaranya.Lagipun mereka melukis
peta pemikiran berwarna-warni ia memudahkan dan menarik minat terhadap pembelajaranya.

Kelemahan
Ada murid yang tidak tahu mengenai peta pemikiran.Mereka mengikut teknik lama iaitu teknik
awan.Pada masa sekarang murid-murid perlu mendedahkan mereka mengenai penggunaan “I
think”.Sesetengah murid tidak dapat tahu penggunaan “I think” dalam pembelajaranya.

15
SJH3063E KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

5.4 Kecerdasan Verbal Lingustik


Contoh:

“Bahasa Melayu sebagai bahasa Lingua Franca” tajuk ini terdapat di muka surat 28 dan
29.Dalam tajuk ini menerangkan tentang kegunaan dan kepentingan bahasa melayu.Aktiviti
yang boleh murid dapat melibatkan adalah secara berkumpulan murid boleh senaraikan cara
untuk mengekalkan bahasa melayu sebagai warisan kebanggaan negara.Dengan
menggunakan peta pemikiran ,murid akan membentangkan di hadapan kelas.

Kelebihan
Melalui aktiviti ini murid dapat megetahui permulaan bahasa melayu dan juga dapat tahu
kegunaan bahasa melayu pada awal dan pada masa sekarang.Bagi perkataan yang rumit
murid boleh merujuk kamus bagi perkataan baharu.Murid dapat menguasai bahasanya dengan
kukuh.Selain itu, apabila murid berkomunikasi antara satu sama lain, mereka dapat
mempertingkatkan kemahiran berbahasa.

Kelemahan
Pelajar yang mempunyai tahap penguasaan yang rendah, mereka kurang faham terhadap
bahasa melayu.Contohnya,mereka susah untuk berkomunikasi dalam bahasa melayu , tidak
tahu membaca dengan fasih,dengan bantuan kamus mereka tidak bererti mencari makna dan
sebagainya.Ade murid menghadapi masalah berhadapan kelas bagi pembentangan dalam
bahasanya seperti malu,gelisah dan sebagainya.

5.5 Kecerdasan Muzik Irama


Contoh:
Di muka surat 146 terdapat tajuk lagunya bahasa jiwa bangsa.Bagi muzik murid-murid suka
menyanyikan lagu, menari dan sebagainya.Guru boleh melakukan aktiviti menyanyikan lagu
bahasa jiwa bangsa dengan irama yang betul.Guru meminta pelajar menyanyikan dengan
iringan alat muzik.

Kelebihan
Murid dapat menyanyikan lirik lagu dengan betul.Mereka mudah menghafal lirik lagu
tersebut.Apabila mereka menyanyi lagu mereka boleh mengubah rentak lagu mengikut rentak

16
SJH3063E KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

lagu secara kreatifnya.Semasa menyanyikan lagu dengan menggunakan alat iringan mereka
berasa seronok dan murid melibatkan dirinya secara aktifnya.

Kelemahan
Segelintir mueid tidak dapat menyanyikan lagunya dengan tepat , kerana mempunyai masalah
dalam persebutan perkataan.Ada murid yang mengalami kesusahan dalam menghafal lirik lagu
dan mereka melupakan lagu tersebut.Selain daripada itu, beberpa murid tidak dapat
menyanyikan dengan irama yang betul seperti menyanyi pic yang tinggi dan rendah, ia
menyebabkan tidak keseragaman dalam nanyian.

5.6 Kecerdasan Intrapersonal


Contoh:
‘Pahlawanku’ tajukya terdapat di muka surat 56 dan 57.Dalam topik ini murid dapat mengetahui
pejuang negara kita yang berjuang demi negara kita daripada penjajahan kuasa luar.Guru boleh
menceritakan bagaiman mereka semua mempertahankan kedaulatan tanah air daripada kuasa
luar.Daripada keterangan guru, murid dapat mengetahui tentang pejuang negara kita.Aktiviti
yang boleh melakukan oleh guru adalah dengan menggunakan pelbagai sumber , mencari
tokoh-tokoh pejuang lain yang menentang British dan daripada sumber yang terdapat
menghasilkan buku skrap dan pamerkan di sudut sejarah.

Kelebihan
Apabila murid mencari bahanya daripada pelbagai sumber mereka berkoloborasi secara
kumpulan bagi mendapatkan maklumatnya.Mereka dapat mencari bahannya daripada pelbagai
sumber contohnya dari bahan cetak,jurnal,surat khabar dan sebaginya, melalui ini mereka
dapat mempertingkatkan pengetahuan am.Secara berkoloborasi dalam kumpulan mereka dapat
membicang dan berkongsi maklumat masing-masing.Selain daripada itu,apabila mereka
mencari maklumatnya murid tersebut sendiri dapat mengetahui pengetahunya.

Kelemahan
Segolongan pelajar sahaja yang dapat mencari bahanya dari pelbagai sumber dan ade juga
pelajar yang tidak dapat mencari bahanya, mungkin bahan yang rakan dicarinya serupe
dengan kawan lain.Ade juga pelajar tidak pandai dalam mencari bahanya dari internet,jurnal
dan sebagainya ,kerana murid tersebut kurang pengetahuan.

17
SJH3063E KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

5.7 Kecerdasan interpersonal


Contoh:
Di muka surat 94 dan 95 tajuk yang terdapat adalah daulat tuanku.Daripada tajuk ini guru boleh
melakukan sesuatu aktiviti bersama murid-murid berdasarkan gambar-gambar Yang di-Pertuan
Agong.Contohnhya,secara kreatifnya,murid perlu menghasilkan poster pohon bergambar Yang
di-Pertuan Agong bersama-sama dengan Raja Permaisuri Agong pertama sehingga kini.Dalam
aktiviti ini guru akan membimbing murid mengenali Yang di-Pertuan Agong pertama hingga kini.

Kelebihan
Dalam aktiviti ini murid-murid akan berusaha untuk mencari gambar-gambar Yang di-Pertuan
Agong pertama hingga kini.Murid-murid ini akan bekerjasama dalam satu kumpulan bagi
menghasilkan poster ini dengan kreatifnya.Mereka akan mencari gambar-gambar Yang di-
Pertuan Agong dari pelbagai sumber.Apabila murid dapat menghasilkan sebuah poster
mengenai gambar-gambar Yang di-Pertuan Agong pertama hingga kini mereka dapat
mengenali namanya dengan mudahnya.Mereka juga dapat mengetahui peranan dan tugas
Yang di-Pertuan Agong di negara kita.

Kelemahan
Murid yang sederhana dari segi membaca mereka tidak dapat hafal nama Yang di-Pertuan
Agong, kerana namanya panjang dan tidak dapat menghafalnya.Dari segi kerja kumpulan
mereka perlu meminta bantuan daripada kawan-kawan lain bagi mencari bahanya.

5.8 Kecerdasan Naturalis


Contoh:
Di muka surat 150 dan 151 tajuk yang terdapat adalah bunga kebangsaan Malaysia.Aktiviti
yang boleh melakukan oleh guru adalah guru menyuruh murid-murid membawa pelbagai jenis
warna bunga kebangsaan.Seterusnya menyeneraiakan keistimewaan bunga kebangsaan dan
membentangkan di hadapan kelas.

Kelebihan
Melalui aktiviti ini murid dapat mengenali pelbagi jenis dan keistimewaan bunga
kebangsaan.Murid juga dapat mengetahui sejarah bunga kebangsaan kita.Guru juga boleh
memberitahu bagaimana cara menjaganya dengam betul.Guru boleh membawa murid ke
taman bunga raya.

18
SJH3063E KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

Kelemahan
Ada murid yang tidak mempunyai pengetahuan tentang bunga kebangsaan kita. Tidak tahu
cara penjaganya bunga raya.Murid-murid perlu faham kenapa bunga raya ini memainkan
peranan penting dalam negara kita.Bagi keterangan lanjut guru perlu membimbingnya dengan
bukti-bukti yang tertentu.

19
SJH3063E KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

Refleksi

Daripada tugasan ini saya dapat memahami tentang cara boleh mengaplikasikan
kecerdasan pelbagai ini dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran sejarah.Sebelum
ini saya tidak tahu tentang lapan kecerdasan ini boleh mengaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran.Melalui tugasan ini saya dapat tahu kepentingan kecerdasan pelbagai
ini.Tuagsan yang saya dapat ini adalah mengaplikasikan kecerdasan pelbagai dalam
matapelajaran sejarah tahun 4 dan 5 dalam topik-topk tetentu.
Teori kecerdasan Pelbagai Howard Gardner adalah berdasarkan pada pemikiran
bahawa kemampuan intelektual yag diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini
kerana ukuran IQ menekankan pada kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja.
Sebenarnya, setiap orang mempunyai cara yang tersendiri dan unik menyelesaikan persoalan
atau masalah yang dihadapi mereka. Tambahan pula, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai
yang diperolehi seseorang. Hal ini keranan kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki
oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah, dan seterusnya berupaya menyelesaikan
masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain.
Apabila saya mengakitakan kecerdasan pelbagai ini dalam topik yang saya memilih
dapat mengaplikasikan dalam aktivit-aktiviti tertentu.Dalam setiap pembelajaran kecerdasan
pelbagai ini boleh dikaitkan. Mengaplikasikan kecerdasan pelbagai ini dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan berlancar dan berkesan.Daripada mengaplikasikan
kecerdasan pelbagai ini dapat mencetuskan pelbagi idea.Melalui idea-idea yang ini saya boleh
merancang aktiviti p&p berdasarkan kognitif murid-murid dan aktiviti-aktiviti yang menarik minat
murid.
Secara keseluruhnya,kecerdasan pelbagai ini memiankan peranan penting dalam
p&p.Sebagai seorang bakal guru saya akan mengaplikasikan kesemua kecerdasan pelbagai ini
dalam p&p yang saya dilakukan.Melalui ini saya dapat menyedari betapa pentingnya
mengaplikasikan kecerdasan pelbagai ini dalam matapelajaran sejarah.

20
SJH3063E KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

RUJUKAN

LAMAN WEB
http://www.slideshare.net/yusriwahab4898/dskp-sejarah-tahun-5
http://sjktldgtumbuk.files.wordpress.com/2014/01/dskp-sejarah-tahun-4.pdf

BUKU
Akashah Bin Ismail, Jayakumary.M, 2013.Sejarah Tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

21

You might also like