You are on page 1of 2

PK11 Pengurusan Mesyuarat

PK 11/3
SISTEM PENGURUSAN KUALITI
SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT


11(2) ..................................................................................................................
............

MINIT MESYUARAT UNIT KESIHATAN BIL 01 /TAHUN 2018

Tarikh: 22 Febuari 2018

Masa: 8.30 PM

Tempat: BILIK SEMINAR KLINIK KESIHATAN PUTRAJAYA PRESINT 18

Pengerusi: DR BHAVANI A/P ATHIAPAN

Kehadiran(Bilangan): 12 0RANG
1. PN MARISSA- PAKAR SAINS PEMAKANAN
2. PN NORKHAIRIAH BT MAD NOR-PAKAR MINDA SIHAT
3. DR NAZRILA BT HAIRIN –PAKAR BERHENTI MEROKOK
4. GURU KESIHATAN SMKPP8.1
5. GURU KESIHATAN SMKA PUTRAJAYA
6. GURU KESIHATAN SAS
7. GURU KESIHATAN SMK5.1
8. GURU KESIHATAN SMKPP9.2
9. GURU KESIHATAN SMKPP9.1
10. EN. MOHAMED ZAIDI BIN IBRAHIM
11. PN NURUL IDAYU BINTI ZULKIFLE
Tidak Hadir :
1. TIADA

Turut Hadir (Jika ada) :


1. TIADA

1. Perutusan Pengerusi
1.1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran para ahli ke mesyuarat Unit Kesihatan Sekolah.
1.2. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK yang sudi hadir ke mesyuarat
ini.
1.3. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru yang telah membantu
menjayakan segala aktiviti Unit Kesihatan.

2. Isu Perbincangan

1
PK11 Pengurusan Mesyuarat

2.1.1. Team Doktor akan ke sekolah untuk Program Talasemia mulai pada minggu
hadapan dan bermula dengan SMKPP5.1.
2.1.2. Taklimat talasemia akan diberikan kepada murid tingkatan 4. Ibu bapa perlu
memberi kebenaran untuk pengambilan darah sebanyak 4ml anak mereka.
2.1.3. Pihak klinik akan menghubungi ibu bapa murid sekiranya murid tersebut ada
talasemia.
2.1.4. Semua murid perempuan tingkatan 1 akan diberi pelalian HPV sebanyak 2 dos
iaitu pada bulan Febuari dan 6 bulan akan datang.
2.1.5. Program pemakanan sihat perlu diteruskan disemua disekolah.
2.1.6. Pegawai pemakanan sihat dan sains pemakanan akan datang ke sekolah untuk
pemantauan makanan di kantin dan koperasi sekolah.
2.1.7. Latihan catering akan diadakan pada 31 Mac 2018 iaitu Hari Sabtu. Program
ini diadakan untuk pekerja kantin yang belum pernah menyertai sebarang
latihan.
2.1.8. Program berhenti merokok diadakan bagi semua murid sekolah.
2.1.9. Guru-guru boleh mencadangkan nama murid yang ingin berhenti merokok
untuk menyertai Kelab Remaja dibawah seliaan Klinik Kesihatan Putrajaya Presint
18.

2.2. Rekod Kesihatan Murid


2.2.1. Sekiranya buku rekod kesihatan tidak mencukupi guru boleh maklumkan
kepada pihak Team Sekolah.
2.2.2. Guru-guru perlu mengemas kini buku rekod kesihatan murid, mengedarkan
borang kebenaran suntikan HPV dan Talasemia kepada murid untuk kebenaran
penjaga masing-masing.
Tindakan : Penyelaras Unit Kesihatan

3. Hal-Hal Lain
3.1. Pihak Team Sekolah memohon agar penyelaras unit kesihatan dapat memaklumkan
kepada guru kelas bagi melengkapkan borang maklumat varifikasi kesihatan murid
untuk memudahkan kerja jururawat kelak.

4. Ucapan Penangguhan
4.1. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang. Pengerusi mengucapkan terima
kasih serta meminta kerjasama AJK Kesihatan untuk menjayakan segala program
yang dijalankan oleh Unit Kesihatan.

Disediakan oleh, Disahkan Oleh

………………………………….. …………………………
(Nurul Idayu Binti Zulkifle) (Mohamed Zaidi Bin Ibrahim)
AJK Unit kesihatan sekolah PK HEM SMKPP11(2)

You might also like