Professional Documents
Culture Documents
SET 1
BAHAGIAN B
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
[20
markah]
1. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan jumlah aliran keluarga setinggan mengikut negeri-negeri terpilih bagi
tahun-tahun yang diliputi. Jumlah setinggan di negeri-negeri terpilih menunjukkan pola
tidak konsisten. Pada tahun 2005, setinggan berjumlah 53723 keluarga dan menurun
sebanyak 25.12% kepada 40226 keluarga pada tahun 2007. Kemudian jumlah setinggan
ini telah meningkat sebanyak 1144 keluarga pada tahun 2008 berbanding tahun
sebelumnya.
Sabah merekodkan bilangan setinggan yang tertinggi di Malaysia. Hal ini disebabkan
oleh kebanjiran pendatang asing tanpa izin dari wilayah Selatan Filipina. Bilangan
setinggan pada tahun 2005 merupakan yang tertinggi, iaitu sebanyak 38868 keluarga dan
bilangan ini telah menyusut sebanyak 15186 keluarga (39.07%) pada tahun 2008. Pada
tahun 2006 bilangan setinggan di Sabah merupakan 58.63% daripada keseluruhan
setinggan pada tahun tersebut yang berjumlah 43536 keluarga. Bilangan setinggan pada
tahun 2007 pula lebih 10 keluarga berbanding tahun selepasnya.
2
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
Subang Jaya mendahului bandar lain sebagai bandar yang paling ramai penduduk
dengan peningkatan yang begitu drastik daripada penduduk berjumlah 423,338 orang
pada tahun 2000 kepada 1,553,589 orang sepuluh tahun kemudian. Kuala Lumpur
mencatatkan peningkatan yang sederhana dalam bilangan penduduk dengan penambahan
sebanyak 177,811 orang daripada penduduk seramai 1,297,526 orang pada tahun 2000.
Penduduk Klang dan Johor Bahru masing-masing seramai 631,676 orang dan
630,603 orang pada tahun 2000. Angka ini telah meningkat menjadi 1,113,851 orang dan
916,409 orang pada tahun 2010.
Bandar Ampang Jaya, Ipoh dan Shah Alam merupakan bandar yang lebih kecil
dengan penduduknya dalam lingkungan 600 ribu orang hingga lebih kurang 800 ribu
orang pada tahun 2010. Penduduk Ampang Jaya seramai 475,253 orang pada tahun 2000.
Angka ini melebihi bandar Shah Alam seramai 155,641 orang tetapi berkurangan seramai
98,788 orang kalau dibandingkan dengan bandar Ipoh. Pada tahun 2010, penduduk tiga
bandar ini adalah seramai 804,901 orang untuk Ampang Jaya, 704,572 orang untuk Ipoh
dan 671,282 orang untuk Shah Alam. Penduduk Kuching, ibu negeri Sarawak
melengkapkan data tentang bilangan penduduk lapan bandar paling padat di Malaysia
dalam jangka masa yang diliputi.
3
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
4
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
Jumlah setinggan
(keluarga)
Negeri Sembilan
Tahun
Petunjuk:
6
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
Petunjuk:
Bahagian B
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas
graf. [20]
1. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan perubahan jumlah perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan pada tahun 2007
hingga 2010.
7
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
Emolumen menunjukkan jumlah perbelanjaan mengurus yang agak tinggi sepanjang tempoh 4
tahun berkenaan. Pada tahun 2007, perbelanjaannya sebanyak RM15 557 juta meningkat kepada
RM20 842 juta pada tahun 2009 berbanding tahun 2008 yang berjumlah RM17 443 juta.
Manakala pada tahun 2010 perbelanjaan ini menurun kepada RM19 727 juta.
Khidmat hutang juga mencatat perbelanjaan mengurus yang agak tinggi sepanjang tahun
berkenaan. Perbelanjaan mengurus untuk khidmat hutang berjumlah RM9 555 juta pada tahun
2007, meningkat kepada RM10 134 juta pada tahun 2008. Perbelanjaan ini terus meningkat
sebanyak RM35 juta pada tahun 2009 dan menurun semula kepada RM9 368 juta pada tahun
berikutnya.
Sementara itu, perbelanjaan mengurus bagi lain-lain mencatatkan jumlah yang tertinggi daripada
semua jumlah perbelanjaan. Pada tahun 2008, perbelanjaan sebanyak RM18 766 juta berbanding
hanya RM17 088 juta pada tahun 2007. Jumlah ini terus meningkat kepada RM19 885 juta pada
tahun 2009, iaitu berkurangan sebanyak RM3 066 juta berbanding tahun 2010.
Minyak mentah keluaran Malaysia adalah yang terbaik di dunia. Malaysia akan
memperoleh keuntungan yang tinggi jika minyak mentah ini di eksport ke luar negara.
Pada tahun 2006 kuantiti pengeluaran minyak mentah Malaysia ialah sebanyak 255 ribu
tong sehari. Pengeluaran ini merosot sebanyak 22 ribu tong sehari pada tahun 2007.
Namun, pada tahun 2008, pengeluaran bagi minyak mentah ini mengalami peningkatan
kepada 300 ribu tong sehari. Pengeluaran minyak mentah ini juga mengalami
8
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
peningkatan yang paling besar iaitu sebanyak 50.67% kepada 452 ribu tong sehari pada
tahun 2009
. Pada tahun 2010, pengeluaran minyak mentah merosot sebanyak 31 ribu tong
sehari,berbanding tahun sebelumnya. Kuantiti eksport minyak mentah ini sentiasa lebih
besar berbanding dengan kuantiti import sepanjang tempoh 2006 -2010. Walaupun harga
minyak mentah pada tahun 2006 ialah US$75 setong, namun kuantiti eksport dan import
minyak mentah mengalami pengurangan pada tahun tersebut iaitu masing-masing kepada
202 ribu tong sehari dan 92 ribu tong sehari.
Malaysia memperoleh keuntungan yang tinggi apabila kuantiti eksport lebih besar
daripada kuantiti import dengan harga minyak mentah berada pada tahap yang tinggi di
pasaran dunia. Keadaan ini berlaku pada tahun 2007 apabila kuantiti eksport petroleum
mentah ialah 212 ribu tong sehari berbanding dengan kuantiti importnya sebanyak 73
ribu tong sehari. Harga minyak mentah adalah paling tinggi untuk tahun tersebut iaitu
US$ 88 setong. Begitu juga pada tahun 2008, kuantiti eksport minyak mentah Malaysia
telah bertambah kepada 239 ribu tong sehari, manakala kuantiti importnya adalah jauh
lebih rendah dengan 48 ribu tong sehari. Pada tahun tersebut harga minyak mentah adalah
US$ 75 setong.
Walaupun kuantiti import minyak mentah Malaysia adalah sama antara tahun
2008 hingga tahun 2010 iaitu 48 ribu tong sehari namun kuantiti eksport dan harga
komoditi ini di pasaran dunia masih tidak konsisten. Kuantiti eksport minyak mentah
pada tahun 2009 ialah 390 ribu tong sehari pada harga US$ 69 setong di pasaran dunia.
Pada tahun 2010 kuantiti eksport minyak mentah merosot sebanyak 37 ribu tong sehari
selaras dengan penurunan harga minyak mentah kepada US$ 67 setong di pasaran dunia.
Perbelanjaan
Mengurus
9
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
15 557
Emolumen 15 557 17 443 17 443 20 842 20 842 19 727 19 727
6 987
Pencen 22 544 6 711 24 154 6 534 27 376 6 408 26 135
9 555
Khidmat 32 099 10 134 34 288 10 169 37 545 9 368 35 503
hutang
7 360
Bekalan dan 39 459 10 703 44 991 11 269 48 814 14 781 50 284
perkhidmatan
17 088
Lain-lain 56 547 18 766 63 757 19 885 68 699 22 951 73 235
56 547
JUMLAH 63 757 68 699 73 235
Nota:
1. Graf Garis Komponen max 20 M (PA 5 + KT 5 + KI 5 + KJ 5
2.
2.
10
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
Pengiraan :
Nota tambahan:
SET 3
Bahagian B
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
[20]
1. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai bagi
menunjukkan perubahan dalam eksport komoditi utama terpipih negara bagi tahun 2008
hingga 2009
Pada tahun 2009, eksport Malaysia yang terdiri daripada pelbagai komoditi utama telah
menghasilkan pendapatan sebanyak RM588 949 juta, iaitu meningkat sebanyak RM55
161 juta berbanding dengan tahun sebelumnya, 2008. Hal ini telah dicapai hasil daripada
usaha gigih kerajaan untuk terus memajukan ekonomi negara.
11
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
Barangan elektrik dan elektronik terus kekal sebagai sumber pendapatan eksport
Malaysia yang terbesar. Pada tahun 2008, nilai eksportnya ialah sebanyak 35.8%
daripada jumlah keseluruhan eksport pada tahun tersebut. Pendapatan eksport sektor ini
meningkat sebanyak RM7269.9 juta bagi tahun 2009. Pada tahun 2009, barangan kilang
menyumbang pendapatan sebanyak RM152 647.57 juta, iaitu meningkat sebanyak RM19
200.57 juta berbanding tahun 2008. Perkembangan ini membuktikan bahawa sektor
perkilangan terus menyumbang lebih daripada 50 peratus daripada jumlah pendapatan
eksport bagi tahun berkenaan.
Eksport minyak kelapa sawit berjumlah RM32 392.2 juta pada tahun 2009. Angka
ini menunjukkan sumber pendapatan kelima negara pada tahun tersebut dan menjadikan
peningkatan sebanyak RM4 101.44 juta berbading tahun 2008. Perkembangan positif ini
hasil kejayaan FELDA dalam menerokai pelbagai bidang baru dalam sektor perladangan.
Eksport kayu gergaji merupakan nilai paling kecil yang hanya menyumbang
kepada pendapatan eksport sebanayk 4.0 peratus daripada nilai keseluruhan pada tahun
2008. Walau bagaimana pun, eksport sektor ini meningkat sebanyak RM2 206.44 juta
atau 10.34 peratus kepada RM 23 557.96 juta pada tahun berikutnya. Selebihnya
pendapatan eksport disumbangkan oleh lain-lain sektor komoditi yang terdiri dari sekor
pakaian, getah asli serta ubat-ubatan.
12
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
2. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan pengeluaran dan purata perolehan eksport barangan utama terpilih
mengikut tempoh yang dinyatakan.
13
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
peningkatan sebanyak RM1290 juta berbanding dengan tahun 2007. Pada tahun 2009,
perolehan eksport getah adalah sebanyak RM17197 juta tetapi dianggarkan berkurangan
sebanyak RM297 juta pada tahun 2010.
Koko pula menunjukkan pengeluaran yang tinggi selaras dengan pertambahan
kawasan tanaman baru. Pada tahun 2007 sahaja, pengeluarannya adalah sebanyak 17 007
ribu tan metrik dan meningkat kepada 22 729 ribu tan metrik pada tahun 2009, iaitu
peningkatan sebanyak 4418 ribu tan metrik berbanding dengan pengeluaran pada tahun
2008. Pengeluaran ini dijangka meningkat lagi kepada 22 936 ribu tan metrik pada tahun
2010, manakala perolehan eksport hasil koko pada tahun 2008 telah meningkat sebanyak
RM5470 juta berbanding dengan tahun 2007 yang mencatat perolehan sebanyak
RM10888 juta. Jumlah perolehan ini meningkat kepada RM19 079 juta pada tahun 2009
dan dijangka meningkat lagi sebanyak RM1796 juta pada tahun 2010 berbanding dengan
tahun 2009.
(Sumber : Dipetik dan diubah suaikan
daripada
Laporan Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia,
2010/2011)
Jadual no. 1
14
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
Kayu gergaji
Lain-lain komoditi
2. Cadangan jawapan
Nota tambahan:
2. Jawapan diterima - Graf Gabungan
16
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
SET 4
Bahagian B
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
[20]
1. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
bagi menunjukkan hasil eksport industri berasaskan pertanian di Malaysia pada tahun-tahun
yang dinyatakan.
Sumbangan hasil eksport sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
dijangka menurun dari 7.0 peratus pada tahun 2005 kepada hanya 6.8 peratus pada tahun
2010. Namun demikian, sumbangan KDNK industri berasaskan pertanian dijangka meningkat
dari 7.0 peratus kepada 7.6 peratus pada tahun 2010. Peningkatan ini adalah disokong oleh
galakan yang diberikan oleh pihak kerajaan dengan mengurangkan duti eksport komoditi
tersebut. Maka tidak menghairankan apabila berlakunya peningkatan nilai eksport industri
makanan berasaskan pertanian daripada RM8,627 juta pada tahun 2005 kepada RM15,803 juta
pada tahun 2010. Hasil eksport industri minuman dan tembakau juga telah meningkat sebanyak
39.37 peratus kepada RM2,446 juta pada tahun 2010.
Dasar kerajaan mengurangkan eksport komoditi balak dan kayu gergaji menyebabkan
hasil eksportnya menurun masing-masing dari RM2465 juta kepada RM2100 juta dan RM4051
juta kepada RM2995 juta. Dalam masa yang sama kerajaan menggalakkan keluaran perabut yang
berinovatif dan mempelbagaikan jenis keluaran perabut yang berkualiti tinggi. Hal ini telah
menyebabkan peningkatan hasil eksport keluaran kayu dan perabut. Hasil eksport industri
keluaran kayu meningkat sebanyak RM4,244 juta kepada RM13,909 juta pada tahun 2010.
Sementara hasil eksport industri perabut pula menyumbang sebanyak RM8,454 juta pada tahun
2005 dan mengalami peningkatan sebanyak 69.56 peratus kepada RM14,335 juta pada tahun
2010.
Dalam tempoh masa yang sama, hasil eksport industri keluaran getah telah meningkat
daripada RM6,923 juta kepada RM11,368 juta walaupun berlaku penurunan kepada hasil
eksport komoditi getah dari RM5,787 juta pada tahun 2005 kepada RM5,156 juta pada tahun
2010. Hal ini berlaku lanjutan dari langkah kerajaan menggalakkan pertumbuhan industri hiliran
untuk menghasilkan barangan sekunder berasaskan bahan mentah tempatan. Hasil eksport
industri kertas pula mencatatkan peningkatan sebanyak RM781 juta kepada RM2,799 juta pada
17
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
bagi menunjukkan panjang jalan di Malaysia mengikut jenis dan bidang kuasa pada tahun 2006,
2008 dan 2010.
Hampir 75 peratus daripada jalan persekutuan dan negeri adalah jalan berturap. Pada
tahun 2006, 16,020 km atau 98.43 peratus jalan persekutuan adalah berturap sementara 55,272
km jalan negeri juga berturap. Panjang jalan persekutuan yang berturap terus meningkat pada
tahun 2008 dan 2010 masing-masing kepada 16,602 km dan 17,254km. Bagi jalan negeri
berturap pula meningkat sebanyak 26,141km pada tahun 2008 dan terus meningkat lagi pada
tahun 2010 kepada 98,915km.
Jalan negeri berkelikir adalah lebih panjang berbanding jalan persekutuan berkelikir.
Panjang jalan negeri berkelikir adalah 21.19 peratus daripada panjang jalan negeri pada tahun
2006 iaitu 73,852km. Jumlah panjang jalan negeri berkelikir terus meningkat sebanyak 662km
pada tahun 2008 dan terus menokok kepada 18,480km pada tahun 2010. Namun demikian,
kepanjangan jalan persekutuan berkelikir semakin merosot iaitu dari 56km pada tahun 2006
kepada hanya 10km pada tahun 2008 dan akhirnya terhapus pada tahun 2010.
Jenis jalan tanah pula merupakan jalan yang paling pendek sama ada di peringkat jalan
persekutuan mahupun jalan negeri. Pada tahun 2008 dan 2010, jabatan kerja raya tidak lagi
membina jalan persekutuan jenis tanah. Jalan persekutuan jenis tanah pada tahun 2006 adalah
sepanjang 199km. Namun demikian, jalan negeri jenis ini terus meningkat dari tahun 2006
hingga tahun 2010. Pada tahun 2008, panjang jalan negeri jenis tanah menunjukkan peningkatan
sebanyak 5,351km kepada 8,280km berbanding tahun 2006. Kepanjangannya terus meningkat
kepada 9,754km pada tahun 2010.
18
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
N0.1
Malaysia: Hasil Eksport Industri Berasaskan Pertanian pada Tahun 2005 dan Jangkaan Tahun
2010
(RMjuta) (RMjuta)
* jangkaan/anggaran
19
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
2. MALAYSIA : PANJANG JALAN MENGIKUT BIDANG KUASA, TAHUN 2006, 2008 DAN
TAHUN 2010
Cadangan jawapan
SET 5
Bahagian B
20
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
[20]
1. Berdasarkan petikan di bawah, lukis carta yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan
pembiayaan kos pengajian pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA) ke luar negara
dalam bidang perubatan dan pergigian mengikut negara-negara terpilih pada tahun 2011.
Kos pembiayaan dalam bidang pergigian yang dibiayai oleh pihak JPA ke negara-negara
terpilih yang sama lebih kecil berbanding bidang perubatan. Jumlah kos untuk bidang ini
berkurang sebanyak RM1020.9 ribu berbanding bidang perubatan ke negara-negara terpilih
yang sama.
Faktor geografi dan latar belakang budaya turut mempengaruhi pilihan pelajar-pelajar
tajaan JPA untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di negara Indonesia. Jumlah
kos yang dibiayai untuk ke negara ini pada tahun 2011 adalah sebanyak RM267.48 ribu.
Perbezaan kos pendidikan ke negara-negara Eropah berbanding Indonesia amat ketara. Kos
pendidikan ke negara-negara Eropah ini telah mencatat jumlah tertinggi sehingga mencecah
58.73%. Negara-negara Eropah yang menjadi tumpuan pelajar dan diiktiraf oleh kerajaan
khususnya JPA adalah Ireland dan United Kingdom masing-masing mencatat RM1382.20 ribu dan
RM1354.10 ribu.
Negara-negara Eropah turut mencatat kos pendidikan yang tinggi dalam bidang
pergigian pada tahun yang sama. Kos pendidikan yang mengalir ke negara Ireland telah mencatat
lebih kurang 30.17% daripada jumlah keseluruhan pembiayaan bidang pergigian. Jumlah yang
ditanggung oleh JPA untuk pelajar-pelajar tajaannya ke United Kingdom adalah sebanyak
RM1104.99 ribu atau kira-kira 30.37%.
21
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
Seterusnya, kos pendidikan pelajar yang mengikuti bidang pergigian di Indonesia hanya
berjumlah sebanyak RM232.09 ribu iaitu lebih rendah berbanding kos pendidikan di Australia
dalam bidang yang sama. Kos yang dikeluarkan untuk pelajar-pelajar ke Australia melebihi
Indonesia sebanyak RM589.71 ribu.
22
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
Warganegara lelaki mencatatkan 12 815.1 ribu orang pada tahun 2009 dan
dijangka meningkat menjadi 12 987.7 ribu orang pada tahun seterusnya. Jumlah
warganegara perempuan melonjak berterusan bagi tiga tahun berturut-turut. Pada tahun
2009 mencatatkan 12 608.7 ribu orang dan dijangka mencatatkan 12 789 ribu orang pada
tahun 2010.
Pada tahun 2008, lelaki bumiputera mencatatkan 8 310 ribu orang, berbanding
perempuan sebanyak 8200.9 ribu orang. Bagi kaum Cina, jumlah warganegara lelaki
seramai 3 224.8 ribu orang. Jumlah ini meningkat sebanyak 27.3 ribu orang pada tahun
berikutnya sebelum dijangka meningkat menjadi 3 278.3 ribu orang pada 2010. Bagi
warganegara lelaki berketurunan India pula menunjukkan pola yang semakin meningkat
dari tahun 2008 hingga 2010. Sebanyak 937.3 ribu orang dicatatkan pada tahun 2008,
menokok kepada 946.2 ribu orang dan 954.9 ribu orang bagi tahun 2009 dan 2010
masing-masing.
Bahagian B
Soalan 1
24
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
Soalan 2
25
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
Nota:
*Tahun anggaran
Nota:
1. Media yang sesuai: Graf Bar Piramid Komponen
SET 6
Bahagian B
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas [ 20 ]
1.Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan kadatangan pekerja asing ke Malaysia mengikut negara asal pada tahun-
tahun yang dilaporkan.
Malaysia ialah sebuah negara yang aman, mesra pengunjung dan mempunyai banyak
peluang pekerjaan. Kedatangan pekerja asing ke Malaysia adalah menceburi sektor pekerjaan
seperti pembantu rumah, pembuatan, perladangan, pembinaan, perkhidmatan dan pertanian.
Pada tahun 2006, jumlah kedatangan pekerja asing adalah sejumlah 1 286 332 orang, Warga
Indonesia merupakan pekerja asing yang paling ramai dilaporkan iaitu 1 174 013 orang atau
26
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
91%. Begitu pun pada tahun 2007, jumlah berkurangan kepada 1 148 050 orang. Kebanyakan
warga Indonesia mengambil pas lawatan kerja sementera untuk suatu tempoh tertentu. Pada
tahun 2008, data yang direkodkan ialah seramai 1 085 658 orang pekerja asing warga Indonesia.
Sementara itu, kemasukan pekerja asing dari negara Bangladesh bagi ketiga-tiga tahun
menunjukkan peningkatan yang berterusan. Pada tahun 2007, seramai 62 869 orang warga
Bangladesh menceburi pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia. Pada tahun 2007, jumlahnya telah
meningkat kepada 217 238 orang dan terus meningkat seramai 99 163 orang pada tahun 2008.
Kemasukan pekerja asing warga Filipina dan Thailand banyak menceburi pekerjaan
dalam sektor pembuatan dan perladangan. Pada tahun 2006 seramai 24 088 orang warga
Filipina bekerja di Malaysia iaitu melebihi sebanyak 10 277 orang daripada warga Thailand.
Penurunan seramai 805 orang pekerja asing warga Filipina manakala peningkatan pekerja asing
warga Thailand seramai 4645 orang pada tahun 2007. Laporan kedatangan pekerja asing warga
Filipina pada tahun 2008 menunjukkan peningkatan daripada tahun 2007 iaitu meningkat
kepada 26 713 orang dan 21 065 orang warga Thailand.
Dalam kalangan pekerja asing warga Pakistan juga menunjukkan peningkatan. Pada
tahun 2006, sejumlah 11 551 orang atau 0.89% daripada jumlah keseluruhan 1 286 332 orang.
Peningkatan kedatangan warga Pakistan seramai 4960 orang pada tahun 2007 yang menceburi
sektor pekerjaan pembinaan dan perladangan. Seramai 21 278 orang warga Pakistan dilaporkan
sebagai pekerja asing pada tahun 2008 iaitu meningkat seramai 4767 orang berbanding tahun
sebelumnya.
27
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan aliran perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan mengikut objek
pada tahun-tahun yang dinyatakan.
Perbelanjan mengurus Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2007 hingga tahun 2010
meliputi pelbagai sektor dengan melibatkan peruntukan perbelanjaan mengurus yang berubah-
ubah. Pada tahun 2007, keseluruhan jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan ialah RM110
071 juta. Daripada jumlah ini, peruntukan perbelanjaan diagih-agihkan kepada beberapa sektor
pengurusan kerajaan. Peruntukan perbelanjaan mengurus untuk sektor emolumen berjumlah
RM32 587 juta. Sektor pencen dan ganjaran pula menerima agihan perbelanjaan mengurus
berjumlah RM8251 juta. Peruntukan untuk bayaran khidmat hutang melebihi RM4660 juta
berbanding peruntukan pencen dan ganjaran. Jumlah perbelanjaan mengurus untuk sektor
bekalan dan perkhidmatan adalah sebanyak RM23 622 juta. Perbelanjaan mengurus juga
meliputi pemberian dan pindahan yang berjumlah RM3904 juta. Selebihnya adalah untuk lain-
lain perbelanjaan mengurus yang terletak dii bawah tanggungan Kerajaan Persekutuan.
perbelanjaan daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus pada tahun 2008 iaitu
RM120 097 juta.
29
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
1. Skema Jawapan
JADUAL
Tahun
31
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
32
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
2. Skema Jawapan
JADUAL
Tahun
33
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B
34
35
SET 7
Bahagian B
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [20]
1. Berdasarkan petikan yang diberikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
bilangan pekerja am dalam sektor pembuatan berasaskan makanan di Malaysia dan purata upah
pada tahun-tahun yang dinyatakan
Sektor pembuatan merupakan antara sektor terpenting dalam perkembangan ekonomi negara.
Sektor ini memerlukan banyak tenaga buruh yang kebanyakannya buruh tempatan dan juga
buruh yang diimport. Mereka dibayar upah antara RM 500.00 hingga RM 700.00 sebulan.
Bilangan pekerja di kilang memproses ikan laut kepada bebola ikan dan bentuk kering adalah
sebanyak 9145 orang pada tahun 2008 dan meningkat sebanyak 408 orang pada tahun
berikutnya. Di kilang nanas, pekerja yang mengetin nanas sebanyak 7960 orang pada tahun
2008 dan bertambah sebanyak 390 orang pada tahun berikutnya. Pada tempoh yang sama,
bilangan pekerja yang mengilang tepung adalah sebanyak 8615 orang dan bertambah kepada
8890 orang pada tahun berikutnya. Bilangan pekerja yang terlibat dengan pemprosesan minyak
daripada sayur-sayuran adalah sebanyak 11900 orang pada tahun 2009 setelah bertambah
sebanyak 667 orang berbanding tahun sebelumnya, dan pekerja di kilang padi adalah sebanyak
12669 orang pada tahun 2008 dan bertambah sebanyak 406 orang pada tahun berikutnya.
Pada tahun 2008, upah terbanyak diraih oleh pekerja pertanian ialah pengilang padi sebanyak
RM 7.4 juta, manakala purata upah keseluruhan semua sektor yang terlibat hanyalah RM 6.97
juta. Pada tahun berikutnya, purata upah semua sektor telah meningkat sedikit kepada RM 7.26
juta iaitu lebih sedikit berbanding purata upah pekerja mengilang tepung sebanyak RM 7.11 juta.
Pada tahun 2010, purata upah mengilang padi masih yang tertinggi iaitu RM 7.43 juta
berbanding purata upah semua sektor adalah RM 7.39 juta.
Purata upah dijangka akan terus meningkat selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang
bertambah baik dan secara tidak langsung berupaya menjana pertumbuhan ekonomi negara.
36
2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan jumlah perubahan indeks penting di Papan Pertama Bursa Saham Kuala
Lumpur bagi tempoh yang dinyatakan.
37
Keadaan turun naik pasaran saham di Bursa Saham Kuala Lumpur banyak bergantung
kepada keadaan pasaran saham di seluruh dunia terutamanya Amerika Syarikat. Petunjuk utama
pasaran saham Kuala Lumpur ialah indeks komposit. Secara purata, Indeks Komposit berada
pada paras 890 mata pada tahun 2006, meningkat sebanyak 50 mata pada tahun berikutnya. Pada
tahun 2008, Indeks Komposit mencecah ke paras 1050 mata, tetapi menurun sebanyak 65 mata
pada tahun berikutnya. Pada tahun 2010, Indeks Komposit mencecah 1230 mata dan diangarkan
meningkat sebanyak 120 mata pada tahun 2011.
Indeks Emas pula menunjukkan peningkatan yang sederhana iaitu daripada paras 245
mata pada tahun 2006 meningkat ke paras 260 mata pada tahun 2007. Pada tahun 2008, Indeks
Emas telah meningkat sebanyak 55 mata berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2009, Indeks
Emas telah menurun sedikit sebanyak 20 mata berbanding tahun sebelumya. Pada tahun 2010,
Indeks Emas telah meningkat semula sebanyak 65 mata dan dianggarkan meningkat sebanyak 40
mata lagi pada tahun 2011.
Indeks Perindustrian pada tahun 2007 telah meningkat sebanyak 75 mata berbanding
1516 mata pada tahun 2006. Pada tahun 2008, Indeks Perindustrian terus bertambah menjadi
1680 mata. Pada tahun 2009, Indeks Perindustrian merosot sedikit sebanyak 125 mata
berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2010, Indeks Perindustrian telah meningkat semula
sebanyak 165 mata berbanding tahun sebelumnya dan pada tahun 2011 dianggarkan meningkat
kepada 1850 mata.
Indeks Kewangan pula bertambah sebanyak 75 mata pada tahun 2007 daripada paras
2605 mata pada tahun 2006. Pada tahun 2008, Indeks Kewangan terus bertambah ke paras 2740
mata tetapi merosot sedikit sebanyak 80 mata pada tahun 2009 berbanding tahun sebelumnya.
Indeks Kewangan meningkat semula sebanyak 95 mata pada tahun 2010 dan dianggarkan terus
meningkat lagi sebanyak 87 mata pada tahun 2011 menjadi 2842 mata.
Indeks Harta dan Indeks Perladangan mengalami prestasi naik turun sepanjang enam
tahun. Pada tahun 2006, 2007, dan 2008 Indeks Harta telah mencapai paras 2550 mata, 2660
mata, dan 2740 mata. Indeks Perladangan pula berada pada paras 2765 mata pada tahun 2006
dan terus bertambah menjadi 2870 mata dan 2986 mata untuk dua tahun berikutnya. Pada tahun
2009, Indeks Harta dan Indeks Perladangan merosot sedikit menjadi 2690 mata dan 2910 mata.
Pada tahun 2010, Indeks Harta meningkat semula ke paras 2815 mata, manakala Indeks
Perladangan meningkat sebanyak 80 mata. Indeks Harta dan Indeks Perladangan dijangka terus
meningkat menjadi 2898 mata dan 3050 mata pada tahun 2011
No. 1
38
Sektor Pembuatan
2008 2009 2010
Memproses Ikan Laut 9145 9553 10156
Mengetin Nanas 7960 8350 8750
Mengilang Tepung 8615 8890 9218
Minyak Sayur-sayuran 11233 11900 12180
Mengilang Padi 12669 13075 13517
(Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Perangkaan Sektor Pembuatan Bulanan
Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011)
39
40
No. 2
Malaysia :Jumlah Indeks-Indeks Penting Papan Pertama Bursa Saham Kuala Lumpur bagi Tahun 2006
hingga Anggaran Tahun 2011
Tahun(Mata)
Anggaran