You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KEMPAS

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN (PBPPP)
BIL 1/2018

TARIKH : 11 Mac 2018 (Ahad)


MASA : 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang
TEMPAT : Bilik Guru Besar, SK Kempas
PENGERUSI : Puan Hajah Halimah Binti Haji Baharudin

KEHADIRAN (Bilangan) : 6/6


TURUT HADIR (Jika Ada) : …………………………………………………………

1.0 UCAPAN PENGERUSI / GURU BESAR

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Umul kitab.


1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana dapat hadir ke mesyuarat ini
1.3 Pengerusi menjelaskan tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk
membincangkan dan menetapkan Pegawai Penilai 1 dan 2 (PP1 & PP2) bagi
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) tahun
2018.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Tiada

3.0 PERKARA BERBANGKIT

Tiada

4.0 PENETAPAN PEGAWAI PENILAI 1 DAN 2 (PP1 & PP2) BAGI SETIAP
PEGAWAI YANG DINILAI (PYD) TAHUN 2018 PENILAIAN BERSEPADU
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)

4.1 Jawatankuasa PBPPP ini telah dilantik melalui Mesyuarat PBPPP Bil
1/2018 yang telah dijalankan sebeluum ini.
Makluman:Semua AJK
4.2 AJK diharapkan sudah sedia maklum akan tugas masing-masing
sebagai JK PBPPP. Di antaranya adalah menetapkan PP1 dan PP2
bagi setiap PYD agar dapat memudahkan proses penilaian dan
bimbingan.
Makluman:Semua AJK

4.3 Secara dasarnya, PP1 dan PP2 adalah berpandukan senarai guru
dan pencerap/penilai PDPC SKPMG2 yang telah dinyatakan dalam
Buku Pengurusan Sekolah 2018. Walaubagaimanapun, sedikit
perubahan perlu dilakukan bagi menepati kriteria PP yang layak untuk
menilai serta mengurangkan beban PP.
Makluman:Semua AJK

4.4 Pengerusi mencadangkan agar PP dilantik dari kalangan pentadbir


serta beberapa orang guru DG44 atau guru yang difikirkan layak untuk
diberi tanggungjawab sebagai PP bagi memudahkan proses penilaian
serta bimbingan.
4.4.1 AJK PBPPP bersetuju sebulat suara dengan cadangan
Pengerusi.

Makluman:Semua AJK

4.5 Pengerusi sebagai Guru Besar (GB) secara automatik menjadi PP1
bagi Penolong Kanan (PK) manakala bagi PYD yang lain, Pengerusi
akan bertanggungjawab sebagai PP2. PK boleh menjadi PP1 atau
PP2 bergantung kepada keadaan.
Makluman:Semua AJK

4.6 Berdasarkan maklumat guru, berikut adalah senarai guru yang


menepati kriteria untuk dilantik sebagai PP.

4.6.1 Encik Mohd.Khairishah Rizal Bin Yaacob


4.6.2 Puan Zalina Bt Ismail
4.6.3 Puan Zainiah Bt Senan
4.6.4 Puan Nur Hafeeza Bt Abdullah
4.6.5 Puan Mazlina Bt Mazlan

Makluman:Semua AJK

4.7 Guru-guru akan dibahagi-bahagikan kepada PP yang dilantik


mengikut bilangan yang hamper sama bergantung kepada kesesuaian

Makluman:Semua AJK
4.8 Diharap AJK yang terlibat sebagai PP dapat menerima perlantikan ini
serta berlapang dada dengan penetapan PYD seliaan masing-masing.

Makluman:Semua AJK

4.9 Senarai PP1 dan PP2 mengikut PYD akan dimaklumkan kepada para
guru dalam mesyuarat PBPPP Bilangan 2/2018 pada 15 Mac 2018.

Makluman:Semua AJK

4.10 Pengerusi mengingatkan Setiausaha untuk memasukkan senarai PP1


dan PP2 mengikut PYD melalui portal e-pretasi secepat mungkin.

Tindakan:Setiausaha JK PBPPP

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Setiausaha PBPPP, Encik Yosnizaan memaklumkan akan memberikan


Borang/Instrumen Penilaian kepada semua PP yang terlibat untuk
diperbanyakkan serta pastikan PYD menyerahkan Borang Keberhasilan
sebagai asas penilaian.
Makluman:Semua AJK

6.2 Setiausaha PBPPP juga memaklumkan bahawa Buku Rekod Pengajaran


juga boleh digunakan sebagai salah satu evidens bagi menilai prestasi guru.

Makluman:Semua AJK

6.3 Setiausaha PBPP mengingatkan PP agar menjaga kerahsiaan dari segi


markah penilaian kerana hanya PP dan PYD sahaja yang boleh melihat
markah prestasi masing-masing.
Makluman:Semua AJK

6.4 Encik Shamsuddin bertanya adakah perlu untuk memberi satu Salinan
markah prestasi untuk simpanan Fail Induk PBPPP.

6.4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa tidak perlu menyerahkan Salinan


markah untuk simpanan Fail Induk kerana markah prestasi PYD
adalah rahsia.

Makluman:Semua AJK
7.0 PENUTUP

7.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh


mesyuarat berikutnya akan dimaklumkan kemudian.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.

Disediakan oleh:

(YOSNIZAAN BIN JOPRI)


Setiausaha PBPPP,
SK Kempas,
Tarikh : 11 Mac 2018
.

You might also like