You are on page 1of 2

Definisi perpaduan adalah sesuatu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan

negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta

perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Video ini menceritakan tentang persahabatan antara

tiga orang rakan yang berbeza bangsa, adat dan agama. Mereka berasal daripada tiga bangsa

yang berbeza iaitu bangsa Malayu, Cina dan India. Mereka berkawan dan berkongsi masalah

tanpa ada halangan walaupun dari kaum berbeza. Selepas perpisahan mereka yang disebabkan

oleh salah seorang daripada mereka berpindah dari Ipoh ke Kuala Lumpur, mereka tidak

berhubungan sama sekali dan tiada khabar berita. Puluhan tahun kemudian, sekeping surat

telah dikirim kepada mereka yang mengandungi cerita dalam mengimbas kembali peristiwa

dan memori zaman kanak-kanak mereka. Dalam cerita ini, kita mendapati bahawa tolong-

menolong merupakan satu amalan yang mulia walaupun terpaksa mengharungi penat lelah

bersama tanpa mengira balasan. Semasa seseorang daripada mereka menghadapi masalah,

mereka bertiga berganding bahu dan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut

walaupun ianya sukar untuk diselesaikan berdasarkan kemampuan mereka sebagai kanak-

kanak ketika itu. Mereka tidak akan meninggalkan kawan mereka seorang diri apabila kawan

mereka menghadapi masalah sebaliknya memberi semangat dan bersama-sama menyelesaikan

masalah tersebut. Mereka tetap mengingati satu sama lain walaupun telah lama tidak berjumpa,

dan tetap berusaha untuk mencari satu sama lain walaupun apa pun cara. Ikatan persahabatan

mereka terus berkekalan walaupun umur mereka telah mengjangkau puluhan tahun, bagai tidak

luput ditelan zaman. Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah mempratikkan nilai-nilai yang telah

disampaikan dalam video ini. Jika setiap masyarakat dalam negara ini mengamalkan semangat

perpaduan mereka, dan berganding bahu tanpa mengira bangsa mereka, negara Malaysia akan

manjadi negara yang harmoni tanpa isu-isu perkauman. Hal ini juga boleh mengelakkan

peristiwa seperti 13 Mei 1963, dimana berlakunya rusuhan kaum. Perpaduan negara akan dapat
terjamin dan seterusnya masa hadapan negara Malaysia akan lebih terjamin, dimana generasi

akan datang dapat meneruskan legasi sekarang dengan lebih baik.

You might also like