You are on page 1of 5

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

NKRA PENDIDIKAN

MANUAL AM

SARINGAN KHAS LINUS

2012

Manual Saringan Khas LINUS 2012


Manual Am Pentadbiran Instrumen
© Hak Cipta Terpelihara Kerajaan Malaysia 2012
Saringan 4 Tahun 2 (2011)
1.0 PENGENALAN

Saringan Khas LINUS ini dijalankan bagi mengesahkan bahawa murid-murid yang
menguasai saringan LINUS benar-benar celik huruf dan celik nombor. Kementerian
Pelajaran Malaysia telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah
pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi sebelum
berakhir persekolahan Tahap 1. Sasaran NKRA Pendidikan tersebut telah mula
dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid tahun 1 sekolah rendah.
Kohort 1 Program LINUS akan mencapai sasaran 100% pada tahun 2012.

2.0 FASA PELAKSANAAN

Saringan Khas akan dilaksanakan untuk murid-murid Kohort 1, Tahun 3 dan Kohort 2,
Tahun 2, 2012. Oleh itu, semua murid yang berada di Arus Perdana, Linus dan Linus
Tegar perlu menduduki Saringan Khas ini.

JADUAL PELAKSANAAN SARINGAN KHAS LINUS

KELAS SARINGAN KHAS KEMASUKAN DATA

Tahun 3 1 hingga 13 April 2012 16 hingga 27 April 2012

Tahun 2 13 hingga 18 Mei 2012 21 Mei hingga 1 Jun 2012

3.0 KAEDAH PENTADBIRAN INSTRUMEN SARINGAN KHAS LINUS

3.1 Pejabat Pelajaran Daerah:

3.1.1 Pegawai Meja Literasi dan Numerasi akan menguruskan semua proses
(pencetakan, pengedaran, pemantauan, pengurusan data dan pelaporan)
berkaitan Saringan Khas
3.1.2 Menerima Cakera Padat (CD) dari Lembaga Peperiksaan yang mengandungi
Instrumen Saringan Khas berserta Manual Instrumen Saringan Khas.
3.1.3 Mencetak dan membungkus Instrumen Saringan Khas mengikut bilangan
murid bagi setiap sekolah.
3.1.4 Manual Instrumen Saringan Khas dan Skema Jawapan Literasi dan Numerasi
hendaklah disertakan dalam bungkusan ( 2 salinan untuk setiap sekolah)
3.1.5 Borang Kawalan Instrumen Saringan Khas (BKISK) hendaklah ditampal pada
bahagian luar bungkusan.
3.1.6 Mengedarkan Instrumen Saringan Khas ke sekolah-sekolah.

Manual Saringan Khas LINUS 2012

© Hak Cipta Terpelihara Kerajaan Malaysia 2012


2
3.1.7 Pegawai Meja Literasi, Numerasi dan Pegawai FasiLINUS di PPD perlu
menjalankan pemantauan ke sekolah semasa pelaksanaan Saringan Khas
dijalankan.
3.1.8 Pemantau perlu menyemak Borang Kawalan Instrumen Saringan Khas
semasa pemantauan dijalankan.
3.1.9 Memastikan pengurusan data dan pelaporan diterima dari sekolah dua
minggu selepas Saringan Khas dijalankan.

3.2 Sekolah:

3.2.1 Instrumen yang diterima dari PPD perlu disimpan di bilik Guru Besar di tempat
yang berkunci dan selamat.
3.2.2 Pentadbir Sekolah perlu menandatangani Borang Kawalan Instrumen
Saringan Khas (BKISK) sebagai akuan penerimaan instrumen.
3.2.3 Guru yang membuka instrumen saringan perlu menandatangan di BKISK
yang dilampirkan. Semasa membuka bungkusan instrumen, dua orang guru
diperlukan sebagai saksi.
3.2.4 BKISK yang telah lengkap hendaklah disimpan di sekolah sebagai rujukan
semasa pemantauan dijalankan.
3.2.5 Instrumen hanya dibuka dan diedarkan kepada murid-murid pada hari
Saringan Khas dijalankan.
3.2.6 Murid berkeperluan khas yang telah disahkan oleh doktor TIDAK PERLU
menduduki Saringan Khas.

3.3 Arahan Umum:

3.3.1 Saringan Khas ditadbir dalam bentuk ujian formal dan tiada bimbingan
daripada guru semasa murid-murid menjawab instrumen.
3.3.2 Saringan Khas boleh dilaksanakan di dalam kelas atau dewan dengan
pengawasan guru.
3.3.3 Jika dijalankan di dalam kelas, susunan murid hendaklah bersesuaian seperti
peperiksaan.
3.3.4 Pihak sekolah hendaklah merancang pelaksanaan Saringan Khas:
 Waktu pelaksanaan hendaklah serentak bagi sesebuah sekolah.
 Jadual pengawasan bagi setiap kelas perlu ditetapkan oleh pihak
pentadbir.
3.3.5 Pihak sekolah hendaklah memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga murid
tentang pelaksanaan Saringan Khas supaya semua murid dapat
mendudukinya.
3.3.6 Peruntukan masa bagi Saringan Khas ialah 30 minit.
3.3.7 Pentadbiran instrumen ini haruslah dijalankan secara telus dan jujur.

4.0 PENSKORAN
Manual Saringan Khas LINUS 2012

© Hak Cipta Terpelihara Kerajaan Malaysia 2012


3
4.1 Instrumen yang telah dijawab hendaklah dikumpul mengikut kelas dan diserahkan
kepada guru yang mengajar bahasa Melayu bagi Literasi dan Matematik bagi
Numerasi.
4.2 Guru-guru yang mengajarkan bahasa Melayu dan Matematik akan memeriksa dan
memberi skor pada instrumen yang dijawab.
4.3 Pemeriksaan instrumen saringan hendaklah merujuk skema penskoran.
4.4 Guru kelas perlu mengisi data dalam portal SAPS (key-in) dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
4.5 Penguasaan murid sama ada telah Literat atau Numerat dimaklumkan melalui portal
selepas tamat pengisian data.
4.6 Instrumen Saringan Khas yang telah diperiksa perlu diserahkan kepada Penyelaras
LINUS untuk disimpan sebagai rujukan.

Manual Saringan Khas LINUS 2012

© Hak Cipta Terpelihara Kerajaan Malaysia 2012


4
Manual Saringan Khas LINUS 2012

© Hak Cipta Terpelihara Kerajaan Malaysia 2012


5

You might also like