You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT AGONG PIBG SK SERI SAMPURNA

KALI KE-39 / 2013

TARIKH : 27 FEBRUARI 2013 (Rabu malam Khamis)

TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK SERI SAMPURNA

MASA : 8.30 MALAM

KEHADIRAN :

1. Ucapan NYDP PIBG (En. Aizil Bin Mohamad)

2. Ucapan Guru Besar (En. Ramelan Bin Lamijan)

3. Ucapan Adun Kawasan Rengit (YB Tn. Hj. Ayob Bin Jamil)

-
Agenda Mesyuarat : -

1. Ucapan NYDP PIBG oleh En. Aizil Bin Mohamad

 mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang sudi hadir ke Mesyuarat
Agong PIBG ke-39 kali ini.

2. En. Shaiful Bahari Bin Selamat membuat pengumuman bahawa beliau menggantikan
tempat Ustaz Halimi Bin Hassan selaku Bendahari Agong PIBG SK Seri Sampurna.

3. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agong PIBG kali ke-38 oleh Setiausaha
PIBG SK Seri Sampurna. (Tn. Hj. Ismail Bin Lohang)

4. Membentangkan Penyata Kewangan PIBG (En. Shaiful Bahri Bin Selamat) sebagai Bendahari
Agong PIBG membentangkan minit mesyuarat untuk pengetahuan umum.

5. Menerima dan mengesahkan Penyata Kewangan PIBG :

(En. Mohd. Zamili Bin Hj. Kasrin - mengesahkan)

(En. Zainal Bin Ahmad - menyokong )

6. Pembubaran AJK PIBG sesi 2012/2013 oleh NYDP PIBG, En. Aizil Bin Mohamad.

7. Pengerusi sementara mesyuarat dipilih iaitu Tn. Hj. Ismail Bin Lohang.

8. Memilih dan melantik AJK PIBG SK Seri Sampurna sesi 2013/2014 :

8.1 Seorang YDP PIBG

En. Aizil Bin Mohamad mencadangkan agar YDP PIBG SK Seri Sampurna dikekalkan iaitu Tn. Hj.
Saeman Bin Maat. Hal ini disokong oleh En. Ambok Achok Bin Pawijang.
8.2 Seorang NYDP PIBG

En. Aizil Bin Mohamad mencadangkan Tn. Hj. Rosli tetapi pencalonan terbatal kerana calon
tidak hadir di dalam mesyuarat. Maka jawatan tersebut dikekalkan dengan yang lama dan
sebulat suara menyokong. NYDP PIBG SK Seri Sampurna ialah En. Aizil Bin Mohamad.

8.3 Seorang Setiausaha

8.4 Seorang Bendahari

8.5 4 orang AJK di kalangan guru

 8.3, 8.4 dan 8.5 : dilantik oleh pihak sekolah.

8.6 8 orang AJK di kalangan ibu bapa yang mewakili setiap kampung

8.7 2 orang pemeriksa kira-kira

 8.6 dan 8.7 :


En. Ambok Achok Bin Pawijang mencadangkan agar semua jawatan sedia ada dikekalkan.
En. Zainal Bin Ahmad menyokong cadangan yang diusulkan.

9. Pembentangan dan pembahasan usul-usul.

(a) Daripada Mohd. Hanafi Bin Abdullah, mengusulkan bahawa :

- Menaiktaraf kawasan lalulintas di hadapan sekolah. Jika boleh, wujudkan lampu isyarat di situ.

- Mesyuarat PIBG diadakan pada hujung minggu di waktu malam.

- Jalan 2 hala keluar masuk ke sekolah diperluaskan lagi.

(b) Daripada Maimunah Bt. Hj. Sidek, mengusulkan bahawa :

- Mohon pertimbangan supaya jalan masuk di hadapan sekolah untuk dilebarkan.


10. Ucapan penangguhan oleh En. Aizil Bin Mohamad, NYDP PIBG.

* Beliau mengingatkan ibu bapa supaya memikirkan apakah sumbangan mereka kepada pihak
sekolah.

* Beliau meminta agar ibu bapa memastikan keselamatan anak-anak ke sekolah.

* Beliau meminta supaya ibu bapa meluangkan lebih banyak masa bersama dengan anak-anak.

* Beliau turut berharap agar mudah-mudahan tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik
daripada tahun-tahun sebelumnya.

11. Tn. Hj. Ismail Bin Lohang memaklumkan tentang program-program Kecemerlangan UPSR
yang telah dan akan dijalankan sepanjang tahun 2013 :

i. Program Bimbing Bersama


ii. Motivasi Ibu Bapa
iii. Motivasi Pintar (untuk murid)
iv. Kelas Bestari (kelas malam) – bermula pada Mac 2013
v. Kelas Tambahan pada setiap hari Sabtu
vi. Teknik Menjawab UPSR (telah disempurnakan)
vii. Gerak-gempur UPSR
viii. Program Solat Hajat pada setiap hari Jumaat
ix. Program bacaan Yaasiin pada setiap hari Selasa hingga Khamis
x. Program Sempurna Solat

12. Ucapan Guru Besar, En. Ramelan Bin Lamijan.

(1) Mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG baharu yang dilantik. Mudah-mudahan dapat
membantu pihak sekolah menjalankan tugas.

(2) Meminta ibu bapa yang jika terdapat sebarang masalah mengenai anak-anak mereka,
diharapkan agar dapat berjumpa terus dengan Guru Besar atau pentadbir. Jangan terus
berjumpa dengan guru yang berkenaan kerana masalah tidak akan selesai dengan cara
tersebut.

(3) Waktu datang ke sekolah pada setiap pagi : Murid hendaklah datang awal ke sekolah
selewat-lewatnya pada pukul 7.20 pagi. Manakala murid-murid yang mendapat RMT, perlulah
datang lebih awal daripada itu.
(4) Mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir pada malam ini. Guru Besar
turut berharap agar anak-anak mereka dapat cemerlang dalam bidang akademik dan semua
bidang-bidang lain yang diceburi.

13. Pungutan derma kali ini ialah sebanyak RM361.

14. Mesyuarat ditangguhkan oleh Tn. Hj. Ismail Bin Lohang pada jam 10.55 malam.

You might also like