You are on page 1of 10

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PRASEKOLAH

SJKT THAMBOOSAMY PILLAI 2016

TARIKH : 20.12. 2016


MASA : 2.00 TENGAH HARI
TEMPAT : KELAS PRASEKOLAH TUNAS CEMERLANG

KEHADIRAN :
1. PN. G.MARGARET TAMIL SELVI (Guru Besar)
2. PN.M.UTAYA SUNDARI (GPK Pentadbiran dan Kurikulum)
3. PN. MANIMAGAHA (GPK Hal Ehwal Murid)
4. PN.M.SUNDARY (GPK Kokurikulum)
5. CIK.S.RAJESWARY (Guru Prasekolah Tunas Cemerlang)
6. PN.N.GOMATHY (Guru Prasekolah Tunas Gemilang)
7. PN.SITI RAFEAH BINTI MOHAMAD ALI (PPM Prasekolah Tunas Cemerlang)
8. PN.NORIDAYU BINTI MOHD SHAFIAI (PPM Prasekolah Tunas Gemilang)

AGENDA MESYUARAT :

1) KATA-KATA ALUAN PENYELARAS PRASEKOLAH


1.1 Majlis dimulai dengan kata-kata aluan.
1.2 Penyelaras mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada AJK kerana
dapat hadir pada mesyuarat kali Kedua ini.

2) UCAPAN ALUAN PIHAK PENTADBIR


2.1 Mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa yang telah dibentuk.
2.2 Dalam melaksanakan tugas dan menunaikan tanggungjawab, sokongan daripada
rakan sejawat adalah sangat penting. Yang membezakan kejayaan sesuatu tugasan
itu bukanlah pengalaman, tetapi usaha dari diri seseorang itu sendiri
2.3 Walaupun Prasekolah mempunyai kurikulum yang berbeza dan terasing daripada
subjek-subjek lain, tetapi guru-guru Prasekolah haruslah berdiri sama tinggi
dengan guru-guru aliran perdana yang lain.
2.4 Prasekolah seharusnya mempunyai pelan taktikal tersendiri untuk mengesan ansur
maju murid-murid.
2.5 Guru-guru tidak seharusnya sentiasa mengeluh, sebaliknya merenung jauh ke
dalam diri untuk menjadi guru yang hebat. Jangan sekadar bekerja untuk
mencukupkan masa.
2.7 Menasihati guru-guru agar sentiasa mengadakan perbincangan secara ilmiah dari
masa ke semasa.
3) PEMBENTANGAN KEWANGAN
3.1 Anggaran belanjawan prasekolah telah dirombak akibat dari pengurangan bantuan
dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia yang dimaklumkan pada bulan
Februari 2017.
3.2 Pembentangan yang pertama telah dibatalkan oleh Pihak Pentadbir.

3.2 Berikut merupakan anggaran perbelanjaan baru bagi prasekolah 2017.

1. PERBELANJAAN WANG LPBT KELAS PRASEKOLAH

BIL AKTIVITI JUMLAH


1 Banner RM 250
2 Kertas A4 RM 450
3 Penyelenggaran Komputer Dan Alat Pencetak RM 400
4 Bahan Alat Bantu Mengajar Dan Alat Tulis RM 1000
5 Bahan Keceriaan Kelas RM 500
6 Pembelian Buku Bacaan / Rujukan RM 600
8 Hadiah Hari Graduasi RM 800
Jumlah RM 4000

Perbelanjaan LPBT Prasekolah RM 80.00 x 50 orang = RM 4000.00


Anggaran Perbelanjaan Sebulan LPBT = RM 4000 / 11 bulan = RM 363.63

2. BANTUAN AKTIVITI KOKURIKULUM

BIL AKTIVITI JUMLAH


1 Pendaftaran Prasekolah Dan Mensyuarat Pewaris RM 200
2 Aktiviti hari terbuka RM 150
3 Hari Sukan Sekolah RM 400
4 Hadiah Hari Lahir RM 250
Jumlah RM 1000

Perbelanjaan Aktiviti Kokurikulum RM 20 x 50 orang = RM 1000.00


3. BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH

BULAN JUMLAH HARI PERSEKOLAHAN X JUMLAH JUMLAH


DUIT MAKAN SEHARI
1 19 HARI X RM 80 RM 1520
2 15 HARI X RM 80 RM 1200
3 18 HARI X RM 80 RM1440
4 21 HARI X RM 80 RM 1680
5 19 HARI X RM 80 RM 1520
6 14 HARI X RM 80 RM 1120
7 16 HARI X RM 80 RM 1280
8 22 HARI X RM 80 RM 1760
9 16 HARI X RM 80 RM 1280
10 21 HARI X RM 80 RM 1680
11 19 HARI X RM 80 RM 1520
200 Hari X RM 80 RM 16000

Peruntukan Bantuan Makanan Prasekolah RM 1.60 x 50 orang x 200 hari = RM 16000


Anggaran Perbelanjaan Sehari Murid RM 1.60 x 50 = RM 80.00

5) TAKWIM PRASEKOLAH
Guru-guru dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan setiap aktiviti yang telah
dirancang dalam masa terdekat supaya semua yang dirancang berjalan dengan lancar :

5.1 Lawatan
5.2 Sambutan Hari Lahir.
5.3 Aktiviti bulanan semasa perhimpunan.
5.4 Bengkel Keceriaan (gotong royong bersama ibu bapa)
5.5 Hari Pelaporan Prasekolah (Jun dan Oktober) menyelaraskan Buku Pelaporan.

6) PENTAKSIRAN PRASEKOLAH
Guru-guru dinasihatkan untuk sentiasa peka dan sentiasa mengemaskini fail berikut :
6.1 Skala perkembangan murid
6.2 Senarai Semak Pemantauan Prasekolah
6.3 Rekod Buku Laporan
6.4 Rekod Berterusan
7) PENGURUSAN PRASEKOLAH
7.1 Ucapan terima kasih kepada PPM yang telah sama-sama membantu menyiapkan
fail Prasekolah.
7.2 Air masak perlu sentiasa disediakan.Jangan membenarkan murid mengambil air
sendirian di pemanas air.
7.3 Makanan tidak perlu lebih pedas dan makanan yang tidak bertulang seperti ikan.
7.4 Semasa murid makan, guru perlu ada bersama.
7.5 Mengamalkan konsep ketertiban
7.6 Kalau ada kerosakan kena sentiasa maklumkan kepada pentadbir.
7.7 Guru Prasekolah dan PPM harus sentiasa peka dengan tugasan masing-masing.
(Sila rujuk lampiran)
7.8 Guru besar telah menerangkan semula berkaitan tentang tugas guru dan
pembantu pengurusan murid(Sila rujuk lampiran)
7.9 Makanan perlu disediakan oleh salah seorang PPM sekiranya seorang lagi PPM
tidak hadir bertugas.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang hingga ke tarikh yang akan dimaklumkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

___________________

Rajeswary A/P Sellan


Guru Prasekolah
SJKT Thamboosamy Pillai
MINIT MESYUARAT PRASEKOLAH KALI PERTAMA 2013.

TARIKH : 19 NOVEMBER 2012

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : KELAS PRA INTAN

KEHADIRAN :

1. PN NOORZURAINI BT AWANG

2. PN NORZIHAN BT ABD GHAFAR

3. CIK NURUL IZZAH BT KHALIL

4. PN YUSNI BT ABD KARIM

5. PN ZALMAWATI BT MUSA

6. PN MAZILINA BT MOHD JAMAL

7. PN HASLIDA BT MOHAMED

8. PN JAYSAFINA BT MOHD BAKIR

AGENDA MESYUARAT :

1) Yuran pendaftaran prasekolah tahun 2013.

2) Orientasi prasekolah.

3) Pemilihan buku kerja 2013.

4) Pelan Taktikal & Pelan Operasi.

5) Lain-lain

1) YURAN

1.1 Bayaran takaful RM1.50 dimasuhkan


1.2 Sumbangan Januari sebanyak RM110 diteruskan

1.3 Bayaran uniform diteruskan

1.4 Cadangan dari Puan Zalmawati agar meminta pendapat dan persetujuan daripada ibu bapa untuk
mengutip wang sumbangan bulanan sekaligus semasa hari pendaftaran supaya tidak timbul
masalah untuk bayar setiap bulan.

1.5 Penggunaan sampin dan tudung sekolah akan diseragamkan. Kata sepakat dicapai untuk memilih
warna biru turquoise sebagai warna tema bagi tahun 2013. Oleh sebab itu bayaran akan ditambah
daripada RM30 kepada RM40.

1.6 Bayaran fail peribadi murid RM6.

1.7 Tag nama murid RM4.

1.8 Hasil perbincangan telah sepakat menggunakan “Buku Kalam” digunakan untuk Tunjang
Komunikasi Bahasa Malaysia yang berharga RM20.

1.9 Buku-buku untuk mata pelajaran lain iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang berharga
RM10.

1.10 Jumlah besar RM240

2) ORIENTASI PRASEKOLAH

2.1 Sesi orientasi murid prasekolah akan diadakan pada 27 Disember 2012 iaitu hari Khamis.

2.2 Persiapan akan dilakukan pada 26 Disember 2012

2.3 Setiap PPM diminta menyediakan tanda nama sementara untuk murid-murid.

2.4 Tentatif program adalah seperti berikut :

i. Pendaftaran

ii. Taklimat daripada penyelaras

iii. Ucapan Penolong Kanan

iv. Perlantikan AJK Permuafakatan dan Bacaan Akujanji

v. Bayaran yuran

2.5 Pembentangan slide prasekolah dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2012

3) PEMILIHAN BUKU KERJA 2013

3.1 Hasil perbincangan telah sepakat menggunakan “Buku Kalam” digunakan untuk

Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia yang berharga RM20.

3.2 Buku-buku untuk mata pelajaran lain iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains

yang berharga RM10.


4) PELAN TAKTIKAL & PELAN OPERASI

4.1Menggunakan pelan taktikal dan operasi tahun 2012 tetapi ditambah baik.
4.2Mewujudkan program Bacalah Sayang dan Bijak Prasekolah.

5) LAIN-LAIN

5.1 Perancangan untuk menggunakan duit lebihan prasekolah.

6) UCAPAN PENAGGUHAN

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan PPM atas kerjasama yang diberikan
dalam melicinkan perjalanan mesyuarat. Beliau berharap agar semua guru dan PPM bersikap
komited dan menanamkan semangat keseronokan bekerja semasa menjalankan tugas.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari hingga ke tarikh yang akan dimaklumkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………… ………………………………….
(NURUL IZZAH BINTI KHALIL) (NOORZURAINI BT AWANG)
Setiausaha Penyelaras
Jawatankuasa Prasekolah 2013 Jawatankuasa Prasekolah 2013
SK Wira SK Wira

Disahkan oleh,

………………………………….
(HJH NORAZIZA BT SABARUDIN)
Pengerusi
Jawatankuasa Prasekolah 2013
SK Wira

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PRASEKOLAH


SEKOLAH KEBANGSAAN WIRA KALI KETIGA 2013.

TARIKH : 11 MEI 2013


MASA : 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT : KELAS PRA INTAN

KEHADIRAN :

1. PUAN MAIMON BT YUSOF


2. PN NOORZURAINI BT AWANG
3. PN NORZIHAN BT ABD GHAFAR
4. PN JAYSAFINA BT MOHD BAKIR
5. CIK NURUL IZZAH BT KHALIL
6. PN YUSNI BT ABD KARIM
7. PN ZALMAWATI BT MUSA
8. PN HASLIDA BT MOHAMED

TIDAK HADIR BERSEBAB :

1. PN MAZILINA BT MOHD JAMAL

AGENDA MESYUARAT :
1) KATA-KATA ALUAN PENYELARAS PRASEKOLAH
5.6 Majlis dimulai dengan bacaan Ummul Kitab.
5.7 Penyelaras mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada AJK kerana dapat hadir pada
mesyuarat kali kedua ini.

2) UCAPAN PENOLONG KANAN TADBIR


2.1 Terima kasih kerana menjemput menyertai mesyuarat.
2.2 Mengucapkan tahniah kerana kelas prasekolah semakin ceria.
2.3 PK meluahkan harapan untuk menang dalam setiap pertandingan yang disertai.
2.4 Meminta maaf kerana terlepas pandang. Memita guru-guru prasekolah memberitahu dan
berbincang sekiranya terdapat masalah.

3) PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PRASEKOLAH KALI


PERTAMA
3.1 Pencadang : Puan Yusni bt Abd Karim
3.2 Penyokong : Puan Yusni bt Abd Karim

4) PERKARA BERBANGKIT
4.1 Tiada perkara berbangkit

5) PENGURUSAN PRASEKOLAH

5.1 SISTEM FAIL


5.1.1 17 buah fail yang berkenaan telah diwujudkan dan sedang dikemaskini dari semasa ke
semasa.

5.2 FOTOGRAFI PRASEKOLAH


5.2.1 Menetapkan untuk menempah dari jurugambar yang sama.
5.2.2 Menetapkan untuk menyediakan borang kepada ibu bapa untuk mebuat pilihan sama ada
mahu gambar berserta frame gambar atau hanya mahukan gambar sahaja tanpa frame.
5.2.3 Sesi fotografi akan diadakan pada bulan Julai.
5.2.4 Menetapkan gambar secara kelas tidak perlu memakai jubah konvo, hanya memakai baju
hari Jumaat.
5.2.5 Cadangan dari Puan Maimon untuk membuat jubah konvo untuk prasekolah.

5.3 PERTANDINGAN DAPUR EMAS


5.3.1 Untuk penambahbaikan keadaan dapur, Puan Maimon mencadangkan membuat satu
laporan kerosakan dan membuat surat kepada Bahagian Pembangunan Sekolah untuk
meminta sumbangan.
5.3.2 Setiap surat dan laporan yang dikemukakan perlu disertakan dengan gambar sebagai bukti.
5.3.2 Penyelaras memaklumkan bahawa guru dan PPM boleh sama-sama membantu dan
menyumbangkan idea.

5.4 BIJAK PRASEKOLAH


5.4.1 Program akan diadakan pada 15 Jun 2013.
5.4.2 SK Wira sebagai tuan rumah dan bertanggungjawab menyediakan dewan, backdrop dan
siaraya.
5.4.3 Senarai ahli jawatankuasa lain telah disiapkan berserta dengan perincian tugasan setiap
jawatankuasa.

5.5 FUTSAL PRASEKOLAH


5.5.1 Latihan sudah mula diadakan pada 13 Mei 2013.
5.5.2 Latihan akan diadakan pada sebelah pagi.
5.5.3 Pertandingan Futsal Prasekolah Zon 2 akan diadakan di Ferro Futsal pada 22 Jun 2013.

5.6 GOTONG ROYONG


5.6.1 Gotong-royong prasekolah akan diadakan sekali dengan gotong-royong perdana.

5.7 PERSEMBAHAN HARI GURU


5.7.1 Berbincang untuk menetapkan Persembahan Pakaian Beragam sebagai persembahan untuk
hari guru.
6) HAL-HAL LAIN
6.1 Penyelaras menyatakan bahawa dengan adanya pertandingan Anugerah Dapur Emas, PPM dapat
berbuat sesuatu yang lebih bermakna dan terancang pada sebelah petang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.25 tengah hari hingga ke tarikh yang akan dimaklumkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………… ………………………………….
(NURUL IZZAH BINTI KHALIL) (NOORZURAINI BT AWANG)
Setiausaha Penyelaras
Jawatankuasa Prasekolah 2013 Jawatankuasa Prasekolah 2013
SK Wira SK Wira

Disahkan oleh,

………………………………….
(PN MAIMON BT YUSOF)
Naib Pengerusi
Jawatankuasa Prasekolah 2013
SK Wira

You might also like