You are on page 1of 1

TAJUK INOVASI

“2D 3D SHAPES KIT”

Oleh:

Ng Su Tan, Tan Soo Zan

Encik Ab Razak Bin Salleh

ABSTRAK

“2D 3D Shapes Kit” bertujuan untuk meningkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam tajuk Ruang Tahun 1. Antara isu popular yang sering dihadapi oleh murid
termasuklah kesukaran murid dalam mengingati ciri-ciri bentuk 2D dan 3D serta membezakan
bentuk-bentuk 2D dan 3D. Akibatnya, murid-murid kurang jelas terhadap pembelajaran tajuk
Ruang tersebut. Secara langsungnya, isu-isu tersebut menyebabkan murid-murid tidak minat
dalam tajuk Ruang mata pelajaran Matematik. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, maka
bahan inovasi digital yang bernama “2D 3D Shapes Kit” telah dihasilkan supaya murid-murid akan
lebih jelas dengan konsep Ruang Matematik yang diajar oleh guru. “2D 3D Shapes Kit”
mempunyai ciri-ciri yang dapat menarik perhatian murid-murid supaya mereka lebih memberi
tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran tajuk Ruang Matematik. “2D 3D Shapes Kit” yang
terdiri daripada pelbagai elemen seperti warna, muzik, gambar, animasi dan video dapat menarik
perhatian murid-murid. Di samping itu, “2D 3D Shapes Kit” merupakan gabungan daripada
“Shapes Learning Card” dan “2D 3D Shapes Games”. “Shapes Learning Card” mengandungi
video-video pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan tajuk Ruang manakala “2D 3D
Shapes Games” merupakan permainan digital yang mengandungi latih tubi yang berkaitan
dengan tajuk Ruang. Selain itu, reka bentuk bahan inovasi digital ini juga mudah alih dan senang
dibawa. Ini tidak akan menyusahkan guru apabila guru ingin membawakannya ke mana-mana
sahaja.

You might also like