You are on page 1of 4

MESYUARAT KOKURIKULUM SK KALOK

BIL.1/2017

TARIKH : 25 JANUARI 2017

TEMPAT : BILIK GURU

MASA : 2.30 PETANG

HADIR :

*SILA RUJUK LAMPIRAN 1.0

1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI KOKURIKULUM SK KALOK,PUSA.

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru ke Mesyuarat


Kokurikulum pada kali ini. Pengerusi mengucapkan selamat mendengar
taklimat kepada semua ahli.

2. PEMBENTUKAN AJK KOKURIKULUM SK KALOK 2017

2.1 Pengerusi telah mencadangkan AJK Kokurikulum SK Kalok dan ini telah di
persetujui oleh Semua ahli.

Pengerusi : En. Safie Bin Mentali

Setiausaha : En. Muhd Hilmi Bin Md Akhir

Bendahari : Pn. Adzillah Binti Ossen

Guru Sukan : En. Muhd Hadi Fakhrulullah Bin Mohd Zain

Guru Penasihat Gerko : En Fauzi Bin Ramli


3. AKTIVITI SUKAN DAN KOKURIKULUM

3.1 Pengerusi meminta mengekalkan guru penasihat bagi setiap unit


Beruniform 2016 dengan menggunakan format yang lama dan masa
yang sama.

3.2 Mesyuarat memutuskan bahawa kelab kebudayaan di lupuskan. Guru


penasihat kelab kebudayaan (Pn Dayang Zainab dan Pn Sofia) akan
diserapkan ke permainan dalaman dan luar.

3.3 Pengerusi telah menggabungkan persatuan sains dan matematik


kerana kekurangan guru untuk mengepalai sesuatu badan unit
beruniform

3.4 Pengerusi telah mengugurkan Pn. Roslin Bt Sebli dari sebarang aktiviti
kokurikulum 2017 bagi memberi ruang pada beliau untuk menguruskan
bahagian HEM.

Tindakan: Semua guru yang terlibat 2017

4. BUKU PAJSK

4.1 Pengerusi menyatakan bahawa buku PAJSK ini sama dengan sistem
online yang diisi oleh guru sukan. Buku PAJSK ini juga mempunyai
dua versi iaitu warna (RM4) dan tidak berwarna (RM2).

4.2 Pengerusi menyatakan masih belum ada ura-ura atau diwajibkan untuk
membeli buku PAJSK ini.

4.3 Buku PAJSK ini wajib digunakan bagi murid tahap 2 SK Kalok bagi
sesi 2017.

Tindakan :Semua guru tahap 2


5. YURAN MSS ZON DAN BAHAGIAN

5.1 Pengerusi telah menetapkan bahawa yuran MSS Zon Dan Bahagian
ialah : 1. Guru Besar : RM 25
2. Penolong Kanan : RM 20
3. Guru : RM 15
4. AKP : RM 10
5. Murid : RM 5

6. AKTIVITI SUKAN PERINGKAT ZON DAN BAHAGIAN 2017

6.1 Antara aktiviti yang akan di adakan ialah Pertandingan bercerita,


pidato, syarahan, bicara berirama, Karnival Bahasa Inggeris , kawad
kaki, perkhemahan unit beruniform, tarian, nyanyian solo, seni visual,
merentas desa, ping pong, balapan dan padang, Pertandingan Bola
Sepak b12, bola jaring dan catur. Pertandingan ini bertujuan untuk
mencungkil bakat dikalangan pelajar bagi mencari wakil sekolah untuk
pertandingan Peringkat Sekolah Rendah.

6.1.2 Guru yang terlibat dalam pemilihan calon bercerita dan pidato seperti
berikut:

i) Bercerita -Pn. Mareni Bt Suhaili (Tahap 1 dan Tahap II)

ii) Pidato & Syarahan -En. Muhammad Hilmi Bin Md Akhir

iii) Karnival Bahasa Inggeris – Semua guru Bahasa Inggeris yang terlibat

iv) Catur - En. Mohd Hadi Fakhrulullah dan En. Abg

Fadlizan

Tindakan: semua guru yang terlibat 2017

7 HAL-HAL LAIN

7.1 Pengerusi akan mengedarkan borang kedatangan guru semasa


aktiviti kokurikulum dilaksanakan dengan secepat mungkin.

7.2 Pengerusi berharap aktiviti kokurikulum pada tahun ini akan


dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Tindakan:Semua guru
8. PENUTUP

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 4.30 petang dengan ucapan terima
kasih daripada pengerusi. Penangguhan mesyuarat ini dicadangkan oleh
Ustazah Norlida Bt Shamsudin dan disokong oleh Pn. Adzillah Bt Ossen.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………….. ………………………………………….

(EN MUHD HILMI AKHIR) (EN SAFEI BIN MENTALI)

Setiausaha Kokurikulum, Penolong Kanan Kokurikulum,


Sekolah Kebangsaan Kalok, Sekolah Kebangsaan Kalok,
94950,Pusa, 94950,Pusa
Sarawak. Sarawak.

You might also like