You are on page 1of 3

JENIS PENCEMARAN:

1. Pencemaran udara

2. Pencemaran air

3. Pencemaran tanah

4. Pencemaran bunyi

5. Pencemaran sisa pepejal

LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM:

1. Pendidikan alam sekitar

2. Amalan harian di rumah

3. Kempen

KESAN PENCEMARAN ALAM:

1. Menjejaskan kesihatan manusia

2. Kemusnahan habitat flora dan fauna

3. Penipisan lapisan ozon

PENCEMARAN ALAM jika dibiarkan akan mengganggu keharmonian dan keselesaan kehidupan
kita. Sebenarnya, terdapat beberapa jenis pencemaran alam yang berlaku di sekeliling kita.
Antaranya pencemaran air, pecemaran udara, pencemaran tanah, pencemaran bau, pencemaran
sisa pepejal, pencemaran bunyi, dan sebagainya.

Pencemaran udara berlaku disebabkan pembakaran aktiviti pembakaran terbuka dan masalah
pelepasan asap dari kenderaan. Pencemaran udara sering berlaku di kawasan bandar pada waktu-
waktu puncak seperti pada waktu petang. Pencemaran udara yang tinggi di kawasan bandar boleh
mengakibatkan berlakunya fenomena pulau haba bandar.

Pencemaran air pula biasanya berlaku disebabkan pembuangan sisa toksid ke dalam sungai.
Bahan buangan seperti ammonia, sianida, dan sisa-sisa asid menyebabkan kemusnahan kepada
hidupan akuatik sama ada di dalam sungai ataupun laut. Pembuangan sisa pertanian seperti najis
haiwan dan penggunaan racun makhluk perosak yang dialirkan ke dalam sungai juga menyebabkan
berlakunya pencemaran air.
Pencemaran tanah berlaku disebabkan tumpahan minyak dan sisa kimia yang menyebabkan
tanah menjadi tidak subur untuk segala jenis aktiviti pertanian. Hakisan tanah akibat daripada aktiviti
penggondolan bukit juga disebabkan pencemaran tanah. Contohnya, tumpahan minyak di kawasan
padang, menyebabkan rumput tidak boleh hidup.

Pencemaran bunyi pula berlaku disebabkan bunyi bising yang keterlaluan di sesuatu kawasan.
Bunyi bising ini bukan sahaja menganggu ketenangan orang awam sebaliknya ia juga boleh
mendatangkan masalah pendengaran jika berlarutan. Percemaran bunyi biasanya berlaku di
kawasan yang sibuk dengan kenderaan, kawasan tapak pembinaan dan industri, dan sebagainya.

Pencemaran sisa pepejal berlaku disebabkan pembuangan bahan sisa pepejal di merata-rata
tempat. Contohnya, longgokan sampah yang banyak di kawasan rekreasi menyebabkan kawasan
tersebut tercemar. Pencemaran sisa pepejal biasanya mengundang bau yang tidak enak kepada
orang awam.

Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah pencemaran alam ialah melalui
pendidikan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar boleh diterapkan kepada para pelajar sejak
dibangu prasekolah lagi. Hal ini kerana pendidikan alam sekitar merentasi kurikulum di institusi
pendidikan. Para pelajar seharusnya diterapkan dengan nilai menghargai dan menjaga alam sekitar.
Pendidikan alam sekitar boleh diberikan dengan cara mengajar generasi muda tentang cara menjaga
alam sekitar melalui langkah kitar semula, guna semula, dan sebagainya.

Seterusnya, langkah untuk mengatasi masalah pencemaran alam ialah melalui amalan harian di
rumah. Setiap anggota keluarga perlu bertanggungjawab dalam memastikan agar amalan harian
yang dilakukan tidak membawa kesan kepada alam sekitar. Amalan yang boleh dilakukan oleh
anggota keluarga untuk mengatasi pencemaran alam ialah dengan tidak membuang sisa minyak ke
dalam singki yang boleh mengakibatkan berlakunya pencemaran air. Sebaliknya, minyak masakan
haruslah dibungkus dengan baik dan dibuang ke dalam tong sampah untuk dilupuskan dengan cara
yang efisyen. Perbuatan membuang minyak masakan ke dalam singki menyebabkan air sukar
dirawat semula.

Selain itu, kempen juga boleh diadakan untuk mengatasi masalah pencemaran alam yang
berlaku. Kempen boleh disalurkan kepada masyarakat umum melalui media massa bercetak dan
media massa elektronik. Melalui media massa bercetak, artikel dan rencana mengenai cara
mengatasi pencemaran alam harus disediakan untuk memudahkan pembaca mengetahui langkah
terbaik menguruskan alam sekitar. Iklan tentang penjagaan alam sekitar dan langkah mengatasi
alam sekitar boleh juga disiarkan melalui internet, televisyen, radio, dan sebagainya. Iklan-iklan yang
dihasilkan haruslah lebih menarik dan kreatif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum.
Antara kesan pencemaran alam ialah menjejaskan kesihatan manusia. Pencemaran alam seperti
pencemaran udara menyebabkan banyak bahan-bahan terampai terkandung di udara. Hal ini akan
menyebabkan manusia mudah mendapat kesan sampingan terhadap kesihatan seperti sesak nafas,
batuk, deman, dan sebagainya. Pencemaran air pula menyebabkan manusia mudah terdedah
kepada sakit perut, cirit-birit, taun, dan sebagainya.

Selain itu, pencemaran alam juga meninggalkan kesan kemusnahan habitat flora dan fauna.
Pencemaran air yang berlaku disebabkan tumpahan minyak dan pembuangan sampah
mengakibatkan permukaan air terhalang dan kandungan air juga terdedah kepada banyak bahan
kimia. Hal ini akan menyebabkan hidupan akuatik seperti ikan, terumbu karang, dan sebagainya akan
musnah. Perkara ini turut menyebabkan para nelayan kerugian kerana tidak dapat mencari hasil laut
dengan banyak.

Di samping itu, pencemaran alam juga mengakibatkan berlakunya penipisan lapisan ozon.
Pencemaran udara yang disebabkan oleh penggunaan gas CFC daripada penyembur aerosal,
penghawa dingin, peti sejuk, dan sebagainya akan menyebabkan lapisan ozon yang meliputi bumi
terhakis. Penipisan lapisan ozon ini akan mengundang kesan yang amat berbahaya kepada hidupan.
Penipisan lapisan ozon akan menyebabkan cuaca di bumi bertambah panas.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis pencemaran alam yang berlaku di sekeliling kita.
Sebagai masyarakat yang prihatin, kita hendaklah berusaha dan bekerjasama untuk mengurangkan
masalah pencemaran alam yang berlaku.

You might also like