You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA BARAM II

Pejabat Pelajaran Daerah Miri, 98000 MIRI.


TEL : 085 – 472944 / FAX : 085 – 472673

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM

KALI KE – 4 / 2016

TARIKH : 5 OKTOBER 2016

HARI : RABU

MASA : 1.00 PETANG

TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKKB II, MIRI

KEHADIRAN :

1) EN. ROSLAN BIN MUHAMAD YUNUS


2) EN. SAILI BIN SAIT
3) PN. CECILIA ANAK FRANCIS
4) EN. ROSLI BIN NARALI
5) EN. ABG REDZUAN BIN JULI
6) PUAN AINUL AMLA BINTI MOHAMAD
7) EN. ALAN AK NYALU
8) PUAN ALEXANDRA ANAK BAKIN
9) EN. BAKAR BIN AJAK
10) CIK CORINA AK MANDI
11) PUAN CONNIELA JOSEPH
12) PUAN DOREN SIGIEL AK AWAN
13) PUAN DAYANG HASLIN BINTI AWANG HASHIM
14) PUAN ELIZABETH AK SINGAN
15) PUAN EVELYN LAHUNG JOCK ENG
16) PUAN GONESIAH BINTI SEPIDI
17) EN HARRISON SENTU AK KELON
18) PUAN HATIAH BINTI BUDA
19) EN JACK TARRY AK SANGOP
20) PUAN JACKLIN AK KEYIEK
21) CIK JUHAIRIAH BINTI DZOLKIPLI
22) EN. LIMIN AK ANDING
23) PUAN LINA ANAK MANGGI
24) PUAN LUNA MUJAN NGAU
25) EN. MALEKI BIN HANAPI
26) PUAN MALIANA BINTI JAMIL
27) PUAN MALVINA AK KLINSING
28) EN. MOHAMMAD AZHAR BIN JABRI
29) EN. MOHD HASIF BIN ABD WAHAB
30) EN. MUHAMMAD ALIF SHAH BIN IDRIS
31) EN. MUHAMMD FARIS BIN MUSTAFA
32) CIK NOR FAZILA BINTI CHE HASSAN
33) CIK NUR ATIKAH BINTI MAT ZIN
34) PUAN NURHANA BINTI YUSOFF
35) EN. RAYMOND ANAK ASUN
36) EN. RONNY AK UNGGOM
37) PUAN ROSYATI BINTI DURANI
38) CIK SALINA FARHANA BINTI AZMI
39) PUAN SERI AK MURING
40) CIK SITI SALWA BINTI AB. AZIZ
41) PUAN SITI SYAHIRAH BINTI MOHAMAD
42) PUAN SUZY AK UNGGO
43) PUAN TRACY SAMAN
44) PUAN ZAITUN BINTI ROSLI
45) EN. WAN MOHAMAD SAUFI BIN WAN MUSTAFA
46) PUAN KUNDANG BINTI JALEL
47) CIK SUZANA ANAK ROBERT ERO
48) PUAN ZITA UDING USA
49) PUAN NANCY ANAK GELINGGAN
50) EN. MOHD RAHMAT BIN MOHD SANUSI
51) PUAN SUHAIZA AFIRA BINTI RANI (SETIAUSAHA)

TIDAK HADIR :

1) PUAN JACELIA AK MINDUONG (CUTI BERSALIN)

AGENDA MESYUARAT

1.0 Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis

1.1 En. Rosli selaku pengerusi majlis mengucapkan penghargaan dan mengalu-alukan
kehadiran semua guru ke Mesyuarat Kokurikulum kali kedua bagi tahun 2016. En. Rosli
memaklumkan perkhemahan akan diadakan selepas cuti hari raya, manakala hari sukan
sekolah akan diadakan pada bulan Oktober iaitu selepas murid-murid tahun 6 menjalani
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Tindakan : Makluman
2.0 Pengesahan minit mesyuarat

2.1 Pengesahan minit mesyuarat dibuat oleh Puan Gonesiah binti Sepidi.

Tindakan : Makluman

3.0 Perkara berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit.

Tindakan : Makluman

4.0 Pembentangan Jawatankuasa Perkhemahan Bagi Tahun 2016

4.1 Puan Gonesiah selaku penyelaras perkhemahan sekolah bagi tahun 2016 memaklumkan
kepada semua guru mengenai jawatankuasa perkhemahan yang telah dibentuk.
Jawatankuasa ini merangkumi jawatankuasa induk, jawatankuasa kecil dan jawatankuasa
pelaksana.

4.2 Puan Gonesiah memaklumkan tugas-tugas bagi setiap jawatankuasa pelaksana boleh
dibaca daripada edaran yang telah diberikan kepada semua guru. Beliau juga
memaklumkan tarikah perkhemahan sekolah adalah pada 22 Julai hingga 23 Julai 2016,
iaitu dua minggu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

4.3 En Saufi dan Puan Conniela ditugaskan untuk menyediakan khemah bagi murid-murid
semasa hari perkhemahan.

Tindakan : Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Puan Rosyati mencadangkan murid-murid yang dipilih untuk mengikuti perkhemahan pada
tahun ini adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai baju uniform yang lengkap
bagi Unit Beruniform masing-masing. Hal ini berikutan syarat kawad adalah memakai baju
Unit Beruniform yang lengkap.

5.2 Encik Rosli memaklumkan kutipan duit daripada murid adalah tidak perlu kerana peruntukan
makan untuk murid telah diluluskan oleh bahagian kewangan sekolah.
5.3 Oleh sebab 22 Julai 2016 jatuh pada hari cuti umum bagi Sarawak, maka Encik Rosli telah
menukar tarikh perkhemahan iaitu daripada 22 Julai dan 23 Julai kepada 29 Julai dan 30
Julai 2016. Hal ini telah dipersetujui oleh semua guru.

5.4 Cik Corina mencadangkan perkhemahan bagi tahun ini hanya diadakan pada waktu siang
iaitu murid-murid tidak bermalam di sekolah pada waktu malam. Hal ini bagi menjamin
keselamatan murid-murid. Hal ini tidak dipersetujui oleh Encik Rosli. Beliau mencadangkan
agar murid bermalam di sekolah di bawah pengawasan dan pemantauan ajk keselamatan
dan kecemasan. Ketua bagi pengurus peserta dan penyelaras juga perlu bermalam di
sekolah.

5.5 Encik Rosli juga memaklumkan kem komandan iaitu Encik Raymond juga perlu bermalam di
sekolah. Jika kem komandan bercadang untuk mengadakan bbq, kutipan duit atau
sumbangan daripada guru-guru adalah diperlukan. Hal ini akan ditentukan oleh kem
komandan.

Makluman / Tindakan : Semua guru

Sebelum mengakhiri mensyuarat, pengerusi majlis mengucapkan terima kasih kepada semua
guru yang hadir.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.10 petang. Penangguhan mesyuarat telah dicadangkan
oleh Puan Rosyati dan disokong oleh En. Maleki bin Hanapi.

Dicatat oleh : Disemak oleh :

…………………………….. …………………………………………..
(PUAN SUHAIZA AFIRA BINTI RANI) (ENCIK ROSLI BIN NARALI)
Setiausaha Kokurikulum, Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Kuala Baram II, SK Kuala Baram II,
Miri, Sarawak. Miri, Sarawak.

Dicadangkan sah oleh : Disokong oleh :

…………………………….. ……………………………..
( ) ( )

You might also like