You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KE 2

Tarikh : 2 Mac 2016


Masa : 2.30 petang
Tempat : Makmal Sains SK Assam Jawa

1. UCAPAN PENGERUSI (PN. HAJJAH ISAH BT. BAPPU)


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan ahli mesyuarat Panitia Sains.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan terimakasih kepada Ahli mesyuarat Panitia Sains
yang hadir semasa aktiviti gotong-royong.
1.3 Aktiviti gotong- royong kemungkinan akan diadakan pada masa akan datang

Makluman : semua ahli panitia

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT KALI 1


2.1 Dicadang oleh : En. Mohd Izdihar B. Mohamad
Disokong oleh : En. Jaafar B. Jais

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada
Makluman : semua ahli panitia

4. PERKARA-PERKARA BARU
4.1 PEKA
- Laporan Peka perlu ditanda dalam PBS online
- Satu salinan Peka dihantar untuk dimasukkan didalam fail
- Peka perlu disiapkan mengikut ketetapan yang telah ditetapkan.
4.2 Ujian Mac tahun enam akan dilihat markah oleh PPD
4.3 Semua ahli panitia perlu menyiapkan senarai buku rujukan dan buku teks yang
di gunakan untuk disimpan dalam fail panitia
4.4 Program Kecemerlangan Tahun 6
- Diadakan setiap hari rabu dan sabtu.
- jika ada guru yang inginkan perkembangan staf akan diakan berdasarkan permintaan
guru
- Kita juga akan memanggil penceramah luar bagi memantapkan lagi program yang
sedia ada.
- Berdasarkan keputusan dignostik, murid kita kurang faham tentang pembolehubah dan
juga kurang membaca.
- Di harap semua ahli panitia dapat menggunakan pelbagai cara dalam aktivit
pembelajaran seperti menggunakan peta I-think
4.5 PBS perlu dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali setahun
4.6 Pembelajaran Abad ke-21, perlu digunakan dan diterap untuk memantapkan lagi
penguasaan murid
Makluman : semua ahli panitia

5. HAL-HAL LAIN
tiada

6. UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia kerana telah
memberi komitmen yang tinggi sepanjang mesyuarat dijalankan. Mesyuarat diakhiri
dengam bacaan Surah Al-As.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh Disemak oleh

............................................... .................................................

You might also like