You are on page 1of 1

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap dan faktor stres di kalangan Pelatih Pembantu
Pegawai Perubatan Ambilan Januari 2016 Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu (KSKB
KK). Para pelatih sememangnya sedia maklum stres merupakan sebahagian daripada kehidupan
seharian kita dan boleh diuruskan dengan baik agar kehidupan seharian tidak terganggu. Disini
pengkaji ingin mengetahui sosiodemografi di kalangan responden, mengkaji tahap stres di
kalangan responden dan faktor yang mempengaruhi akhirnya mencadangkan langkah-langkah
yang boleh dilakukan bagi menangani stres. Kajian berbentuk deskriptif dan kuantitatif dilakukan
di KSKB KK menggunakan pelatih Pembantu Pegawai Perubatan Ambilan Januari 2016. Borang
soal selidik digunakan sebagai alat kajian, data akan diperolehi dengan pengedaran dan pengutipan
soal selidik. Data kemudian akan dianalisa secara manual dengan perisian Microsoft
Excel.Memandangkan kajian ini dijalankan hanya kepada pelatih-pelatih maka, keputusan kajian
ini adalah terbatas. Ianya bersandarkan kepada maklumat-maklumat yang diberikan oleh
responden dengan menggunakan borang soal selidik. Seramai 30 responden yang diambil sebagai
sampel kajian dimana terdiri daripada berlainan umur, bangsa, status perhubungan, kefasihan
bahasa inggeris dan juga purata nilai gred semester (PNGS). Dapatan menunjukkan tahap stres
yang tertinggi adalah golongan stres tahap sederhana dan telah dikenalpasti terdapat lima faktor
stres yang mendapat persetujuan tertinggi dalam penyebab stres iaitu responden suka melakukan
kerja pada saat-saat akhir kedua responden merasakan tahap kemahiran tidak mencukupi semasa
melakukan sesuatu prosedur kemudian responden terasa terlalu banyak kerja kursus yang perlu
dilakukan dalam masa yang singkat, faktor keempat adalah responden merasakan ilmu yang
dipelajari dan diamalkan tidak serasi dengan kolej dan juga tempat klinikal dan faktor terakhir
adalah responden tidak berkeyakinan dengan kemahiran “softskill” semasa berhadapan dengan
pesakit atau pegawai perubatan. Cadangan yang dikemukan termasuklah mengamalkan gaya hidup
sihat, melakukan perancangan awal, tetapkan matlamat realistik, bercuti rehat dan melakukan hobi,
memperkuatkan iman mengikut agama masing-masing, membaca buku berkaitan pengajian
menambah ilmu di dada dan berbincang masalah dengan rakan-rakan.

You might also like