You are on page 1of 5

Penulisan Rencana Veterinar, Hari Inovasi Jabatan Perkhidmatan Veterinar 2012

KAWALAN PENCEMARAN BAU


DI LADANG TERNAKAN AYAM KOMERSIAL

Nurzillah Maliki1*, Haryani Hamazah1, Norfadzrin Fadzil1


dan Syed Hussein B. Syed Abdullah2
1
Institut Veterinar Malaysia, KM 13, Jalan Batu Pahat, Beg Berkunci 520, 86009
Kluang, Johor. 2 Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani, Wisma Tani, Blok Podium, Lot 4G1, Presint 4, Putrajaya.
*Email: nurzillah@yahoo.com

PENGENALAN

Industri penternakan ayam merupakan satu industri yang penting kepada negara.
Berbicara sahaja tentang perusahaan menternak ayam, terbayang di minda cara
ternakan kuno atau bersifat tradisional dengan keadaan persekitaran yang berbau
busuk, hanyir, kotor dan dipenuhi lalat. Sesuai dengan peredaran masa, kebanyakan
pengusaha ladang ternakan ayam pada hari ini telah maju dengan mengusahakan
ladang ayam secara komersial. Namun begitu, apa yang membimbangkan adalah
ladang ayam yang diusahakan telah mewujudkan suasana persekitaran yang tidak
sihat dengan pencemaran bau dan menjadi tempat pembiakan lalat. Keadaan tersebut
telah menjadi faktor kacau ganggu kepada masyarakat setempat dan mencemarkan
alam sekitar.

Ammonia (NH3) dan hidrogen sulfide (H2S) merupakan sebatian yang sering kali
dikaitkan dengan sisa atau buangan ternakan ayam termasuklah najis ayam, sampah-
sarap dan ayam yang telah mati. Sisa ini boleh menjadi tempat pembiakan lalat,
menyebabkan bau dan seterusnya boleh membawa penyakit kepada manusia dan juga
ternakan itu sendiri jika tidak diuruskan dengan cara yang sepatutnya. Gas berbahaya
ini menyumbang kepada pertumbuhan bakteria berbahaya seperti E. coli dan
Salmonella. Kepekatan gas ammonia dan hidrogen sulfida yang tinggi di udara adalah
merbahaya kepada kesihatan manusia dan ternakan serta boleh menyebabkan
kematian jika tidak dikawal.

PENGGUNAAN EFFECTIVE MICROORGANISMS (EM)

Effective Microorganisms (EM) atau juga di kenali sebagai mikroorganisma baik,


mikroorganisma berguna atau mikroorganisma berfaedah merupakan bakteria ‘baik’
hasil samada daripada kultur tunggal atau kultur campuran pelbagai mikroorganisma
hidup. Ianya telah diasaskan oleh Professor Dr. Teruo Higa (Jepun) pada awal tahun
1980-an. Hasil penyelidikan beliau mendapati penggunaan EM dapat mengimbangi
sistem ekologi tanpa penggunaan bahan kimia untuk menghapuskan mikroorganisma
patogen yang boleh memudaratkan manusia, haiwan dan alam sekitar.
1
Penulisan Rencana Veterinar, Hari Inovasi Jabatan Perkhidmatan Veterinar 2012

Terdapat pelbagai jenis EM yang tersedia di pasaran samada dalam bentuk cecair atau
pun serbuk. Kegunaan atau fungsi serta cara penggunaan adalah bergantung kepada
pengeluar atau pengilang EM tersebut. Higa dan Wood (2007) melaporkan
penggunaan EM ke atas tinja ayam mampu mencegah penyebaran bau dan lalat serta
terbukti tidak memberikan kesan buruk kepada tumbuh-tumbuhan, haiwan, manusia
atau persekitaran selepas digunakan secara berterusan bagi satu tempoh yang lama.
Satu kajian tentang penggunaan EM ke atas tinja ayam juga telah dijalankan oleh
pegawai penyelidik Institut Veterinar Malaysia di sebuah ladang ayam komersial yang
mengusahakan sistem reban terbuka bagi ayam penelur. Secara khususnya, kajian
tersebut bertujuan menilai keberkesanan penggunaan EM dalam mengawal
penyebaran gas ammonia dan hidrogen sulfida di udara di persekitaran reban
berkenaan.

BAHAN DAN KAEDAH

Dua reban ayam telah digunakan dalam kajian tersebut. Satu reban telah dilabel
sebagai reban kawalan (C) dan satu lagi sebagai reban rawatan (T) (Gambar 1a dan
1b). Reban kawalan merupakan reban tanpa penggunaan EM, manakala reban rawatan
merupakan kumpulan yang dirawat menggunakan EM komersial (Gambar 2). Peratus
dan prosedur penggunaan EM adalah berdasarkan kepada saranan pengeluar EM
tersebut. Kajian ini mengambil tempoh selama 60 hari secara keseluruhannya. EM
yang telah siap dicampurkan dengan habuk kayu ditabur di atas najis ayam pada reban
rawatan pada hari pertama kajian manakala reban kawalan hanya ditabur dengan
habuk kayu sahaja (Gambar 3a dan 3b). Prosedur yang sama ini diulang pada setiap
20 hari sehingga selesai tempoh masa kajian (rujuk carta alir 1). Bacaan gas ammonia
dan hidrogen sulfida yang tersebar di udara diambil sebanyak dua (2) kali seminggu
menggunakan peralatan khas iaitu ‘Multi Gas Detector’.

Gambar 1a: Gambar 1b:


Reban Kawalan (C) Reban Rawatan (T)

2
Penulisan Rencana Veterinar, Hari Inovasi Jabatan Perkhidmatan Veterinar 2012

Gambar 2: Effective Microorganisms (EM) komersial yang digunakan

Gambar 3a: Gambar 3b:


Reban kawalan (C) yang ditabur Reban rawatan (T) yang ditabur
dengan habuk kayu sahaja dengan EM dan habuk kayu

3
Penulisan Rencana Veterinar, Hari Inovasi Jabatan Perkhidmatan Veterinar 2012

Carta alir 1: Kaedah kajian kesan penggunaan EM ke atas tinja ayam


di ladang ayam komersial

Pemilihan ladang komersial


- Sistem reban ayam terbuka

Tinja ayam

Kawalan
Kawalan(C) Rawatan
Rawatan(T)
- Ditabur dengan EM

Persampelan
Setiap 20 hari
( Hari 0, 21, 41 dan 61 )

Multi Gas Detector


- Catat bacaan gas ammnonia dan
hidrogen sulfida yang tersebar di
udara

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Hasil kajian mendapati penggunaan EM ke atas tinja ayam menunjukkan tindak balas
yang positif. Pengumpulan tinja ayam selama 60 hari di reban kawalan tanpa
penggunaan EM mencatatkan bacaan ammonia yang tinggi berbanding dengan bacaan
di reban rawatan. Penggunaan EM di reban rawatan telah mengurangkan paras
ammonia yang tersebar di udara bermula dari hari yang ke 41 (17%) hingga ke akhir
kajian (hari ke 61) (rujuk rajah 1). Sebanyak 17% penurunan paras ammonia
dicatatkan di reban rawatan pada hari ke 41, manakala pada hari ke 61 mencatatkan
pengurangan sebanyak 36% jika dibandingkan dengan bacaan di reban kawalan. Bagi
gas hidrogen sulfida pula, tiada bacaan (0 ppm) direkodkan di kedua-dua reban
sepanjang kajian dijalankan.

4
Penulisan Rencana Veterinar, Hari Inovasi Jabatan Perkhidmatan Veterinar 2012

Rajah 1: Bacaan gas ammonia (ppm) yang tersebar di udara

KESIMPULAN

Penggunaan EM ke atas tinja ayam secara berkala mampu mengurangkan kadar


penyebaran gas ammonia serta hidrogen sulfida di udara dan pada masa yang sama
dapat menangani masalah pencemaran bau di sekitar ladang ternakan. Penjagaan dan
pengurusan ladang yang teratur dan baik juga penting untuk mewujudkan satu
suasana persekitaran penternakan yang selamat, sihat, selesa dan tidak mencemarkan
alam sekitar untuk kepentingan pelbagai pihak. Pada masa yang sama juga
keseimbangan antara permintaan, keuntungan dan penjagaan alam sekitar dapat
dipenuhi.

RUJUKAN

1). Busse, F.-W. (1993). Comparison measurements of the house climate in swine
stables with and without respiratory diseases or cannibalism. In: Livestock
Environment (Collins E; Boon C eds), pp 904 – 908. Fourth International
Symposium, University of Warwick, Coventry, England, ASAE, St. Joseph, MI.
2). Donham, K.J., Knapp, L.W., Monson, R. & Gustafson, K. (1982). Acute toxic
exposure to gases from liquid manure, Journal of Occupational Medicine, 24(2),
142 – 145.
3). Higa, T. & Wood, M. (2007). Effective Microorganisms for Sustainable
Community Development [Online]. [Accessed 8th August 2007]. Available from
World Wide Web: http://www.scdworld.com.
4). M.Nizaha Juhaida and S.A. Syed Hussein, (2008). A study of the Effectiveness of
Beneficial Microorganisms in Layer Chicken Manure Management. Proc. 29th
MSAP Ann. Conf. pp.120-121.
5). http://en.wikipedia.org/wiki/Effective_microorganism

You might also like