You are on page 1of 9

1

PENCAWANG

Pencawang ialah satu tempat dimana terdapat bekalan elektrik masuk dan
keluar (incoming and outgoing supply). Bekalan dikawal oleh perkakas suis
(seperti ring main unit, pemutus litar), alatubah dan berbagai jenis sistem
perlindungan dan kabel. Bekalan yang masuk melalui kabel bawah tanah dan
pemutus litar/perkakas suis disalurkan ke alatubah untuk menurunkan
voltannya sebelum disalurkan kepada pengguna.

Fungsi pencawang ialah untuk menerima, mengubah, menghantar,


mengendalikan serta membahagikan bekalan elektrik kepada pencawang lain
ataupun pengguna. Ia juga membolehkan penyuisan masuk atau keluar
kebahagian-bahagian lain dalam satu-satu sistem. Disamping itu bahagian yang
rosak dalam satu-satu sistem diasingkan dengan cara penyuisan dan bekalan
elektrik dapat diberikan melalui litar yang lain dari arah yang lain.

Pada kebiasaannya pihak TNB akan meminta mana-mana pihak samada


kerajaan ataupun swasta mengadakan satu pencawang voltan tinggi 11kV
bilamana Kehendak Maksima (MD) jangkaan melebehi 2MVA. Ada kalanya
juga walaupun MD tidak sampai 2MVA, pihak TNB meminta juga sebuah
pencawang disediakan atas sebab-sebab berikut:

a. Kemungkinan feeder pada pencawang TNB sudah tidak dapat lagi


menampung beban yang mungkin ditambah
b. Katakanlah JKR sahaja yang meminta penambahan beban dan dari segi
ekonomi tidak menguntungkan malah akan merugikan TNB maka JKR
akan diminta menyediakan satu pencawang voltan tinggi sendiri
c. Kawasan yang memerlukan tambahan itu mungkin terlalu luas,
pencawang perantaraan juga berjauhan antara satu dengan lain dan
kesusutan voltan berlaku pada kabel TNB

TNB hanya atau selalunya membekalkan bekalan hingga ke perkakassuis


voltan tinggi pengguna sahaja. Sistem metering ialah secara Bulk Metering.
Panel metering ini adakalanya dipasang dalam pencawang HT pengguna dan
adakalanya dipasang dalam pencawang TNB sendiri.

Pembahagian sistem 11kV dalam pepasangan pengguna terdiri dari 1 main


intake (Pencawang Masukan Utama) dengan beberapa lagi buah pencawang
yang diperlukan yang lazimnya disambung secara gelang (ring). Satu sistem
pepasangan 11kV yang senang difahami adalah seperti berikut:

a. Pencawang sistem jejari (radial)


b. Pencawang sistem gelang (ring)
c. Pencawang sistem gelang dengan spur
2

1. SISTEM BEKALAN ELEKTRIK

Terdapat tiga jenis voltan dalam sistem bekalan elektrik di Malaysia iaitu:

a. Voltan Penjanaan
b. Voltan Penghantaran
c. Voltan Pembahagian

Voltan Penjanaan Voltan Penghantaran Voltan Pembahagian


415V 275kV 11kV
11kV 132kV 33kV
66kV 6.6kV
0.415V

Nilai voltan yang terjana akan dinaikkan untuk penghantaraan dan direndahkan
untuk pembahagian.

Proses pengendalian meninggi atau merendahkan nilai voltan memerlukan


pencawang (alatubah).

Voltan tinggi untuk penghantaran adalah bertujuan untuk mengurangkan susut


voltan dan menjimatkan kos projek dan senggaraan.

Voltan pembahagian perlu direndahkan untuk menyesuaikan dengan voltan


peralatan yang digunakan oleh pengguna.

1.1 Bekalan Masuk

Bekalan masuk boleh didapati dari pencawang pencawang penjanaan,


janakuasa atau dari perkakas suis pencawang yang lain.

1.2 Perkakas Suis

Bertugas atau berfungsi untuk menyambung atau memutuskan bekalan


elektrik secara otomatik atau manual.

1.3 Geganti Perlindungan

Berfungsi untuk melindungi perkakas suis dan alatubah

1.4 Alatubah

Berfungsi untuk meninggikan atau menurunkan voltan


3

1.5 Bekalan Keluar

Bekalan yang keluar dari pencawang dan akan disambungkan kepada samada
pengguna atau pencawang lain

Biasanya stesen penjanaan elektrik terletak jauh daripada bandar atau kawasan
yang mempunyai beban yang tinggi. Oleh itu penghantaran jarak jauh terpaksa
dilakukan dengan menggunakan voltan tinggi untuk menjimatkan kos serta
mengurangkan susut voltan dan kehilangan didalam kabel.

2. PENCAWANG VOLTAN TINGGI DALAM BANGUNAN

Pencawang voltan tinggi dalam bangunan adalah untuk menempatkan perkakas


suis, alatubah dan peralatan yang berkaitan untuk mengagih-agihkan bekalan.

Dalam rekabentuk lama, terdapat dimana perkakas suis dan alatubah


ditempatkan dalam satu bilik yang sama. Untuk menghindarkan dari berlaku
kemalangan kepada pekerja yang membuat pensuisan, satu rekabentuk yang
baru telah dibuat dimana perkakas suis dan alatubah telah diasingkan dalam
bilik-bilik yang berasingan.

Laluan masuk ke bangunan mestilah dengan mudah dapat menurunkan segala


perkakas suis yang diperlukan dihadapan pintu pencawang. Pintu-pintu
pencawang pula hendaklah dapat memuatkan apa sahaja peralatan yang besar
yang diperlukan. Ruang dalam pencawang pula hendaklah cukup besar
ruangnya supaya segala peralatan yang bakal dipasang senang digerakkan dan
disusun.

Pintu-pintu pencawang pula hendaklah dipasang dengan cara membuka arah


keluar, bertujuan jika berlaku apa-apa letupan dari dalam pencawang, pintu ini
akan membuka arah keluar dan sekaligus mengurangkan tekanan didalam bilik
pencawang.

Pembinaan lantai pula hendaklah samarata dan tidak terdapat apa-apa halangan
yang mungkin boleh menyebabkan kemalangan. Semua peparit kabel
hendaklah disediakan penutup yang boleh diangkat dan boleh menampung
berat perkakas suis dan pekerja yang berada diatasnya.

Semua sambungan pita tembaga pembumian hendaklah dipasang pada dinding-


dinding peparit kabel, tepi perkakas suis, dinding pencawang atau lantai peparit
kabel supaya ia tidak menjadi halangan.
4

Bila dua alatubah diperlukan untuk satu pencawang, maka dua buah bilik yang
berasingan perlu disediakan. Disini juga alatubah hendaklah diletak/dipasang
pada satu kedudukan yang memberi ruang mencukupi disekelilingnya untuk
membolehkan semua kendalian dan apa saja kerja yang berkaitan dilakukan.

Rekabentuk dan saiz perkakas suis dan alatubah yang bakal digunakan nanti
memainkan peranan yang penting bagi menentukan saiz sesuatu pencawang.
Faktur-faktur lain seperti tinggi paras lantai dari siling, lebar daun pintu dan
panjang serta lebar bangunan pencawang perlulah diambil kira. Keselesaan
ruang sekeliling perkakas suis dan alatubah mesti diambil kira untuk menarik
keluar pemutus litar/perkakas suis semasa membuat kerja baikpulih dan
senggaraan. Juga keselamatan dibahagian atas perlu diberi perhatian.

Untuk membuka dan mengangkat core alatubah keluar ruang untuk chain block
perlu mencukupi. Kebanyakan perkakas suis memerlukan ruang yang selesa
dibahagian belakang untuk kerja-kerja menyambung kabel dan apa saja kerja
dibahagian busbar. Pada kebiasaannya ruang untuk penambahan perkakas suis
sentiasa disediakan.

Semua pencawang voltan tinggi hendaklah dilengkapkan dengan peralatan


pengendalian (tools) tersendiri. Peralatan ini hendaklah dipamerkan didinding
bangunan, diatas rak atau didalam kabinet. Peralatan-peralatan yang
dimaksudkan ialah seperti set pembumian, test plug, handle pengendalian,
peralatan untuk menurunkan tangki pemutus litar, handle pengecas spring dan
lain-lain lagi.

Lubang-lubang pada pencawang untuk keluar/masuk kabel hendaklah ditutup


dengan berkesan demi untuk menghalang binatang-binatang seperti ular, tikus,
kucing dan lain-lain dari masuk kedalam peparit kabel.

Pemanasan dan ruang alir angin (ventilation) perlu diberi perhatian khas. Anak
tingkap hendaklah diadakan disekeliling bangunan pencawang. Ini termasuklah
pada pintu, tingkap dan ruang-ruang lain yang difikirkan perlu. Untuk
mengelakkan serangga kecil masuk kedalam semua lubang-lubang angin pada
pintu dan tingkap, hendaklah dipasangkan dengan mosquito netting.

Mata-mata lampu dan kuasa hendaklah dibekalkan didalam bangunan


pencawang untuk kemudahan bekerja pada waktu siang dan lebih-lebih lagi
malam hari.

Alat pemadam api hendaklah disediakan dan disenggara dengan baik pada
tempat yang berhampiran sekali dengan pintu masuk ke pencawang. Jika
sistem pencegah kebakaran jenis otomatik dipasang, satu cara khas untuk
5

mematikan sistem itu perlu diadakan bilamana kerja-kerja tambahan atau


penyelenggaraan hendak dijalankan pada pencawang berkenaan.

3. PENCAWANG PEMBAHAGIAN

Pencawang pembahagian boleh dibahagikan kepada tiga jenis:

a. Pencawang berbangunan atas tanah


b. Pencawang luar bangunan atas tanah
c. Pencawang Compact
d. Pencawang atas tiang

3.1 Pencawang Berbangunan Atas Tanah

Boleh dibahagikan kepada tiga jenis seperti berikut:

a. Pencawang rangkuman bilek dimana alatubah dan perkakas suis dibina


dalam bilek yang sama
b. Pencawang yang mempunyai satu bilek alatubah
c. Pencawang yang mempunyai dua bilek alatubah

Pencawang berbangunan boleh didirikan dengan dua cara iaitu bangunan


pencawang sendirian atau bangunan pencawang cantuman dengan bangunan-
bangunan.

Alat-alat yang terdapat didalam pencawang adalah:

a. Alatubah
b. Perkakas suis
c. Papan pembahagian voltan rendah (MSB atau Feeder Pillar)
d. Alat pemadam api – jenis otomatik bagi pencawang cantuman dengan
bangunan
e. Carta pemulihan nafas
f. Papan tanda MERBAHAYA dan DILARANG MASUK
g. Kabel voltan tinggi dan rendah

3.2 Pencawang Luar Bangunan Atas Tanah

Terdapat hanya satu jenis pencawang luar bangunan atas tanah dengan tapak
piawai 25’ x 20’. Sekiranya tanah untuk tapak pencawang diluar bangunan
tidak mencukupi, ia hendaklah sekurang-kurangnya berukuran 15’ x 20’.
6

Alat-alat yang terdapat didalam pencawang adalah:

a. Alatubah
b. Perkakas suis
c. Papan pembahagian voltan rendah (MSB atau Feeder Pillar)
d. Kabel voltan tinggi dan rendah

3.3 Pencawang Compact

Pencawang jenis ini adalah berdindingkan logam sepenuhnya tanpa bangunan.


Didalamnya terdapat Ring Main Unit, Alatubah dan Papan Suis Voltan Rendah.
Kadaran kuasa alatubahnya adalah terhad, contohnya 500kVA, 750kVA dan
1000kVA. Untuk kerja segera atau keperluan kecemasan ianya amat sesuai
sebab tidak perlu membina bangunan konkrit yang memakan masa yang lama
untuk menyiapkannya.

3.4 Pencawang Atas Tiang

Pencawang atas tiang dibahagikan kepada dua jenis:

i. Pencawang perantaraan atas tiang.ii. Pencawang akhir atas tiang

Pencawang perantaraan atas tiang adalah pencawang yang mempunyai dua


bekalan voltan tinggi, kadang-kadang juga dipanggil pencawang loop In Loop
Out atas tiang. Adapun pencawang jenis ini biasanya terletak ditengah-tengah
litar voltan tinggi. Pencawang akhir atas tiang adalah pencawang yang
mempunyai satu bekalan sahaja iaitu masuk sahaja. Pencawang ini biasanya
terletak diakhir litar voltan tinggi. Alat-alat yang terdapat didalam pencawang
atas tiang adalah seperti berikut:

a. Penebat Pin
Adalah alat yang digunakan untuk membantu pengalir yang tak bersalut
dari disentuhi oleh bahan-bahan besi yang lain.

b. Peti Kabel
Tempat untuk menerima kabel voltan tinggi dan menyambung kabel
dengan pengalir tidak bersalut

c. Penangkap Kilat
Untuk melencongkan pusuan kilat kebumi apabila kilat menyambar talian
atas alatubah. Dengan ini talian atau alatubah dapat diselamatkan

d. Fius Jatoh (Drop Fuse)


7

Fius jatoh digunakan pada alatubah apabila berlaku arus lampau dan
untuk memutuskan litar jika ada kerosakan dalam lilitan

e. Saluran Besi 4” X 2”

Untuk mengapit dua tiang besi supaya tiang sentiasa tegak

f. Penebat Berbelenggu Voltan Rendah

Bertindak sebagai penebat untuk voltan rendah yang keluar

g. Alatubah

Untuk merendahkan voltan 11kV kepada 415V. keupayaan biasa alatubah


untuk pencawang diatas tiang ialah 100kVA.

h. Bush Kabel

Untuk mengapit kabel voltan tinggi. Bush ini dibuat dari kayu

i. Tiang Keluli

Tiang ini ialah untuk menampung berat beban yang ada dipencawang ini.
Tingginya ialah 35 kaki

j. Alat Pengadang (Anti Climbing Device)

Untuk mencegah orang yang tidak ada berkenaan mendekati atau


memanjat bahagian litar hidup

k. Tiang Pengapit

Untuk mengapit paip galvanic dengan tiang keluli

l. Paip Galvanic

Paip yang berukuran 3.5” x 10” digunakan untuk perlindungan kabel


voltan tinggi

m. Kabel Voltan Tinggi

Ialah kabel masuk dan keluar 11kV


8

n. Konkrit Bawah Tiang

Konkrit ini ialah untuk menguatkan lagi tiang

Pencawang pembahagian berbangunan biasanya diletakkan di bandar,


taman perumahan, kilang-kilang dan di tempat ramai orang.

Pencawang pembahagian luar bangunan atas tanah dan pencawang atas


tiang biasanya diletakkan dikawasan lombong dan tempat yang jauh dari
orang ramai.

4. PENCAWANG LITAR GELANG

Bila pencawang voltan tinggi disambung secara gelang, ia akan meningkatkan


lagi prestasi bagi pencawang itu. Apa yang dimaksudkan ialah bilamana
berlaku sesuatu kerosakan pada pencawang A, kawasan yang dikawal oleh
pencawang A masih dapat diberikan bekalan. Dengan mengasingkan feeder
yang rosak ke pencawang A bekalan dapat diberikan semula ke A menerusi
pencawang / feeder lain.

5. PENCAWANG LITAR SPUR

Spur adalah pencawang tambahan yang disambungan dari mana-mana


pencawang yang berada didalam sesuatu sistem gelang tetapi spur tersebut
tidak termasuk didalam sistem gelang tersebut.

6. PENCAWANG MASUKAN UTAMA

Satu rekabentuk yang standard bagi pencawang masukan utama adalah seperti
didalam gambarajah. Biasanya pencawang ini terdiri dari jenis dua petak
(chamber), satu petak untuk perkakas suis TNB dan satu lagi untuk perkakas
suis pengguna.

7. UJIAN MULATUGAS PENCAWANG

Ujian mulatugas sesebuah pencawang pembahagian boleh dibahagikan kepada


perkara-perkara berikut:

a. Ujian mulatugas Pemutus Litar (OCB, VCB atau SF6)


b. Ujian mulatugas Ring Main Unit (OLU, HFU, SF6)
9

c. Ujian mulatugas kabel


d. Ujian mulatugas alatubah
e. Penatahan geganti-geganti perlindungan (Primary & Secondary Injection)
f. Ujian penebatan dan keterusan pendawaian kecil (secondary wiring)
g. Ujian alatubah arus dan alatubah voltan (c.t dan p.t)
h. Ujian pengecas bateri dan litar arus terus
i. Ujian penebatan kabel, busbar, pemutus litar, ring main unit dan alatubah
j. Ujian tekanan kabel, busbar, pemutus litar, ring main unit dan alatubah
k. Ujian keterusan litar pandu (solkor & translay)

Tindakan yang mesti diambil sebelum mengendalikan perkakas ujian tekanan

 Pastikan kawasan untuk membuat ujian tekanan telah dikepung dengan tali
khas berwarna terang dan pada tali itu digantung tanda BAHAYA.
 Pastikan sambungan ke bumi perkakas suis ujian tekanan kukuh dan ketat
dan dawai yang digunakan hendaklah yang sesuai, sekurang-kurangnya
7/0.029 PVC.
 Kayu discharge pula mesti disediakan dan tempat meletakkan kayu itu
hendaklah ditempat yang tidak mengganggu pekerjaan.
 Jarak diantara unit alatatur voltan dan unit alatubah mestilah sesuai sebab
voltan tinggi berada dipunca alatubah.
 Dawai ujian yang hidup tidak boleh diletakkan atas tanah atau terlebih
dekat dengan punca pembumian seperti tubuh panel OCB atau suis.
 Pada masa buang cas gunakanlah hujung kayu discharge terlebih dahulu
hingga bacaan jangka kilovolt menunjukkan kosong sebelum membuat
sambungan terus pada bumi.
 Sebelum ujian tekanan dilakukan pada sesuatu alat, ujikan dahulu alat itu
dengan alatuji penebatan 1000 volt. Bacaan penebatan yang didapati
mestilah 100 megaohm keatas. Ujian tekanan dengan voltan penuh tidak
dinasihatkan untuk dijalankan jika rintangan penebatan kurang daripada
100 megaohm.

You might also like