You are on page 1of 9

SK SUNGAI HAJI MUHAMMAD, 36200 SELEKOH, PERAK

MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA


BIL 1/2017

Tarikh : 27 Disember 2016


Hari : Isnin
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Makmal Komputer
Kehadiran :

1) Encik Mohamed Sapari bin Mohamed Arshad (Guru Besar)


2) Encik Muhammad Uwais Al-Qorni (GPK Pentadbiran)
3) Encik Wan Azzuri bin Wan Mohd Mohayidin (GPK Hal Ehwal Murid)
4) Encik Nazri bin Abdul Razak (GPK Kokurikulum)
5) Puan Salwa binti Ahmad
6) Puan Rozita binti Yuswan
7) Puan Nurhaslinda binti Mahyidin
8) Cik Aida Hasni binti Ismail
9) Encik Mat Nawi bin Kadir
10) Encik Khairuddin bin Mohamed
11) Cik Kamariah binti Ramli
12) Cik Noor Syahirah binti Ghazali

Agenda :
1) Ucapan Pengerusi
2) Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3) Perkara Berbangkit
4) Latar Belakang Sekolah
5) Pendaftaran Tahun 1 2017
6) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
7) Peraturan-peraturan Pendidikan (Penggal, Hari & Cuti 1998)
8) Kutipan Yuran
9) Perhimpunan Rasmi Sekolah
10) Dasar KPM - Konsep Guru Penyayang
11) e-kehadiran
12) Tanggungjawab Pihak Sekolah Terhadap Murid
13) Visi, Misi & Wawasan Sekolah
14) Tatacara Pakaian Pentadbir, Guru & Staf Sokongan
15) Masa dan Waktu Persekolahan
16) Buku Rekod Kedatangan Murid
17) Tatacara Perkhidmatan/ Peraturan-peraturan Am untuk Panduan Guru & Staf
Sokongan
18) AJK Unit Pentadbiran
19) Post Mortem UPSR 2016/ Analisa PKSR 2 Tahun 5 2016/ Program Kecemerlangan
UPSR 2017
20) Ucapan penangguhan

1
1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan merakamkan ucapan terima kasih kepada
semua guru yang hadir pada mesyuarat kali pertama ini.
1.2 Pengerusi mengingatkan ahli agar sentiasa menepati masa dan memaklumkan
lebih awal sekiranya ada kekangan untuk hadir ke mesyuarat.
1.3 Semua guru harus bekerjasama bagi menggerakkan semua aktiviti sekolah ke
arah kecemerlangan.
Tindakan: Makluman

2.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

2.1 Puan Salwa binti Ahmad telah membentangkan minit mesyuarat yang lalu
untuk disahkan.
2.2 Puan Nurhaslinda binti Mahyidin mencadangkan agar minit mesyuarat lalu
diterima dan disahkan oleh Encik Mat Nawi bin Kadir.

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Tiada

4.0 Latar Belakang Sekolah

4.1 Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Muhammad merupakan sekolah luar bandar
gred B (SKM) yang terletak dalam daerah Bagan Datuk. Sekolah ini berada di
bawah pimpinan Guru Besar, En. Mohamed Sapari bin Mohamed Arshad; GPK
Pentadbiran, En. Nur Muhammad Uwais Al-Qorni; GPK Hal Ehwal Murid, En.
Wan Azzuri bin. Wan Mohd. Mohayidin; GPK Kokurikulum, En. Nazri bin Abdul
Razak dan dibantu oleh 8 orang guru serta 2 orang staf sokongan.Bilangan
murid yang telah mendaftar untuk sesi persekolah 2017 adalah seramai 38
orang yang terdiri daripada 20 murid lelaki dan 18 murid perempuan.
4.2 Nama kelas bagi sesi persekolahan 2017 akan ditukar dan cadangannya adalah
seperti berikut:
 1 Delima → 1 Tekun
 2 Baiduri → 2 Bijak
 3 Intan → 3 Cerdik
 4 Mutiara → 4 Kreatif
 5 Nilam → 5 Cemerlang
 6 Zamrud → 6 Excellent
Tindakan: Makluman

5.0 Pendaftaran Tahun 1 2017

5.1 Maklumat murid tahun 1/2017 yang melapor diri bermula hari pertama
persekolahan hingga hari keempat belas perlu dikemas kini melalui sistem
APDM.
Tindakan: Guru Kelas Tahun 1

2
5.2 Program Transisi Penyayang akan diadakan pada 28.12.2016. Semua yang
terlibat diminta membuat persediaan.
Tindakan: Semua guru

5.3 Tindakan susulan perlu dilaksanakan bagi mengesan murid tahun 1/2017 yang
tidak melapor diri.
Tindakan: GPK HEM

6.0 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

6.1 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG hendaklah diadakan pada setiap tahun
sebelum berakhir 31 Mac. Guru Besar adalah ex-officio PIBG dan bertindak
sebagai penasihat kepada Jawatankuasa PIBG dan Persatuan.

Tindakan: Setiausaha PIBG

6.2 Persatuan dibenarkan mengutip apa-apa sumbangan diputuskan pada


mesyuarat agung tahunan daripada anggota dan keputusan itu hendaklah
dimaklumkan kepada Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru.

Tindakan: Makluman

6.3 Kadar sumbangan tersebut hanya dibenarkan ke atas setiap keluarga tanpa
mengira bilangan anak dan bukan dikenakan ke atas setiap murid. Ibu bapa/
penjaga boleh membuat permohonan pengecualian kepada pihak sekolah
sekiranya tidak mampu memberi sumbangan PIBG.
Tindakan: Makluman

7.0 Peraturan-peraturan Pendidikan (Penggal, Hari & Cuti 1998)

7.1 Hari Persekolahan


7.1.1 Hari Sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah tidak kurang
daripada 190 hari.
7.1.2 Guru Besar hendaklah mengadakan hari ganti jika hari sekolah adalah
kurang daripada 190 hari.
Tindakan: Makluman

7.2 Cuti Peristiwa


7.2.1 Penasihat dengan kelulusan Pendaftar boleh memilih hari tertentu
sebagai cuti peristiwa yang tidak melebihi 4 hari dalam setahun.
7.2.2 Cuti peristiwa tidak boleh diambil bagi maksud melanjutkan cuti
penggal sekolah. Cuti perlu ditetapkan awal.
7.2.3 Sebarang perubahan hendaklah dilaporkan kepada Pendaftar selewat-
lewatnya 4 minggu dari tarikh program dijalankan.
7.2.4 Cuti peristiwa pada tahun 2017 adalah untuk kejohanan olahraga
tahunan, hari anugerah kecemerlangan sekolah, perkhemahan

3
perdana dan 1 hari lagi disimpan bagi cuti diluar jangkaan (Tertakluk
kepada pindaan jika ada).
Tindakan: Makluman

8.0 Kutipan Yuran

8.1 Tiada sebarang kutipan yuran atau bayaran dibuat pada hari pertama dan
minggu pertama persekolahan.
8.2 Semua permohonan bagi bayaran tambahan perlu diputuskan dalam
Mesyuarat Agung PIBG dan diluluskan oleh Pendaftar (Pengarah Pendidikan
Negeri Perak) sebelum 31 Mac 2017. Kelulusan Pendaftar selepas 31 Mac
2017.
Tindakan: Makluman

9.0 Perhimpunan Rasmi Sekolah

9.1 Loceng akan dibunyikan pada 7.30 pagi.


9.2 Semua guru dan murid diwajibkan berada di tapak perhimpunan dengan
berpakaian seragam lengkap/ blazer.
9.3 Guru bertugas berperanan mengendalikan majlis.
9.4 Pengawas bertugas akan menyusun kerusi guru dan murid.
9.5 Agenda perhimpunan khas:
i. Ucapan aluan pengerusi majlis (Guru bertugas)
ii. Bacaan surah 3 Qul dan bacaan doa – Ustaz Mat NAwi
iii. Nyanyian 4 buah lagu
iv. Bacaan Ikrar – Cikgu Nazri
v. Ucapan Guru Besar
vi. Ucapan wakil PPD
vii. Penutup – Bacaan surah al-Asr
viii. Bersurai – Guru kelas membawa murid ke kelas masing-masing

Tindakan: Guru Bertugas Mingguan

10.0 Dasar KPM - Konsep Guru Penyayang

10.1 Amalan guru penyayang perlu dilaksanakan secara berfokus dan berterusan
oleh semua warga sekolah berdasarkan Surat Siaran KPM bertarikh 8 Februari
2012.
10.2 Fokus utama amalan guru penyayang ialah:
i. Mengalu-alukan kehadiran murid (Pentadbir & Guru Bertugas)
ii. Penghargaan kepada murid
iii. Mempraktikkan sepenuhnya amalan 3S.
10.3 Program ini perlu diteruskan setiap hari bagi sesi persekolahan 2017.

Tindakan: Makluman

4
11.0 e-kehadiran
11.1 Kehadiran murid wajib dikunci masuk ke dalam sistem e-kehadiran setiap hari:
i. Sesi pagi : sebelum pukul 10.00 pagi
ii. Sesi petang: sebelum pukul 3.00 petang
iii. Target KPM dan sekolah : 95%
iv. Pencapaian sekolah 2016 : 95.4%
Tindakan: GPK HEM

12.0 Tanggungjawab Pihak Sekolah Terhadap Murid

12.1 Tanggungjawab melindungi murid yang disebut dalam ‘the duty of care’
merupakan tanggungjawab melindungi mereka daripada risiko yang dijangka
mendatangkan mudarat.
12.2 Melakukan sesuatu atau tidak melakukan sesuatu yang boleh dilihat sebagai
mendatangkan kecederaan, keselamatan kepada murid.

Tindakan: Semua guru

13.0 Visi, Misi & Wawasan Sekolah

13.1 Visi dan misi sekolah adalah seiringan dengan visi dan misi Kementerian
Pelajaran Malaysia bagi pendidikan di peringkat sekolah rendah.
13.2 Motto SKSHaM yang baharu bermula pada tahun 2017 ialah ‘Sederap
Mencakna Ilmu dan Akhlak’.
13.3 Slogan SKSHaM yang baharu pula ialah ‘SKSHaM Sentiasa ke Hadapan’. Sasaran
yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
i. Berada dalam top 3 dalam UPSR peringkat daerah
ii. Sifar masalah disiplin tegar
iii. Berada dalam top 3 bagi peratus kehadiran murid peringkat daerah
iv. Kecemerlangan dalam 3K (Keceriaan, keselamatan, kebersihan)
v. Pembudayaan akhlak dalam kalangan warga sekolah khususnya murid.
13.4 Tranformasi 5B SKSHaM adalah berteraskan kepada berilmu, bertakwa,
beramal, berbakti dan bersama dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Sasaran yang ditetapkan mestilah sekurang-kurangnya lebih 5% daripada
sasaran yang telah ditetapkan di peringkat daerah.
Tindakan: Makluman

14.0 Tatacara Pakaian Pentadbir, Guru & Staf Sokongan

14.1 Pengerusi dan Penolong Kanan mesti berpakaian lengkap dengan tali leher dan
blazer semasa ke PPD; mesyuarat dan majlis rasmi.
14.2 Jika memakai uniform pada hari Rabu mesti lengkap.
14.3 Hari Khamis wajib memakai baju batik lengan panjang. Guru lelaki tidak
dibenarkan memakai baju batik berlengan pendek semasa bertugas.
14.4 Sila patuhi pemakaian semasa Pendidikan Jasmani. Tidak dibenarkan memakai
seluar ‘slack’ dan berkasut kulit.

5
14.5 Pakaian semasa mesyuarat/ LADAP di sekolah adalah pakaian kerja rasmi.
14.6 Kasut bertumit dan bertutup bahagian belakang. Penggunaan sandle tidak
dibenarkan kecuali atas sebab kesihatan dan mendapat pengesahan daripada
pegawai perubatan.
14.7 Guru lelaki mesti memakai tali leher setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat
kecuali waktu Pendidikan Jasmani dan seumpamanya.

Tindakan: Makluman

15.0 Masa dan Waktu Persekolahan

15.1 Masa dan waktu persekolahan bagi tahun 2017 adalah seperti berikut:

HARI WAKTU WAKTU BALIK CATATAN


BERMULA TAHAP TAHAP LOCENG
1 2 AKHIR
ISNIN 7.30 1.05 1.35 1.35 2.00 – 3.30
SELASA 7.30 1.05 1.35 1.35  Kelas tambahan
RABU 7.30 12.35 1.05 1.05 tahun 6
KHAMIS 7.30 12.35 1.05 1.05  Kelas tasmik
JUMAAT 7.30 12.05 12.05 12.05

Tindakan: Makluman

16.0 Buku Rekod Kedatangan Murid

16.1 Tutup kedatangan setiap hari terakhir persekolahan bulan tersebut.


16.2 Guru kelas hendaklah menulis butiran berikut:
i. Nama penuh murid seperti dalam sijil lahir/ mykid mengikut abjad.
ii. Isikan selengkapnya bahagian nama dan yuran, bahagian nama waris,
alamat, tarikh lahir, pekerjaan ibu bapa & nombor telefon yang terkini.
iii. Isikan dengan tepat bahagian analisa kedatangan dan jumlah murid.
iv. Bilangan masuk sekolah hendaklah diisi setiap bulan.
16.3 Sekiranya murid bertukar ke sekolah lain, maka hendaklah dituliskan
BERTUKAR KE SEKOLAH ….(nama sekolah murid bertukar). Sekiranya berhenti
ditulis BERHENTI SEKOLAH. Pada akhir bulan hendaklah dituliskan jumlah
murid yang keluar tersebut.
16.4 Buku kedatangan hendaklah dipastikan dihantar ke raknya di bilik guru
sebelum pukul 9.00 pagi kecuali ada urusan berkaitan dengannya.
16.5 Jika guru kelas tidak hadir maka guru pembantu/ guru yang mengajar waktu
pertama hendaklah menolong menanda buku kedatangan kelas tersebut.
16.6 Semua butiran di atas perlu hendaklah disiapkan sebelum penghujung Januari.

Tindakan: Semua Guru Kelas

6
17.0 Tatacara Perkhidmatan/ Peraturan-peraturan Am untuk Panduan Guru & Staf
Sokongan

17.1 Rekod Mengajar


17.1.1 Visi dan misi mesti sama.
17.1.2 Mesti dihantar bersama borang instrument pencerapan PdP pada
setiap Jumaat (sekiranya ada).
17.1 3 Impak wajib ditulis.
17.1.4 RPH wajib dibawa bersama semasa PdP.
17.1.5 Ditulis mengikt format KSSR.
17.1.6 Mesti ada unsur KBAT dalam rancangan harian.
17.1.7 Ditulis hingga hari pertama minggu hadapan.
17.1.8 Bahagian belakang – Markah murid, TOV, Headcount mesti
dilengkapkan.

Tindakan: Semua Guru

17.2 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)


17.2.1 PdP berjalan sepenuhnya mulai hari pertama persekolahan.
17.2.2 Dasar pencerapan: 1.1.5 diteruskan.
17.2.3 Semua pergerakan keluar Guru Besar/ guru pada minggu pertama
bulan Januari adalah tidak dibenarkan.

Tindakan: Makluman

17.3 Kehadiran ke Kelas


17.3.1 Guru dikehendaki mematuhi jadual waktu pengajaran yang telah
ditetapkan dan mengajar tanpa berlengah. Kelewatan hanya 5 minit
dibenarkan untuk tujuan peralihan kelas mengajar.
17.3.2 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas lebih awal sebelum loceng
akhir sesuatu waktu pengajaran berakhir.
17.3.3 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas untuk sesuatu tempoh
tertentu dalam masa pengajaran walaupun murid telah diarahkan
membuat kerja-kerja pelajaran.
17.3.4 Guru dikehendaki menggunakan sepenuh masa dalam kelas untuk
memampatkan pengajaran dan mengendalikan gerak kerja pendidikan
hingga akhir waktu pengajaran.

Tindakan: Makluman

17.4 Surat-menyurat dengan Pihak Luar


17.4.1 Guru dan staf sokongan mestilah terlebih dahulu memaklumkan/
berbincang dengan Guru Besar untuk menentukan surat itu atas nama
guru besar atau nama jawatan/ tugasnya.
17.4.2 Semua urusan mestilah menggunakan nombor rujukan fail sekolah
yang berkaitan dengan urusan tersebut.

7
17.4.3 Guru yang terlibat hendaklah memaklumkan kepada Guru Besar atau
penolong kanan berkaitan apabila menerima surat daripada pihak luar
yang ditulis atas urusan di bawah bidang tanggungjawab supaya
pelarasan tindakan dan keputusan dapat dibuat bersama.

Tindakan: Makluman

17.5 Cuti Rehat Khas


17.5.1 Untuk menziarahi ‘ahli keluarga’ atau ‘ahli keluarga yang rapat’ yang
sakit tenat atau meninggal dunia.
17.5.2 Untuk menyertai upacara atau perayaan agama yang dianuti oleh
seseorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan itu.
17.5.3 Dalam massa kecemasan dan kemalangan yang menimpa seperti
kebakaran, banjir dan sebagainya.
17.5.4 Menunaikan fardhu haji- sekiranya tempoh 40 hari seperti mana yang
ditetapkan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 tahun 1934 tidak
mencukupi.
17.5.5 Kursus suaikenal bagi kursus luar kampus.
17.5.6 Majlis Konvokesyen bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atau ahli
keluarga.
17.5.7 Menghadiri temuduga perlantikan dalam Perkhidmatan Pendidikan
yang diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan,
Kementerian Pendidikan, Jabatan Perkhidmatan Awam atau Jabatan
Pendidikan Negeri.
Tindakan: Makluman

18.0 AJK Unit Pentadbiran


18.1 Guru Penolong Kanan Pentadbiran telah memberitahu guru-guru yang akan
memegang kelas dan juga memberikan maklumat awal mengenai mata
pelajaran yang akan diajar oleh setiap guru bagi tahun 2017.

Tindakan: Makluman

18.2 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mengingatkan kembali mengenai
program transisi dan pendaftaran murid tahun 1 pada esok hari dan meminta
guru kelas bagi tahun 2016 menyemak semula purata kehadiran yang telah
dibuat.
Tindakan: Guru Kelas 2016

18.3 Guru Penolong Kanan Kokurikulum telah memaklumkan mengenai pejalanan


program kokurikulum bagi tahun 2017 secara menyeluruh. Setiap minggu akan
ada seramai empat orang guru yang bertugas pada setiap hari Rabu. Dua orang
guru bertugas untuk persatuan/ kelab dan dua orang guru lagi bertugas untuk
persatuan. Setiap seorang guru akan memegang dua kelas iaitu sama ada
tahun 3 dan tahun 4 atau tahun 5 dan tahun 6.
Tindakan: Makluman

8
19.0 Post Mortem UPSR 2016/ Analisa PKSR 2 Tahun 5 2016/ Program Kecemerlangan
UPSR 2017

19.1 Pengerusi membentangkan sepintas lalu mengenai analisa UPSR 2016. Ulasan
dan perbincangan lebih lanjut akan diadakan pada mesyuarat khas program
kecemerlangan.
Tindakan: Makluman

20.0 Ucapan penangguhan

20.1 Pengerusi berpesan kepada semua agar berusahalah dengan ikhlas tanpa
memikirkan balasan semata-mata kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam
diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar
atau tidak.
Tindakan: Makluman

20.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.40 tengah hari.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

________________________ _________________________
(NOOR SYAHIRAH BT. GHAZALI) (EN. MOHAMED SAPARI B. MOHAMED ARSHAD)
Setiausaha Mesyuarat Guru, Guru Besar,
SK Sungai Haji Muhammad, SK Sungai Haji Muhammad,
36200 Selekoh, Perak 36200 Selekoh, Perak

You might also like