You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KANTIN KALI PERTAMA

Tarikh: 21 Januari 2016 (Khamis)


Masa: 12.00 tgh
Tempat: Bilik Mesyuarat SKBGP

Kehadiran: EN. MOHD AZEMI BIN HJ.IBRAHIM - GPK HEM


EN. ALIAS BIN SAIYED HAMID - Penyelaras Kantin
PN. SITI FATIMAH BT ABU BAKAR – Penyelaras RMTS
PN. ROSYATIMAH BT ESA - Kelab Guru
PN. ROHANA BT HUSSIN - Pengusaha Kantin
EN. SHUKRY BIN MOHD NOOR - AJK
EN. MOHD ALI BIN AHMAD - AJK

AGENDA 1
Ucapan Pengerusi
Mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Kantin& RMTS kerana menghadiri
mensyuarat kantin kali pertama bagi tahun 2016.

(Tindakan: S/U Kantin)


AGENDA 2
Ucapan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM)

1. Perancangan aktiviti untuk tahun 2016 mestilah disediakan dan disusun mengikut
kepentingan.
2. Mencatat kebersihan kantin di dalam buku kendiri dan penilaian bulanan setiap bulan
seperti tarikh yang ditetapkan.
3. Markah dihantar tepat masanya ke PPD Pasir Mas.
4. Guru kantin mestilah mengemaskini maklumat pekerja jika ada perubahan.
5. Meminta Plan Strategik di sediakan oleh Jawatankuasa Kantin & RMTS.
(Tindakan:AJK Kantin)
AGENDA 3
Pembahagian Tugas
1. Meminta setiausaha Kebersihan Kantin Sekolah dibantu oleh AJK yang lain
menyiapkan fail, memastikan kantin ceria, mengekalkan kebersihan di tahap yang paling
maksimum.
2. Tugas AJK:
2.1 En. Alias Bin Saiyed Hamid ditugaskan memastikan murid dan pengusaha serta
pekerja sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan semasa berada dikantin.
2.2 Pn. Rosyatimah Binti Esa ditugaskan memastikan persekitaran dan keceriaan
kantin sentiasa terjaga.
2.3 Pn. Siti Fatimah Binti Abu Bakar ditugaskan memastikan makanan yang dijual
dan di makan oleh murid makanan yang sihat dan berkhasiat.
(Tindakan:AJK Kantin)

AGENDA 4
Hal-hal Lain
1. Pn. Siti Fatimah mencadangkan pengusaha kantin dapat menyediakan makanan yang
lebih berkhasiat kepada murid seperti tambahan sayur-sayuran ke dalam setiap pinggan
murid. Tidak dibenarkan sama sekali menjual makanan yang tidak sihat seperti nugget, air
botol dan gula-gula.
2. Pn. Rosyatimah mencadangkan semua pekerja memakai opron dan penutup kepala
dengan kemas.
3. Peruntukan keceriaan kantin ditanggung sendiri oleh pengusaha kantin tersebut.
4. Sijil Penghargaan kepada pihak Kantin dikeluarkan oleh sekolah jika sekolah menaja
mana-mana majlis atau keperluan.
(Tindakan:AJK Kantin)
5. En. Shukry mencadangkan menu makanan guru dipelbagaikan, contoh : Sup Tulang.
6. En. Azemi (GPK HEM) mencadangkan menu RMTS diubah suai mengikut selera
murid.
Menu Lama : Mee Goreng ………. Menu Baru : Nasi Putih , Sup Ayam (Menu A)
Menu Lama : Mee Goreng ………. Menu Naru : Koko Crunch
PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam mesyuarat
tersebut. Semoga apa yang dibincangkan dapat sama-sama dilaksanakan dengan jayanya.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(En. Alias Saiyed Hamid) ( )


Setiusaha Jawatankuasa Kantin
Sek. Keb. Banggol Petai