You are on page 1of 7

PENGERTIAN

Pengertian asabah dari segi bahasa datang dari perkataan asib yang bermaksud
kaum kerabat lelaki keturunan lelaki.

Dari segi syara ialah waris-waris yang tidak dinyatakan bahagian mereka daripada
harta pusaka. Kadangkala mereka menerima semua harta pusaka apabila tiada
waris daripada ashab al-furud, dan kadangkala mereka menerima baki harta
selepas diberikan kepada ashab al-furud dan kadangkala mereka langsung tidak
menerima harta pusaka apabila semua harta telah diberikan kepada waris ashab
al-furud.

Hadith Rasulullah Sallahu alaihi Wassalam:

“berilah kadar yang ditetapkan kepada waris yang berhak, jika berbaki maka
agihkan kepada waris lelaki yang utama”

(riwayat al-bukhairi)

BAHAGIAN

Golongan asabah terbahagi kepada dua golongan yang utama iaitu:

1. Asabah Nasabiyyah
2. Asabah Sababiyyah/Qarabah Hukmiyyah

Asabah nasabiyyah ialah waris yang mempunyai hubungan darah dengan si mati.

Asabah nasabiyyah ini terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan lelaki dan
golongan perempuan.

Asabah1
Golongan lelaki Golongan perempuan
Anak lelaki Anak perempuan bersama dengan anak
lelaki
Anak lelaki kepada anak lelaki Saudara perempuan seibu sebapa
bersama dengan saudara lelaki seibu
sebapa
Bapa -
Bapa kepada bapa(nenek lelaki) -
Saudara lelaki seibu sebapa dan anak -
lelakinya
Saudara lelaki sebapa -

Ia terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

a. Asabah bi al-nafs
b. Asabah bi al-ghayr
c. Asabah ma’a al-ghayr

Asabah sababiyyah ialah hubungan pewarisan disebabkan memerdekakan hamba.


Tuan yang memerdekakan hambanya akan mendapat harta pusaka sekiranya
hamba tersebut tidak mempunyai waris samada waris keturunan atau
perkahwinan. Tetapi hamba tersebut tidak dapat mempusakai harta tuannya
walaupun tuannya tidak ada meninggalkan waris.

ASABAH BI AL-NAFS

Mereka yang dalam golongan ini ialah waris lelaki yang hubungannya dengan si
mati tidak diselangi dengan waris perempuan. Golongan ini akan mendapat harta
pusaka jika mereka sahaja yang disenerai dalam penerima pusaka. Tetapi, jika

Asabah2
terdapat dalam senerai penerima pusaka waris-waris dari kategori ashabul furud
maka mereka akan mendapat bahagiannya selepas diberikan kepada ashabul
furud.

Asabah bi al-ghayr terbahagi pula kepada empat kumpulan tergantung


dengan ikatan mereka dengan si mati. Empat kumpulan kecil tersebut
ialah:

1. Jihat al-bunuwwah/furu’ ialah untuk anak lelaki si mati, anak lelaki


kepada anak lelaki(cucu lelaki) dan ke bawah.

2. Jihat al-ubuwwah/usul ialah untuk bapa kepada si mati,bapa


kepada bapa (nenek lelaki) dan ke atas.

3. Jihat al-ukhuwwah/hawashi ialah saudara lelaki seibu sebapa,


saudara lelaki sebapa, anak lelaki daripada saudara lelaki seibu
sebapa, anak lelaki daripada saudara lelaki sebapa dan ke bawah.

4. Jihat al-umumah ialah bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa,


bapa saudara sebelah bapa sebapa, anak lelaki bapa saudara
sebelah bapa seibu sebapa, anak lelaki bapa saudara sebelah bapa
sebapa dan ke bawah.

Pembahagian harta pusaka adalah mengikut sususan kumpulan


ataupun jihat. Hanya satu kumpulan sahaja yang menerima agihan
pusaka secara asabah dalam satu-satu masa. Jika mempunyai lebih dari

Asabah3
seorang ahli waris dalam kumpulan yang sama maka keutamaan
diberikan mengikut kedudukan yang paling hampir dengan si mati.

Waris-waris asabah bi al-nafs adalah seperi berikut:

1. Anak lelaki
2. Anak lelaki kepada ank lelaki hingga ke bawah
3. Bapa
4. Bapa kepada bapa(nenek lelaki) hingga ke atas
5. Saudara lelaki seibu sebapa
6. Saudara lelaki sebapa
7. Anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa
8. Anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa
9. Bapa saudara(sebelah bapa) seibu sebapa
10. Bapa saudara(sebelah bapa) sebapa
11. Anak lelaki kepada bapa saudara(sebelah bapa) seibu
sebapa
12. Anak lelaki kepada bapa saudara(sebelah bapa) sebapa

Contohnya si mati meninggalkan waris yang terdiri daripada anak lelaki


dan cucu lelaki maka anak lelaki diberikan keutamaan daripada cucu
lelaki. Dan jikalau waris asabah terdiri daripada mereka yang termasuk
dalam kumpulan dan kedudukan yang sama, maka harta pusaka hanya
akan diberikan kepada mereka yang mempunyai kekuatan hubungan
kekeluargaan. Contohnya si mati meninggalkan saudara lelaki seibu
sebapa dan saudara lelaki sebapa maka harta pusaka akan diberikan
sepenuhnya kepada saudara lelaki seibu sebapa.

Asabah4
ASABAH BI AL-GHAYR

Asabah bialghayr ialah asabah yang lain. Waris asabah ini terdiri
daripada waris ashab al furud perempuan yang telah ditetapkan
fardhunya. Mereka menerima asabah sekiranya ada waris lelaki yang
sedarjat atau setaraf dengan mereka. Waris menerima harta pusaka
sebanyak ½ apabila hanya seorang dan jikalau lebih dari seorang
menerima ⅔.

Pembahagian harta pusaka adalah mengikut nisbah bahagian lelaki


menyamai dua bahagian perempuan. Seperti dalam firman Allah SWT:

Maksudnya:

“Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk)


anak-anakmu iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian
dua orang anak perempuan”.

(surah al-nisa:11)

Waris dalam golongan ini ialah:

1. Anak perempuan (seorang atau lebih) ketika mewarisi ada


bersamanya anak lelaki yang sedarjat atau setaraf dengannya.
2. Anak perempuan kepada anak lelaki (seorang atau lebih) ketika
mewarisi ada bersamanya anak lelaki kepada anak lelaki.
3. Saudara perempuan seibu sebapa (seorang atau lebih) ketika
mewarisi ada bersamanya saudara lelaki seibu sebapa.
4. Saudara perempuan sebapa (seorang atau lebih) ketika mewarisi
ada bersamanya saudara lelaki sebapa.

Asabah5
ASABAH MA’A AL-GHAYR

Asabah maalghayr ialah asabah bersama dengan yang lain iaitu waris
perempuan yang menerima asabah (baki) dengan sebab berkumpul
bersama-sama dengan waris perempuan yang lain.

Waris yang terlibat dalam bentuk asabah ini ialah:

1. Saudara perempuan seibu sebapa


2. Saudara perempuan sebapa

Waris ini akan akan menerima harta pusaka apabila ada bersamanya
anak perempuan (seorang atau lebih) atau anak perempuan kepada
anak lelaki (seorang atau lebih) atau bersama kedua-duanya sekali.

Golongan ini akan mendapat harta pusaka setelah harta tersebut


dibahagikan kepada ashab al-furud. Jika semua harta telah habis
diagihkan, maka mereka tidak memperolehi apa-apa bahagian
daripadanya. Manakala anak perempuan atau anak perempuan kepada
anak lelaki tetap kekal mendapat bahagian yang telah ditetapkan.

Saudara perempuan seibu sebapa


Anak perempuan (seorang) ½

Anak perempuan kepada anak ⅙


lelaki
Saudara perempuan seibu sebapa Bakinya

Asabah6
Saudara perempuan sebapa
Anak perempuan (lebih dari ⅔
seorang)
Ibu ⅙
Saudara perempuan sebapa Bakinya

PENUTUP

Asabah adalah bagian sisa setelah diambil oleh ahli waris ashab al-
furud. Sebagai penerima bahagian sisa, ahli waris asabah terkadang
menerima bagian banyak (seluruh harta warisan), terkadang menerima
sedikit, tetapi terkadang tidak menerima bagian sama sekali, kerana
habis diambil ahli waris ashab al-furud.

Asabah7

You might also like