You are on page 1of 8

SULIT 011

BAHAGIAN B
( 30 markah )
Soalan 21

(a) Tandakan ( √ ) bagi kata hubung yang betul berdasarkan ayat di bawah ini.

(i) Zarif mencuci pinggan mangkuk ___________ mendengar radio.

tetapi ( ) sambil ( ) atau ( )

( ii ) Hani membuka begnya _____________ memasukkan beberapa buah buku.

lalu ( ) akan ( ) bahawa ( )

( 2 markah )

(b) Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu daripadanya
telah ditunjukkan sebagai contoh.

(i) Fauzan __________ kedatangan Encik Azam


melecet
ke rumahnya dengan ramah.

(ii) Kaki adik ____________ kerana memakai kasut


menyambut
yang ketat itu.

( iii ) Sang Kancil yang cerdik itu berjaya _________


mengharumkan
sungai yang dalam dengan tipu helahnya.

( iv ) Kejayaan dalam pertandingan itu telah menyeberangi


__________ nama sekolah.

( 2 markah )

(c) Gariskan jawapan yang paling sesuai bagi ayat di bawah ini.

(i) Rahman ___________ ( masih, sudah, telah ) tidur ketika saya sampai di
rumahnya.

(ii) Mereka ____________ ( pernah, mungkin, akan ) bertolak ke Pahang pada


esok pagi.
(2 markah)
011 [Lihat halaman sebelah
SULIT
1
SULIT 011

Soalan 22

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di bawah ini.

Kami Kita Mereka Saya Kamu Nya Kalian Dia

Aisyah, Laila, Alice, dan empat orang lagi rakan mereka akan turut mewakili pasukan
bola jaring sekolah. (1) ____________ menjadi ayam tambatan pasukan sekolah untuk
kejohanan Peringkat Zon Sri Aman.

“(2) _________ mesti bijak mengawal emosi dan jangan stress dalam perlawanan suku
akhir ini,” kata Alice kepada kawan-kawannya.

“(3) __________ akan memastikan penyerang pasukan lawan tidak berjaya menjaringkan
gol,” kata Aisyah yang bertindak sebagai penjaga gol.

“(4) __________ pula perlu menyekat penyerang mereka supaya tidak memasuki kawasan
kotak penalti kita,” pesan Alice kepada Laila yang menjadi tunggak pertahanan.

Sebelum perlawanan bermula, mereka membuat bulatan di tengah padang. Alice telah
membaca ikrar.

“(5) __________ berjanji akan memenangi perlawanan ini untuk mengharumkan nama
sekolah,” kata Alice sambil diikuti oleh kawan-kawannya.

( 5 markah )

011 [Lihat halaman sebelah


SULIT
2
SULIT 011

Soalan 23

Baca jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat yang lengkap.

JADUAL TUGASAN PENGAWAS SEKOLAH

TEMPAT
PENGERUSI KANTIN
HARI JAGA PAGAR LETAK
MAJLIS
TAHAP 1 TAHAP 2 BASIKAL
Ariana Dalilah Radha Liana Farid
AHAD
Salihin Siti Joseph Lucy Iman
Aizat Rahul Zizan Kencana
ISNIN
Omar Mey Mey Johan Aliya
Nani Wati Yassin Farid
SELASA
Suzy Lucy Jihan Iman
Farid Awie Amin Aizat
RABU
Iman Ariana Salihin Omar
John Lim Sarah TAKLIMAT
KHAMIS
Aliya Farid Siti PENGAWAS

Peringatan :

1. Semua pengawas perlu menjalankan tugas mengikut jadual yang telah ditetapkan.

2. Semua pengawas harus memberitahu kepada ahli yang lain sekiranya tidak dapat
bertugas pada hari yang telah ditetapkan.

a. Nyatakan tujuan utama pengawas sekolah dilantik ?

________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

( 2 markah )

b. Majlis perhimpunan pagi Ahad akan dikendalikan oleh _______________________

( 1 markah )

011 [Lihat halaman sebelah


SULIT
3
SULIT 011

c. Pada pendapat kamu, mengapakah ahli pengawas perlu memaklumkan kepada ahli
yang lain sekiranya mereka tidak dapat menjalankan tugas pada hari yang ditetapkan.

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
( 3 markah )

Soalan 24
Baca petikan cerita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Khadijah dan keluarganya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa


Kuching. Mereka menghantar abang Khadijah yang akan melanjutkan pelajaran
ke luar negara. Khadijah tertarik melihat para petugas di lapangan terbang itu.
Mereka kelihatan segak dalam pakaian uniform masing-masing, terutamanya
juruterbang.
Khadijah menyimpan cita-cita untuk menjadi juruterbang. Dia mahu
bertugas di awan biru dan menjelajah seluruh dunia. Dia sedar bahawa kerjaya
itu sangat mencabar. Rakan-rakannya pula mengejek Khadijah dan cuba
melemahkan semangatnya. Bagi mereka, kerjaya juruterbang hanya sesuai
untuk kaum lelaki. Namun begitu, Khadijah berazam untuk berusaha
mencapainya. Dia bersyukur kerana keluarganya banyak memberikan
sokongan. Sejak itu, Khadijah belajar dengan bersungguh-sungguh.
Selepas tamat sekolah menengah, Khadijah memohon untuk memasuki
akademi penerbangan. Khadijah sangat gembira apabila permohonannya
berjaya. Di akademi itu, Khadijah mengikuti kursus penerbangan dan menjalani
latihan selama tiga tahun. Hasil usaha gigihnya, Khadijah berjaya menamatkan
pengajian dengan cemerlang. Akhirnya, dia menerima tauliah sebagai
juruterbang.

011 [Lihat halaman sebelah


SULIT
4
SULIT 011

(a) Apakah faktor-faktor yang mendorong kejayaan Khadijah sebagai juruterbang ?

________________________________________________________________
________________________________________________________________
( 2 markah )

(b) Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) bagi pernyataan yang salah.

Khadijah berminat menjadi juruterbang setelah


melihat penampilan yang segak dalam pakaian
uniform mereka.

Khadijah mengikuti kursus penerbangan dan latihan


selama dua tahun dan menamatkan pengajiannya.

( 2 markah )

(c) Pada pendapat kamu, apakah pengajaran yang terdapat dalam cerita di atas ?

_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
( 3 markah )

011 [Lihat halaman sebelah


SULIT
5
SULIT 011
Soalan 25

Baca iklan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat yang lengkap.

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK


SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU

Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Sri Jaya, Sri Aman.


Tarikh : 18 Mei 2017
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Anjuran : Persatuan Bahasa Melayu dan PIBG Sekolah Kebangsaan Sri Jaya, Sri Aman

Tujuan : Mencungkil bakat murid sekolah dalam deklamasi sajak.

Kategori I : Terbuka ( berkumpulan tidak melebihi 3 orang )


Kategori II : Murid Tahap 1
Kategori III : Murid Tahap 2

Hadiah Pertama Setiap Kategori : RM 300 beserta sijil penyertaan


Hadiah Kedua Setiap Kategori : RM 200 beserta sijil penyertaan
Hadiah Ketiga Setiap Kategori : RM 100 beserta sijil penyertaan

Tiada yuran dikenakan

Sila daftarkan nama kepada Cikgu Farisha sebelum 25 April 2017.


Murid boleh mendapatkan tunjuk ajar dan nasihat daripada guru kelas masing-masing
mengikut kelas.

(a) Selain daripada PIBG Sekolah Kebangsaan Sri Jaya, pihak lain yang terlibat dengan
penganjuran “ Pertandingan Deklamasi Sajak Sempena Hari Guru” ialah ___________
_____________________________________________________________________
( 1 markah )

011 [Lihat halaman sebelah


SULIT
6
SULIT 011
(b) Matlamat “Pertandingan Deklamasi Sajak Sempena Hari Guru” adalah untuk
__________________________________________________________________
( 1 markah )

(c) Kamila ingin mendapatkan pandangan mengenai sajak yang ingin disampaikan pada
pertandingan tersebut. Kamila perlu ______________________________________
___________________________________________________________________
( 1 markah )

(d) Yusuf merupakan murid Tahun 2 manakala Kamal murid Tahun 4 sekolah tersebut dan
ingin turut serta dalam pertandingan ini dalam kategori terbuka. Adakah mereka layak ?
Berikan alasan anda yang sepatutnya bagi menyokong jawapan anda.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

( 3 markah )

KERTAS SOALAN TAMAT

011 [Lihat halaman sebelah


SULIT
7
SULIT 011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR ( AR 1) TAHUN 6, 2017


JAWAPAN : BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B :

21. (a) i – sambil


ii – lalu

(b) ii – melecet
iii – menyeberangi
iv – mengharumkan

(c) i - masih
ii – akan

22. (1) Mereka


(2) Kita
(3) Saya
(4) Kamu
(5) Kami

23. (a) Tujuan pengawas sekolah dilantik ialah untuk membantu semua guru.
(b) Ariana dan Salihin
(c) Pada pendapat saya, setiap ahli pengawas perlu memaklumkan kepada ahli yang lain
sekiranya mereka tidak dapat menjalankan tugas supaya ahli yang lain dapat
menggantikan tempat mereka. Selain itu, ia adalah untuk memudahkan ketua pengawas
mengagihkan tugasan baharu.

24. (a) Kejayaan Khadijah sebagai juruterbang didorong oleh sokongan daripada keluarga serta
kegigihannya belajar dan menjalani latihan.
(b) ( √ )
( x )
(c) Pada pendapat saya, pengajaran yang terdapat dalam cerita di atas ialah kita hendaklah
berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-cita dan jangan mudah terpengaruh atau
lemah semangat dengan ejekan orang lain.

25. (a) Persatuan Kelab Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Sri Jaya, Sri Aman.
(b) mencungkil bakat murid sekolah dalam deklamasi sajak.
(c) merujuk kepada guru kelas.
(d) Ya. Mereka layak menyertai pertandingan tersebut kerana mereka merupakan murid
Tahap 1 dan Tahap 2 di sekolah berkenaan. Tambahan pula pertandingan tersebut
terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan juga kategori berkumpulan.

011 [Lihat halaman sebelah


SULIT
8

You might also like