You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PBS

SMK KERATONG KALI PERTAMA TAHUN 2015


Tarikh : 2 FEBRUARI 2015
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, SMK Keratong
Masa : 2.00 pm – 4.00 petang

AGENDA:

1. Ucapan Aluan Pengerusi


2. Perlaksanaan Ujian Psikometrik
3. Perlaksanaan PBS
4. Perlaksanaan PT3
5. Hal-hal lain

KEHADIRAN:

1. En. Saudi Bin Jusoh - GPK Pentadbiran


2. En. Che Samsudin Bin Che Ismail - GPK HEM
3. Pn. Ba’inah Binti Surif - Ketua Bidang Kemanusiaan
4. Pn. Norhasimah Binti Hashim - Ketua Bidang VOTEK
5. Pn. Siti Noraisah binti Omar
6. Pn. Maznah binti Omar
7. Pn. Nor Hidayah Binti Mohd Ramdun
8. En. Khairan bin Abdul Ghani
9. Cik Nurulhuda binti Mohd Sukri
10. Pn. Nazwita binti Ali
11. En. Noorhisam Bin Abdullah
12. Pn. Noor Aisyah Binti Razali
13. Cik. Mimi Harlina Binti Isa
14. Cik. Noor Azlina Binti Othman
15. Pn. Nurani Binti Abdul Jalil
16. Pn. Norliza Binti Abdullah
17. En. Rosmedin Bin Abdullah
18. En. Syed Azrul Hisham Bin Syed Mohd Amin
19. En. Nurul Amin Bin Abdul Manan
20. En. Ahmad Hamidi Bin Salleh
21. En. Nik Noor Hishamul Hasniza
22. En. Norazimin Bin Abdul Aziz
23. En. Ahmad Bin Isa
24. En. Azman Bin Zulkifli
25. Cik. Nur Hidayah Binti Ariffin
26. Pn. Arni Diana Binti Rosly
27. Pn. Azizah Binti Jaafar
28. Pn. Maziah Binti Abdul Samad
29. Pn. Norhayati Binti Ismail
30. Pn. Suzana Binti Parainah
31. Pn. Zaniza Binti Daud
32. Cik. Nor Aisyah Binti Mohamed Said
33. Pn. Tg Suhashila Binti Tg Langjuna
34. Pn. Rohaslinda Binti Baharuddin
35. Pn. Siti Zarina Binti Mohd Taib
36. Pn. Nazihah Binti Safie
37. En. Mad Rosli Bin Hussain

1.0 Ucapan aluan Pengerusi

1.1 En. Saudi Bin Jusoh selaku pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru.
1.2 Pengerusi mengingatkan semua guru tentang penambahbaikan PBS yang telah
dibuat dan mesti dilaksanakan di sekolah.
Makluman

2.0 Perlaksanaan Ujian Psikometrik

2.1 Guru mengambil maklum dua jenis ujian psikometrik akan dijalankan iaitu ujian
tret personaliti (ITP)dan ujian inventori minat kerjaya (IMK).
2.2 Ujian ITP akan dijalankan pada 27 Mac manakala IMK akan dilaksanakan pada 3
April. Kedua-dua ujian ini akan diambil oleh pelajar tingkatan satu sahaja.
2.3 Guru mengambil maklum kertas soalan bagi kedua-dua jenis ujian ini akan
dikutip semula selepas tamat masa ujian.
2.4 Guru mengambil maklum kertas jawapan pelajar akan diperiksa, dinilai dan di
key in ke dalam sistem sebelum pentafsiran diberikan kepada pelajar.
Makluman

3.0 Perlaksanaan PBS

3.1 Puan Maznah Binti Omar mengingatkan semua guru tentang tiga pekara utama
yang terdapat di dalam penambahbaikan PBS yang telah dibuat dan mesti
dilaksanakan di sekolah.

3.2 Pn. Maznah Omar mengingatkan kembali bahawa setiap pelajar tingkatan 3 akan
menerima 4 jenis pelaporan pada hujung tahun nanti iaitu pelaporan pentaksiran
pusat, pelaporan pentaksiran sekolah, pelaporan pentaksiran psikometrik dan
pelaporan PAJSK.

3.3 Mesyuarat mengambil maklum bahawa semua guru mata pelajaran Pendidikan
Jasmani Dan Kesihatan ( PJK ) bagi tingkatan 1 hingga tingkatan 3 perlu
melaksanakan 2 kali ujian SEGAK iaitu pada penggal pertama dan kedua.
3.4 Bagi pentaksiran PAJSK, guru penasihat unit beruniform, kelab dan persatuan
diminta untuk melengkapkan buku Aktiviti Ko-Kurikulum pelajar. Borang
rumusan perjumpaan akan diedarkan kepada guru-guru untuk dilengkapkan.

3.5 Pn. Maznah mengingatkan semua guru untuk mengemaskini prestasi pelajar dii
dalam sistem PBS Offline serta salinan hardcopy yang ditampal pada bahagian
belakang buku rekod mengajar.

3.6 Guru mengambil maklum perlu mempunyai Panduan Perkembangan


Pembelajaran Murid ( PPPM ) dan menggunakannya di dalam PDP untuk menilai
pencapaian pelajar.

3.7 Guru mengambil maklum Bilik PBS mula beroperasi semula untuk menempatkan
semua bahan penulisan pelajar yang berkaitan dengan PBS seperti kajian kes
bagi mata pelajaran Geografi dan Sejarah. Semua skrip jawapan pelajar bagi
ujian bertulis PT3 juga akan dikumpulkan di situ bagi memudahkan pengendalian
dan pentadbiran PBS di peringkat sekolah.

Makluman

4.0 Perlaksanaan PT3

4.1 Pn. Nor Hidayah Binti Mohd Ramdun menerangkan secara umum jadual kerja
pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) untuk tahun ini

4.2 Mesyuarat mengambil maklum setiap guru yang terlibat dengan PT3 akan
diberikan surat lantikan dan perlu menandatangani surat Akta Rahsia Rasmi.

4.3 Segala dokumen pentaksiran PT3 akan disimpan di dalam almari berkunci yang
terdapat di Bilik PBS

4.4 Ahli mesyuarat bersetuju dengan ketetapan skrip jawapan pelajar PT3 tahun
2014 tidak akan dipulangkan kepada pelajar.
Makluman

5.0 Hal-hal lain

5.1 Guru yang menghadapi masalah untuk memuat turun modul perekodan
Perkembangan dan Pembelajaran murid boleh mendapatkannya daripada Puan
Maznah atau Pn. Nor Hidayah.
5.2 Pn. Maznah memaklumkan satu taklimat penyebaran PBS kepada ibu bapa
pelajar tingkatan 1 – 3 akan diadakan pada 13 Februari 2015.
Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh,
..............................
(PN. MAZNAH BINTI OMAR)
Setiausaha PBS
SMK Keratong

Disahkan oleh,
.........................................................
( AZMI BIN ABDUL RASHID )
Pengetua
SMK Keratong

You might also like