You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 31 Disember 2016

Hari : Sabtu

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Bilik Sains SK Lepar

Kehadiran :

1. Pn. Zaitom@Zaiton GPK Pentadbiran

2. En. Mohd Fikri Bin Mahmud Pengerusi

3. En. Wan Zul Fazli B Wan Ismail

4. Pn. Tuan Syuhada Binti Tuan Mohamad

5. En. Aminnudin Bin A.Aziz

6. Pn.Mazliza Bt Abd Mion

Tidak Hadir

-TIADA-

Urus Setia Mesyuarat :

1. En. Wan Zul Fazli B Wan Ismail Setiausaha Panitia Matematik

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru Matematik untuk menjayakan
mesyuarat kali pertama bagi sesi 2017.

1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan oleh
Jawatankuasa panitia Matematik bagi sesi 2016 yang lalu terutamanya sepanjang program
Peningkatan UPSR dan Sifar LINUS.

Tindakan: Makluman

2 UCAPAN PENASIHAT

1. Penasihat mengucapkankan terima kasih kepada guru-guru Matematik yang hadir ke


mesyuarat kali pertama.
2. Guru-guru dicadangkan supaya mengadakan aktiviti yang lebih kreatif semasa melaksanakan
Pdpc.

3. Penasihat memaklumkan murid-murid mesti menguasai fakta asas dengan baik.

Tindakan: Makluman

3 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS

1. Tiada

4 PERKARA BERBANGKIT

4.1. Tiada

5 PERLANTIKAN AJK

1. Semua guru mata pelajaran Matematik secara automatiknya dilantik sebagai AJK Panitia
Matematik.

2. Surat perlantikan akan diberi oleh setiausaha.

3. Semua guru Matematik perlu mengisi borang maklumat guru dan jadual waktu

persendirian untuk diserahkan kepada setiausaha.

6 LAPORAN UNIT

1. Laporan Kewangan

1. Jawatankuasa Kewangan akan memaklumkan berapa peruntukan dan bila peruntukan akan
diberi bila setelah dimaklumkan nanti. Guru-guru bagaimana pun boleh memohon untuk
pembelian barang melalui nota minta dan menyerahkannya kepada Setiausaha atau Ketua
Panitia. Ketua akan memanjangkannya kepada pihak pentadbir.

2. Nota minta haruslah lengkap dengan diskripsi barang, saiz, kuantiti, warna dan lain-lain.

3. Sebelum membuat pesanan, guru diminta memeriksa di bilik BBM untuk mengelakkan
pembelian BBM yang berulang dan membazir.

2. Laporan aktiviti 2015

1. Analisa PAT 2016

1. Peratusan kelulusan

Tahun 1 :

Tahun 2 :

Tahun 3 :

Tahun 4 :

Tahun 5 :
2. Semua guru Matematik diminta berbincang dalam aliran masing-masing untuk
mencari kelamahan dan kekuatan, mencari penyelesaian terbaik, berkongsi teknik
mengajar yang sesuai, teknik menjawab soalan dan penandaan kertas ujian.

3. Semua guru Matematik diharakan dapat meningkatkan prestasi murid-murid masing-


masing.

Tindakan : Makluman

2. Analisa LINUS NUMERASI 2016

6.2.2.1 Peratus murid melepasi Linus Numerasi

Tahun 1 :

Tahun 2 :

Tahun 3 :

3. Pemantauan

6.2.3.1 Pemantauan oleh Ketua Panitia Matematik akan dilaksanakan mengikut jadual.

Tindakan : Ketua Panitia dan guru-guru Matematik.

7 PERANCANGAN PANITIA BAGI TAHUN 2017

1. Guru-guru diberi borang perancangan dan diminta mencadangkan program serta masa
perlaksanaan dan tempoh. Program tahunan Panitia Matematik 2017 akan duputuskan
dalam mesyuarat Panitia yang kedua sebelum pertengahan Januari 2017.

7.1 Pengurusan Panitia

1. Guru-guru diminta menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan


Pengajajaran Harian selaras mengikut aliran, ditulis berpandukan takwim dana
kaedah yang telah ditetapkan.

2. Guru perlu memastikan sehingga minggu ke-6, murid telah mempunyai buku tulis
dan buku aktiviti. Buku latihan ini mesti disemak oleh guru.

3. Jadual penggubalan soalan

1.Telah disediakan, tetapi ada perubahan untuk beberapa Tahun dan akan
dikemaskini semula dan diedarkan dalam mesyuarat ke-2.

2. Hantar soalan untuk disemak oleh KP mengikut tarikh yang ditetapkan beserta
dengan skema pemarkahan.

3. Softcopy soalan hendaklah diserahkan di folder Bank Soalan Panitia.

4. Gambarajah hendaklah jelas.

4. Pencerapan

1. Tarikh pencerapan guru-guru yang terlibat akan dimaklumkan kemudian.


8 HAL-HAL LAIN

1. Panitia Matematik perlu bekerjasama dengan pihak pengurusan sekolah serta jawatankuasa
lain disekolah untuk terus meningkatkan prestasi pencapaian Matematik sekolah.

9 PENUTUP

1. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.15 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………… …………………………………………….

En. Wan Zul Fazli B Wan Ismail En. Mohd Fikri Bin Mahmud

Setiausaha Ketua Panitia

You might also like