You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA REKABENTUK DAN TEKNOLOGI

BIL 1/2018

TARIKH 02 FEBRUARI 2018

MASA : 1.15 TGH HINGGA 2.30 PTG

TEMPAT : BILIK MESYUARAT

PENGERUSI : EN. PIDZAL BIN YUSOF

AGENDA MESYUARAT:

1. Perutusan Pengerusi
2. Perutusan Penasihat
3. Buku Rancangan Mengajar, Rancangan Tahunan dan DSKP
4. Ujian Bulanan dan Pentaksiran
5. Laporan Kewangan
6. Perancangan Aktiviti Tahunan / Program Tahunan
7. Kemaskini Fail Panitia Rekabentuk dan Teknologi dan Maklumat Guru
8. Hal-hal lain

KEHADIRAN

1. Hj Adullah b Ab Razak (Guru Besar)


2. Pn. Hjh. Normah bt Abd Rahman (Penolong Kanan 1)
3. En. Pidzal b Yusof (Ketua Panitia)
4. En. Adnan b Mahmood (Setiausaha Panitia)

TIDAK HADIR :

Tiada

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru yang terlibat dengan matapelajaran


Rekabentuk dan Teknologi bagi tahun 2017.

2. PERUTUSAN PENASIHAT

2.1 Guru Besar mengingatkan kepentingan panitia untuk kecemerlangan sekolah dan
murid-murid. Pada tahun ini semua kelas terlibat dengan silibus Kurikulum Standard
Sekolah Rendah. Guru perlu beri perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah untuk kecemerlangan murid.
2.2 Guru-guru perlu mengajar mengikut topik dan berpandukan Rancangan Pengajaran
Tahunan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum. Beliau
mengingatkan guru-guru supaya menghabiskan semua tajuk bagi kelas yang diajar
untuk mengelakkan murid-murid dari ketinggalan.

Tindakan : Semua Guru RBT

3. BUKU RANCANGAN MENGAJAR, RANCANGAN TAHUNAN DAN DSKP

3.1 Semua guru yang mengajar RBT boleh menggunakan sama ada fail atau Buku Rekod
Mengajar mengikut kesesuaian. Semua maklumat dalam Buku Rekod Mengajar dan
Fail perlu dilengkapkan oleh guru-guru. Setiap guru-guru RBT juga perlu
menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan dan DSKP serta di masukkan didalam
fail Panitia RBT.
3.2 Cara menulis Rancangan Pengajaran Harian adalah seperti yang boleh diperolehi dari
Modul Pengajaran RBT bagi setiap tahun.

Tindakan: Semua Guru RBT

4. UJIAN BULANAN DAN PENTAKSIRAN

4.1 Panitia menetapkan bahawa ujian adalah berdasarkan jumlah yang ditetapkan oleh
pihak sekolah. Pentaksiran dijalankan sepanjang masa dan penghantaran template
adalah 3 kali setahun.

5. LAPORAN KEWANGAN

5.1 Peruntukan kewangan untuk Panitia RBT belum ditentukan lagi. Setiap pembelian
hendaklah melalui nota minta dan perlu dikemukakan kepada pihak sekolah untuk
diluluskan.

6. PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN

6.1 Keceriaan Bengkel RBT ( sepanjang masa )


6.2 Minggu RBT ( tarikh akan ditentukan kemudian )
6.3 Kebun sayur
6.4 Taman Herba
6.5 Pondok RBT
6.6 Lawatan ke UMK

7. KEMASKINI FAIL PANITIA

7.1 Kemaskini fail akan dilakukan sepanjang masa.


7.2 Fail perlu diletakkan di bilik mesyuarat untuk simpanan.
8. HAL-HAL LAIN

8.1 Buku log yang digunakan oleh murid tahun 4 boleh digunakan sehingga tahun 6
8.2 Semua pergerakan alatan dalam bengkel perlu direkodkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang

Disediakan oleh Disemak oleh

................................. .................................
En. Adnan b Mahmood En. Pidzal b Yusof
Setiausaha Panitia Rekabentuk dan Teknologi Ketua Panitia Rekabentuk dan Teknologi
SK Gong Bayor SK Gong Bayor

You might also like