You are on page 1of 12

SJK(T) LADANG HUNTLY,

34900 PANTAI REMIS,


PERAK DARUL RIDZUAN. KOD SEK.:ABD1078
“Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”

Kepada,

Guru Besar & Semua Guru,

Tuan/Puan,

MESYUARAT PANITIA PEMULIHAN KHAS BIL. 1/2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa sekolah kita akan mengadakan mesyuarat seperti di atas mengikut ketetapan
berikut.

Tarikh : 12.01.2017
Masa : 3.15ptg - 4.30ptg
Tempat : Pusat sumber sekolah

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:-

3.1 Ucapan Pengerusi


3.2 Ucapan Ketua Panitia
3.3 Pembentangan Minit Mesyuarat Lalu
3.4 Perkara-Perkara Berbangkit
3.5 Pemilihan AJK Baru
3.6 Analisis Pencapaian Murid Pemulihan Khas
3.7 Program Panitia Tahunan
3.8 Perbincangan Umum
3.9 Rancancangan Pengajaran Tahunan
3.10 Penggunaan ABM
3.11 LINUS
3.12 Program Peningkatan Akademik
3.13 Perancangan Kewangan
3.14 Hal-hal lain
3.15 Ucapan Penangguhan

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan diadahului dengan ucapan terima kasih

Sekian, terima kasih.

Yang menurut perintah,

................................................
(RUKUMANI A/P GOVAL)
KETUA PANITIA PEMULIHAN KHAS
SJK(T) LADANG HUNTLY, 34900 PANTAI REMIS,PERAK.
SENARAI/KEHADIRAN MESYUARAT

Mesyuarat : Panitia Pemulihan Khas


Tarikh & Hari : 12 Januari 2017 & Khamis
Masa : 3.15-4.30 petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Bil. Nama Guru Tahun Tandatangan

1. En.M.Kanavathy Guru Besar

2. Pn.T. Agnes Caroline Guru Penolong Kanan

3. En.J.Vinothanan Guru HEM

4. En.V.Sundaram Guru Koko & Guru BM Tahun 2

5. Pn.G.Rukumani KP Pemulihan Khas

6. Pn.V.Saraswathy Guru BM Tahun 3

7. Pn. M. Umahdewi Guru BM Tahun 1

8. Cik S.Sritha Guru MT Tahun 1

9. Pn.C.Parameswary Guru MT Tahun 2&3

10. Pn.S.Tharini

11. Pn.M.Sarojini

TIDAK HADIR

Bil. Nama Guru Tahun

1.

2.

Disediakan oleh,

................................................
(RUKUMANI A/P GOVAL)
KETUA PANITIA PEMULIHAN KHAS
Minit Mesyuarat Panitia Pemulihan Khas Bil.1 / 2017
SJK(T) Ladang Huntly, 34900 Pantai Remis,Perak.

Tarikh & Hari : 12 Januari 2017 & Khamis


Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Masa : 3.15 petang – 4.30 petang

Hadir:-
1. En. M.Kanavathy (Guru Besar)
2. Pn.T. Agnes Caroline (Guru Kanan Pentadbiran)
3. En.J.Vinothanan (GPK HEM)
4. En.V.Sundaram (Guru Ko-kurikulum)
5. Pn.G.Rukumani
6. Pn.V.Saraswathy
7. Pn. M. Umahdewi
8. Cik S.Sritha
9. Pn.C.Parameswary
10. Pn.S.Tharini
11. Pn.M.Sarojini
Tidak Hadir :
1. Tiada
Agenda Mesyuarat
1. Ucapan Pengerusi
1.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih atas
kehadiran pada mesyuarat kali pertama untuk sesi persekolahan 2017.
1.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada panitia kerana dapat menjalankan mesyuarat kali
pertama.
1.3 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua guru atas kejayaan dan
kecemerlangan pelaksanaan program pada tahun 2016.
1.4 Pengerusi mengucapkan syabas kepada semua guru yang terlibat, kerana telah
bertungkus lumus untuk mengurangkan bilangan murid LINUS khususnya memastikan
sifar murid LINUS yang belum menguasai K1 dan K2 dalam Kemahiran Literasi
LINUS2.0.
1.5 Semua mesyuarat panitia, termasuklah mesyuarat Program Pemulihan Khas, perlu
diseragamkan dengan mesyuarat Kurikulum iaitu dijalankan sekurang-kurangnya 4
kali setahun.
1.6 Pengerusi berharap agar mesyuarat kali ini dapat merancang program yang bersesuaian
bagi meningkatkan pencapaian murid Pemulihan Khas.
Tindakan : Semua guru
2. Ucapan Ketua Panitia
2.1 Ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dan mengalu-alukan kehadiran guru
untuk mesyuarat Panitia Pemulihan Khas kali pertama bagi tahun 2017.
2.2 Ketua Panitia mengucapkan tahniah kepada semua guru di atas kejayaan dan
kecemerlangan pelaksanaan program yang dirancang pada tahun 2016.
2.3 Diharap semua guru dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi untuk
pembangunan panitia.
2.4 Guru-guru diminta untuk mengambil inisiatif dan pendekatan untuk penguasaan 3M
murid memandangkan sekolah ini terletak di luar bandar.
2.5 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir ke
mesyuarat panitia kali pertama 2017.
Tindakan : Semua guru

3. Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas


3.1 Ketua Panitia membentangkan minit mesyuarat bil.4/2016 dan dicadangkan untuk
disahkan oleh Pn.M.Umahdewi dan disokong oleh En.J.Vinothanan

4. Perkara-perkara berbangkit

Tiada perkara berbangkit


5. Pemilihan AJK baru
5.1 Ketua Panitia membentangkan ahli jawatankuasa Panitia Pemulihan Khas untuk
sesi 2017.
5.2 Pemilihan AJK baru adalah seperti berikut :-
Pengerusi : En.M.Kanavathy (Guru Besar)
Ketua Panitia : Pn. G.Rukumani
AJK : Pn.V.Saraswathy ( Guru BM Tahun 3)
: Pn. M. Umahdewi ( Guru BM Tahun 1)
: Cik S.Sritha ( Guru MT Tahun 1)
: Pn.C.Parameswary (Guru MT Tahun 2&3)
: En.V.Sundaram(Guru BM Tahun 2)

Tindakan : Semua guru

6. Analisis Pencapaian Murid Kelas Pemulihan Khas


6.1 Pembentangan analisis pencapaian murid kelas pemulihan khas.
No Nama Murid Literasi (LBM) Numerasi

1. A.Yugenraj K3 – K 8 -

2. S. Komalavalli K9 – K12 K9 – K12

 Rujuk DPEM 2017

Tindakan : Guru Pemulihan Khas

6.2 Senarai Nama Murid Pemulihan Khas 2017


6.2.1 Ujian Saringan Pemulihan Khas menggunakan Instrumen Penentu
Penguasaan Membaca dan Menulis (IPP2M) Tahap 1 dan Tahap 2 untuk
mata pelajaran Bahasa Malaysia, dan Instrumen Kemahiran Asas
Matematik (IKAM) Tahap 1 dan Tahap 2 bagi mata pelajaran
Matematik.
Tindakan: Makluman
6.2.2 Berikut adalah senarai Murid Pemulihan Khas 2017 berdasarkan Ujian
Saringan Pemulihan Khas yang telah dilaksanakan pada 4 hingga 8
Januari 2017:
Bahasa Malaysia

Bil Nama Murid J Kelas Bangsa

1 A.Yugenraj L 2 I
2 S. Komalavalli P 3 I

Matematik

Bil Nama Murid J Kelas Bangsa

1 S. Komalavalli P 3 I

Tindakan: Makluman/Setiausaha
6.2.3 Berikut merupakan murid-murid yang baru melepasi ujian saringan dan
akan diberi bimbingan oleh Guru Pemulihan Khas dalam tempoh 2 – 3
bulan pertama bagi membantu murid-murid ini mengikut PdP aliran
perdana seperti biasa.

Bahasa Malaysia

Bil Nama Murid J Kelas Bangsa

1 Yeow Zhen Yee P 3 C


Matematik

Bil Nama Murid J Kelas Bangsa

1 A.Yugenraj L 2 I

Tindakan: Guru Pemulihan Khas, Guru Mata Pelajaran


7. Perancangan Tahunan Panitia 2017

Bil. Perkara Masa

1. Mesyuarat Jan-Nov

2. Pencalonan Murid Pemulihan Khas Mac

3. Ujian Saringan Pemulihan Khas Mac

4. Ujian Pelepasan April

5. Ujian Diagnostik May

6. Perjumpaan Tiga Penjuru June

7. Pengumpulan maklumat murid July

8. Saringan LINUS2.0 September

9. Program Harapan Jan-Nov

10. Program Minda Cergas Jan-Nov

.
Tindakan : Semua guru

8. Perbincangan Umum

8.1. Tanggungjawab Guru Pemulihan :

8.1.1 Mesyuarat Pengurusan Pemulihan Kebangsaan Bil 3/2010

8.1.2 Guru Pemulihan (GPM) akan mengajar murid Tahun 1 selepas Saringan 2
(walaubagaimanapun jika bilangan murid yang perlu dipulihkan sangat kurang atau
tidak ada guru boleh mengambil murid Tahun 1 lebih awal).

8.1.3 Jumlah murid dalam setiap P&P tidak lebih 15 orang. Sebaiknya 10 orang ke
bawah.
8.1.4 Guru Pemulihan akan mengajar pemulihan Tahun 1 selepas saringan 2 untuk

murid yang tidak menguasai BM dan MM.

8.1.5 Waktu mengajar GPM antara 900 min hingga 1020 min.

8.1.6 Linus BI akan melibatkan murid Tahun 4 pada Tahun 2016.

8.1.7 Linus BI akan dijalankan pada bulan Jun dan November.

8.1.7 Semua murid Tahun 4 dikehendaki menjalankan Saringan 1 dan hanya murid
yang tidak menguasai Linus BI baru menjalankan Saringan 2.

Tindakan: Makluman semua AJK

8.2 Tanggungjawab Guru Pemulihan Khas (LINUS) :


8.2.1 Mesyuarat Pengurusan Pemulihan Kebangsaan Bil 3/2011

8.2.2 Guru Pemulihan Khas (Linus) akan mengajar murid LINUS Tahun 1, 2 dan 3.

8.2.3 Jumlah murid Linus / Tegar dalam setiap P&P tidak lebih 15 orang. Sebaiknya

10 orang ke bawah.

8.2.4 Waktu mengajar antara 900 min hingga 1020 min.

8.2.5 Tetapi sekolah kita tidak mempunyai Guru Pemulihan Khas ( LINUS ) kerana

bilangan murid Linus tidak melebihi 15 orang.

8.2.6 Membantu mengurus saringan LINUS dan pelepasan pemulihan khas.

8.2.7 Bertanggung jawab menyelaras data pemulihan tahap 1 dan 2 bersama-sama.

Tindakan: Makluman semua AJK


8.3 Program Pemulihan Khas tidak boleh ditutup tanpa kebenaran Tuan
Pengarah Pelajaran Perak.
8.3.1 Surat kebenaran secara bertulis perlu diperolehi sebelum menutup program ini.

8.3.2 Istilah penutupan program Pemulihan Khas termasuklah menjadikan Guru


Pemulihan sebagai guru ganti.

8.3.3 Guru Pemulihan dan Guru Pemulihan Khas (LINUS) boleh menjadi guru ganti
hanya pada waktu free mengikut jadual waktu guru.

8.3.4 Status Guru Pemulihan dan Guru Pemulihan Khas (LINUS) di Data EMIS adalah
di luar norma (GPM).

8.3.5 Guru Pemulihan dan Guru Pemulihan Khas LINUS tidak dibenarkan mengajar
di arus perdana atau prasekolah.

8.3.6 Guru Pemulihan Khas dan Guru Pemulihan tidak diberikan jawatan penting
seperti S/U peperiksaan, S/U sukan, guru data dan ketua panitia.

Tindakan : Makluman semua AJK

8.4 Penggunaan Modul LINUS dan Instrumen IPP2M dan IKAM

8.4.1 Pengajaran berpandukan pada Modul LINUS yang dibekalkan. Namun modul-
modul lain boleh digunakan mengikut budi bicara guru untuk penambahbaikan.

8.4.2 Pemulihan murid tahap 2 hendaklah menggunakan Instrumen IPP2M dan IKAM
tahap 2 yang dibekalkan.

8.4.3 Instrumen IPP2M dan IKAM tahap 1 boleh digunakan sebagai instrumen
tambahan untuk menguji murid LINUS.

8.4.4 Guru Pemulihan dan Guru Pemulihan Khas (LINUS) hendaklah menjalankan
ujian diagnostik sebelum merancang P&P untuk murid.
8.4.5 Murid-murid Pemulihan yang mempunyai ciri-ciri murid berkeperluan khas
hendaklah menjalani saringan mengikut instrumen yang disediakan (Instrumen
Saringan Pengesanan Murid Berkeperluan Khas dan Instrumen Senarai Semak
Disleksia (ISD) ). Bagi murid Tahun 1 saringan boleh dibuat selepas mereka
gagal saringan ketiga LINUS.

8.4.6 Plan tindakan pengesahan doktor / perubatan (rujuk bahan dalam CD yang
diberikan).

Tindakan : Makluman semua AJK

9. Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) :


9.1 Tahap 1 mengikut sukatan pelajaran LINUS.

9.2 Tahap 2 mengikut kemahiran dalam Pemulihan Khas.

9.3 Guru digalakkan menggunakan Bahasa Melayu / Bahasa Ibunda untuk penulisan
buku rekod mengajar dalam P&P Matematik.

Tindakan : Makluman semua AJK

10. Penggunaan ABM semasa P&P


10.1 Alat Bantu Mengajar (ABM) yang diusahakan oleh M3P (Kamus LINUS dan
Sifira) boleh digunakan dalam Program Pemulihan Khas / LINUS / Prasekolah.
10.2 Sekolah digalakkan membeli ABM tersebut dengan menggunakan peruntukan
PCG Tahun 2016 (matapelajaran Bahasa Melayu / Matematik).
Tindakan : Makluman semua AJK
11. LINUS

11.1 Murid tahun 2 dan 3 yang tidak dapat melepasi saringan perlu dilatih dan diberi
perhatian khusus supaya dapat lulus saringan LINUS Bahasa Inggeris akan datang.

11.2 Guru yang mengajar kelas murid LINUS perlu meningkatkan usaha dan
mengubahsuai strategi pengajaran untuk membantu murid berkenaan melepasi saringan
seterunya.

11.3 Guru-guru juga disaran untuk menggunakan instrumen tahun-tahun sebelumnya yang
telah diberikan dan digalakkan melatih murid selepas waktu sekolah.

Tindakan : Semua guru

12. Perancangan Kewangan Panitia 2017


12.1 Peruntukan kewangan bagi pemulihan khas masih mengikut pekeliling di mana
peruntukan boleh diambil daripada peruntukan kewangan Bahasa Melayu, Matematik dan
Kaunseling.
12.2 Semua guru disaran supaya mengamalkan perbelanjaan berhemat dan bersesuaian
dengan jumlah peruntukkan.
Tindakan : Semua guru
13. Program Peningkatan Akademik
13.1 Rujuk lampiran

14. Hal-hal Lain


Tiada hal-hal lain dibincangkan.

15. Ucapan Penangguhan


15.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih sekali lagi di atas kehadiran dan
penglibatan semua AJK dalam menyuarat panitia kali ini.
15.2 Ketua Panitia berharap agar semua guru dapat memberikan kerjasama yang
sepenuhnya untuk program yang dirancang pada tahun ini dengan jayanya.
15.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.
Tindakan : Semua guru
Disediakan oleh , Disahkan oleh,
_________________________ __________________________
(RUKUMANI A/P GOVAL) (EN.M.KANAVATHY )
KETUA PANITIA PEMULIHAN KHAS GURU BESAR

You might also like