You are on page 1of 7

SJK(T) LADANG HUNTLY,

34900 PANTAI REMIS,


PERAK DARUL RIDZUAN. KOD SEK.:ABD1078
“Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”

Kepada,

Guru Besar & Semua Guru,

Tuan/Puan,

MESYUARAT PANITIA PEMULIHAN KHAS BIL. 3/2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa sekolah kita akan mengadakan mesyuarat seperti di atas mengikut ketetapan
berikut.

Tarikh : 14.06.2017
Masa : 3.15ptg - 4.30ptg
Tempat : Pusat sumber sekolah

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:-

3.1 Ucapan Pengerusi


3.2 Ucapan Ketua Panitia
3.3 Pembentangan Minit Mesyuarat Lalu
3.4 Perkara-Perkara Berbangkit
3.5 Laporan Murid Kelas Pemulihan Khas
3.6 Bilik Pemulihan Khas
3.7 Pencalonan Pelajar Tahun 1 ke Kelas Pemulihan Khas
3.8 Hal-Hal Lain
3.9 Ucapan Penangguhan

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan diadahului dengan ucapan terima kasih

Sekian, terima kasih.

Yang menurut perintah,

................................................
(RUKUMANI A/P GOVAL)
KETUA PANITIA PEMULIHAN KHAS
SJK(T) LADANG HUNTLY, 34900 PANTAI REMIS,PERAK.
SENARAI/KEHADIRAN MESYUARAT

Mesyuarat : Panitia Pemulihan Khas


Tarikh & Hari : 14 Jun 2017 & Rabu
Masa : 3.15-4.30 petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Bil. Nama Guru Tahun Tandatangan

1. En.M.Kanavathy Guru Besar

2. Pn.T. Agnes Caroline Guru Penolong Kanan

3. En.J.Vinothanan Guru HEM

4. En.V.Sundaram Guru Koko & Guru BM Tahun 2

5. Pn.G.Rukumani KP Pemulihan Khas

6. Pn.V.Saraswathy Guru BM Tahun 3

7. Pn. M. Umahdewi Guru BM Tahun 1

8. Cik S.Sritha Guru MT Tahun 1

9. Pn.C.Parameswary Guru MT Tahun 2&3

10. Pn.S.Tharini

11. Pn.M.Sarojini

TIDAK HADIR

Bil. Nama Guru Tahun

1.

2.

Disediakan oleh,

................................................
(RUKUMANI A/P GOVAL)
KETUA PANITIA PEMULIHAN KHAS
Minit Mesyuarat Panitia Pemulihan Khas Bil.3 / 2017
SJK(T) Ladang Huntly, 34900 Pantai Remis,Perak.
Tarikh & Hari : 14.06.2017 & Rabu
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Masa : 3.15 petang – 4.30 petang

Hadir:-
1. En. M.Kanavathy (Guru Besar)
2. Pn.T. Agnes Caroline (Guru Kanan Pentadbiran)
3. En.J.Vinothanan (GPK HEM)
4. En.V.Sundaram (Guru Ko-kurikulum)
5. Pn.G.Rukumani
6. Pn.V.Saraswathy
7. Pn. M. Umahdewi
8. Cik S.Sritha
9. Pn.C.Parameswary
10. Pn.S.Tharini
11. Pn.M.Sarojini
Tidak Hadir :
1. Tiada
Agenda Mesyuarat
1. Ucapan Pengerusi

1.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih atas
kehadiran pada mesyuarat kali ketiga untuk sesi persekolahan 2017.
1.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada panitia kerana dapat menjalankan mesyuarat kali
ketiga.
1.3 Program pemulihan khas adalah satu cabang pendidikan khusus bagi mengatasi serba
sedikit tentang masalah pendidikan yang timbul pada masa kini, khasnya bagi kanak-
kanak yang nyata sekali menghadapi masalah pembelajaran serta tercicir dan
ketinggalan dalam alam pendidikan jika dibandingkan dengan tingkat kebolehan
lahiriah mereka.
1.4 Pengerusi menjelaskan bahawa peruntukan kewangan boleh digunakan dengan mengisi
nota minta untuk barang yang diperlukan.
1.5 Guru diminta untuk beri insentif kepada murid yang membuat anjakan prestasi.

Tindakan: Makluman semua AJK


2. Ucapan Ketua Panitia
2.1 Ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dan mengalu-alukan kehadiran guru
untuk mesyuarat Panitia Pemulihan Khas kali ketiga bagi tahun 2017.
2.2 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir ke
mesyuarat panitia kali ketiga 2017.
2.3 Guru mata pelajaran perlu mengenal pasti murid-murid yang mengikuti Program
Pemulihan Khas agar pemulihan di dalam kelas dapat dilaksanakan untuk murid
tersebut.
2.4 Murid Pemulihan Khas mesti diberi tempat duduk di hadapan kelas.
2.5 Sekiranya terdapat murid baru yang perlukan bimbingan Guru Pemulihan Khas, sila isi
borang pencalonan Program Pemulihan Khas.
Tindakan : Semua guru

3. Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas


3.1 Ketua Panitia membentangkan minit mesyuarat bil.2/2017 dan dicadangkan untuk
disahkan oleh Cik S.Sritha dan disokong oleh Pn. S.Tharini.
Tindakan: Makluman semua AJK

4. Perkara-perkara berbangkit

Tiada perkara berbangkit

5. Laporan Murid Pemulihan Khas


5.1 Guru pemulihan memaklumkan bahawa murid yang terlibat dengan pemulihan
seramai 2 orang. Seorang murid tahun 3 iaitu S.Komalavalli dan murid tahun 2,
A.Yugenraj.
5.2 . Mereka memerlukan bimbingn secara individu kerana masih berada di
tahap sederhana.
5.3 Guru pemulihan mengharapkan agar usaha dan bimbingan berterusan akan
dapat membantu murid-murid tersebut menguasai kemahiran 3M yang
ditetapkan dan melepasi tahap pencapaian yang ditentukan.
Tindakan: Makluman semua AJK

6. Bilik Pemulihan Khas


6.1 Keadaan persekitaran bilik pemulihan khas sedang dikemaskini, diceriakan dan
sesuai untuk pembelajaran murid.
6.2 Perabot dan peralatan yang tidak diperlukan dan tidak sesuai akan dikeluarkan dari
bilik pemulihan khas.
6.3 Sudut-sudut pembelajaran yang interaktif dan kondusif akan diwujudkan bagi
membangkitkan semangat murid-murid pemulihan untuk datang ke kelas
seterusnya sebagai pemangkin kepada murid untuk belajar dengan baik.
Tindakan: Makluman semua AJK

7. Pencalonan Pelajar Tahun 1 ke Kelas Pemulihan Khas


7.1 Guru Pemulihan akan mengajar murid Tahun 1 kerana bilangan murid yang perlu
dipulihkan sangat kurang dan boleh mengambil murid Tahun 1 lebih awal.
7.2 2 orang murid telah dicalonkan untuk mengikuti kelas pemulihan khas.
i) S. Kasvina (masih belum mengenal huruf)
ii) S. Subhashini ( belum menguasai suku kata)
Tindakan: Makluman semua AJK

8. Hal-hal Lain
Tiada hal-hal lain dibincangkan.

9. Ucapan Penangguhan
9.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih sekali lagi di atas kehadiran dan
penglibatan semua AJK dalam menyuarat panitia kali ini.
9.2 Ketua Panitia berharap agar semua guru dapat memberikan kerjasama yang
sepenuhnya untuk program yang dirancang pada tahun ini dengan jayanya.
9.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.
Tindakan : Semua guru

Disediakan oleh , Disahkan oleh,


_________________________ __________________________
(RUKUMANI A/P GOVAL) (EN.M.KANAVATHY )
KETUA PANITIA PEMULIHAN KHAS GURU BESAR

You might also like