You are on page 1of 8

SK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA

47810 PETALING JAYA


SELANGOR

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KIDZANIA,
KUALA LUMPUR BAWAH PROGRAM ADIWIRA
“ROAD TO KIDZANIA”

TARIKH :
1 MAC 2018 (KHAMIS)

ANJURAN :
PPD PETALING UTAMA
JPN SELANGOR
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 11, KOTA DAMANSARA
JALAN KENYALANG 11/2, 47810 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KIDZANIA,


KUALA LUMPUR
BAWAH PROGRAM ADIWIRA “ROAD TO KIDZANIA”

1. PENDAHULUAN
Program Adiwira “Road To Kidzania” merupakan satu aktivti yang dianjurkan oleh
Kidzania. Program ini dapat memberi pendedahan kepada murid terutamanya
berkaitan dunia kerjaya, di samping menerapkan ciri-ciri Murid Sahsiah
Terbilang. Sehubungan dengan itu, Kidzania dengan kerjasama Jabatan
Pendidikan Negeri Selangor melalui Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama
serta Unit Kokurikulum SK Seksyen 11 Kota Damansara akan menyertai program
ini sebagai pemangkin dalam membina pelajar yang berfikiran secara kritis,
kreatif dan inovasi, sejajar dengan pembelajaran abad ke-21.

2. RASIONAL
Program lawatan sambil belajar ke Kidzania, Kuala Lumpur ini bertujuan untuk
melahirkan ikon murid yang mempunyai ciri-ciri ketrampilan, bijak mengurus
kewangan, mempunyai minda yang cerdas, mahir berkomunikasi dan berakhlak
mulia. Selain itu, program ini selari dengan enam aspirasi murid dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pembelajaran di luar bilik
darjah adalah satu daripada pendekatan yang sangat berkesan terutamanya
untuk memupuk kemahiran berkomunikasi atau bersosial dalam kalangan
murid.
3. MATLAMAT
Lawatan sambil belajar ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan
kepada murid terutamanya berkaitan dunia kerjaya, di samping menerapkan ciri-
ciri Murid Sahsiah Terbilang.

4. OBJEKTIF
4.1 Mengenal pasti dan memahami pelbagai peranan kerjaya yang dimainkan.
4.2 Memperoleh pemahaman secara visual, kesedaran ruang, auditori dan
kinestatik daripada pelbagai situasi dan keadaan.
4.3 Membina kemahiran psikomotor, kognitif, sosial dan emosi untuk
mempertingkatkan penguasaan bahasa melalui kepelbagaian bentuk
pembelajaran interaktif.

5. KUMPULAN SASARAN
Terdiri daripada 110 orang murid PPKI dan tahun 3, 4, 5 dan 6.
Tahun 3 - 20 orang
Tahun 4 - 20 orang
Tahun 5 - 20 orang
Tahun 6 - 20 orang
PPKI - 30 orang

6. PELAKSANAAN
Tempat yang akan dilawati:
Tarikh Lawatan Nama & Alamat
Nama Tempat
Dari Hingga Tempat Penginapan
KIDZANIA, 1 MAC 2018 Curve NX, No. 18,
KUALA 08.00 5.00 Jalan PJU7/5,
LUMPUR Pagi petang Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia

7. METODOLOGI/ KAEDAH
7.1 Program lawatan sambil belajar ke Kidzania ini menggunakan beberapa
kaedah seperti main peranan, ‘Hands-on, Minds-on & Hearts-on’, eksplorasi
dan permainan stesen.
8. JAWATANKUASA PELAKSANA

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE KIDZANIA, KUALA LUMPUR
BAWAH PROGRAM ADIWIRA SELANGOR “ROAD TO KIDZANIA”

PENAUNG
Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Utama (PPD)

PENASIHAT
Puan Maimoon binti Dusa
(Guru Besar SK Seksyen 11 Kota Damansara)

PENGERUSI
Encik Fuad bin Abdullah
(Penolong Kanan Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI
Encik Khairulrizal bin Hashim (PK Kokurikulum)
Datin Jayanthi A/P Devan (PK Hal Ehwal Murid)
Puan Nor Zalia binti Omar (PK Petang)
Encik Abdul Aziz bin Abu Bakar (PK PPKI)

PENYELARAS/SETIAUSAHA
Puan Nur Syuhada Binti Abdul Rasid

BENDAHARI
Puan Fauziah bt Noor

AJK
Puan Norhasanah bt Ramlee - PPKI
Encik Aziz bin Jaafar – Penyelaras Tahun 3
Encik Mohd Rizal bin Abdullah – Penyelaras tahun 4
Encik Mohamad Quzaini bin Hassan – Penyelaras Tahun 5
Puan Saidawiyah Kaseri bt Mohd Kasmuri – Penyelaras Tahun 6
9. TENTATIF/ ATUR CARA LAWATAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KIDZANIA, KUALA LUMPUR


BAWAH PROGRAM ADIWIRA “ROAD TO KIDZANIA”

TARIKH : 1 MAC 2018


HARI : KHAMIS
MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG

TENTATIF/ ATUR CARA LAWATAN

07.30 pagi : Murid dan guru berkumpul di sekolah


08.15 pagi : Bertolak ke Kidzania
09.00 pagi : Tiba di Kidzania dan pendaftaran
10.00 pagi : ‘Ice Breaking’
: Taklimat
: Aktiviti Role Play
: Work Book
: Makan tengah hari
1.00 petang : Sambung Aktiviti Role Play
4.00 petang : Program tamat
(Berkumpul dan bertolak pulang ke sekolah semula)
5.00 petang : Tiba di sekolah
10. KEWANGAN (PENDAPATAN/ ANGGARAN PERBELANJAAN)
10.1 Kutipan dan perbelanjaan atas seorang murid
Kutipan
Bil. Perkara Jumlah (RM)
1. Kutipan daripada ibu bapa/ penjaga RM 70.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 70.00

Perbelanjaan Murid Tahun 3,4,5, dan 6


Bil. Perkara Harga Seorang Jumlah (RM)
1. Pakej Program RM55 RM 55.00
2. Pengangkutan Bas RM15 RM 15.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 70.00

Perbelanjaan Murid PPKI


Bil. Perkara Harga Seorang Jumlah (RM)
1. Pakej Program RM60 RM 60.00
2. Pengangkutan Bas RM10 RM 10.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 70.00

10.2 Anggaran Perbelanjaan Keseluruhan


Bil. Perkara Perbelanjaan Bil. Murid Jumlah (RM)
(RM)
1. Pakej program normal yang
ditawarkan oleh Kidzania:
 Program Adiwira “Road
To Kidzania” RM55.00 x 80
55.00 80
 Makan tengah hari = RM 4400.00
 Bayaran masuk / Sijil /
Cenderamata
 Modul aktiviti
Pakej program PPKI yang
ditawarkan oleh Kidzania:
 Program Adiwira “Road
To Kidzania” RM60.00 x 30
60.00 30
 Makan tengah hari = RM 1800.00
 Bayaran masuk / Sijil /
Cenderamata
 Modul aktiviti
2. Pengangkutan
(Sewa Bas Persiaran)
BAS A RM 12.50 40 RM 12.50 x 40
= RM 500.00

BAS B RM 12.50 40 RM 12.50 x 40


= RM 500.00

BAS C (PPKI) RM 12.50 40 RM 12.50 x 40


Murid – 30 = RM 500
Guru - 10
JUMLAH KESELURUHAN RM 7700.00

11. SUMBER KEWANGAN/ PERUNTUKAN


11.1 Kutipan daripada murid – RM70.00 x 110 orang = RM 7700.00
11.2 Tiada punca kutipan lain.
11.3 Jumlah keseluruhan = RM 7700.00
12. PENUTUP
Diharap agar program lawatan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya supaya
dapat memberi pendedahan kepada murid berkaitan dunia kerjaya, di samping
menerapkan ciri-ciri Murid Sahsiah Terbilang. Sehubungan dengan itu, Unit
Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Seksyen 11 Kota Damansara berharap agar
semua pihak dapat memberi sokongan dan kerjasama dalam menjayakan
program ini.

Disediakan oleh:

........................................................
(NUR SYUHADA BINTI ABDUL RASID)
Pengelola Lawatan
SK Seksyen 11 Kota Damansara

Disemak oleh:

............................................
(KHAIRULRIZAL BIN HASHIM)
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Seksyen 11 Kota Damansara.

Disahkan oleh:

....................................
(MAIMOON BINTI DUSA)
Guru Besar
SK Seksyen 11 Kota Damansara.

You might also like