You are on page 1of 4

1

SEKOLAH KEBANGSAAN BANGI


JALAN AMAN 10, 43000 KAJANG, SELANGOR.

MINIT MESYUARAT UNIT DISIPLIN


BILANGAN 1 TAHUN 2017

Tarikh : 16 Januari 2017 (Isnin)


Tempat : Bilik Wawasan
Masa : 2.00 petang
Kehadiran :

Bil. Nama Jawatan

1. Pn Nasiah Binti Ayob - GPK HEM


2. En. Mahadi Bin Abu Bakar - Setiausaha Unit Disiplin
3. Pn. Elyana Binti Kamaruzaman - Naib Setiausaha Unit Disiplin
4. Pn. Azila Binti Abdullah - Guru Bimbingan dan Kauseling
5. Pn. Yusniza Binti Yusof
6. Pn. Nurbaiti Binti Ismail
7. Pn. Yusfazura Binti Yusoff
8. En. Muhammad Salleh Bin Amat Misra

AJK yang tidak hadir dan bersebab:

1. Pn. Norhidayati Binti Marwan


2. Pn. Shahanim Binti Said

Urus Setia Mesyuarat:


1. En. Mahadi bin Abu Bakar Setiausaha Unit Disiplin
2. Pn. Elyana bt Kamaruzaman Naib Setiausaha Unit Disiplin

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.


1.2 Mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua AJK Unit Disiplin.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Pengesahan Minit Mesyuarat Unit Disiplin Bil 3/ 2016


Cadangan : En. Muhammad Salleh bin Amat Misra
Sokongan : Pn. Nurbaiti bt Ismail

*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAMBILANGAN 2 TAHUN 1991


PANDUAN PENGURUSAN MESYUARATDAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASAKERAJAAN
2

3. PERKARA - PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara berbangkit

4. PERKARA-PERKARA BAHARU /LAPORAN

4.1 PEMBENTANGAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

Pengerusi memaklumkan :

4.1.1 Penambahbaikan dalam SSDM V2 –Guru-guru perlu melaporkan amalan-


amalan baik yang ditunjukkan oleh murid ke dalam sistem SSDM V2 ini, beri
status sahsiah terpuji, amat baik atau baik.Murid-murid yang menyerlah
amalan baik dan bersahsiah tinggi akan diberikan ganjaran atau sijil pada
akhir tahun.Contoh amalan-amalan yang boleh dilaporkan ialah membantu
guru,melaporkan salah laku orang lain,mengemas bilik-bilik khas dan terlibat
dengan program gotong-royong

4.1.2 Penetapan sekolah telah dibuat iaitu Pelaporan salah laku murid akan dibuat
oleh Unit Disiplin manakala Pelaporan amalan baik boleh dibuat oleh
guru-guru.id bagi SSDM ialah BBA4018 manakala password nya ialah
DISPBBA4018.

4.1.3 Semua guru perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada murid-murid segala
peraturan yang hendak dikuatkuasakan.
Makluman: Semua Guru
4.1.4 Beberapa pembetulan perlu dibuat di dalam Buku Panduan Peraturan Sekolah.
Antaranya pembetulannya ialah:
i. Waktu persekolahan (muka surat 6 dan 7)
ii. Waktu Perhimpunan (muka surat 8)
iii. Kedudukan Lencana Sekolah (muka surat 13)
iv. Gambar Pakaian Seragam Sekolah (muka surat 12)
v. Pakaian Pengawas PSS (muka surat 9)
vi. Pakaian Murid Pada Hari Jumaat (muka surat 10)
Tindakan: Unit Disiplin

4.1.5 Penetapan pakaian uniform yang lengkap wajib dipakai oleh semua murid pada hari Isnin
(Perhimpunan Rasmi). Manakala pada hari Selasa hingga Jumaat, murid dibenarkan
memakai t-shirt sekolah jika terdapat subjek Pendidikan Jasmani pada hari tersebut. Pada
hari Rabu murid-murid tahap 2 digalakkan untuk memakai baju unit beruniform atau t-
shirt kokurikulum dengan seluar sekolah.

4.1.6 Tindakan perlu diambil kepada murid-murid yang hadir lewat. Surat amaran pertama akan
diberikan kepada ibubapa atau penjaga jika murid tersebut hadir lewat sebanyak tiga kali

*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAMBILANGAN 2 TAHUN 1991


PANDUAN PENGURUSAN MESYUARATDAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASAKERAJAAN
3

berturut-turut. Amaran kedua pula akan diberikan sekiranya murid tersebut hadir lewat tiga
kali (tidak berturut-berturut) dalam seminggu.

4.1.7 Setiap kelas akan dibekalkan dengan Buku Rekod Disiplin Kelas. Sebarang salah laku
disiplin hendaklah dicatat dalam buku tersebut.
Makluman: Semua Guru

4.1.8 Laluan selepas waktu perhimpunan telah ditetapkan iaitu murid tahap 1 berjalan dalam
satu barisan mengikut laluan tepi sebelah Bilik Bimbingan dan Kaunseling.Manakala
murid Tahap 2 mengikut laluan tengah berdekatan dengan Kedai Buku.
Tindakan: Guru bertugas mingguan

4.2 PEMBENTANGAN PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN 2017

4.2.1. Encik Mahadi bin Abu Bakar membentangkan senarai aktiviti yang akan
dilaksanakan pada tahun 2017 di bawah Unit Disiplin (rujuk bahagian Lampiran).

5. HAL-HAL LAIN

5.1 GPK HEM mencadangkan guru kelas melantik seorang murid untuk
Program Ejen Cilik dan identiti mereka dirahsiakan.
Tindakan: Unit Pengawas dan Guru Kelas

5.2 Puan Azila memberi penerangan bagi Progam Love SKB (3S) di mana program
tersebut objektifnya sama dengan Program Guru Penyayang. Program ini bertujuan
untuk meningkatkan peratus kehadiran murid.

5.3 Puan Sarimah mencadangkan guru yang bertugas menyambut murid yang
datang awal diberi ganjaran pada hari-hari yang terpilih sebagai kejutan kepada
murid tersebut.

5.4 Puan Azila mencadangkan Program Best Attendance Award (BESTAA)


dilaksanakan bagi meningkatkan peratus kehadiran murid mengikut kelas
bagi setiap bulan. Keputusan dipaparkan pada papan kenyaatan bagi memberi
perangsang kepada murid-murid untuk sentiasa hadir ke sekolah.
Tindakan: Unit Bimbingan dan Kauseling

5.5 GPK HEM memaklumkan bahawa satu bengkel akan diadakan untuk semua
guru bagi mewujudkan guru-guru yang prihatin tentang keperluan murid.
Makluman: Semua Guru

5.6 GPK HEM dan AJK Unit Disiplin telah menetapkan 'spotcheck' akan dilakukan
sekali sebulan untuk satu kesalahan.
*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAMBILANGAN 2 TAHUN 1991
PANDUAN PENGURUSAN MESYUARATDAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASAKERAJAAN
4

Tindakan: Unit Disiplin

6 PENUTUP
6.1 Pengerusi meminta semua AJK sentiasa bersemangat dan melaksanakan
tanggungjawab sebaik yang mungkin demi meningkatkan prestasi kerja masing-
masing ke arah yang lebih cemerlang.

Mesyuarat ditangguhkan tepat jam 4.30 petang.

Urus Setia
Unit Disiplin
SK Bangi
21 Januari 2017

*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAMBILANGAN 2 TAHUN 1991


PANDUAN PENGURUSAN MESYUARATDAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASAKERAJAAN

You might also like