You are on page 1of 3

TUGASAN 1

Pendidikan merupakan satu hak kepada murid serta ia merupakan keperluan kepada
setiap murid di Malaysia. Pendidikan perlu diberikan kepada semua orang tanpa mengira
bangsa, kaum dan agama. Di dalam dunia globalisasi ini, tanggungjawab mendidik kanak-
kanak tidak seharusnya dikaitkan dengan isu kewarganegaraan (Tan Sri Razali Ismail
(2018). Selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), semua kanak-
kanak tanpa mengira kewarganegaraan mereka, mempunyai hak untuk mendapat
pendidikan rendah yang wajib dan percuma. Kerajaan perlu melaksanakan hak ini dengan
sewajarnya. Pendidikan Inklusif merupakan salah satu langkah yang dilaksanakan oleh
kerajaan untuk membenarkan pembelajaran murid Pendidikan Khas menjadi lebih berkualiti.
Menurut Naim(1997) dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya
adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa,
supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal
seperti murid-murid lain tanpa mengira status. Oleh itu, bagaimanakah pendidikan inklusif
dapat dijalankan secara efektif untuk meningkatkan lagi perkembangan menyeluruh murid
berkeperluan khas?

Terdapat pelbagai langkah atau usaha yang telah dilakukan supaya pendidikan
inklusif dapat dijalankan secara efektif untuk meningkatkan lagi perkembangan menyeluruh
murid berkeperluan khas. Usaha yang boleh dilakukan ialah kolaborasi antara guru kelas
inklusif dan guru resos. Guru resos atau pun dikenali juga dengan guru pendamping
merupakan guru pendidikan khas yang terlatih untuk mengajar murid pendidikan khas ini.
Guru pendamping adalah guru yang memiliki pengetahuan dan kepakaran dalam bidang
murid pendidikan khas yang membantu atau bekerjasama dengan guru sekolah arus
perdana dalam menciptakan pembelajaran yang inklusif (Yuwano Joko,2007). Guru resos
seharusnya membantu guru kelas inklusif ini kerana guru resos mempunyai kepakaran
dalam menguruskan murid-murid pendidikan khas dan telah dilatih secara khusus untuk
menghadapi segaja jenis masalah yang ditimbulkan oleh murid-murid pendidikan khas ini
semasa mereka berada di kelas inklusif. Guru resos dan guru kelas perlulah berkerjasama
dalam menyedarkan masyarakat bahawa murid bekeperluan khas ini boleh meminimakan
ketidakupayaan mereka bertepatan dengan matlamat Program Pendidikan Inklusif (PPI)
yang ingin memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi murid
berkeperluan khas dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika
diberi peluang yang sama. Guru resos perlu berkongsi segala jenis kepakaran beliau untuk
mengubahsuai alat bantu mengajar (ABM) untuk disesuaikan dengan murid berkeperluan
khas supaya guru kelas dapat meningkatkan perkembangan murid berkeperluan khas
secara menyeluruh di kelas inklusif.
Usaha lain yang boleh dilakukan ialah pihak sekolah menyediakan bilik resos untuk
murid berkeperluan khas yang berada di kelas inklusif. Bilik resos adalah merupakan satu
bilik diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu dan kaunseling. Guru resos
boleh mengadakan sesi ulangkaji di bilik resos untuk mengukuhkan pembelajaran yang
berlaku semasa di kelas inklusif. Hal ini kerana, murid berkeperluan khas mempunyai tahap
kognitif dan koordinasi mata dan tangan yang rendah berbanding murid arus perdana. Bilik
resos perlulah dilengkapi dengan pelbagai alat bantu mengajar (ABM) untuk memudahkan
sesi ulangkaji murid. Bilik ini juga perlulah mempunyai ciri-ciri bilik yang kondusif untuk
belajar seperti pengcahayaan dan pengudaraan yang baik supaya murid lebih berasa
selamat dan gembira untuk berada di dalam blik tersebut. Menurut Maslow (1970) dan
Azlina (2002), beliau mengkelaskan keperluan asas manusia kepada lima keperluan
mengikut hierarki. Keperluan asas tersebut ialah keperluan fisiologi, keperluan keselamatan,
keperluan kasih sayang, penghargaan kendiri dan juga peringkat yang tertinggi iaitu
kesempurnaan kendiri. Oleh itu terbuktilah bahawa bilik resos itu sendiri perlulah sangat
kondusif supaya murid dapat mengulangkaji dengan penuh rasa selesa.

Di samping itu, pendekatan Program Pendidikan Inklusif(PPI) juga sangatlah penting


untuk meningkatkan efektifnya kelas inklusif tersebut. Pendekatan PPI terbahagi kepada
dua iaitu inklusif separa dan inklusif penuh. Inklusif separa ialah murid berkeperluan khas
belajar bersama-sama murid arus perdana bagi mata pelajaran akademik atau aktiviti ko-
akademik atau aktiviti kokurikulum tertentu sahaja mengikut keupayaan mereka. MBK yang
mengikuti inklusif separa bagi mata pelajaran akademik berasaskan kurikulum kebangsaan
atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan sedikit atau tanpa bantuan
perkhidmatan sokongan. Inklusif separa bagi aktiviti koakademik atau kokurikulum adalah
berdasarkan potensi, bakat dan keupayaan mereka. Inklusif penuh pula ialah murid
berkeperluan khas belajar secara sepenuh masa bersama-sama murid arus perdana. Murid
berkeperluan khas mengikuti pembelajaran bagi semua mata pelajaran akademik
berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan
bantuan atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan. Kedua-dua pendekatan ini sangat
penting untuk menentukan tahap keupayaan murid berkeperluan khas untuk belajar di kelas
inklusif. Murid yang tidak berkemampuan untuk belajar secara penuh di kelas inklusif boleh
belajar secara separa sahaja. Kelas inklusif akan menjadi lebih efektif dengan pendekatan-
pendekatan ini kerana tahap murid telah dibahagiakan mengikut tahap kemampuan murid-
murid berkeperluan khas ini.
Kesimpulannya, Cadangan ini adalah satu usaha untuk melihat pelaksanaan
Program Pendidikan Inklusif (PPI) murid berkeperluan khas. Kejayaan pelaksanaan program
yang bakal dijalankan di sekolah ini adalah berdasarkan ciri-ciri yang telah disenaraikan.
Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan teratur
dan berjaya. Kita dapat meningkatkan murid-murid berkeperluan khas ini dari satu liabiliti
menjadi satu asset yang penting dan berguna kepada Negara di mana mereka boleh
menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.

You might also like