You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI KETIGA SESI 2012 / 2013

SEKOLAH KEBANGSAAN GOMBAK SETIA


SELANGOR DARUL EHSAN

Tarikh : 3 Julai 2012 ( Selasa )


Masa : 05.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan SK Gombak Setia
Kehadiran :

1. En. Mohammed Shariff b. Mohamad Tawil YDP


2. Pn. Rozalina bt. Johan NYDP
3. En. Azhar b. Hj. Ahmad Bendahari
4. Cik Siti Khadijah bt Muhamma Dunni Setiausaha
5. En. Rudy Putra b Zulfakar
6. Pn. Aziah bt. Zakaria
7. Pn. Norsiah bt. Osman
8. Pn. Nor Aishah bt Abdul Rahman
9. Pn. Faizah bt Ismail
10. Pn. Zaliza bt Zakaria
11. Pn. Salmah bt Mohamad
Turut Hadir :

1. Pn. Habibah bt Bakar Guru Besar


2. Pn. Nini Nafaizah bt Mokhtar GPK Kurikulum
3. Pn. Ruzaidah bt Ab. Halim GPK Kokurikulum
4. Pn. Noor Hayani bt Hashim GPK Petang
.
Tidak Hadir :

1. En. Zulkifli Martin bin Abdullah Bersebab


2. En. Ahmad Hafidz b Rofie @ Rafie Bersebab
3. En. Rosihan b Mohamad Azhar Bersebab
4. Pn. Haslinda bt Nayan Bersebab
Agenda :
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI (EN. MOHAMMED SHARIFF B MOHAMAD TAWIL)

1.1 Mengucapkan salam dan terima kasih atas kehadiran semua ahli ke Mesyuarat AJK
PIBG kali ketiga sesi 2012/2013.

2.0 UCAPAN PN. HABIBAH BT BAKAR (GURU BESAR)


2.1 Memaklumkan aktiviti sekolah yang telah dan akan dijalankan.
i) 15 & 16 Jun 2012 – Kem Kepimpinan (melibatkan Pengawas, Pengawas PSS, Ketua
Unit Uniform, Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas)
ii) 22 Jun 2012 – Sukaneka Tahap 1 (Murid-murid Tahun 1, 2 dan 3)
iii) 24 Jun 2012 – Kejohanan Sukan Tahunan (Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6)
iv) 26 Jun 2012 – Hari Terbuka SKGS

1
– Ceramah ‘Sebening Kasih Untukmu Anak’ oleh Pn. Emilia –
Penolong Pegawai PPD Gombak (Murid-murid Tahun 6)
v) 28 Jun 2012 – Ceramah teknik menjawab soalan UPSR
vi) 1 Julai 2012 – Kem Minda Cemerlang (melibatkan 80 orang murid Tahun 5)
dikendalikan oleh Universiti Pertahanan Malaysia
vii) 6 – 7 Julai 2012 – Kem Kokurikulum di Kem Kemensah, Ulu Klang.
viii) 10 Julai 2012 – Senamrobik 1 Malaysia
ix) 14 – 15 Julai 2012 – Kem Motivasi Kaunseling Berfokus (melibatkan murid-
murid bermasalah Tahun 6) – dikendalikan oleh pelajar
UIAM.
2.2 Mengharapkan agar pihak PIBG dapat memberikan sumbangan bagi membiayai aktiviti
yang dirancangkan.
2.3 Mengedarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2001 untuk makluman setiap AJK.

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


3.1 Semua ahli yang hadir ke mesyuarat AJK PIBG kali ketiga sesi 2012 / 2013 telah sebulat
suara mengesahkan Minit Mesyuarat AJK PIBG kali kedua yang lalu.

4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


4.1 Puan Habibah memaklumkan bahawa kutipan Sumbangan PIBG iaitu RM20 seorang
murid tidak diluluskan oleh JPN. Ini kerana mengikut perlembagaan, kutipan individu
(seorang murid) tidak boleh dibuat. Oleh itu, beliau mencadangkan agar Sumbangan
PIBG dinaikkan ke RM50 diusulkan pada mesyuarat agung tahun hadapan. .
4.1.1 Kutipan telah mula dibuat pada 26 Jun 2012 yang lalu.
4.1.2 En. Mohammed Shariff menyatakan bahawa cadangan menaikkan sumbangan PIBG
akan diusul dan dibincangkan pada mesyuarat agung tahun hadapan.
4.2 Puan Habibah menjelaskan berkenaan penyelenggaraan tangki kumbahan. Beliau
menyatakan bahawa tangki kumbahan Blok A tidak dapat dikenalpasti lokasinya. Ini
kerana kemungkinan tangki itu telah ditimbus semasa membuat tempat letak kereta di
belakang Blok A. Walaubagaimana pun, beliau akan memaklumkan hal ini kepada Alam
Flora.
4.3 En. Azhar (Bendahari PIBG) memaklumkan bahawa wang sebanyak RM 1860.00 dari
Tabung Pembangunan telah dikeluarkan pada 2/7/2012 dan dimasukkan ke dalam akaun
PIBG. Akaun Tabung Pembangunan belum ditutup dan tidak mempunyai sebarang baki.

4.4 Puan Habibah menyatakan bahawa aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan


sekolah telah ditetapkan pada 8 September 2012 (Sabtu).

4.4.1 En. Mohammed Shariff meminta agar menghantar surat kepada pihak Surau al-
Hilaliah dan Majlis Perbandaran Selayang bagi menjayakan aktiviti gotong-royong
ini.
Tindakan: Setiausaha PIBG

4.5 En. Mohammed Shariff menjelaskan bahawa beliau akan meminta pertolongan daripada
En. Md Rasip (GPK HEM) bagi mewujudkan papan kenyataan.

4.6 Puan Habibah memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menukar papan tanda sekolah
di pagar utama pada minggu pertama persekolahan iaitu selepas cuti sekolah pertengahan
tahun. Kos tersebut ditanggung oleh pihak sekolah sepenuhnya.
2
5.0 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN TERKINI PIBG
( En. Azhar b. Hj. Ahmad)
5.1 En. Azhar b. Hj. Ahmad selaku bendahari PIBG telah membentangkan penyata akaun
PIBG Sekolah Kebangsaan Gombak Setia.
5.2 Wang Kutipan Sumbangan PIBG sebanyak RM 12,290 telah berjaya dikutip daripada ibu
bapa / penjaga murid.

6.0 PERKARA-PERKARA BAHARU


6.1 En. Mohammed Shariff memberitahu bahawa pada 30 Jun yang lalu, beliau bersama-
sama dengan pihak Surau al-Hilaliah telah mengadakan satu perjumpaan. Pihak surau
membangkitkan isu lalu lintas dihadapan sekolah yang membimbangkan mereka. Ini
kerana terdapat kes dimana seorang murid hampir dilanggar oleh sebuah lori. Oleh itu,
pihak surau meminta agar pihak sekolah membuat surat (dengan sokongan daripada
pihak surau) kepada penghulu dan En. Wan Mahmood bagi meminta kerjasama mereka
menangani masalah ini.

6.1.1 Pihak surau juga menyatakan pihak sekolah boleh menghubungi Skim Rondaan
Sukarela bagi sebarang masalah di sekitar Gombak. ( En. Anuar 019-2504851 dan
En. Hj Bakhtiar 019-3808943)

6.1.2 En. Mohammed Shariff memaklumkan bahawa beliau juga akan meminta pihak
Majlis Perbandaran Selayang untuk membaiki bebendul jalan dan penutup
longkang di sekeliling kawasan sekolah.

6.2 En. Mohammed Shariff meminta penjelasan mengenai penempatan 2 orang pasukan
RELA di luar kawasan SK Gombak Setia.

6.2.1 Puan Habibah menjelaskan bahawa semua sekolah rendah dan sekolah menengah
akan ditempatkan dengan 2 orang pasukan RELA dan 1 orang polis bagi
mengawasi lalu lintas sekolah. Ianya adalah arahan daripada KPM.

6.3 Puan Habibah memaklumkan bahawa pihak sekolah sedang menaik taraf surau sekolah
bagi aktiviti Kem Bestari Solat yang akan dijalankan. Beliau bercadang untuk menambah
bilangan paip air bagi tempat wuduk lelaki dan perempuan. Oleh itu, beliau mengalu-
alukan jika ada pihak yang sudi memberikan sumbangan.

6.4 Puan Habibah juga memberitahu beliau telah mengesyorkan untuk mewujudkan jubah
graduasi bagi murid tahun 6. Jubah ini akan dipakai oleh murid semasa Hari Graduasi
mereka pada hujung tahun nanti. Setakat ini, ibu bapa/penjaga murid tahun 6 telah
menyumbangkan sebanyak RM 1682. Walaubagaimana pun, sumbangan tersebut belum
mencukupi. Oleh itu, Puan Habibah akan membuat surat bagi memohon sumbangan
daripada pihak PIBG untuk menampung kos membuat jubah graduasi ini.

6.5 Puan Habibah memaklumkan bahawa pada tahun ini, pihak sekolah akan mengadakan
Hari Anugerah Kecemerlangan, Hari Graduasi Tahun 6 dan Hari Graduasi Prasekolah
secara serentak.

6.6 Puan Ruzaidah (GPK Kokurikulum) menyatakan bahawa Unit Kokurikulum akan
mengadakan Kem Kokurikulum pada 7 & 8 Julai 2012 di Kem Kemensah, Hulu Klang.
AJK PIBG yang berminat dijemput bagi menyertai kem ini.
3
6.7 Puan Ruzaidah juga memaklumkan bahawa Senamrobik 1 Malaysia (anjuran KPM) akan
diadakan pada 10 Julai 2012. Senamrobik ini dijalankan di sekolah selama 30 minit
sahaja. AJK PIBG yang berminat dialu-alukan bagi menyertai senamrobik ini.

6.8 Puan Nini Nafaizah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha
mendapatkan 6 buah basikal bagi Anugerah Program NILAM.

7.0 HAL-HAL LAIN


7.1 En. Rudy meminta agar En. Mohammed Shariff menetapkan masa bagi membaiki jalan
yang becak dipagar hadapan sekolah.
7.1.1 En. Mohammed Shariff memaklumkan bahawa pengawal keselamatan sekolah telah
membaiki jalan tersebut.

7.2 Pn. Habibah memaklumkan bahawa beliau telah meminta pertolongan daripada En. Md
Rasip (GPK HEM) bagi membersihkan kolam ikan di taman sains sekolah.

7.3 Pn. Habibah mencadangkan agar pihak PIBG mengadakan kutipan derma bagi anak-anak
yatim sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Surat kutipan tersebut bolehlah
diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid.
Tindakan : Setiausaha PIBG

7.4 Puan Habibah memohon kebenaran agar sebarang sumbangan daripada pihak luar kepada
sekolah dibuat atas nama PIBG sekolah.

7.4.1 Semua AJK PIBG yang hadir bersetuju.

7.5 Puan Rozalina selaku AJK Biro Pendidikan memaklumkan aktiviti-aktiviti yang telah
dijalankan:

1) 16 Jun 2012 – Penubuhan Kelab 6A dan 6B (Kelab Anak-anak Bestari). Seramai 27


orang murid telah hadir ke pejabat En. Zulkifli Martin bagi menghadiri kelas Bahasa
Inggeris yang diadakan.
2) 15 Julai 2012 – Bengkel di UIAM (dalam perancangan) yang akan dikendalikan oleh
Pn. Emilia.

7.6 Puan Faizah memaklumkan beliau telah melihat seorang murid telah terjatuh semasa
keluar melalui pintu pagar tengah yang kecil pada waktu balik. Ini disebabkan murid-
murid berasak-asak untuk keluar melalui pagar tersebut. Beliau memohon agar pintu
pagar besar dapat dibuka bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku.

7.6.1 En. Mohammed Shariff menyatakan bahawa kereta dan motosikal akan masuk ke
kawasan sekolah jika pagar besar dibuka.

7.6.2 Puan Habibah memberitahu bahawa sekolah menjalankan Program Sekolah


Selamat dimana laluan khas telah ditetapkan bagi setiap murid. Oleh itu, pagar
besar tidak boleh dibuka bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

7.6.3 Puan Noor Hayani (GPK Petang) memaklumkan sebelum ini guru akan bertugas
menjaga pagar pada waktu balik. Walaubagaimana pun, tugas itu telah diambil alih
oleh pengawal keselamatan sekolah.

4
7.6.4 Puan Habibah menyatakan bahawa beliau akan membincangkan hal ini dengan
lebih lanjut dengan GPK Petang.
7.7 En. Azhar memaklumkan bahawa beliau dan setiausaha PIBG telah menghubungi
pegawai SPR mengenai surat memohon membaiki infrastruktur sekolah bagi menghadapi
pilihan raya. Walaubagaimana pun, pihak SPR belum memberi sebarang tindak balas dari
panggilan tersebut.

7.7.1 Puan Rozalina berjanji akan cuba menghubungi pihak SPR yang berkenaan
mengenai perkara tersbut.

7.8 Setiausaha PIBG memohon agar sebarang surat yang diperlukan hendaklah dimaklumkan
kepadanya sekurang-kurangnya 3 hari sebelum.

7.9 En. Rudy bertanyakan mengenai prestasi murid semasa peperiksaan pertengahan tahun.

7.9.1 Puan Nini Nafaizah menjelaskan prestasi murid ditahap sederhana. Ibu bapa /
penjaga boleh menyemak keputusan peperiksaan anak mereka secara online di
laman web SAPS.

7.10 En. Rudy mencadangkan diadakan kelas tambahan bagi murid-murid tahun 3, 4 dan 5.
Bayaran akan dikenakan kepada ibu bapa / penjaga yang berminat bagi menampung
bayaran tenaga pengajar.

7.10.1 Puan Nini Nafaizah memberitahu bahawa pihak sekolah pernah mengadakan kelas
tambahan tetapi kurang mendapat sambutan. Selain itu tenaga pengajar juga kurang
kerana kebanyakan guru sedang menyambung pelajaran masing-masing. Disebabkan itu,
pada tahun ini kelas tambahan bagi tahun 5 menggunakan tenaga pengajar dari UIAM.

7.11 En. Rudy berpendapat agar menggalakkan murid-murid menunggu ibu bapa / penjaga
masing-masing di luar sekolah. Ini kerana jika murid menunggu dalam kawasan sekolah,
mereka tidak sedar apabila bas atau kereta mereka datang. Oleh itu, beliau mencadangkan
agar pihak sekolah membina pagar yang membolehkan murid (dari dalam kawasan
sekolah) melihat keluar.
8.0 PENUTUP
8.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 7.30 malam.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………… ………………………………………………..
(SITI KHADIJAH BT MUHAMMA DUNNI) (MOHAMMED SHARIFF B MOHD TAWIL)

Setiausaha PIBG, YDP PIBG,


SK Gombak Setia. SK Gombak Setia.

Disahkan oleh,

…………………………………..
(HABIBAH BT BAKAR)
Guru Besar,
5
SK Gombak Setia.
Tarikh : 15 Julai 2012

You might also like