You are on page 1of 3

‫سكوله كبغساءن برومس‬

SEKOLAH KEBANGSAAN BRUMAS, TAWAU


PETI SURAT 60966, 91019 TAWAU, SABAH.
e-mail :xca3010@gmail.com
Tel : 013-8863840

RUJUKAN : XCA 3010/600-5/03/07( )


TARIKH : 30
Januari 2012

MINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BIL.1/2012

Tarikh : 31 Januari 2012


Hari : Selasa
Masa : 12.30 – 2.00 petang
Tempat : Pusat Akses Sk.Brumas,Tawau

Agenda: 1. Ucapan Pengerusi


2. Fungsi dan Tugas Jawatankuasa PBS sekolah
3. Aktiviti Tahunan 2012 (Pengoperasian PBS 2012)
4. Hal-hal lain

Kehadiran : 12 orang

1. En.Rahmat Ariffin –Guru Besar


2. Tn.Hj Burhanuddin Hassan-PK 1
3. En.Ahmad Makmon –PK Hem
4. En.Muhd Jufri Abd Karim – Pk Kokum
5. En.Roslan Hj Suni
6. En.Ramlan Mahmud
7. Pn.Megawati Baharuddin
8. Pn.Aishah Yaacob
9. Pn.Josie Dawila
10. Pn.Mardiana Abdul @Ab Aziz
11. Pn.Aflizah Mokhtar
12. En.Mohammad Nazri Nahar

Tidak Hadir : -

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Unit Kurikulum kerana dapat menjalankan
mesyuarat PBS kali yang pertama.

1.2 Diharapkan mesyuarat pada hari ini dapat meleraikan masalah yang wujud berkaitan PBS.

1.3 Semua guru perlu tahu dasar-dasar kerajaan yang baru dan jangan memberi alasan bahawa pihak
pentadbir tidak menjelaskan dasar-dasar tersebut sekiranya ada pemantau datang ke sekolah.

1.4 Beliau akan sentiasa memantau pengoperasian PBS. Fail-fail yang berkaitan perlu dilengkapkan.
Semua guru yang terlibat perlu memastikan standard atau band yang perlu dikuasai oleh murid.
Evidens yang disimpan perlulah yang terkini.

(Makluman)
2. FUNGSI DAN PENGOPERASIAN PBS TAHUN 2012

2.1 PK 1 membentangkan Fungsi dan pengoperasian PBS 2012.

2.2 KSSR hanya melibatkan murid Tahun 1 dan Tahun 2 pada tahun ini, tetapi semua guru perlu
mengambil tahu walaupun tidak mengajar KSSR.

2.3 Pembentangan AJK PBS peringkat sekolah:

Pengerusi : En.Rahmat Ariffin (Guru Besar)

Naib Pengerusi : Semua Guru Penolong Kanan


Tn.Hj Burhanuddin Hassan (PK 1)
En.Ahmad Makmon (PK Hem)
En.Muhd Jufri Abd Karim (PK Kokum)
Setiausaha : En.Mohammad Nazri Nahar /Setiausaha Peperiksaan (PP/PS)
AJK : Pn.Aishah Yaacob –KPMT (Latihan)
Pn.Megawati Baharudin –KPBM (Penyelarasan
Pn.Aflizah Mokhtar –KPSN (Pementoran)
Pn.Josie Dawila –KPBI
En.Roslan Hj.Suni –KPPI (Pemantauan)
Pn.Mardiana Ab Aziz –GURU KAUNSELING (Pentaksiran Psikometrik)
En.Ramlan Mahmud –KPPJK
(Pentaksiran Aktiviti Jasmani,Sukan dan Kokurikulum)
(Tindakan : Semua AJK PBS)

3. AKTIVITI TAHUNAN (PENGOPERASIAN PBS)

3.1 Takwim Pengoperasian PBS:

AKTIVITI JAN FEB MAR APR MAY JUN JUL AUG SEP OCT NOV DEC
MESYUARAT PBS X X X X
KURSUS PBS SEPANJANG TAHUN MENGIKUT KEPERLUAN
FORMATIF SEPANJANG PROSES PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
SUMATIF DITENTUKAN OLEH JK PBS SEKOLAH
PELAPORAN PBS MENGIKUT KEPERLUAN
PEMENTORAN BILA-BILA MASA IKUT KEPERLUAN
PEMANTAUAN SEPANJANG PROSES PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
PENYELARASAN DITENTUKAN OLEH JK PBS SEKOLAH
PENGESANAN DITENTUKAN OLEH LP/JPN/PPD

3.2 Pengoperasian PBS:

3.2.1 Pementoran: Pementoran merupakan satu proses membantu, memudah cara dan
membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur yang
ditetapkan.

3.2.2 Penyelarasan: Penyelarasan merupakan satu proses memastikan pentaksiran yang


dilaksanakan oleh guru mempunyai kesahan, kebolehpercayaan supaya keputusan
pentaksiran adalah adil dan maklumbalas boleh digunakan untuk penambahbaikan.

3.2.3 Pemantauan: Pemantauan merupakan satu proses memastikan kaedah pelaksanaan PBS
mengikut prosedur atau garis panduan yang ditetapkan. mempunyai kesahihan dan amanah
bagi mengelakkan penyelewengan dan ketidakakuran.
3.2.4 Pengesanan: Pengesanan merupakan satu proses untuk memastikan kekuatan dan
keberkesanan PBS dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan instrumen serta
impaknya untuk tujuan penambahbaikan.

3.3 Evidens perlu disimpan dan dilupuskan selepas suatu tempoh masa yang ditentukan.Guru boleh
membuat evidens berdasarkan pemerhatian,lisan,perbincangan,temubual,penulisan dan
sebagainya mengikut kreativiti guru masing-masing.

3.4 Ujian PKSR ataupun Ujian Penggal boleh dilakukan untuk murid KSSR tetapi items yang dibuat
perlu mengikut kesesuaian Band.

3.5 Headcount KSSR boleh dibuat tetapi menggunakan Band.

(Tindakan: Semua guru KSSR)

4. HAL-HAL LAIN

4.1 Pn.Aflizah bertanya mengenai pemilihan murid yang cemerlang dalam MAPC bagi murid yang
terlibat dalam KSSR.

4.2 Respon Pengerusi: Beliau meminta semua guru untuk memikirkan bersama dan memutuskan
cara untuk pemilihan murid-murid tersebut. Sebarang maklumat akan dimaklumkan kemudian.

4.3 En.Roslan bertanya mengenai cara penyediaan evidens.

4.4 Pn.Aishah mencadangkan supaya guru-guru merujuk buku-buku latihan ataupun buku aktiviti
untuk penyedian evidens.

4.5 En.Ahmad bertanya mengenai format penyedian soalan ujian.

4.6 Pn.Aishah memberikan contoh penyedian soalan dalam subjek Matematik.Beliau menggunakan
soalan bagi band yang bertulis sahaja untuk ujian PKSR.

PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru dan berharap agar semua guru
bergerak secara proaktif dalam melaksanakan pengoperasian PBS peringkat sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Minit mesyuarat…………………………………………………………….disahkan tanpa pindaan pada jam:………………

Pencadang:…………………………………………………………………..

Penyokong:………………………………………………………………….

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………………………… ………………………………………………………

(MOHAMMAD NAZRI NAHAR) (RAHMAT ARIFFIN)


SUP SEKOLAH GURU BESAR

Sk: -Pegawai Pelajaran Daerah Tawau


-Fail
-Pentadbir dan guru

You might also like