You are on page 1of 7

SJK(T) NATESA PILLAY

தேசிய வகை நதேசப் பிள் கள ேமிழ் ப் பள் ளி


BATU 14 JALAN BIDOR
36020 TELUK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN
Telefon/ Faks : 05-6561739 Emel: ABD5109@1bestarinet.yes.my

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA GURU KALI KELIMA 2017

(BILANGAN 5/2017)

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) NATESA PILLAY

Hari : Khamis

Tarikh : 16 November 2017

Masa : 1.45 petang

Tempat: Bilik Gerakan SJKTNP

Kehadiran :

1. Pn. Kumutha a.p Kanchymalay Guru Besar (Pengerusi)


2. Pn. Vasanthi a.p Murugesu PK Kurikulum
3. En. Rames a.l Ganesan PK HEM
4. Pn. Santhi a.p Subramaniam PK Kokurikulum
5. Cik Maheswary a.p Veeran
6. En. Mohd Ramdan bin Ali Nordin
7. Pn.Cecilia a.p Sellvam
8. Pn. Mogana Letchumy a.p Karthigesu
9. En. Prem Kumar a.l Kannan
10. Pn. Meerashini a.p Subramaniam
11. Cik Yuwarani a.p Kumarasamy
12. Pn.Thaneswary a.p Supparao
13. En. Tengku Alif Mukhlis bin Tengku Ezani
14. Cik Kasturi a.p Veeriah

Pengerusi Mesyuarat : Puan Kumutha a.p Kanchymalay

Guru Besar SJK(T) Natesa Pillay


Agenda Mesyuarat :

1. Perutusan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan berterima kasih atas kehadiran guru-guru
kerana menghadiri Mesyuarat Guru Kali Kelima bagi sesi persekolahan tahun 2017 yang
juga merupakan mesyuarat terakhir dan komitmen guru-guru untuk dalam menjayakan
aktiviti sekolah bagi penggal kedua persekolahan bagi tahun 2017. Beliau juga meminta
para guru agar melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu selaras dengan kehendak
kementerian dan peredaran masa seterusnya dapat menyempurnakan profesionalisme
dalam kalangan guru. Beliau juga menyandarkan harapan yang tinggi agar semangat
kerjasama di antara komuniti sekolah untuk memastikan kelancaran pentadbiran sekolah
serta meningkatkan pencapaian sekolah.
Tindakan : Makluman

1.2 Beliau amat mengharapkan semua guru dapat memberikan komitmen sepenuhnya pada
tahun 2018 dan melakukan lebih baik berbanding seperti yang telah dirancang dan
dijalankan sepanjang tahun 2017 walaupun tahun ini banyak kecemerlangan yang telah
dicapai. Ini adalah bagi memastikan agar visi dan misi sekolah dapat dicapai dengan
membudayakan kerja yang mantap sebagai jati diri guru. Beliau juga membuat
penambahbaikan dari aspek kurikulum dan ko-kurikulum untuk meningkatkan
pencapaian murid dalam semua matapelajaran serta bidang ko-akademik

1.3 Persediaan Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Hari Kanak-kanak.

1.3.1 Semua guru diminta untuk membuat persediaan dengan lebih rapi pada Majlis
Hari Anugerah Cemerlang agar majlis berlangsung dengan lancar dan
diharapkan majlis berlangsung tanpa sebarang masalah .
1.3.2 Antara persiapan yang perlu diberi penekanan yang lebih rapi ialah pentas,
Siaraya, makanan untuk dihidangkan kepada murid-murid dan para tetamu
serta tetamu jemputan khas, persembahan murid dan jemputan.
1.3.3 Cadangan untuk mewujudkan beberapa anugerah pelbagai kategori bagi
murid dan guru dalam bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Ko-kurikulum.

Tindakan : Semua guru


2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat bilangan 4/ 2017

2.1 Encik Tengku Alif Mukhlis bin Tengku Ezani telah mencadangkan agar minit
mesyuarat diterima dan disahkan. Cik Yuwarani a.p Kumarasamy telah menyokong
cadangan tersebut.

3. Perkara Berbangkit

3.1 Puan pengerusi melahirkan rasa kebimbangan dengan keputusan PAT 2017 dan

seterusnya beliau mengingatkan sekali lagi bahawa semua guru perlu lebih fokuskepada

semua program utama (yang merupakan PdP di dalam kelas) berbanding dengan

program sampingan dan sokongan.

3.2 Para guru perlu memastikan bahawa fail-fail perlu diuruskan dengan pengemaskinian

yang kerap terutamanya fail panitia dan fail PBS.

3.3 Buku latihan perlulah disemak secara teliti supaya murid tidak keliru dan melakukan

kesilapan berulang seterusnya boleh menjejaskan keputusan peperiksaan. Puan Guru

Besar juga akan melakukan penyemakan buku latihan pada setiap minggu mengikut

matapelajaran teras bagi memantapkan integriti guru dalam penyemakan buku latihan

murid.

4. Bidang kurikulum

4.1 Guru Penolong Kanan Pentadbiran menyatakan bahawa minit curai perlu disiapkan dan

dihantar sejurus selepas para guru menghadiri mesyuarat anjuran PPD, JPN dan KPM.

4.2 Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran (DSKP), Dokumen Standard Kurikulum

(DSK) setiap matapelajaran teras dan bukan teras bagi semua tahun dan modul

pembelajaran dan pengajaran perlu diserahkan sebelum sesi tahun 2017 berakhir

kepada Puan Thaneswari bagi mengelakkan kehilangan seterusnya menimbulkan

kesukaran kepada para guru untuk membuat rujukan dalam sesi PdPC sesi 2018.
4.3 Ketua panitia mesti memastikan Minit mesyuarat panitia iaitu mesyuarat awal tahun,

mesyuarat bulan mac dan mesyuarat selepas peperiksaan pertengahan tahun perlu ada

di dalam fail.

Tindakan: Semua Guru

5.Bidang HEM

5.1 Guru Penolong Kanan HEM meminta kerjasama guru kelas untuk mengemaskini info

murid secara online dalam APDM dan pendaftaran tahun satu bagi sesi persekolahan

2018 dan bagi murid-murid tahun 6 juga perlu dilakukan segera. Sistem Sahsiah Diri

Murid (SSDM) versi kedua perlu dikemaskini oleh semua guru tentang perkara

berkaitan disiplin dan amalan baik murid. Murid-murid yang masih tiada data perlu diisi

secepat mungkin.

Tindakan: Semua Guru

6. Bidang ko-kurikulum

6.1 Para guru penyelaras kelab, persatuan dan unit beruniform mesti mengemaskini buku

Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum (PAJSK) bagi murid tahun 6

sebelum bulan November berakhir.

Tindakan: Semua Guru

7.0 Hal-hal lain

7.1 Guru-guru perlu log masuk dalam aplikasi ESPLG bagi menyemak jumlah hari latihan

dalam perkhidmatan (ladap) mencukupi 7 hari (42 jam) atau sebaliknya. Jika tidak

mencukupi, guru perlu memaklumkan kepada penyelaras ladap. Ladap yang masih

belum dijalankan akan ditentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk dilaksanakan.
7.2 Semua guru perlu bersedia dalam PdPC 2018 dengan mengaplikasikan BBM yang telah

disediakan dalam bilik darjah tahun satu, dua, tiga dan pra sekolah telah dilengkapi

dengan televisyen pintar ( smart TV).

7.3 Pertukaran bilik perpustakaan dan bilik pemulihan perlu dilaksanakan dan diselesaikan

sebelum majlis Hari Anugerah Cemerlang berlangsung.

Tindakan: Semua Guru

8.0 Ucapan penangguhan mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh :

___________________________ ______________________
( Mohd Ramdan bin Ali Nordin ) (Puan Vasanthi a.p Murugesu)
Setiausaha Mesyuarat Guru, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SJKT Natesa Pillay. SJKT Natesa Pillay

Disahkan oleh:

____________________________
( Puan Kumutha a.p Kanchymalay )
Guru Besar
SJKT Natesa Pillay
SJK(T) NATESA PILLAY,
BATU 14, JALAN BIDOR, (ABD 5109)
36020 TELUK INTAN, PERAK. NO TEL & FAKS : 05-656173

Memo

NO NAMA TANDATANGAN PERKARA / PERIHAL

1 PN.KUMUTHA A/P KANCHYMALAY Rujukan fail :


(GURU BESAR)
Tarikh : 14.11.2017

2. PN.VASANTHI A/P MURUGESU PERHATIAN KEPADA semua GURU


PK PENTADBIRAN
PERKARA :
3 EN.RAMES A/P GANESAN Mesyuarat Guru Bil.5/2017
(PK HEM)

Tarikh : 16.11.2017 (Khamis)


4 PN.SHANTI A/P SUBRAMANIAM
(PK KOKURIKULUM) Masa : 1.45 petang
Tempat : Bilik Gerakan
5 CIK.MAHESWARY A/P PK VEERAN

6 PN.CECILIA A/P SELLVAM

7 EN.MOHD RAMDAN BIN ALI NORDIN SILA BACA DENGAN TELITI DAN
TANDATANGAN.
8 PN.MOGANA LETCHUMY A/P KARTHIGESU
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK
9 EN.PREMKUMAR A/L KANNAN
NEGARA”
10 PN.MEERASHINI DEVI A/P SUBRAMANIAM Saya yang menurut perintah,
EN.TENGKU ALIF MUKHLIS BIN TENGKU
11 EZANI

___________________________
12 PN.THANESWARI A/P SUPPARAO
(MOHD RAMDAN BIN ALI NORDIN)
Setiausaha Mesyuarat Guru
13 CIK.YUWARANI A/P KUMARASAMY

14 CIK KASTURI A/P VEERIAH


SJK(T) NATESA PILLAY,
BATU 14, JALAN BIDOR, (ABD 5109)
36020 TELUK INTAN, PERAK. NO TEL & FAKS : 05-656173

KEHADIRAN
NO NAMA TANDATANGAN PERKARA / PERIHAL

1 PN.KUMUTHA A/P KANCHYMALAY Rujukan fail :


(GURU BESAR)
Tarikh : 14.11.2017

2. PN.VASANTHI A/P MURUGESU PERHATIAN KEPADA semua GURU


PK PENTADBIRAN
PERKARA :
3 EN.RAMES A/P GANESAN Mesyuarat Guru Bil.5/2017
(PK HEM)

Tarikh : 16.11.2017 (Khamis)


4 PN.SHANTI A/P SUBRAMANIAM
(PK KOKURIKULUM) Masa : 1.45 petang
Tempat : Bilik Gerakan
5 CIK.MAHESWARY A/P PK VEERAN

6 PN.CECILIA A/P SELLVAM

7 EN.MOHD RAMDAN BIN ALI NORDIN SILA BACA DENGAN TELITI DAN
TANDATANGAN.
8 PN.MOGANA LETCHUMY A/P KARTHIGESU
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK
9 EN.PREMKUMAR A/L KANNAN
NEGARA”
10 PN.MEERASHINI DEVI A/P SUBRAMANIAM Saya yang menurut perintah,
EN.TENGKU ALIF MUKHLIS BIN TENGKU
11 EZANI

___________________________
12 PN.THANESWARI A/P SUPPARAO
(MOHD RAMDAN BIN ALI NORDIN)
Setiausaha Mesyuarat Guru
13 CIK.YUWARANI A/P KUMARASAMY

14 CIK KASTURI A/P VEERIAH

You might also like