You are on page 1of 3

Panitia BM 2018

2/2018

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SERI INDERA


01000 KANGAR
PERLIS

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KEDUA 2018

Tarikh : 29 Mac 2018

Hari : Khamis

Masa : 1.50 petang

Tempat : Bilik Jubli Emas, SRKSI

Pengerusi : Pn Salimah binti Daud

Kehadiran : 1. Pn Noorizah binti Shuid (GB)


2. En Zulbakri bin Khalid (GPK Pentadbiran)
3. En Sharudin bin Khalid (PK Koko)
4. PnSalimah binti Daud (Ketua Panitia)
5. Pn Maznah binti Harun (Setiausaha)
6. En Ahmad Shakri bin Abas
7. Pn Che Rosnah binti Din
8. Pn Fadzilah binti Abu Bakar
9. Pn Fauziah binti Omar
10. Pn Hamidah binti Md Said
11. Pn Mazlinda binti Mansor
12. Pn Maznah binti Jusoh
13. Pn Noor Azizah binti Abu Seman
14. Pn Noorlida binti Ismail
15. Pn Shamsir Izani binti Mohd Sobri
16. Pn Suzana binti A.
17. Hjh Anita binti Yob

Tidak Hadir : 1. En Zulbakri bin Khalid – Tugas Rasmi

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab.


1.2. Pengerusi mengalu-alukan semua yang hadir dan mengucapkan terima kasih.
1.3. Pengerusi memaklumkan dalam perjumpaan ketua panitia negeri Perlis, pihak Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) meminta PAK21 dijalankan dalam pdpc dan fail-fail panitia
sentiasa dikemaskini.

2. UCAPAN GURU BESAR


2.1. Tuan Guru Besar (Puan Noorizah binti Shuid), mengucapkan tahniah kepada panitia
kerana mengadakan mesyuarat kali kedua.
2.2. Guru besar berharap analisis Ujian Sumatif 1 dapat dijadikan kayu pengukur
pencapaian murid dan guru-guru berusaha membantu mengatasi kelemahan murid.
Tindakan: Semua guru
BM

seri indera 1
Panitia BM 2018

2.3. Guru Besar berharap guru-guru bekerjasama untuk melancarkan perjalanan Pesta
Pantun Negeri Perlis (SRK Seri Indera merupakan pengelola untuk tahun 2018).
Tindakan: Semua AJK Panitia BM

3. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


3.1. Setiausaha membentangkan minit mesyuarat kali pertama 2018.
3.2. Dicadang untuk disahkan oleh Puan Mazlinda Mansor.
Disokong untuk pengesahan oleh Puan Noor Azizah binti Abu Seman.

4. PERKARA BERBANGKIT
4.1. Merujuk kepada perkara 2.4 (PAK21), pengerusi berharap guru-guru berusaha
menjalankan PAK21 dalam PdPc.

4.2. Merujuk perkara 4.2 (berkaitan LADAP), pengerusi menjelaskan bengkel bahasa dengan
kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka akan diadakan pada hari Jumaat (30 Mac 2018)
di SRK Seri Indera (melibatkan murid) pada sebelah pagi dan Di BTPN pada sebelah
petang (guru sahaja).

4.3. Pengerusi merujuk kepada perkara 4.3 (berkaitan Pertandingan Sahibba), pengerusi
mengucapkan terima kasih kepada Puan Salwa yang bersungguh-sungguh melatih
peserta sekolah. Pengerusi juga berharap pasukan Sahibba ke pertandingan di SK
Bertam bersiap sedia.

4.4. Merujuk perkara 8.1 (Ujian Saringan LINUS), Puan Fauziah ujian bacaan sedang
berjalan.

4.5. Merujuk kepada 8.2 (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka), Guru Besar meminta
setiausaha mengedarkan kamus kepada guru-guru yang memerlukan dan dicatat di
dalam rekod pinjaman.
Tindakan: Setiausaha Panitia BM

5. ANALISIS UJIAN SUMATIF 1

(Seperti Lampiran)

5.1. Pengerusi meminta guru-guru yang mengawasi peperiksaan memastikan murid-murid


menjawab soalan mengikut arahan.
Tindakan: Semua guru

6. PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH NEGERI PERLIS 2018


6.1. Pengerusi memaklumkan:
- SRK Seri Indera akan menjadi pengelola Pesta Pantun Negeri Perlis yang akan
berlangsung pada hari Selasa 17 April 2018.
- 9 pasukan yang akan mengambil bahagian.
- mesyuarat peringkat negeri akan diadakan pada hari Isnin, 2 April 2018.
- senarai AJK akan diedarkan.
- beberapa bilik khas akan digunakan.
- sekurang-kurangnya 4 orang juru pantun diperlukan.

6.2 GPK Koko, En Sharudin memaklumkan peruntukan yang disediakan sebanyak


RM1300. Perbelanjaan untuk jamuan adalah sebanyak RM 324.

6.3 Mesyuarat memutuskan hadiah wang tunai adalah seperti berkut:

Tempat Pertama RM 20 x 5 peserta = RM 100


seri indera 2
Panitia BM 2018

Tempat Kedua RM 15 x 5 peserta = RM 75


Tempat Ketiga RM 10 x 5 peserta = RM 50
Pemantun Terbaik RM 10 x 1 peserta = RM 10

6.4 Guru Besar bersetuju mencari penaja untuk hadiah iringan (plak).

6.5 Perbelanjaan lain akan ditentukan selepas mesyuarat peringkat negeri.

6.7 PK Koko menjelaskan:


- pendaftaran bermula pukul 8.00 pagi dan peserta terus kebilik-bilik yang
ditetapkan.
- pengarah/wakil dijangka hadir pada pukul 12.30 tengah hari.
- makanan akan dibungkus (packing).
- pihak sekolah juga diminta menyediakan persembahan tarian.

7. HAL-HAL LAIN
7.1. Puan Mazlinda meminta diwujudkan AJK untuk persembahan kerana beliau akan
bertugas mengurus peserta pantun SRK Seri Indera. Mesyuarat bersetuju melantik
Encik Mohseen, Puan Mazzura dan Cik Sabizah untuk meguruskan persembahan.

7.2. Guru Besar meminta diadakan perjumpaan AJK Pesta Pantun untuk memastikan
pertandingan/majlis berjalan lancar.

8. UCAPAN PENANGGUHAN
8.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
8.2. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.41 petang dengan bacaan tasbih kafarah dan
surah al asr.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ............................……….
(MAZNAH BINTI HARUN) (SALIMAH BINTI DAUD)
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu, Ketua Panitia Bahasa Melayu,
SRK Seri Indera. SRK Seri Indera.

Tarikh : 29 Mac 2018 Tarikh : 29 Mac 2018

seri indera 3

You might also like