You are on page 1of 4

Laporan Minggu Matematik

Sekolah Kebangsaan Kampung Tarikan


2017

 Tajuk:-
Laporan Pelaksanaan Minggu Matematik

 Tujuan:-
Memberi galakan kepada murid supaya menyertai semua program dan aktiviti yang
berkaitan dengan pelajaran Matematik, di peringkat sekolah di samping mencungkil
bakat murid dalam bidang pengiraan.

 Latar Belakang:-
Murid tahun 1 hingga 6.

 Objektif:-
Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman murid dalam Matematik seterusnya
memupuk minat yang mendalam untuk mempelajarinya.

 Jawatankuasa Minggu Matematik:-


Penaung : Sulfii Bin Mohamad Taha
Pengerusi : Asiah Binti Rahim
Setiausaha : Mohamad Naqiuddin Bin Abd Majid

 Tarikh Pelaksanaan Minggu Matematik:-


10 April hingga 14 April 2017

 Hari Isnin:-
Pelancaran Minggu Matematik oleh Cik Habibah Binti Ajis, GPK Hal Ehwal Murid SK
Kampung Tarikan diikuti dengan lagu ‘Bijak Sifir’ oleh murid-murid tahun 3.

 Hari Selasa:-
Murid-murid tahap 1 dan tahap 2 terlibat dengan aktiviti yang dipanggil ‘Pantas Kira’
di mana murid-murid tahap 1 perlu menjawab soalan-soalan bertulis berkaitan operasi
tambah dan tolak manakala murid-murid tahap 2 pula perlu menjawab soalan-soalan
bertulis berkaitan operasi darab dan bahagi.

 Hari Rabu:-
Silangkata Matematik.

1
Murid-murid bermain permainan menyerupai ‘Sahiba’ tetapi melibatkan angka dan
simbol matematik.

 Hari Khamis:-
Kuiz & Pameran
Dijalankan mengikut Rumah Sukan di mana murid-murid yang terpilih akan mewakili
rumah sukan masing-masing bagi menjawab soalan kuiz berkaitan penyelesaian
masalah matematik.

 Hari Jumaat:-
Majlis Penutup:-
Majlis ini telah disempurnakan oleh En. Sulfii Bin Mohamad Taha selaku Guru Besar
SK Kampung Tarikan.

 Kesimpulan:-
Secara keseluruhnnya, Minggu Matematik ini telah berjalan dengan lancar. Semua
murid melibatkan diri secara aktif di dalam semua aktiviti yang dijalankan. Namun
begitu, masih ada ruang untuk sebilangan murid yang agak lemah dalam Matematik
untuk terus dibimbing agar dapat menguasai mata pelajaran ini dengan lebih baik.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

............................................ ......................................
(Mohamad Naqiuddin Bin Abd Majid) (Asiah Binti Rahim)
Setiausaha Panitia Matematik Ketua Panitia Matematik
SK Kampung Tarikan SK Kampung Tarikan
Subis Subis

Disahkan oleh;

.............................................
(En. Sulfii Bin Mohamad Taha)
Guru Besar,
SK Kampung Tarikan,
Subis

2
Lampiran

Perasmian minggu matematik SK Kampung Tarikan

3
4

You might also like